Bab 10

Perjalanan dari bilik kecil itu menuju ke bilik kerjanya terasa jauh. Hatinya bungkam dan kosong meskipun kiri dan kanan pandangannya menjamah lakaran rimbunan hijau dari luar tingkap gelongsor yang besar. Walaupun kebenaran bangunan itu mengerikan tapi nilai estetiknya masih ada. Tulang antara dinding dan syiling dihias bercirikan tradisi melayu. Gabungan budaya Inggeris dan Melayu digaul cantik oleh rekaan bangunan ini. Tapi sayang, dek kerana hati yang marah, Humaira gagal untuk menilai. Humaira tidak punya hati untuk menilaikan semua itu. Puncanya hanya satu, manusia mental yang bernama Emir!

Pintu bilik dikuak luas, Humaira yang baru saja mahu melepas lelah, mengeluh berat. Wajah Firdaus dipandang marah. Dalam hati kecilnya dia memohon, biar saja jelas tergambar kemarahan dia pada Firdaus itu dari riak wajahnya. Biar lelaki itu umum akan hal itu dan buat atau berkata sesuatu.

Tanpa berkata apa - apa, Humaira maju ke bilik air yang hanya bersebelahan dengan pintu masuk. Dia tidak akan membuka mulut selagi lelaki itu tidak mulakan dahulu. Derapan kasutnya bergegar hebat mengetuk gegendang telinga Firdaus. Nampak gayanya memang sengaja. Marah sangat perempuan ni.

Pam pencuci tangan beraroma antiseptik itu ditekan - tekan kuat supaya mengeluarkan cacair berbau sedikit tengik. Hari - hari kalau begini, alamatnya boleh patah pam pencuci tangan itu. Pili air separa automatik itu ditekan keras sebelum dia lalukan air pada jari yang dicium Emir. Di tenyeh - tenyeh kuat jarinya. Sampai merah dibuatnya dek kerana terasa jijik. Dek kerana paip air yang separa automatik tidak memberikan laluan air yang statik, dia terpaksa menekan pili air itu beberapa kali. Semakin geram jadinya.

Sebetulnya, waktu itu juga dia mahu membersihkan seluruh badannya dan menanam baju yang dipakainya hari ini jauh 7 kaki ke dalam tanah! Kalau tidak pun, mahu saja dia campakkan baju itu ke laut dan dibawa air ke lautan pasifik. Jijik! Jijik! Jijik!

Hangat tubuh Emir masih jelas terasa. Cara dia membelai rambutnya. Mendengar dan merasakan hembusan nafas lelaki itu di cuping telinganya. Semacam lelaki itu masih belum melepaskan pelukannya.

Firdaus mendekati Humaira tetapi cukup hanya dia nampak raut wajah Humaira. Badannya bersandar ke dinding sambil memerhatikan riak wajah Humaira yang masih tidak berubah bengis.

Diam yang lama dan renungan yang tidak menyenangkan dari Firdaus membuatkan Humaira kalah untuk berdiam diri.

" Awak tak nak cakap apa - apa?" Suara Humaira kedengaran kecewa. Rasa nak pecah dadanya bila Firdaus hanya memberi respon dengan mengangkat bahu.

Nothing?!" Soal Humaira lagi. Humaira sudah hilang sabar bila lelaki itu seperti membuat keputusan hanya untuk merenung tingkah laku gilanya dan ketawa dibelakangnya. Mungkin dia akan jadikan satu cerita sensasi bila balik ke balai polis.

" Doktor pesakit gila pun sama - sama mental sebenarnya. Patutlah dia orang ni hidup dekat pulau... blablablabla." Ditambah dengan ketawa nyaring sedikit.... Ah! Dah agak dah Firdaus ni macam mana.

Ligat sungguh otak Humaira membuat andaian dengan imaginasi gila dan kreatifnya lalu dari wajahnya dalam berangan itu dia mencebik geram.

