Home Novel Seram/Misteri Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Rien Zaara
3/5/2017 08:13:19
8,142
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

“Awak, sorang saja kat sini? Mana dua orang kawan awakyang suka bergaduh tu?” Firman menegur dan menatap dia yang berdiri di balik pintu tepi kaunter makanan kedaimamak, tempat Firman selalu melepak dengan kawan-kawan.

Dia masih seperti selalu diam dan membisu seribu bahasa.Firman senyum dan sabar menunggu jawapan dia. Dia pandang Firman dengan tenang.

“Awak nampak saya?”

Firman ketawa kecil. “Awak, kalau saya ni buta, laincerita.”

“Bukan itu maksud saya,” dia menjawab pendek.

        Rizaldatang kemudian menepuk bahu Firman. “Kau cakap dengan siapa?”

            Terangkatbahu Firman terkejut. “Kau ni, aduh! Gugur jantung aku!”

            “Akunampak kau cakap dengan orang, tapi aku tengok tak ada siapa pun. Lama sangat ambilmakanan." Rizal risau melihat perlakuan Firman.

           “Akucakap dengan dia.” Firman menunjuk ke arah pintu sambil matanya turut memandang kearah yang sama.

            “Siapa?”Rizal turut serta memandang.

        "Tadiada, mana pula hilang selalu macam ni.” Firman menggosok tengkuknya.

            “Kaumimpi ke mengingau, Firman? Dah baik kau ambil lauk, makan. Kejap lagi naksambung kerja.” Rizal memberi arahan.

            Firmanmasih memandang pintu yang kosong. Dia melihat nasi dalam pinggan, ada ayamgoreng seketul dan sedikit sayur. “Cukuplah.” Firman mengatur langkah menuju kemeja makan.

            Diamasih di situ, memandang Firman dari kejauhan sambil tersenyum.

            “Seriuslahaku memang borak dengan seorang perempuan tadi.” Firman masih ingin menjelaskansituasinya kepada Rizal.

            “Kaubiar betul.” Rizal pandang Firman.

            “Untungke aku tipu kau?” Firman menjeling Rizal.

            Rizalgelak. “Ada aku cakap kau tipu?”

            “Kau takpercaya apa aku cakap, samalah macam kau, cakap aku tipu.” Firman menyudahkansuapan nasi ke mulut.

            Rizalmenggarukan kepalanya. “Macam mana aku nak percaya, aku tak nampak sesiapa.”

            “Malasnak cakap dengan kau!” Firman bergerak ke sinki untuk membasuh tangan.

            “Dah,Jom! Nak merajuk pulak!” Rizal sudah ke kaunter membayar harga makanan mereka.

            Merekabergerak dengan motor masing-masing. Dia masih lagi memandang Firman dankawannya. Segak mereka dengan seragam biru gelap.

            “Kaufikir dia siapa?” Firman bertanya kepada Rizal sebaik sahaja mereka sampai keibu pejabat. Belum sempat Rizal menongkat motor, Firman sudah bertanyakansoalan kepada Rizal.

            “Bagiaku tongkat motor dulu lah, baru sampai. Kau ni dah kenapa tak sabar?” Rizalberpura-pura marah.

            “Yelah.”Firman meletakkan helmet di atas motor.

          “Selalukalau tiba-tiba-tiba datang dan hilang tu...” sengaja Rizal membiarkan Firmantertunggu-tunggu jawapannya.

            “Apa!”Firman geram dengan Rizal.

            “Hantu!”jerit Rizal dan kemudianya dia berlari anak masuk ke dalam ibu pejabatmeningglkan Firman termanggu-manggu di tempat pakir.

            “Setanpunya Rizal! Main-mainkan aku!” Firman mendengus marah.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rien Zaara