Home Novel Seram/Misteri Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Rien Zaara
3/5/2017 08:13:19
8,138
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

Firman sudah sampai ke destinasi yang di tuju. Diaberjalan menuju masuk ke pusat membeli belah The Star Mall.

“Awak saja boleh nampak saya,”

Firman menoleh. Mereka berpandangan. “Tak mungkinlah.”

“Saya tau awak takkan percaya.” Dia tunduk.

“Awak jangan nak menakutkan saya. “Firman sudah cuak. Diaduduk di bangku yang di sediakan di hadapan butik pakaian pengantin. Ditangannya ada secawan kopi dari Starbuck.

“Saya Dhia Khairani.” Si gadis memperkenalkan diri.

“Saya Firman. Pelik juga kenapa awak selalu ikut saya?”Firman cuba bertenang.

“Saya pun tak tau, saya cuba ke tempat lain tapi mestiada awak.” Dhia Khairani pandang Firman. 

Firman mengeluh. “Awak nak apa dari saya?”

“Abang, kakak tu cantik!” sapa seorang budak kecilberusia tiga tahun.

Firman memandang ke arah budak itu.

“Maaf cik, anak saya memang peramah.” Malu-malu alahperempuan yang disamping si kecil tadi menyapa Firman.

Firman senyum. Dia pandang beberapa orang yangmemandangnya pelik. “Tak apa kak, budak biasalah.”

“Kakak tu abang punya ke? Saya Awin.” Awin memangperamah.

Firman pandang Awin, Firman senyum.

“Awin jom kita balik.” Mastura menarik lengan Awin.

Awin mengikut langkah mamanya sambil melambai ke arahFirman.

“Budak tu nampak awak, siapa kata tak ada orang nampakawak?” Firman memandang semula kepada Dhia Khairani. Tapi Dhia Khairani sudahhilang seperti selalu. Sekejap muncul sekejap hilang    Puas Firman mencari-cari Dhia Khairani tapi hampa. Firman nampakkelibat Rizal dari jauh.

 “Firman, sorry akulambat.” Rizal termengah-mengah berdiri depan Firman.

“Kenapa kau? Kena kejar dengan hantu?”

“Tak sayang mulut kau ni!” Rizal duduk melepaskan lelah.

“Abang polis!”

Firman dan Rizal berpaling.

“Hey, jumpa kat sini kita.” Fifi senyum.

“Awak? Sorang saja?” tegur Rizal.

“Nampak saya berdua ke?” soal Fifi kembali.

“Yupp, saya nampak awak berdua.” Firman membalas.

“Jangan nak buat kelakar, abang polis.” Fifi sudah cuak.

“Saya Rizal, dia Firman.” Rizal memperkenalkan diri.

“Serius, saya nampak awak berdua.” Firman tunjuk kesebelah Fifi.

“Kau ni, Firman. Maksud saya tadi kawan yang awak gaduhtempoh hari tak ikut ke?” Rizal bertanya kepada Fifi.

“Dia bukan kawan saya, tapi musuh!” cepat-cepat Fifimenjawab dan mukanya terus masam mencuka.  

“Amboi, hari tu kata kawan.” Perli Firman.

Fifi sengih sumbing. “Nak hidup pandailah.”

“Yang sebelah tu, memang kawan awak?” Firman tak habislagi bertanya kepada Fifi.

Rizal dan Fifi berpandangan antara satu sama lainkemudian memandang ke arah yang ditunjukkan Firman. Masing-masing telan liur.Cuak dan takut bersatu.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rien Zaara