Home Novel Seram/Misteri Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Rien Zaara
3/5/2017 08:13:19
8,141
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1

“Ek, Eleh! Tiru aku! kau tak ada idea lain ke? Wey! Buatidea sendirilah, memang betul aku tumbuk orang malam ni!” Sue datang menjerkahFifi, teman sekerja yang sudah lama dia dendam. Kebetulan pula malam ni merekaterserempak di depan retoran makanan segera KFC, apalagi Sue terus melancarkanserangan bertubi-tubi.

            “Yangkau nak jerit-jerit  kat telinga aku, apa hal?”Fifi menyinsing lengan baju, sudah bersedia nak bertumbuk.

            “Engkaumemang bodoh eh? Tak boleh pikir ayat sendiri untuk buat iklan kau? Ayat kausemua nak tiru aku!” Sue menunjal kepala Fifi.

            “Ewah,sedap kau tunjal kepala aku ye!” Fifi sekeh kepala Sue.

            Apalagi,pergaduhan besar berlaku, Fifi tarik rambut Sue, Sue cakar tangan Fifi, orangramai yang berada di situ hanya melihat, sekejap saja mereka berdua dikerumunorang yang ada di situ. Ada yang mengambil kesempatan merakamkan pergaduhanmereka. Tempat pergaduhan mereka sudah menjadi tumpuan orang ramai.

            Beberapaminit kemudian datang dua orang abang polis meleraikan pergaduhan mereka.Sedikit demi sedikit penonton yang ada mula berganjak dari tempat kejadian.

            “Sayaminta semua yang menonton, bersurai. Jika berdegil kamu semua saya bawa kebalai!” abang polis memberi amaran kepada orang ramai yang menjadi penontontadi, sedikit demi sedikit orang yang berkerumun tadi beredar.

            Sementarakawan abang polis mengambil keterangan dari Fifi dan Sue.

            “Awak,kenapa tak beredar lagi?” abang polis menunjukkan jarinya ke arah seseorang.

            Dia buattak tahu, dia pandang abang polis.

            “Awak,saya bercakap dengan awak.” Abang polis masih tak puas hati.

            Sue,Fifi dan kawan abang polis memandang abang polis dengan kehairanan.

            “Hoi,Firman, kau cakap dengan siapa?” Rizal, kawan abang polis menegur abang polis.

            Oh,namanya Firman.

            Firmanpandang Rizal. “Dengan dia.” Firman pandang semula ke depan, Firman rasa nakpengsan, ‘dia’ tadi sudah hilang. Firman pandang Rizal semula, dia sudah cuak.Firman mengusap tengkuk yang seram sejuk.

            Sue,Fifi dan Rizal pula menjadi penonton kepada Firman.

            “Macammana? Nak bawa diaorang pergi balai tak?” Firman memecahkan kesunyian.

            “Takpayah, salah faham je. Mereka kawan sekerja.” Rizal menjawab kemudian menyimpanbuku catatannya.

            “Manaboleh, nanti orang cakap, kita tak buat kerja!” Firman tak bersetuju denganidea Rizal.

            “Alaabang polis, kami tak sengaja bergaduh.” Fifi cuba memujuk.

            “Bergaduhdi tempat awam, tak sengaja?” Firman menyoal kembali.

            “JomFirman, banyak lagi tempat kita  nak ronda.” Bersahaja Rizal menghidupkan enjin motorkemudian pergi.

Firman terpaksa mengikut walaupun dalam kepala banyaktanda tanya. Sue dan Fifi menjeling antara satu sama lain, kemudian beredar.

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rien Zaara