Home Novel Seram/Misteri Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Firman ... Bukan Lelaki Biasa
Rien Zaara
3/5/2017 08:13:19
8,137
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

Hari ini , Sue dan Fifi dipanggil oleh Zul, pengarahdrama yang bakal meningkat naik dalam bidang pengarahan untuk casting pelakondalam sebuah drama. Selama ini mereka hanya pegang watak pelakon pembantu, bilaada peluang dipanggil untuk watak utama, mereka tidak lepaskan peluang. Suedatang awal dan Fifi lambat 15 minit. Akhirnya Zul memilih Sue sebagai pelakonutama untuk drama terbaru dia. Fifi hanya melongo bila nampak Sue sedangdiberikan skrip dan disuruh melakonkan watak. Sedangkan dia,  tidak endahkanoleh Zul.

“Aku lambat 15 minit je! Bukan 15 jam!” Fifi mendengus.Dia duduk di kerusi yang disediakan di bawah payung untuk berteduh.

Sampai selesai casting, Fifi hanya duduk di bawah payung.Dia menunggu peluang untuk menampakkan muka di hadapan Zul. Tapi hampa Zulsudah pulang tanpa menjenguk Fifi yang tinggal hanya krew-krew produksi.

Sue pandang Fifi dari jauh, dia senyum sinis. Padan muka.Sue berjalan keluar dari set, namun Fifi mengekorinya.

“I tak kira, I nak jadi heroin jugak!” Fifi menghentakkan kaki tanda protes.

“Kau tak malu eh? Produserlamar aku jadi heroin.” Sue cekak pinggang depan Fifi.

“Aku peduli apa dengan kau, kau siapa?” Nafas Fifi turunnaik menahan marah.

“Kau ni kan ada aje, aku bisnes online, kau pun buat.Ayat-ayat iklan aku, kau pun tiru!” Sue menjeling Fifi.

“Awak berdua ni, memang suka bergaduh ye?”

Sue dan Fifi berpaling. “Abang polis!” serentak keduanyamenjerit.

Fifi menjeling Sue. “Sibuk!”

“Kau yang suka dengki kat aku!” Sue pula menjerkah Fifi.

“Abang polis, kau stalkerkitaorang ye?” fifi selamba bertanya.

“Ha? Tak lah, saya onthe way nak pergi kerja. Saya nampak awak berdua bergaduh tepi jalan ni.”Firman sengih.

“Tak ada masa abang polis ni nak stalker kau, Fi!” Suemenemplak.

“Awak ada kat sini juga?” Firman mengukir senyum.

“Abang polis tanya siapa?” Sue meliarkan matanya kebelakang.

“Bukan kawan awak juga kat belakang tu?” Firmanmenunjukkan jarinya ke belakang antara Fifi dan Sue.

“Abang polis jangan main-main, kitaorang bergaduh berduaje dari tadi. Tak ada orang ketiga!” Fifi ikut pandang belakang.

Firman menggosok tengkuknya. “Tak apalah, saya pergikerja dulu. Awak berdua kalau bergaduh lagi, saya gari bawa ke balai!” Firmanmenghidupkan enjin motor.

“Ok abang polis!” serentak Fifi dan Sue menjawab.

Mereka menghantar Firman dengan pandangan sehinggakelibat Firman menaiki motor hilang di pandangan.

“Kenapa dengan abang polis tu?  Tempoh hari pun dia cakap sorang-sorangjugak. Kau ingat tak masa dia dengan kawan dia datang leraikan kita bergaduh?”Sue pandang Fifi.

Fifi menjungkitkan bahu. “Jangan cuba nak berbaik denganaku! perang aku dengan kau tak habis lagi!”

“Aku sekeh gak dia ni, aku cakap baik-baik, diamerentus.” Sue ketap bibir tahan geram.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rien Zaara