Berbeza dengan Firdaus, apa yang Humaira fikirkan itu langsung menyimpang dari landasan kebenaran. Dia sebenarnya sedang geli hati melihat perubahan wajah panik dan geram Humaira. Merah dan mempersonakan baginya. Kalaulah Humaira perempuan yang mudah, pasti sudah dia tarik ke dinding dan dikucup bibir munggil itu sehingga diam.

" Awak dah tahukan dia akan buat macam tu dekat saya kan? Lepas tu memang awak sengaja biar dia buat macam tu so you can laughed at me after on." Suara Humaira kedengaran sedikit tinggi dari kebiasaan.

" W—What?! Serious, Maira?" Firdaus meraup mulutnya dengan tangan kanan, mahu menunjukkan rasa tidak percaya. Dia ketawa kecil.

" Ohhh! I see that coming Detektif. Old tricks doesn't work on me." Ujar Humaira yakin. Dia mengecilkan bola matanya pada Firdaus seakan - akan memeriksa lelaki itu dari luar dan masuk ke dalam saraf otaknya.

Dengan tawanya masih tipis kedengaran, Firdaus membuka mulut. " Tricks? Ini bukan US, ada Halloween, sweet or tricks Maira. Jangan over sangat..." Ujar Firdaus.

" Dia cium jari saya! DIA CIUM JARI SAYA! D— DAN DIA CAKAP SAYA VIRGIN. Tak termasuk bab dia tanya all sexual remarks dekat saya!! Urghh!! Jijik! Gila! Hilang Akal!" Kata Humaira tak ubah seperti orang paranoid.

" Jadi? Salah saya?" Firdaus menyoal dengan kening terjungkit. Sendiri buat salah, sediri mengakulah dek non.

Humaira menarik nafas, " Awak patut lindungi saya. Awak juga cakap tadi, we're partners dengan senyum yakin je. And I believe you!" Kata Humaira kedengaran separa mengejek.

Yes, we are. Yes, you should... I mean you MUST believe me." Jawab Firdaus yakin.

Humaira jongket bahunya seraya mengeleng kepalanya, mengisyaratkan maksud "kalau dah tahu jadi..."

You woman, love expecting things dari lelaki kan? Selamatkan you tiba - tiba macam hero dalam filem, expecting men to be more gentle la , understanding la, concerns la..."

" Oh... Nak salahkan saya jadi perempuan juga la macam si Emir tu." Kali Humaira sudah menongkat pinggang.

Firdaus menarik nafas, kepala yang sudah merayap sakit, dia kauk rambutnya ke belakang dengan harapan, rasa berdenyut yang merangkak sakit itu hilang serta merta. Unbelievable. Inilah sebab aku tak boleh bertahan lama dengan perempuan. Hanya sekadar seperti "touch n go" saja. Mudah.

" Kalau awak nak perang mulut dengan I... Silakan." Pelawa Humaira sinis. Anak mata coklatnya ditala tepat ke dalam anak mata Firdaus. Firdaus diam saja.

" So... Betulkan Firdaus. Awak sengaja biarkan Emir tunjukkan sisi gilanya jadi kerja awak kat sini lebih—." Ayat Humaira tidak habis. Humaira menarik nafas yang sudah singkat lalu dia tidak mahu meneruskan apa yang ditinggalkannya tergantung.

Firdaus senyum herot. Perempuan ni... Biar betul!

" Dia tengah marah, Humaira. Emosi dia tak stabil. Tambah lagi.. You gari dia semalam, you buat satu kesilapan, lebih - lebih lagi dia baru saja sampai ke sini. Dia manusia banyak akal. Lain kali, bagi dia some space. Kita— maksud saya, awak! Kena dapatkan kepercayaan dia. And You, as a doctor, you should know better... Control your anger, sharpen you senses, deligating is at stake, okay?"

ZUPPP!!

Tepat ke dada. Jikalau Firdaus seorang pemanah, pasti dia memanah dengan bulleyes, markah yang sempurna. Rasa perit yang mencucuk di dada ditahan saja. Muka Humaira mula memerah.

Ada benar cakap Firdaus, dia sepatutnya lebih tahu perihal pesakitnya. Masih banyak yang dia kurang dan masih banyak yang dia harus belajar. Tapi hari ini dia teruk dimalukan. Lebih - lebih lagi bila orang yang menegur bukan dari orang sebidang dengannya.

" Awak cakap, awak pun sama saja." Perli Humaira cuba menutup rasa malu. Matanya dilarikan supaya tidak bertemu mata Firdaus.

Firdaus yang masih menyandar di dinding ketawa kecil. Humaira menjeling. Benci betul bila dia dengar Firdaus ketawa. Semacam menghina dan semacam menjentik hati perempuannya juga. Kang dah keliru.

Tanpa dia duga, Firdaus usap ubun - ubunnya sebelum jari telunjuk Firdaus mencuit hidung mancung Humaira. Tergamam Humaira dibuatnya.

Ya, sama - sama adik manis  and You're forgiven. For today. Jumpa esok. Chow."

Humaira membulat mata melihat air muka kepuasan Firdaus. Dek kerana geram, dia menghentak - hentak kecil kakinya ke lantai tanpa membuat hentakan yang kuat. 

***

Fikiran Humaira menebar jauh bila melihat lautan luas yang terbentang dihadapannya. Namun, bagaikan seorang nakhoda kapal yang kurang arif mengunakan ilmu, dia seakan sesat.

" Teh?" Secawan teh panas dihulurkan pada Humaira. Terkejut, daripada dia mengambil cawan itu, dia toleh ke arah gerangan manusia yang menghulur itu. Wajah Sufian terlihat pada layar pandangannya. Humaira serta merta menunduk segan.

Dalam ramai - ramai, Sufianlah yang paling dia kurang berkomunikasi. Sifat Sufian yang agak terbuka dan agresif, sedikit membuatkan Humaira rasa tidak selesa.

" Jangan risau, teh bunga je. Good for sleep. Nah." Pelawa Sufian lagi. Tidak mahu melukakan hati Sufian, Humaira sambut cawan berwarna hijau berbentuk panjang itu dari tangan Sufian dengan hati - hati. Sekali pandang Humaira dapat meneka kehalusan seni pada cawan unik itu.

" Terima kasih." Senyum Humaira. Sufian hanya mengangguk dan mereka berdua kembali diam melihat permandangan malam dari dek kayu yang dibina khas untuk para doktor yang tinggal di asrama itu.

" Cantikkan?" Humaira bersuara. Rasa kekok pula dengan kesunyian antara mereka berdua. Namun, pertanyaan Humaira hanya dibalas anggukan saja dari Sufian. Wajah lelaki itu langsung tidak berubah. Tak ada ekspresi terlukis di wajahnya.

" Tak selalu tau, orang boleh menikmati permandangan macam ni." Tambah Humaira tidak berputus asa. Namun, tetap juga tiada respon dari Sufian.

Hati Humaira sudah bergeluman antara rasa segan dan bingung. Demi menghilangkan rasa yang berkecamuk, dia hirup teh bunga yang diberi Sufian. Matanya terus saja membulat.

" Sedapnya!!" Humaira senyum sampai ke telinga bila rasa dan bau bunga kekwa itu seperti mengulit minda sedarnya. Matanya dipejam rapat, memfokuskan deria rasanya untuk merasai dan menghargai komponen kompleks yang berlaku dalam rongga mulutnya.

Tawa kecil Sufian membuatkan matanya terbuka. Eh? Salah ke?

" Kenapa ketawa? Betul, teh ni sedap. Tak tipu pun." Humaira cuba menyakinkan Sufian.

" Kau ni, cepat sangat percayakan orang. Sekali dalam air tu aku letak dadah ke apa ke, macam mana?" Ujar Sufian dengan senyuman misteri.

Humaira menelan air liur, pandangannya ditala ke arah air teh jernih di dalam cawan. Bunyi gegar tawa Sufian membuatkan dia naik mencari raut wajah lelaki itu.

" Aku bukan jantan batak sangatlah Maira. Dan aku manusia yang bertamadun, aku tak buat kerja kotor."

" Oh, hehe. Janganlah takutkan saya. Jantung tak kuat." Seloroh Humaira membuatkan Sufian ketawa lagi.

" Kau ni luculah. Tapi sedapkan? -- Percaya tak, cawan yang kau pegang tu umur dia dah lebih 30 tahun?" Sufian menilik cawan yang sama di tangannya. Bola matanya asyik memuji kehalusan dalam pembuatan cawan itu. Unik. Tidak semena, cawan itu mengingatkan dia pada seseorang. 

" Oh 30 tahun..."

Humaira membulat mata.

" Tiga puluh tahun?!!" Spontan tangannya jadi longlai. Cawan yang mula tergelincir dari genggamannya dicapai laju. Bagaikan mahu pecah saja jantungnya bila memikirkan cawan itu bakal jatuh berkecai ke lantai kalau tangannya sedikit lambat tadi. Fuh, mujur tak pecah oi! Ngomel Humaira seraya dia memandang ke arah empunya cawan yang tidak perasan akal hal yang berlaku tadi. Kusss semangat.

" Haah, bapak aku dapat hadiah ni dari kawan dia di Jepun. Dan maksud aku, kawan dia tu, bekas teman wanita dia masa dia belajar di Jepun dulu." Sengih Sufian bila dia pandang Humaira.

" Nampaknya bapak awak masih sayangkan dia..." Halus saja suara Humaira membalas sambil jari runcingnya memutar mengikut permukaan bulat cawan.

" Sakit Maira bila bapak kau tak nampak mak kau sendiri. Heh, apatah lagi bila dia tunjukkan kasih sayang dia pada cawan ni lebih dari mak aku." Sufian mencicip sedikit teh dari cawan tadi. Sengaja, kerana mahu melegakan rasa sakit yang tiba - tiba muncul.

Humaira diam saja. Dia tahu, masih banyak yang belum terluah oleh pemuda itu.

He never home. Kerja. Out station. Business trips. Kata dia, kalau dia tak ada, aku dan mak aku susah."

Ada diam yang singkat antara itu. Namun, Humaira tetap juga setia mendiamkan diri dan memasang telinga.

" Apa yang buat aku bencikan bapak aku, Maira... Dia tak pernah sayangkan aku. Tak pernah beri perhatian pada aku. Apa yang dia peduli, hanya duit dan projek dia semata - mata dan perempuan Jepun tu."

" Tak ada bapak yang tak sayangkan anak Sufian..."

Sufian tersenyum kelat. Ah gagal. Perempuan ni gagal untuk fahamkan situasi aku.

" Kau percaya dengan keluarga bahagia?" Pertanyaan Sufian membuatkan Humaira bertentang mata dengan lelaki itu.

Humaira mengangguk lalu dia cari meja untuk meletakkan cawan tadi ke tempat yang selamat. Usai itu dia mendekati Sufian. Kemudian, dia tepuk bahu lelaki itu supaya Sufian berdiri mengadap ke asrama sepertinya.

Sufian mengikut saja meskipun dia meragui perempuan disebelahnya. Beberapa kali dia pandang Humaira yang tersenyum sambil matanya terpejam itu. Hatinya tercuit sesuatu. Sesuatu yang sukar dimengertikan. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyum.

" Awak! Tutup mata. Cepat." Ujar Humaira.

" Untuk apa?" Sufian mengerut dahi tidak mengerti.

" Tutup ajelah. Cepat!! Nanti kang hilang." Senyum Humaira semakin melebar. Tangannya melayang - layang tidak sabar mahu Sufian mengikut sama.

Mahu tidak mahu, Sufian ikutkan saja. Pandangan mereka hitam pekat.

" You nampak tak Sufian?" Tanya Humaira teruja.

" Nampak apa? Kosong je... Dah la Maira..."

Belum sempat dia mahu membuka mata, Humaira memegang tangannya.

" Tengok sekali lagi... Jangan buka mata."

" Saya nampak keluarga saya. Mak, ayah, Huzair. Mereka semua, saya nampak jelas. Makan bersama - sama, berkongsi kasih sayang. Awak nampak tak Sufian? Mak, bapak awak, adik beradik awak?" Genggaman tangan Humaira semakin kuat.

Bagaikan ada suatu kuasa yang menolak memori dia kebelakang, Sufian tersenyum riang. Wajah ibunya mula menerjah di belakang kepalanya. Memori - memori lama datang bagaikan ombak meredah pantai. Satu persatu dimainkan di dalam kepalanya. Memori manis dia dan ibunya berputar seperti relung filem. Namun, akhirnya dia mengalirkan air mata bila wajah ayahnya juga mula menerjah.

1989, ulang tahun kelahirannya yang ke-7, dia menerima satu hadiah yang istimewa dari arwah ayahnya. Cawan teh. Masih segar dalam ingatannya, lelaki tua itu mengukir senyuman yang lebar buat dirinya dan memesan untuk menjaga cawan itu dengan sebaik - baiknya.

" Awak tak pernah bencikan bapak awak... Awak cuba kecewa sebab dia berhenti berikan perhatiannya..."

Sufian membuka mata dan air mata yang jatuh dipipi diseka Humaira.

" Saya yakin, dia cintakan mak awak, perempuan Jepun tu dan awak juga." Kata Humaira sebaik saja dia melepaskan tangannya dari Sufian.

Don't release it yet, Maira. I need it. Desis hati Sufian bila dia terasa tangan Humaira sudah tiada di dalam genggamannya.

" Kenapa kau yakin sangat? Cakap macam tu?" Sufian mengerut dahi.

Humaira senyum lalu dia ambil cawan yang berada di dalam genggaman Sufian dan diletakkan di sebelah cawan satu lagi.

" Sufian, mana tekonya?" Soal Humaira.

" Oh itu dengan my mum —." Bola mata Sufian laju memandang ke arah Humaira.

Like a family, everyone take a role in taking care of each other. Just like some tea cups and teapots. Kebahagian bukan janjian keluarga yang sempurna tapi untuk ada antara satu sama lain dalam senang dan susuh. Dia tak nak awak dan mak awak berpisah sebab dia sendiri tidak mahu berpisah dengan awak berdua... Jadi jawapannya, ya! Saya percayakan keluarga bahagia."

Sufian senyum dan mengangguk. " Kau memang ada magik macam ni ke?"

" Magik? Tak adalah..." Humaira tersimpul malu.

" Okay, sekarang kau cuba cerita, apa masalah kau pulak..." Sufian pandang Humaira berpeluk tubuh.

" Hah? Masalah?" Kali ini, Humaira pula mengerut dahi.

" Termenung sorang - sorang. Pandang langit. Pandang bulan.." Humaira ketawa kecil, diikuti Sufian.

" Bagitahu la. Mana tahu, aku boleh tolong." Sufian cuba menghulurkan pertolongan.

Humaira mengigit bibir, berkira - kira, sama ada dia patut berkongsi masalahnya dengan Sufian atau tidak. Namun melihatkan riak muka Sufian yang serius dan boleh dipercayai dia akhirnya membuka mulut.

Something happened tadi... Pesakit baru tu ada masalah siket." Bagaikan melepaskan batu yang tersangkut di dalam kerongkongnya, Humaira melepas lega.

" Hmm... Si Emir tu ke?" Soal Sufian untuk kepastian. Humaira mengangguk lemah menjawab soalan lelaki itu.

Sufian yang mendengarkan itu sudah sedia maklum dengan masalah itu. Dia juga begitu dahulu. Tidak mahir mengendalikan seseorang. Lebih - lebih lagi seseorang yang berstatus orang terbalik akalnya.

" Orang gila pun sama macam kita Maira, manusia. Cuba letakkan kaki kau dalam kasut dia orang. Kau akan nampak , apa yang orang - orang gila ni fikirkan. Tapi iyalah, fikiran tu mungkin diluar tabi' la. Jangan stress sangat dengan remarks atau actions yang dia orang buat. Memang kerja dia orang untuk buat kita lagi marah." Senyum Sufian. Humaira baru menyedari, lelaki bernama Sufian ini, tampan orangnya. Mungkin tidak setampan Fahrin tetapi senyumannya manis.

" Terima kasih Sufian."

" Sama - sama. Pian. Panggil Pian."

" Baik Pian." Humaira mengenyit matanya. Muka Sufian berubah merah. Cepat - cepat dia palingkan mukanya. Humaira jadi serba salah. Ahhh! Tak patut dia buat macam tu.

" Er, saya masuk tidur dulu. Bye. Good night, Pian."

Good night to you too, Maira." Sufian langsung tidak memandang muka Humaira membuatkan Humaira berada tidak selesa. Tidak mahu berlama - lama disitu dengan suasana begitu, Humaira berlari anak masuk ke dalam asrama.

Sufian perhatikan larian Humaira menaiki anak tangga. Lagaknya seperti anak kecil menaiki tangga sekolah dengan beg berat digalas, terumbang - ambing. Dia tersenyum nipis. " Well... That's a bit ackward."

***

Diraup mukanya berkali - kali. Bilik segi empat tepat itu dia perhatikan dari bucu ke bucu. Dari kanan ada sebuah almari dua pintu kayu antik yang halus coraknya. Corak melayu asli, dengan motif bunga indah berukiran layang. Satu teknik ukiran zaman dahulu yang mungkin sudah hilang ditelan zaman. Begitu juga, dengan meja belajar bertentangan almari tadi, juga punya corak yang sama. Pasti diupah oleh tukang kayu yang sama fikirnya. Bila dia amati lagi, dia sudah dapat teka usia almari usang itu. Kira - kira 70 tahun lalu.

Kadang kala dia harus juga bersetuju dengan pandangan sesetengah orang lama yang merasakan barangan yang dibuat pada zaman sebelum internet dan lagu viral judul Aisyah itu, lebih kukuh dari barangan zaman sekarang yang hanya tahu rosak dan buang saja. Kemudian, layar pandangan jatuh pada katil tidurnya. Seperti biasa, ianya dibuat dari besi. Katanya lebih selamat dari kayu. Heh.

Emir mengeliat senang. Straitjacket yang ditanggalkan, dilihat dengan senyum sinis. Tidaklah rumit mana mahu keluar dari jaket itu sebenarnya. Yang hanya dia perlu, sedikit kepintaran dan secubit aksi akrobatik saja.

Badannya direbahkan ke tilam sambil bola matanya merayau ke segenap bilik. Bilik orang gila itu tak adalah seteruk yang dia sangka. Selesa. Bila dia toleh ke arah kepala katil mahu melonggarkan urat leher, bola matan menangkap torehan aneh di dinding tempat dia tidur. Aneh, soal hati kecilnya.

Dia berganjak duduknya ke arah lukisan itu. Jari milik Emir yang panjang dilalukan ke bekas torehan. Dia berkerut dahi.

" Pelik." Mahukan kepastian, dia cuba melihat torehan itu dengan lebih dekat.

" Besar torehan ni..." Dialog dia sendirian. Kemudian dia masukkan jari - jarinya ke celahan torehan namun sedetik itu, bunyi ketukan pintu membuatkan Emir tergopoh - gopoh kembali ke duduknya yang asal. Di hujung katil dalam keadaan kaki merapat. Kemudian bola matanya tertunak pada daun pintu seperti seekor helang menunggu mangsa.

" Hi Emir. Masa untuk makan ubat." Ujar Humaira berdiri di celah daun pintu. Seulas bibir merah itu menguntum sebuah senyuman manis.

Dalam diam. Senyuman doktor Humaira yang menguntum bak bunga pagi itu sedikit menganggu Emir. Menganggu dia dari segi apa, dia sendiri juga kurang pasti. Namun itu tidak lama, bila bola mata buntar milik Humaira membulat besar. Silih berganti dia pandang ke arah straitjacket dan Emir.

" Tak ada salam ke doc? Bukan Islam?" Perli Emir. Wajahnya pesimis. Dalam pada itu, dia tahu, Humaira juga kebuntuan sebenarnya. Air muka Humaira nampak terkejut dan dari bibirnya yang terbelah kecil itu, Emir tahu, Humaira hilang kata - kata.

" Aku dah cakap, no straitjacket, no leathers.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh