BAB 1

BANG!

Bunyi pintu besi yang tertutup rapat itu tidak sedikit pun menyentap tubuh Emir. Riaknya kosong. Matanya juga tidak melilau ke kiri dan kanan seperti kebanyakkan orang yang memasuki bilik itu. Sejak tadi, anak matanya terpancung pada dinding hadapan saja. Entah apa yang asyik sangat dengan dinding berlatar putih itu. Kaki dan tangannya diikat kemas. Bahaya kalau dilepaskan kata ketua rumah sakit.

CREEEKK!

Pintu besi yang tadinya tertutup terbuka kembali, Emir masih juga tidak berganjak atau mengerak - gerakkan tubuhnya. Diam saja di kerusi. Budak baik.

" Emir Ibrahim. Suspek pembunuhan seorang anggota polis, Leftenan Hariz Zainuddin.." Belum habis ayat Firdaus, Emir menghambur tawa.

" Pffttt... Leftenan... Hahaha.." Gelaknya semakin keras. Berbaris cantik giginya yang putih melepak itu. Emir geleng kepalanya beberapa kali, membuang rasa lucu yang bersarang di bawah hempedunya. Geli.

" Pada... 20 September 2016 bertempat di Kediaman beliau di Taman Sentosa, Kajang..." Suara Firdaus berselang seli dengan tawa Emir yang semakin kuat namun Firdaus tidak nampak seperti mahu berhenti. Dia terus saja membaca report yang berada di dalam tangannya.

" Senjata yang dia gunakan sebilah pisau mata runcing berukuran panjang 4 inci, lebar 2 inci. Cara pembunuhan..." Serentak Emir dan Firdaus membaca report. Sudah dia hafal report yang dibacakan berpuluh kali itu. Muak! Bila Firdaus berhenti membaca, Emir dengan besar hati menyambung.

" Kelar dan potong alat sulitnya sebelum mayat mangsa ditanam di tanah perkuburan cina, Rompin Pahang." Emir tarik satu senyuman sambil kepalanya terlentok melihat wajah Firdaus yang berkerut seribu.

Firdaus campak report ke meja. Muka surat 15 terbuka luas. Terpampang gambar mayat hitam putih di hadapan Emir. Lama dia merenung.

" Hmm... jurugambar ni tak boleh ambil gambar ni bagus siket ke?" Emir berkerut dahi. Tidak puas hati dengan kualiti gambar yang diambil pasukan forensik. Buruk sungguh dimatanya. Firdaus mengeluh, skrip yang sama lagi.

" Kau jangan main - main boleh?" Kata Firdaus mencerlung. Tali leher yang menjerut kemas di lehernya, dilonggar - longgarkan. Begitu juga dengan lengan bajunya yang sudah siap disingsing sampai ke lengan.

Emir kerling ke arah Firdaus dengan senyuman. " Ah! Macam nilah baru betul... Jadi bad cop." Emir kenyit matanya sambil ketawa kecil. Sengaja dibisikkan perkataan "bad cop" itu.

" Apa motif kau bunuh dia?" Jari telujuk Firdaus tegak ke arah gambar. Emir menjatuhkan pandangannya ke arah jari Firdaus, kemudian dia mendengung.

" Hmmm... Entahlah. Tak ingat. Banyak sangat dalam kepala aku ni." Jawab Emir seperti yang selalunya. Tapi kali ini lebih malas bunyinya.

" Apa dalam kepala kau? Sampah?" Firdaus yang sudah tidak punya sabar itu mula menunding jari pada dahi Emir.

" Hah? Ada apa?" Makin menjadi - jadi jari Firdaus menolak - nolak kepala Emir. Geram mungkin. Mana tidaknya, sudah tiga minggu dia membicarakan hal ini tapi Emir tetap tak buka mulut. Dasar orang gila.

Tiba - tiba saja Emir buka mulut. Tapi bukan pengakuan yang keluar dari mulutnya tapi lagu doreamon pula yang dia nyanyi hari ini. Kuat pula tu. Firdaus sudah naik sakit kepala. Kerusi lipat yang berada di sebelahnya, ditendang jatuh. Bergema satu bilik bunyinya. Emir tetap tak terkejut, malah makin rancak pula dia menyanyi lagu riang.

" Diam!" Herdik Firdaus sudah tidak sabar namun Emir masih juga tetap dengan nyanyiannya berselang selikan tawa nyaring.

" Kaulah diam!" Pekik Emir tiba - tiba dengan satu cerlungan tajam pada Sarjan Firdaus. Melihat riak terkejut yang terpamir di wajah Sarjan Firdaus, Emir sekali lagi meletus tawa.

Tercabar, Firdaus meluru keluar dari bilik bicara. Lama - lama dengan Emir, dengan dia - dia boleh jadi gila. Ziyad di luar bilik bicara hanya mampu mengeleng saja. Firdaus tak patut naik tangan pada Emir. Itu menyalahi etika.

" Aku-nak-orang-gila-tu-ditransfer-ke pulau Aman sekarang!" Arah Firdaus pada Ziyad. Kalut tangannya membetul - betulkan tali leher dan lengannya dek amarahnya yang ditahan - tahan.

" Baik tapi tuan... Itu mungkin ada masalahnya dan, saya nampak tuan naikkan tangan pada Emir tadi." Seraya itu, Firdaus pancung pandangan berbisanya pada Ziyad. " Salah eti-." Ziyad tak jadi habiskan ayatnya.

" Maaf tuan, saya takkan tulis perkara tu dalam report. Dan ya... Transfer Emir ke pulau sekarang." Ujar Ziyad ketakutan. Firdaus memang terkenal dengan sikap terlampau tegasnya. Kalau siapa ingkar, matilah jawabnya.

Firdaus sempat toleh kepalanya ke arah cermin gelap. Hampir saja jantungnya nak terjatuh dari sangkar bila Emir yang duduk di kerusi memandang ke arah cermin gelap. Seperti dia diperhatikan saja dari luar. Celaka betul si Emir ni.

***

" Saya Humaira. Humaira binti Kamal. Pelajar lepasan uni-." Belum sempat Humaira menghabiskan ayatnya, panel sudah angkat tangan suruh dia berhenti. Alamak, tak lepas lagi ke? Bisik hati kecilnya. Humaira memaku pandangannya pada panel tengah. Gugup rasanya bila dia nampak bibir panel itu muka bergerak - gerak. Debar di dadanya semakin menjadi - jadi.

" Bila awak boleh mula bekerja?"

Oh. Dah agak- eh. Kejap! Melopong mulut Humaira bila dia mendengar perkataan mula itu. Dia terus bangun melompat dari kerusi. Tangannya ditepuk ke dada. Lagatnya macam orang baru menang hadiah bonanza! Dia ketawa. Ketawa kerana gembira yang amat.

Mana tidaknya, masuk yang ini saja, sudah kali 34 dia ditemuduga. Sejak dari habis belajar, dia tak putus - putus kena tolak. Apa bala yang dia heret entah. Tapi hari ini, dia terpijak tuah pula. Mungkin sebab tadi dia ada tolong makcik kutipkan buah limau bergolek atas jalan kot?

Ya lah! Belum sempat dia memperkenalkan diri sudah diterima bekerja. Rezeki ayam memang nampak di kaki, rezeki manusia marhaen macam dia, siapalah yang tahu.

Dek kerana seronok amat, dia terlupa pula memberi jawapan. Setelah hampir tiga minit setengah dia meraikan kegembiraan itu di hadapan panel - panel yang masih bingung dengan perlakuannya serupa beruk dapat coklat itu, akhirnya Humaira mendehem keras.

Pipinya yang kemerahan itu sudah tidak dapat berselindung, " Hari ni pun boleh encik!" Ujar Humaira semangat sambil sedaya upaya dia menutup rasa malunya.

" Baik. Esok siapkan beg pakaian awak, bot ke Pulau Aman akan bertolak pukul 7.30 pagi." Ujar panel tadi sebelum dia menyerahkan sekeping kertas putih pada Humaira.

Usai borang itu bertukar tangan, sempat Humaira bertemu mata dengan panel tadi. Aneh. Kenapa dia tak perasan, bola mata panel ni hitam pekat. Fikirannya mula merewang bukan - bukan. Macam- ish! Humaira mulut tu jangan celupar sangat!

Sign." Tambal panel itu tanpa riak. Humaira hanya mengangguk saja sebelum dia menandatangan borang tadi tanpa dia membaca isi - isinya.

" Baiklah cik Humaira. Nice meeting you." Panel tadi hulur tangannya. Walaupun Humaira teragak - agak tapi dia sambut juga salamnya.

" Terima kasih!" Entah kenapa, perasaan tidak sedap hati mula singgah di tangkal hatinya. Hilang semua keterujaannya.

" Ah! Tak ada apalah Maira! Kau je yang fikir bukan - bukan!" Dia mengeleng beberapa kali cuba membuang perasaan aneh yang bersarang lalu dengan senyuman dia melangkah keluar dari bilik itu.

***

Malam itu, saudara mara Humaira datang ke rumah dek kerana cepat amat tersebar berita Humaira bakal bekerja. Ini pasti gara - gara mulut becok ibunya yang pantang sungguh dengar berita sensasi begini. Pasti sekejap saja disebarkannya. Kadang - kadang dia terfikir, kalau dia viralkan kebolehan ibunya ini, boleh masuk motif viral tak?

Akhirnya, Humaira gadis yang ditolak 34 kali dalam temuduga berjaya mendapatkan kerja!

Begitulah bunyinya bila ibunya mengumumkan tuahnya hari ini. Nasib baik tak ada speaker, kalau tidak satu taman ni boleh tahu. Eee.. buruknya!

" Ha Humaira. Tak sangka dah hilang bala kau. Alhamduillah, dapat juga kamu kerja tu ya? Orang lain pun jadi doktor juga, cepat je boleh kerja. Kau sampai 34 kali interview, baru dapat. Ish... Kesian kau ni." Kata pak Uda merangkak adik kepada abahnya. Mulut dia memang tak reti nak beli insurans. Humaira hanya sengih nampak gigi. Malas nak membalas. Menyampah sebenarnya.

" Kerja apa?" Tanya isterinya Pak Uda. Yang ni pun satu, kain orang paling dia suka jaga. Kain dia yang dah separuh bogel tu, tak mahu pula dia sibuk.

Humaira yang menjamah lauk yang dimasak istimewa ibunya itu, tak jadi mengunyah. Alamak! Aku tak bagitahu lagi pasal tu. Makanan yang masih di dalam mulut, dikunyah seperlahan yang boleh. Biar dia fikir kejap, ayat apa yang sesuai.

Saudara mara yang lain nampak macam tak sabar ingin tahu pekerjaan apakah yang dia bakal galas. Masing - masing memaku pandangan mereka ke arah Humaira.

Lambat - lambat Humaira angkat kepalanya. Malu bercampur gugup juga bila dia lihat wajah - wajah teruja sanak saudaranya. " Err, doktor pesakit gila."

" APA?!" Bergegar dinding rumah teres murah itu bila mendapata tahu pekerjaan Humaira.

Please rate, comment and share this novel. I will appreciate it so much.

Thank you. XOXO


Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh