Bab 13


Firhan memeluk kemas Humaira ke dada bidangnya sambil tangannya dilayangkan ke wajah Humaira. Mahu memastikan Humaira sudah lena ketiduran.

Setelah tiada pergerakan bola mata yang terlihat dari wajah Humaira, dia melepas lelah lega. Segala urat yang menegang tadi, sudah kian mengendur dan terasa selesa. Matanya dipejam seakan menikmati sebuah ketenangan.

Firhan menyunging senyum seraya menoleh ke arah Qidran dan Adrian tetapi bila dihidang dengan wajah Adrian yang cemberut, dia mengerut dahi lagi.


" Kenapa muka kau pucat Adrian? Nampak hantu ke?" Tegur Firhan mengerut dahi. Kepala Humaira yang terlentok dibahunya dibiarkan saja.


" Batu tak ada macam tu la. Pengecut." Qidran gelak besar. Suaranya bergema bertemu dinding ke dinding. Bebola matanya diputar - putar menyampah.


Lahir saja sebagai lelaki. Bawa masuk minuman keras diam - diam boleh pulak. Gumam Qidran sambil dia menjeling pada figura Adrian yang masih berdiri di sebelahnya sejak tadi. Baru suruh pengsankan orang, bukan suruh bunuh orang lagi. Getus hati kecil Qidran. Kepalanya mendonggak sedikit mencari riak muka Sufian lalu dia tertawa kecil, diikuti Sufian yang menyengih seperti kerang busuk.


" Tak mati ke perempuan ni? Banyak kau bagi, Qid." Soal Adrian buncah, sebelum dia duduk mencangkung dan mencucuk lengan tidak bernyawa Humaira beberapa kali.

Wajah Humaira yang seperti anak kecil yang ketiduran itu, ditenung seketika. Kepalanya digaru - garu, bingung memikirkan nasib perempuan malang itu.


" Matilah kotnya..." Qidran mengaru - garu dagunya yang tidak gatal. Adrian membulat mata. Air liur yang tersangkut dikerongkong, dipaksa telan.

Melihatkan wajah pucat Adrian, Qidran menyambung " Mati sampai esok. Hahaha."


" Kau ni... Kalau aku bunuh dia, nanti aku pulak yang menyusul. Ingat aku dah puas hidup kat dunia ni? Aku tak sebodoh tu." Tawa Qidran, Firhan dan Sufian memecah gegendang telinga Adrian.


" Ditanya, main - main pula. Sebal!" Cebik Adrian.


" Ubat tu tak boleh kasi mampus oranglah Adrian. Kasi tiduuur... Lena..." Ujar Qidran sambil menongkat kening beberapa kali.


Tubuh Humaira ditenung atas ke bawah membuatkan ghairah jantannya mula timbul. Lebih mengujakan, Humaira ini cantik orangnya. Giginya tersengih - sengih bagaikan serigala lapar mangsa.

Merasakan perubahan angin suasana sudah bertukar adegen matang, Firhan segera memangku tubuh Humaira ke dalam pangkuannya. Didukung perempuan itu gagah.

Wajah teruna yang terkulat - kulat  memandangnya, diperhatikan satu persatu. Sufian dan Qidran hanya mengeleng kepala saja.


" Perempuan ni aku punya. Aku malas nak ulang banyak kali." Tegas Firhan lalu menapak kakinya menuju ke tangga namun langkahnya terlebih dahulu dipotong Sufian.


" Aii, kalau aku tahu tadi, aku penggal je kepala perempuan ni." Sindir Sufian sambil langkah kakinya berlari naik ke tingkat.

Peluput telinga Firhan yang mendengar, terasa bahang, dia kemudiannya mengetap bibir. Tidak punya ayat untuk membidas tambah bila, lelaki itu juga sudah ghaib dari pandangan mata.


" Firhan... Firhan...Jangan sampai kau lupa diri kau sudah la." Qidran memberi nasihat lalu giliran dia pula yang angkat kaki.

Seketika, dia melemparkan pandangan dia kepada dua sahabat itu. Bebola matanya penuh kebencian. Tadi, bibirnya dihiasi dengan senyuman, bertukar ketat.


" Oh! Aku tahu dah beribu kali aku cakap. Tapi kau orang berdualah, paling sampah."


Kata - kata Qidran sedikit pun tidak menganggu emosi kedua - duannya kerana sudah tuli telinga mereka berdua mendengarnya. Masing - masing hanya mampu menjadi bayang - bayang mereka bertiga saja. Tidak punya kuasa untuk bersuara dan membuat keputusan sendiri. Semuannya dikuasai orang - orangnya atas yang bagi mereka, manusia yangs sebenar - benarnya kurang siuman.


***

Masa terlontar jauh ke belakang.


Cahaya petang sudah mula bergerak ke ufuk langit, mencelah dibalik tebaran awan kumulus putih gebu. Burung - burung pula berkicauan pulang ke sarang masing - masing. Berterbangan dalam sebuah kelompok yang cantik. Mungkin bersembang rancak tentang hari - hari yang dilalui masing - masing. Duga Humaira.


Pandangannya mula menebar ke kiri dan kanan. Taman permainan itu masih sunyi seperti hari - hari sebelumnya. Kosong dan tiada yang berkunjung dek kerana fasiliti taman yang tidak diselenggarakan. Humaira mendongak kepala sambil dia menangis teresak - esak.  Matanya merah bak saga. Tangannya masih mengigil sejak tadi.


" Arghhhh!!! Ibu!!!! Ayah!!! Maafkan Maira..." Teriak Humaira mengejutkan beberapa ekor burung yang bertenggek pada kabel elektrik.


Tangisannya begitu keras dan tiada tanda mahu surut. Celahan pehanya berdarah dipandang sayu. Silap besar! Kakinya dibawa ke dada dan memeluk kedua - duannya.

Badannya mengigil ketakutan serta wajahnya sudah lencun dengan air mata. Fikirannya berkecamuk, rasa jijik pada diri sendiri mula merangkak ke sukma.


" Bunuh jelah aku! Bunuh je aku ni!!" Pekik Humaira beriringan dengan tangisan keras.


Humaira yang pada ketika itu masih berumur 15 tahun, sudah aktif dalam dunia atas talian. Dengan komputer kotak yang dibelikan khas oleh Kamal untuk memudahkan kerja sekolahnya dan membantunya dalam pelajaran. Namun tanpa pengetahuannya, Humaira dalam diam menggunakan peranti itu untuk tujuan lain.


Dia mula meneroka laman sosial yang popular ketika itu, Yahoo Messenger (YM!) tanpa pengetahuan Kamal. Seperti kebanyakan gadis remaja seperti Humaira, perasaan ingin berkawan dengan jantina berlainan jenis membuak - buak, lebih - lebih lagi berhubungan istimewa dengan mereka. Memandangkan rakan - rakannya disekolah sudah pun berteman, dia juga mahukan perkara yang sama.


Mengenali seseorang yang belum pernah bersua mata, boleh jadi perkara yang baik ataupun perkara yang buruk dan bagi Humaira, dia yakin mengenali seorang lelaki yang hanya dikenali dengan nama Azka itu seorang yang boleh dipercayai.


Bulan berganti bulan, mereka berdua rancak bersosial menerusi platfom itu sampailah suatu ketika Azka hilang tanpa jejak. Mesejnya langsung tidak berjawab. Hati perempuan Humaira meronta - ronta. Hari - harinya dilalui dengan kerisauan dan tanda tanya.


Sekali sekala, ada juga dia menitiskan air mata untuk lelaki bernama Azka itu. Hinggalah hari bersejarah itu, Azka menghubunginya semula. Humaira waktu itu hairan juga kerana Azka langsung tidak memberitahu tentang hilangnya dia selama beberapa minggu itu. Bila ditanya, diberi beribu alasan.Takut kehilangan Azka sekali lagi, dia memutuskan untuk berhenti bertanyakan akan hal itu. Dia sebenarnya sudah tertaut hati pada pemuda yang tidak dia tahu menahu rupanya bagaimana itu.


Akhirnya, ajakan yang sering dia utarakan pada Azka beberapa bulan dahulu, diterima. Humaira melompat gembira. Apalah sebuah hubungan kalau tidak mengenali antara satu sama lain.


Humaira cantik mengenakan sepasang baju kurung kedah berwarna merah terang atas permintaan Azka. Teruja, dia turutkan saja permintaan Azka. Katanya, dia sudah lama mahu melihat gadis berbaju kurung kedah. Rambutnya yang beralun panjang melepasi pingggang dilepaskan ke bahu. Bau wangi rambut yang baharu saja dicuci itu, mengulit lubang hidung Humaira. Refleksi diri dari cermin gerobok baju yang uzur itu dipandang lama.


Cantik juga aku ni sebenarnya. Bisik hatinya sendiri. Minyak wangi yang diam - diam diambil dari atas meja solek ibu, disembur - sembur pada beberapa titik. Pergelengan tangan, belakang leher dan dibawah ketiak baju sebelum hidungnya menghirup udara berbau wangi itu. Dia melebar senyum. Siap!


Berjanji waktu petang, Humaira segera mendapatkan basikalnya bila dia lihat matahari sudah mula jatuh ke arah barat. Wahida yang tika itu sibuk mengangkat kain dijemuran, melontar suara yang besar bila corong telingannya menangkap bunyi rantai basikal Humaira.


" Kamu nak ke mana tu, Maira?!" Soal Wahida seiiring dengan tangannya yang laju mengangkat kain yang sudah kering. Matanya dikecilkan memandang tubuh anak daranya yang sedikit - sedikit hilang dari pandangan.

" Rumah kawan kejap, ibu! Nanti Maira balik." Laung Humaira dengan kayuhan basikalnya yang dipercepatkan. Tidak lekang bibirnya tersenyum. Dadanya sudah berombak kencang bila taman permainan dihujung kampung terdampar dalam ruang pandang.

Usai menyandarkan basikalnya pada sebuah pokok yang merimbun hijau, dia mengorak langkahnya ke arah buaian yang sudah uzur dibalut karat, menunggu masa untuk roboh saja. Dia menarik nafas sebelum bahunya disentuh seseorang.

" Lama awak tunggu, Maira?"

Ada suara garau dan payau menegurnya dari belakang. Seriau tegak bulu - bulu halus di tengkuknya bila bahunya disentuh lembut. Jantungnya berombak kencang mengalahkan ombak Tsunami. Digenggam sisi baju kurungnya dan dengan senyuman manis, dia memalingkan separa badannya ke arah punca.


Alangkah terkejutnya Humaira bila Azka yang disangkakan sebaya dia, rupanya seorang lelaki yang sudah berusia lewat 40-an. Pangkat ayah barangkali! Tangannya mula mengeletar dan nafasnya turun naik. Humaira lantas bangun dari buaian dan menjauhi Azka.


" Kenapa ni Maira. Sinilah." Ajak Azka yang melompat dari buaian dan mendekati Humaira yang kian menapak ke belakang. Butir - butir peluh sejuk mula merindik di dahi.


" J— Jangan!" Humaira memberi amaran.


" Cantik Maira pakai baju kurung tu. Tapi mesti cantik lagi kat dalam kan?" Azka senyum mengoda. Tangannya cuba menyentuh tubuh Humaira lagi tapi dengan pantas ditepis Humaira.


" Kau siapa?! Apa sentuh - sentuh aku ni?" Soal Humaira berani.


" Eh, janganlah marah - marah. Kan awak juga yang nak jumpa saya kan? Awak ni cantik betul. Geram saya." Kata Azka merapati Humaira yang mengigil ketakutan.


Baginya Humaira cukup sempurna, tak terfikir dia perempuan berumur 15 tahun mempunyai kecantikan sebegini rupa.


" Dah aku nak balik!" Ujar Humaira malas berbasi - basi setelah deria rasanya kuat memberitahu, ada bahaya yang bakal berlaku jikalau dia berlama - lama disitu.


Malang seribu kali malang, bila saja kakinya mahu mengorak langkah, lengannya direntap kasar dan tubuhnya dibawa melekap ke tubuh Azka. Mulutnya ditekup dengan tangan kasar Azka, menghalang dari Humaira melepas jeritan. Humaira mula meronta - ronta keras. Dadanya berdegup kencang, rasa ketakutan mula membalut dirinya. Rasa menyesal juga mula menyelinap ke pangkal hati. Dia tak sepatutnya mempercayai sesiapa pun dari laman sosial.


Rontaannya terlalu lemah, lelai bernama Azka ini tiga kali ganda kuat dari kudrat remajanya. Lelah mula terasa. Air matanya juga mula memenuh dilereng mata, menunggu untuk pecah dan gugur ke pipi.


" Sabarlah, kalau kau ikut aku. Aku akan layan kau baik - baik."


" EMPHHHHHH!!!!" Pekik Humaira meronta - ronta meskipun tidak berbutir tuturnya.


Kain batik yang terbelah menampakkan betis mulus Humaira membuatkan Azka sedikit goyang. Dengan sekuat tenaga, dia mengheret tubuh Humaira yang sederhana tinggi itu, ke sebuah semak berhampiran. Sebelum dia humban Humaira ke tanah.


Suasana jadi kelam kabut, Humaira menjerit sekuat hati sambil dia terkocoh - kocoh mencari kekuatan untuk melarikan diri. Namun, Azka lebih cemerkap, tangannya menghayun tepat mengenai kepala Humaira. Humaira jatuh ke tanah semula. Tubuh Azka segera menindih tubuh Humaira.


" Hah- Ha! Kau nak lari mana Maira sayang? Menjeritlah, takde sape nak dengar kau." Kata Azka dengan wajahnya yang berahi.


Humaira sudah kecut perut, kalau dia tidak bertindak, mati dia nanti. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia cuba membangunkan badannya sekali lagi lalu namun tangan Azka memang tangkas lalu memegang dagu Humaira keras. Humaira mengaduh sakit.


Wajah basah Humaira dengan air mata itu ditatap Azka seketika sebelum dia duduk pada lututnya membuka butang seluar denimnya.


" Grrrrr... Geram pula tengok kau ni." Sengih Azka.


" Lepaskan saya. Tolonglah. Tolong." Rayu Humaira dalam tangisan. Namun, itu tidak memutuskan niat Azka untuk menerokai takhta Humaira yang pasti belum diterokai oleh sesiapa. Baginya bodoh, kalau dia melepaskan peluang keemasan begini. Apatah lagi bila Humaira bukan perempuan yang biasa - biasa.


Humaira mengigil dan berteriak tangis bila seluar denim itu sudah terlucut dan Azka hanya bertelanjang bulat. Kedua - dua tangannya dirapatkan dan dibawa ke dada seperti sedang merafak sembah. Mengigil dibuatnya. " Tolong. Tolong saya, encik. Saya masih muda. Lepaskan saya."


" Tolong. Tolong. Tolong. Kau yang bodoh percaya kat aku kenapa? Dah-dah, jom kita seronok sama - sama ya Humaira." Tanpa isyarat, Azka terus saja menodai Humaira tanpa rela.


Tangisan Humaira semakin keras, seiiring dengan perit yang dia rasa. Seperti terkoyak daging rasanya. Rumput yang digenggamnya kiri dan kanan sudahpun tercabut dari tanah. Sakit yang teramat sangat sampai tidak putus - putus Humaira meminta Azka untuk menghentikan perbuatannya.


Ketika itu, bagaikan dipukul, Humaira sedar, dia sudah dirogol oleh seseorang yang dia sendiri percayai. Percaturannya silap, dia telah terjerat yang membuatkan mahkota keperempuanannya dirampas dengan kejam sekali. Betapa dia mahu ketika itu, supaya dia dapat memutarkan masanya kembali.


Bertelanjang bulat, Humaira ditinggalkan begitu saja dengan satu ludahan mengenai dalam peha. Begitu jijik sekali dia diperlakukan sebegitu rupa. Humaira tidak henti - henti meratap, menyumpah diri sendiri akan satu keputusan yang bodoh. Benar kata orang - orang tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa.


***

Mata terbuka luas, seperti roh baru masuk badannya, batang tubuhnya dibangunkan tegak dari tidur. Peluh sejuk membasahi dahi mulus Humaira. Dadanya tidak berhenti turun naik. Rasa takut menyelubungi diri, bayangan peristiwa itu datang menyerang kembali. Kedua - dua lututnya dibawa ke dada dan dipeluk kejap lalu kepalanya dijatuhkan diantara lutut. Air mata mencurah - curah jatuh menbasahi seluar. Kenapa peristiwa itu perlu kembali? Kenapa?!


" Are you okay Maira?" Bergegas Firhan mendapatkan Humaira saat dia masuk ke bilik.


Bila Humaira dapat merasakan bahang tubuh Firhan mendekati dia segera menepis supaya tidak dekat. Tangannya menolak tubuh Firhan kasar hingga terjelopok jatuh lelaki itu ke lantai. Gelas kaca berisi air putih berdenting pada lantai hingga berkecai pecahnya. Mata Humaira dan Firhan serentak membuang pandang ke arah bunyi kaya pecah.


Masing - masing terkaku diam, cuba memproses sesuatu tapi tidak lama bila Humaira mula perasan akan sesuatu yang aneh, bilik dan katil yang tubuhnya baring bukan dari biliknya! Dia tidak punya cadar Iron Man mahupun poster superhero tertampal pada segenap dinding bilik. 


" Apa kau buat dengan aku, Firhan?!!! Apa kau buat dengan aku?!!" Humaira menengking kuat sehingga didengari ke luar bilik.


Suaranya seperti halilintar membelah bumi. Bergegar dan mengoncang jiwa jantan seperti Firhan.


" Maira, why are you crying?" Tanya Firhan bimbang melihat mata sembab dan hidung Humaira yang merah menyala. Seperti baru menangis yang keras. 


Soalan yang dilontarkan Firhan membuatkan jiwa Humaira mengelegak marah. Dahinya berkerut cuba menahan amarah yang kian merenjat di dalam pembuluh darahnya. Memang jenis tak reti nak faham dan jawab soalan.


" AKU TANYA APA KAU BUAT DENGAN AKU SAMPAI AKU BOLEH TERBARING TIDUR DALAM BILIK KAU NI?! TAK FAHAM SOALAN KE?!" Kali ini suaranya berganda kuat sehingga tercengang Firhan dibuatnya.


" You penat sangat semalam sampai tidur tak sedarkan diri. I dunkung you masuk dalam bilik I sebab I tak jumpa kunci bilik tidur you. Takkan I nak biarkan you tidur dekat sofa bawah. You sendiri tahukan, rumah ni penghuni dia semua jantan. Umpan dah nampak depan mata, susah orang nak lepaskan." Terang Firhan panjang lebar setelah dia sedikit bertenang. Jawapannya ditaburi sedikit penipuan kerana tidak mahu meninbulkan rasa musykil pada Humaira. Setelah itu, dia duduk mencangkung dan segera mengutip sisa gelas kaca berhati - hati sebelum menyambung ayatnya.


" Jangan takut... I tak buat apa - apa." Sebelum menyambung,


" I promised myself not to hurt my precious possessions. And only tuhan tahu betapa susahnya perkara tu, Maira" Ayat  itu diperlahankan supaya tidak didengari Humaira.


" Kau memang tak buat apa - apa? Betul?" Tanya Humaira lagi, memerlukan kepastian.


" Jangan risau. Now rest." Firhan mengeleng seraya mengoyak senyuman yakin.


Menolak, Humaira bangun dari katil. Kakinya longlai menapak ke lantai, tubuhnya hampir tumbang namun sempat disambut Firhan.

Mata mereka berdua bertaut. Firhan terpana melihat rambut beralun Humaira bergerak  cantik mengikut pergerakkan tubuhnya. Hati jantannya terasa sesuatu. Sesuatu yang aneh. Sesuatu yang mengujakan dalam masa yang sama menakutkan.

Humaira cepat menolak lengan Firhan yang gagah menongkat tubuhnya dari jatuh ke lantai dan mengenai kaca yang masih berselerakan.


" Pukul berapa ni?"


" Dah tengah hari. I dah sediakan lunch untuk you kat bawah. Kalau you nak makan, I boleh temankan. Itupun kalau you nak makan la." Ujar Firhan.

Meskipun dia tidak arif dalam bab memasak tapi entah kenapa, datang angin rajin pula tadi. Sedar - sedar terhidang bubur Hainan di depan mata.

Humaira mengeleng. Perutnya masih belum mahu menerima makanan. Dia duduk dihujung katil cuba untuk menumpukan perhatian. Rasa bercelaru otaknya.


"You ada ingat apa - apa?" Duga Firhan yang sudah duduk di kerusi meja belajar. Badannya berada di posisi menghadap Humaira.


" Ingat apa - apa?" Soal Humaira kehairanan dengan dahi berkerut. Otaknya gagal mengingati kejadian semalam.


" Oh. Baguslah. You jangan fikir berat - berat. Takut you jatuh sakit lagi macam semalam." Pesan Firhan.


" Saya nak pergi pejabat." Kata Humaira seraya mengangkat punggungnya.


" Tak perlu. You rehat je la dulu. Badan you masih lemah ni, Maira."


" Tak bolehlah. Saya ada tanggungjawab. Lagipun, saya rasa sihat dah ni." Kata Humaira.


Nasihat Firhan tadi hanya diambil sekadar angin lalu. Dia perlu ke pejabat. Untuk apa dia pun masih belum memikirkannya. Setakat ini, dia tidak mahu berada di dalam satu tempat dengan Firhan. Langkah kakinya dibawa ke bilik tidur. Dipulas tombol pintu berkunci itu, dan bagaikan relung filem. Segala memori semalam kembali mengetuk minda. Tergambar jelas satu persatu.


Langkahnya kaku. Dia menoleh ke arah Firhan yang berdiri di sebelahnya dengan perasaan ragu - ragu seraya menelan air liur. Hatinya kuat berkata, dia harus cepat beredar.

Mencari ayat untuk menyelamatkan diri, Humaira turun dari tangga yang diikuti Firhan dari belakang " Saya rasa saya tertinggal kunci dalam kot putih. Saya nak pergi ambil kejap."


Kasut but pendek berwarna hitam disarung secepat mungkin. Kad akses dan kad ID pekerja yang tergantung pada loker kecil ditarik lalu digantungkan pada leher. Pada pandangan sesiapa pun, Humaira memang nampak kelam - kabut.


" Kot you kosong."


Ayat itu. Ayat itu membuatkan jantung Humaira seakan - akan berhenti berdegup. Darah merah seakan dikeluarkan dari pembuluh darah, mukanya pucat. Langkah kakinya yang mahu menuju ke pintu lif mati.


" Lab coat you kosong. Tak ada kunci."


" Ye ke? Mana awak tahu saya —." Belum sempat ayatnya habis, Firhan hulur kot putih padanya.


" Betul you letak dalam poket lab kot?" Soal Firhan. Humaira pandang wajah Firhan kosong. Dia tidak mengiyakan mahupun menidakkan.


" Kalau tak ada dalam lab kot you, siapa yang ambil? Semestinya bukan I. Maira?" Firhan menyeluk ke dua - dua tangannya ke dalam poket. Dia sudah menunjukkan sikap autoriti seakan memaksa Humaira menjawab soalannya.


Air liur yang semakin banyak di dalam rongga mulut, sengaja tidak ditelan. Akhirnya Humaira ketawa kecil sambil menepuk - nepuk kepalanya.


" Hahaha. I letak dalam laci. Lepas you all datang selamatkan I tu, I sempat letak kunci tu. Apalah I ni. Lupa pulak! Hahaha."


Kening Firhan terjongkit tinggi, " Sure? You dah ingat ke hal semalam?"


Aduhh‼ Cukuplah tanya soalan yang boleh buat aku gila. Tolonglah! Rayu hati kecil Humaira.


" Iye, I sempat campak dalam laci before you guys force me naik ke dorm. Pasal apa yang jadi semalam, I ingat - ingat lupa. Ahhh!" Badannya dibuat - buat tidak stabil seakan diserang sakit kepala.


" Told you so, you kena rehat. Dah jangan fikir banyak."


Firhan bingkas memapah tubuh Humaira duduk di kerusi.


" Nothing's going to happen to you. I'll protect you, okay?" Kata Firhan saat mata Humaira naik bertemu dengan matanya.


" What's going to happen to me?" Soal Humaira.


" Jom lunch! You need to eat." Firhan bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke kaunter dapur. Soalan Humaira tidak dijawab. Humaira semakin binggung. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh