Home Novel Seram/Misteri Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Rien Zaara
3/5/2017 08:13:19
8,144
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

“Apa kau nak?” Dhia Khairani bersuara lantang.

Sedikit pun lelaki tadi tidak berganjak, malahan diamakin dekat dengan Dhia Khairani. Jantung Dhia Khairani berdegup kencangmenahan takut. Dhia Khairani cuba melarikan diri dari lelaki yang bersifatbinatang itu. Namun lelaki makin dekat dengan Dhia Khairani.

Lelaki itu menarik Dhia Khairani dalam dakapannya denganrakus. Tetapi Dhia Khairani melawan, dengan rentapan yang kuat, baju DhiaKhairani terkoyak dan menampakkan sisi bahunya yang putih mulus. Lelaki itutetap merenung tajam pada tubuh Dhia Khairani.

Lelaki itu cuba merapatkan bibirnya ke pipi gebu DhiaKhairani, hidungnya diterjah dengan bau wangian kegemaran Dhia Khairani,Davidof cool water. Cepat-cepat Dhia Khairani menepis muka lelaki di hadapannyadengan kedua-dua belah tangan. Lelaki yang sudah dikuasai syaitan itu tetaptidak berputus asa, dia mahukan tubuh munggil Dhia Khairani menjadi miliknya.

Dhia Khairani menangis semahunya, hilang keangkuhan dankesombongan yang terpamer dalam dirinya sebelum ini.

“Tolong aku, jangan buat aku macam ni.” Dhia Khairanimerayu.

Lelaki di hadapannya tidak mengendahkan rayuan DhiaKhairani, pakaian Dhia Khairani direntapnya sehingga menampakkan baju dalam.Dhia Khairani menutup tubuhnya yang terdedah dengan kedua-dua tangan. Lelakiyang di hadapannya tetap dengan nafsu berahi untuk menjamah tubuhnya DhiaKhairani mengatasi segala-galanya.

Dhia Khairani menolak tubuh tegap lelaki itu dengansekuat hati dan tenaga yang ada. Lelaki itu terdorong ke belakang. Tanpa belaskasihan lelaki itu menampar pipi Dhia Khairani semahunya. Mereka bergelut,dengan bengisnya dia menolak Dhia Khairani ke dinding sehinggakan Dhia Khairanijatuh terjelepok ke simen. Dhia Khairani tidak berdaya untuk melawan lagi.

Lelaki itu cuba untuk melondehkan kain yang masihtersarung di pinggang Dhia Khairani, Dhia Khairani dengan semangat yang adamenendang perut lelaki itu sekuat hatinya.

“Sehingga ke akhir tenaga pun aku takkan biarkan kausentuh aku, binatang!” Dhia Khairani bersuara dengan kudrat yanng tersisa.

“Aku takkan sentuh kau, Dhia. Cuma aku nak kau tersiksasebelum kau menghembuskan nafas terakhir kau!” lelaki itu bersuara.

“Kau memang durjana!” tangis Dhia Khairani.

“Kau yang buat aku jadi begini! Kau angkuh! Aku nak kaurasa apa yang aku rasa. Sedih, malu!” lelaki itu memegang dagu Dhia Khairanidengan kuat.

“A.. aku minta maaf..”

Belum sempat Dhia Khairani meneruskan kata-kata, lelakiitu menutup mulut Dhia Khairani dengan tangannya. Dhia Khairanitercungap-cungap sesak nafas.

“Kesian pula aku tengok kau macam ni, hilang seri diwajahangkuh kau!” lelaki itu bercakap seperti berbisik. Lalu dia mencapai sebatangkayu yang bersandar di sebalik pintu, dengan tidak punya perasaan, diamenghayunkan kayu kepala Dhia Khairani dengan kuat. Dhia Khairani akhirnyarebah tidak bernyawa. Lelaki itu menatap Dhia Khairani dengan perasaan bencidan dendam.

“Aku harap kita berjumpa di syurga, ye sayang.” Kemudianlelaki itu keluar dari bilik solek.

            Sementaraitu, Melina berjalan menuju ke bilik solekan untuk memanggil Dhia Khairani yangtidak muncul-muncul ke lokasi penggambaran. Ikutkan hati Melina memang diamalas nak menjenguk si angkuh tu tapi bila pengarah yang memberi arahan, diaterpaksa akur.

            “Kau nibetul-betul menyusahkan aku, Dhia!” Melina merungut samnbil berjalan ke arahbilik solekan. Tanganya membuka pintu bilik solekan, dia tergamam. Keadaan yangberselerak menyebabkan dia terpana seketika.

            “Apa dahjadi ni?” Kau mengamuk macam ni sekali, Dhia. Kau tak pandai bersyukur denganapa yang ada ke?”Melina mendengus.

            Melinamasuk ke dalam bilik solekan, di mana di situ juga ada bilik persalinan. bilikpersalinan dibuat seperti bilik kecil, ada pintu dan ada pembahagi untukkeselesaan bila menukar pakaian.  Melinamengitari di sekitar bilik solekan. Pakaian yang bersepah di lantai, dikutipsatu persatu dan diletakkan di atas meja solek yang kosong. Ampaian besi yangberselerak dikutip dan dikumpul setempat.

            “Dhia...Dhia... Kau kat mana?” Melina melaung Dhia Khairani. Jenuh dia mencari kelibatDhia Khairani. Tersampuk-sampuk Melina berjalan dengan keadaan yang berselerakdengan pakaian dan barangan yang berterabur. Akhirnya Melina ternampak susuktubuh seseorang di balik sudut yang agak tersorok.

            “Dhia!”Melina menjerit nyaring.

            Melinamenangis melihat keadaan Dhia Khairani yang berlumuran darah dan separuhbogel.  Melina memangku kepala DhiaKhairani ke pangkuannya.

            “Siapabuat kau macam ni, Dhia?” tersedu-sedu suara Melina menahan tangisan. WalaupunDhia Khairani tidak mesra dengannya, namun dia masih lagi berperikemanusiaandan simpati terhadap apa yang terjadi kepada Dhia Khairani. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rien Zaara