Bab 17

Keindahan Pulau Aman memang tidak dapat disangkal. Dikelilingi dengan laut yang membiru dan rimbunan pokok - pokok yang menghijau, membuatkan sesiapa saja yang melihatnya, terpaku dan terpegun.

Ditengah - tengahnya, megah terbina sebuah istana cerminan zaman jajahan Inggeris yang di dalamnya dicorak dengan kehalusan seni melayu.

Namun, seperti di dalam buku - buku misteri lain, sebuah tempat seindah itu pasti menyembunyikan satu dosa yang hina.

Dosa yang bergeluman dengan tangan - tangan manusia tamak dan rakus akan kemewahan dunia.

Di sini, entah banyak mana darah - darah sudah tertumpah mengalir ke dalam pasak bumi. Entah berapa nusa terkorban hilang dari dunia bagaikan hilangnya suatu yang ghaib.

Tidak dibela apatah lagi dicari untuk menegakkan maruah mereka. Tubuh - tubuh mereka dibiarkan dimamah tanah seperti tubuh binatang yang ditinggalkan pemangsa saat perutnya kenyang. Kejam dan membusuk sehingga tiada identiti diri. 

Mundar mandir Humaira menunggu bantuan datang. Firdaus pula menyandar pada gerigi tingkap sambil berpeluk tubuh.

Otaknya ligat memikirkan segala punca yang menyebabkan simbahan darah yang begitu banyak pada dinding bilik itu.

Tiada contengan, tiada mesej, kosong. Hanya darah yang hampir dicat sepenuhnya hingga ke siling.

Motif apa? Apa yang disebut - sebut Aidan tadi? Rahsia apa? Kepala Firdaus mula berserabut.

Kemunculan Qidran dan Sufian di pintu bersama beberapa orang tukang cuci melegakan hati Humaira.

" Qid, syukur awak datang. S—Saya tak tahu nak cakap apa. Tapi nampak teruk." Ujar Humaira sambil dia mengurut belakang tekuknya yang terasa tegang tiba - tiba.

" Bersihkan semua ni." Arah Qidran saat dia lihat simbahan darah pekat yang seakan tertampal di dinding itu.

" Bersihkan? Awak tak nak panggil pihak berkuasa dulu ke, Qid? Ini mungkin bukti—" Kerut didahi Humaira sudah cukup menunjukkan rasa keliru.

" Aku rasa, kau patut bawa Aidan ke bilik lain." Arah Sufian memotong pertanyaan Humaira. Qidran mengangguk, bersetuju dengan cadangan Sufian.

Humaira mengetap gigi. Dia tahu, lelaki itu hanya mencari alasan untuk dia tidak berada disitu. Sama seperti kejadian tempoh hari. Tapi melihatkan Aidan yang masih kurang stabil, dia mengalah.

***

Qidran yang selesa duduk di atas kerusi empuk itu ditenung Firdaus dengan pandangan maut. Gerak geri Qidran yang khusyuk dengan Spinner di tangannya membuahkan rasa aneh pada Firdaus.

Jantan apa yang tak ada perasaan melihat darah yang sudah hampir melumuri separuh dinding? Tak ada ekspresi langsung!

Malah sempat lagi Qidran menguap mengantuk melihat kerja - kerja pembersihan darah yang membanjiri dinding bilik Aidan itu.

Bukan Qidran saja, Sufian juga begitu. Wajahnya tertampal poster bosan. Seakan sudah bosan melihat limpahan darah sebegitu banyak. Apa masalah mereka berdua ini?

" Kau berdua nampak macam tak rasa apa - apa..." Firdaus menyuarakan rasa tidak selesanya saat melihat dua jejaka itu seakan tidak memahami situasi yang sedang berlaku.

" So what are you trying to say, detektif Firdaus?" Soal Sufian tanpa dia mahu sedikitpun mengangkat mukanya dan melihat Firdaus.

Segala tumpuannya diberikan pada skrin telefon dan jari - jarinya yang rancak menari - nari diatas skrin.

" Tak nampak darah dekat dinding ni? This might be somebody's blood! Dan kau nak mende dibersihkan aje?" Firdaus tertinggi suara.

Dua jejaka itu masih lagi dengan dunia mereka. Langsung tidak ambil peduli dengan apa yang ingin cuba disampaikan Firdaus

" Simple. Apa yang kau buat bila sup tomato kau tumpah? Kau bersihkan. So itulah yang kami buat." Balas Sufian yang masih leka dengan telefon bimbitnya.

" Kau sedang bersihkan bukti! Ini mungkin satu kes pem—." Tidak Sempat Firdaus menghabiskan ayatnya Qidran lekas memotong.

" Kau cakap tadi...  someone's blood... Boleh jadi darah tu bukan darah manusia. Darah binatang mungkin. Gelabah sangat kenapa?" Pangkah Qidran tiba - tiba.

" Kau cakap macam insiden macam ni selalu terjadi je dekat sini? Kenapa? Ada apa - apa yang aku perlu tahu? Atau korang memang tengah sembunyikan sesuatu pada aku?" Seraya itu naik bola mata kedua - duanya merenung ke arah wajah tampan Firdaus.

" Ahh... Sekarang baru kau berdua nak bercakap dengan aku ya?" Sengih Firdaus berlapik makna. Wajah Qidran dan Sufian dipandang silih berganti.

Qidran bangun dari duduknya dan berjalan mendekati Firdaus, berdiri sama tinggi, dada ke dada, " Dari pertama kali aku nampak kau kat sini, aku tahu aku akan dealing with a snob prick.

Dengar sini, detektif... Kau fikir tempat ni kerajaan kau punya, kau silap. Itu cerita lama... Sebelum tempat ni dibeli oleh kami.

Like it or not, we govern this facilities our own ways, under our own rules. Tempat ni bukan dalam kuasa kau, snap out of it.

Jadi whatever decision I made, it's final. I cleaned this mess and you should just wipe it clean from your report juga kalau kau nak jumpa pembunuh adik perempuan kau lagilah." Ugutan dan senyuman sinis Qidran membuatkan Firdaus mengetap gigi dan menahan dirinya daripada melepaskan tumbukan pada muka lelaki itu.

Qidran menepuk bahu Firdaus beberapa kali sebelum bola matanya menangkap susuk tubuh Humaira yang berdiri di sebalik daun pintu yang terbuka.

Wajahnya kelihatan gusar. Lambat -  lambat bola matanya naik bertemu dengan Qidran.

" Maira, jangan risau. We take care of everything." Qidran menghadiahkan senyuman pada Humaira sebelum dia mengorak langkahnya keluar dari bilik itu yang kemudiannya diikuti Sufian.

" Ikut aku. Aku ada perkara penting nak cakap dengan kau." Ujar Sufian bila dia berada di hadapan Humaira. Wajahnya kosong tiada ekspresi.

" Waktu melawat saya belum habis." Gila apa aku nak ikut dia lepas jadi macam ni.

" Follow me or you'll regret it later."

Humaira pandang ke arah Firdaus untuk seketika sebelum dia dengan berat hati membontoti Sufian.

***

Sufian bawa Humaira melepasi wad pesakitnya yang dari zahirnya nampak lebih terurus dari wad pesakit Humaira.

Humaira mula rasa dia kembali ke kehidupan normal saat melihat orang - orang yang sedang terbaring di atas katil masing di dalam bilik yang berkongsi tanpa pintu besi tidak seperti dibahagian wad pesikitnya  yang menghalang mereka keluar dan masuk ke segenap ruang bangunan.

Mereka semua bebas ke mana saja. Ada juga yang duduk setempat dan bermain monopoli. Ada yang sedang ketawa melihat filem P Ramly.

Ada juga yang sedang menikmati minum petang mereka dengan gembira sekali. Semua ini mengundang senyum dibibir Humaira.

Tak sangka, disini ada isi cantik dan amannya.

" Suka?" Teguran Sufian menyentak Humaira ke alam sedar.

Rupanya sudah hampir lima minit lebih dia berdiri disitu memerhatikan sekeliling.

" Saya rasa macam saya baru hidup." Ucap Humaira dengan senyuman telinga ke telinga.

Sudah lama dia tidak melihat kehidupan sebegini normal.

" Tak boleh salahkan kau jugak. Kalau aku dekat tempat kau, aku pun boleh jadi gila. Mari, masuk ke bilik aku. Aku nak kau jumpa seseorang." Pelawa Sufian. Dibibirnya ditampal satu senyuman.

Jadi dia tak nak bawa aku masuk bilik bedah and robek jantung aku kan? Kannnn? Patah balik sendiri masih boleh ni, Maira.

Bisik hati kecil Humaira seraya kakinya sudah membelok ke arah pintu keluar.

" Kau nak takut apa Maira?" Panggil Sufian saat dia buka daun pintu dan sedar Humaira tiada disampingnya.

Menarik nafas yang panjang, Humaira menoleh ke arah Sufian dan membuka langkah kakinya. Sufian kembali senyum.

Bunyi hayunan pintu berkarat mengetuk halwa telinganya. Humaira telan air liur seperti sedang menunggu satu adegan suspens seperti yang ditunjukkan dalam filem - filem Hollywood.

Humaira menarik nafas keras dan menutup matanya dengan kedua - dua tangannya. Sufian dan lelaki dihadapannya berkerut dahi. Dah kenapa dengan perempuan ni?

Merasakan suasana sunyi tiada riaksi, Humaira membuka tangannya perlahan - lahan lalu matanya menangkap figura seorang lelaki berumur dihadapannya.

" Hai?" Humaira sengih sumbang. Ingatkan meja bedah dengan jururawat menakutkan bakal menyambut kehadirannya. Kussss semangat!!

" Meet Zhaffran. My patient." Sufian memperkenalkan lelaki itu kepada Humaira dengan kerutan di dahi, mungkin masih memikirkan sikap aneh Humaira tadi.

" Berapa banyak kali aku nak cakap dengan kau doktor... Aku pun doktor juga. Doktor Zhaffran!" Kata lelaki tua itu dengan suara serak - serak basah. Suaranya kedengaran kecewa yang bercampur marah. Humaira pula tergamam kaku.

Kejap. Siapa? Dr Zhaffran?

" Kalau macam tu, aku presiden negara Malaysia. Panggil aku tuan Pian! Boleh?" Sengih Sufian seraya duduk di kerusi hitam yang tersedia di tengah - tengah bilik.

Tali leher yang menjerut dilonggar - longgarkan. 

Humaira ikut duduk di kerusi yang dipelawa Sufian. Matanya tidak putus memandang ke arah lelaki tua itu.

Ini ke lelaki yang Emir nak jumpa tu? Tak mungkin? Orang gila juga?

" Siapa dia ni? Isteri kau? Tak pernah aku nampak perempuan kat sini? What a sight. " Tanya Zhaffran sambil anak matanya galak melihat Humaira dari atas ke bawah. Bibirnya mengulung senyuman nakal.

" Kenapa? Cantikkan? What a fine lady she is.?" Tambah Sufian lalu menarik bahu Humaira melekap ke dadanya. Humaira mencerlung geram bila mata Sufian juga sama meratah badannya.

Zhaffran ketawa kecil lalu kedua - dua tangannya membentuk susuk tubuh perempuan dengan angin sambil mengeleng kecil.

Pasti sedang berfikiran kotor. Jijiknya. Sufian ikut ketawa lalu dia tarik sepuntung rokok dari poket bajunya lalu menyalakannya. Asap mula berkepul di dalam biliknya.

" Kau nak bagi bahagian aku ke?" Tanya Zhaffran dengan kening terangkat beberapa kali sebelum anak matanya sekali lagi melirik membaham rakus tubuh Humaira.

Humaira terasa seperti dijual beli. Dia cuba menolak tubuh Sufian tetapi semakin dia menolak, semakin kemas Sufian memegangnya.

Sekali sekala, Sufian menjeling Humaira dengan pandangan maut.

" Berangan la kau orang tua bangsat! Haha. She will be your doctor for a few weeks as doctor in training and under my supervision." Kepala rokok yang bertukar abu dijentik - jentik jatuh. Humaira semakin geram.

Apa? Doctor in training dengan lelaki macam Sufian? Dengan mulut puaka ni? Gila apa?! Siapa punya idea ni?!

" Ahhh, aku tak kisah. Jadi boleh aku tengok sex in action? Dah lama aku tak rasa sedap. Hahaha." Gelak Zhaffran mati bila rokok yang masih menyala itu terbang mengenai seluarnya.

Laju tangannya mengibas bahagian zip seluar yang berterabur dengan sisa abu rokok.

" Kalau kau boleh pujuk isteri aku, aku tak ada masalah pun." Sengih nakal Sufian sambil dia menjeling Humaira dengan ekor matanya.

" Psycho! Filthy jerkass!!" Carut Humaira mencerlung. Sufian tergamam kaku.

Zhaffran ketawa besar dan semakin menghambur tawa bila tubuh Sufian ditolak kasar lalu Humaira bangun dari duduknya dan meluru keluar.

" Uhhh, watch your words sweetheart. They might bite you back!" Pekikan Zhaffran langsung tidak memberhentikan langkah Humaira.

***

" Qid. Apa awak buat? Saya? Doctor in training? Under his supervision? Serious?!" Tanya Humaira berpeluk tubuh.

Tidak dia peduli dengan riak Sufian yang berubah saat dia meluru turun dari tangga menghampiri mereka berlima di meja makan.

" Apa? Dia jadi doktor latihan bawah jagaan Pian? Bukan aku?" Tambah Firhan yang nyata tidak tahu menahu akan hal itu.

Humaira menoleh ke arah Firhan  lalu dia membolak - balikkan matanya. " Either of you pun, saya tak nak. Qid, saya boleh buat kerja sendiri. Tak perlu jadi doktor latihan."

" Doktor latihan apa ni?" Soal Omar seraya membetul - betulkan cermin matanya.

Masing - masing berhenti menyantap makan malam mereka. Pandangan mereka semua tertunak pada Qidran menginginkan satu penjelasan.

Qidran meneguk air putih sehingga habis. Air yang bersisa di sisi bibirnya dilap dengan tisu.

" Keputusan dah dibuat, Maira. You needed to be trained." Kata Qidran ringkas dan tanpa penjelasan yang terperinci.

" Tanpa persetujuan semua pihak?"

" Aku setuju je. Tak ada bantahan." Pangkah Sufian.

Suaranya kedengaran selamba ditelinga Humaira, seakan mengejek dirinya yang seperti memperbesarkan hal itu.

" Saya tak setuju pun. Kalau betul nak buat, saya nak pilih partner saya sendiri. Partner yang lebih waras dan tak — pervert." Tegas Humaira bersuara.

Sempat dia menjeling ke arah Sufian. Dia tahu haknya di mana. Jangan kerana dia perempuan, hak itu hilang dimata lelaki itu.

" Pian kau buat apa dengan dia?" Tanya Qidran lalu memancungkan pandangannya pada Sufian.

Sufian yang menunduk ketawa kecil  lalu dia angkat mukanya dan mencari wajah Humaira.

" Kau pernah dengar ayat asimilasi tak? Atau kau terlalu bodoh nak baca situasi tadi?" Soalan Sufian membuatkan Humaira mengerut dahi.

" What a shallow girl. Qid, kalau macam ni lembab, aku pun tak nak dia—."

" Keputusan dah dibuat. Aku dah malas nak ubah. Saya percayakan Pian, Maira. Jadi jangan risau."

Melopong mulut Humaira dibuatnya. Sufian pula mengeleng kepala. Firhan dan lainnya diam tidak terkutik.

" Now finish your dinner everyone. Maira, if you're not joining—."

" Jangan risau, saya pun tak ada selera nak berlama kat sini."

***
BAM!

Bunyi pintu besi yang terhempas mengejutkan Emir dari tidurnya sebelum dia terasa mulutnya dicekup seseorang.

Panik Emir dengan pantas menarik tangan itu dan mengepungnya diatas katil. Tangan yang menekup mulutnya tadi mula meronta - ronta.

" Heh, ingat aku siapa? Setakat badan kecik macam kau ni..."

" Maira! Kau gila ke?" Bisik Emir geram. Wajah bersih Humaira yang disimbahi cahaya kuning memegunkan dirinya seketika.

Apatah lagi dengan rambut Maira yang menutup sebahagian mukanya. Matanya melurut pandang dari mata turun ke hidung dan berhenti dibibir Humaira yang munggil dan basah.

Jantung dan satu tempat terlarang mula rasa berdenyut tiba - tiba. Dia menelan air liur.

" Emir... Saya rasa saya dah jumpa Zhaffran."

Pantas kepalanya ditoleh ke arah jam dinding dan seraya itu telinga Emir segera menangkap satu bunyi.

" Syhhhh..."

Bunyi geseran kayu dan gugusan kunci membuatkan Emir menarik selimut menutup seluruh badannya dan menekup mulut Humaira.

Humaira pula hanya mengangguk saja dan membenarkan Emir mengawal keadaan kerana dia juga mendengar perkara yang sama.

" Spot check. Errr... Sorry kalau aku terpaksa peluk kau." Emir pandang dua mata itu dan Humaira mengangguk lagi memberi persetujuan.

Segan - segan Emir memeluk tubuh Humaira erat di dalam selimutnya. Jantungnya bergerak laju mengalahkan enjin kereta api.

Berkali - kali dia menelan air liur sambil memikirkan lekuk - lekuk tubuh Humaira di dalam tangannya.

Sinaran lampu suluh yang tersimbah ke arah Emir membuatkan dia memeluk erat tubuh Humaira. Takut pengawal yang bertugas itu syak sesuatu.

Humaira memejam matanya, tidak menyangka dia akan berada diposisi begini.

Rasa segan sudah merangkak - rangkak ke pipinya sebelum ia memunculkan diri sebagai hiasan pemerah pipi. Dada Emir yang menjadi pengalas dahinya terasa bergerak - gerak turun naik.

Humaira tersenyum nipis. Jadi bukan dia sorang je la berdebar - debar. Spontan, dia membuka matanya dan mereka berdua bertentangan mata.

Bagaikan ada renjatan elektrik, Emir dan Humaira terkaku kejung.Kaku dan termati kata, mereka berdua kekal berada di posisi begitu untuk beberapa ketika sebelum Emir melepaskan pelukannya.

Dia bergegas turun dari katilnya terhuyung - hayang. Kakinya terasa longlai tiba - tiba. Sepanjang hidupnya, inilah kali pertama dia berpelukan dengan seoarang perempuan di atas katil. Peluh yang membasah di dahi, dilap dengan lengannya.

Humaira yang siap berbungkus dalam selimut dipandang seketika dan dipandang dengan otak yang kosong. Tak ada apa - apa yang mampu dia proses ketika ini meskipun bola matanya melilau mencari sesuatu.

Susuatu yang dapat mengembalikan kewarasannya. Dia menelan air liurnya lagi bila Humaira bangun dari baringnya dan menoleh mencari dua bola matanya.

" Jadi macam mana sekarang?" Soal Humaira mengetap gigi. Bola matanya tergambar bara api kemarahan. Emir bingung.

Jari - jari runcingnya tiba - tiba naik ke kepala dan mengosok - gosok kasar seperti membuang sesuatu yang merimaskan. Hah sudah? Dia nak aku bertanggungjawab ke?

" Err... A— aku, sorry tak sengaja peluk kau kuat - kuat. Kau  nak aku bertanggungjawab ke? " Bergetar suara Emir dibuatnya. Keningnya sudah diangkat menandakan satu pertanyaan pada Humaira.

Seketika Humaira memandang lelaki dihadapannya dengan pandangan kosong. Dicuba memahami apa yang sedang berlaku " Macam mana?" Humaira berkerut dahi. Apa bende dia melalut ni?

Melihat kerutan dahi Humaira, Emir jadi semakin mengelabah, " Ak— aku boleh bertanggungjawab t—tapi... Aku tak sedia nak kahwin lagi Maira..." 

Tak pernah - pernah episod begini terjadi dalam hidupnya, mana dia ada idea nak jawapan yang bagaimana!

" Hah? Kahwin?" Melopong mulut Humaira bila dia mendengarnya. Dia menghambur tawa sebelum dia menutup mulutnya.

Comel betul! Takkan sebab peluk je terus dia nak kahwin dengan aku?

Humaira mengelap air mata tawanya lalu dia toleh ke arah Emir. " Awak tak gila kan? Betul kan? Siapa awak? Saya dah carikan Zhaffran untuk awak... Jadi in return saya nak tahu, siapa awak." Kata Humaira sambil bercekak pinggang.

Lagaknya seakan - akan orang sedang mengutip hutang.

Emir yang masih tidak mengerti akan keadaan yang berlaku, menongkat kening. " Zhaffran? Doktor Zhaffran?"

Humaira mengangguk lalu terkocoh - kocoh Emir berdiri duduk dihadapan Humaira.

Terkejut Humaira dibuatnya bila Emir merenung kedua - dua bola matanya. Suara Emir yang tadinya kedengaran bergetar kini berubah serius.

" Kat mana dia?"

" Ada syarat. Bagitahu saya, siapa awak."

" Dia lelaki berusia lingkungan 50-an, betul? Ada kau nampak kesan torehan tak dekat lengan dia? Panjang dia lebih kurang, dua inci, macam ni."

Bersungguh - sungguh Emir menerangkan karekter lelaki yang bernama Zhaffran itu. Takut Humaira tersilap orang.

Humaira berpeluk tubuh bila lelaki itu seakan tidak ambil peduli akan permintaannya. Emir mengeluh berat. Rahsia dia sepatutnya menjadi rahsia sampai bila - bila.

" Satu soalan. Tak lebih tak kurang." Emir mengalah.

Humaira senyum seketika sebelum dia membawa dirinya berfikir sejenak. Dia takkan sia - siakan peluang itu. Dia harus memikirkan satu soalan yang bernas yang membolehkan dia mendapat jawapan yang munasabah dari Emir.

" Sebenarnya, saya ada diagnosis awak, dan laporan saya menunjukkan yang otak awak tak ada gangguan mental pun. Sihat macam orang normal."

" Apa kau nak tahu sebenarnya? " Potong Emir.

Humaira senyum, dia sudah dapat mengagak, lelaki ini bukannya banduan gila yang dia fikir. " Awak menyamar jadi ni Emir untuk apa?"



Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh