Bab 2

PUAN WATIE terus bersiap untuk ke pekanapabila menerima panggilan telefon daripada Fasha. Anaknya sudah bank in duit ke dalam akaunnya. Bergegasdia ke kereta. Dia memandu menuju ke pekan. Setelah mengeluarkan kesemua duititu, dia pandu kereta menuju ke pusat beli-belah. Mahu berbelanja barang yangdia impikan.

            Masukbangunan pusat beli-belah itu, Puan Watie tersenyum lebar. Satu demi satu kedaidimasuki. Ada saja yang dibeli daripada kedai itu. Pakaian, beg tangan, minyakwangi dan sebagainya. Membeli-belah tidak ingat dunia. Pesanan yang dititipkanoleh Fasha semalam juga sudah dilupakan. Dia hanyut di syurga dunia itu.

            Telefonberdering. Langkah Puan Watie terus mati. Lekas dia menyeluk beg tangannya.Telefon bimbit ditarik keluar. Terpamer nama Fasha di layar skrin. Diaserta-merta mendengus.

            “Dianak apa?” bentak Puan Watie.

            Namundia tetap jawab panggilan itu. Bukan apa, dia haruslah berlakon di hadapananaknya itu. Konon-konon tidak akan menghabiskan wang yang baru sahaja dibank in Fasha. Manusia kan penuh dengantipu helah.

            “Hmm…kau nak apa?” soal Puan Watie seusai menjawab panggilan itu. Kasar suaranya.

            “Maksihat?” soal Fasha.

            “Sihat,”jawab Puan Watie sepatah.

            “Fashaada bank in duit dalam akaun bank makpagi tadi. Mak dah dapat?” balas Fasha.

            “Kauingat aku ni mata duitan ke? Ada ke patut tanya aku soalan sebodoh tu?Pagi-pagi buta nak pergi bank semata-mata nak cek sama ada aku dah dapat ataubelum. Kau yang bank in ke akaun akukan? Takkanlah keluar nama orang lain pula?” Padahal sudah hampir separuh PuanWatie guna duit itu.

            “Fashatanya saja, mak. Salah ke?” Fasha bela diri.

            “Salah!Sebab tanya soalan bebal macam tu, buat apa?” tengking Puan Watie garang.

            Fashadiam. Tidak mahu memanjangkan pergaduhan mereka.

            “Kaudah habis cakap?” Puan Watie serta-merta bersuara.

            Fashamelepaskan keluhan.

            “Sebenarnya,Fasha…”

            “Dah?Okey, aku matikan talian. Aku nak pergi masak. Aku lapar. Daripada aku melayananak tak guna macam kau ni, lebih baik aku pergi mencekik.” Puan Watie memotongpercakapan Fasha.

            “Mak!”marah Fasha.

            Tutt,talian terus dimatikan. Telefon bimbit disumbat ke dalam beg tangan. Puan Watietergelak. Fasha mudah ditipu hidup-hidup oleh dia. Ah, buang masa saja diafikir perihal Fasha. Lantas, dia mengorak masuk di dalam sebuah gedung pakaian.Tidak puas shopping lagi.


PUKUL 11.40, SHAHIR melepaskan anak-anakmuridnya untuk pulang. Kanak-kanak itu jalan di dalam keadaan berbaris melaluilaluan kaki lima bangunan dewan makan menuju ke pondok di belakang dapurprasekolah. Shahir mengetuai di bahagian hadapan. Manakala Kak Leha pulamembuntuti daripada belakang.

Tiba di pondok, Kak Lehamengarah kanak-kanak itu untuk duduk dan menunggu kedatangan ibu bapa, vansekolah dan pengasuh taska. Mula-mula mereka tidak mahu dengar kata. Dek takutjelingan tajam Shahir, mereka pun duduk di kerusi yang tersedia di pondok itu.Shahir dan Kak Leha mengambil tempat duduk berhadapan dengan laluan keluarmasuk pagar kecil. Raihal, anak murid Shahir mendekatinya untuk belajar kadsuku kata. Shahir terus melayan anak muridnya itu.

            Suasanahiruk-pikuk kedengaran memenuhi suasana. Tidak kurang juga dengan kehadiranmurid arus perdana sesi petang yang baru tiba di sekolah. Bahkan ada yangbermain kejar-kejar di sekeliling pondok. Sesekali Shahir menegur apabilamelihat mereka bergaduh. Setelah ditegur Shahir, mereka pun bersurai danbermain di tempat lain pula.

            “Shahir?”panggil Kak Leha.

            Shahiryang sedang ralit melayan anak muridnya membaca kad suku kata yang diberisewaktu di dalam kelas, tersentak mendengar teguran Kak Leha. Sempat diamengarah kanak-kanak lelaki itu untuk baca sendiri sebelum memandang Kak Leha.

            “Ya,kak?” balas Shahir.

            “Tu…”Bibir Kak Leha terjuih ke arah pagar.

            “Apa?”Berkerut dahi Shahir.

            “Wanie,peminat Shahir tengah jalan ke arah kita,” beritahu Kak Leha.

            Shahirkalih pandangan ke pintu pagar. Buntang matanya melihat seorang gadis gempalberkulit cerah yang sedang mendekati mereka. Gulp, dia teguk liur. Aduh. Lainyang dia kejar, lain pula yang mengejar dia. 

            “Alamakakak, Shahir nak lari, boleh?” pinta Shahir.

            “Taksempat, Shahir,” perli Kak Leha.

            “Hai,Cikgu Shahir?” Wanie tersengih-sengih dan tersipu malu memandang Shahir.

            “Hai.”Terpaksa Shahir melayan walaupun hati tidak rela.

            KakLeha di sebelahnya hanya memerhati gelagat Wanie yang terliuk-liuk manja dihadapan Shahir. Susah juga jadi orang kacak ni, fikirnya.

Kelihatan Raihalmemasukkan kad suku kata itu ke dalam beg sekolah. Lalu bangun dan menghampiriWanie. Tangan Wanie dipegang. Wanie tidak peduli kehadiran adiknya itu. Dialebih tertarik dengan Shahir sebenarnya.

            “Err…Nah, bekal untuk Cikgu Shahir. Wanie masak lebih masak lemak pucuk paku tadi.Wanie bekalkan nasi sekali di dalam bekal tu. Nanti Cikgu Shahir makan tau.”Wanie menyua plastik berisi bekal makanan kepada Shahir.

            Shahirmengukirkan senyuman sinis. Dia tenung bekal yang masih di tangan Wanie.

            “Sayatak makan rasuah, Wanie,” sindir Shahir.

            Mujurtawa Kak Leha tidak lepas. Dia pandang muka Wanie. Terus kelat muka bulat itu.Terasa hati dengan kata-kata Shahir kot.

            “Wanietak ada niat nak rasuah Cikgu Shahir. Wanie suka Cikgu Shahir. Wanie buat semuani sebab Wanie ikhlas mahukan Cikgu Shahir,” bentak Wanie.

            Shahirpandang ke arah lain.

            “Sayatak pernah suruh awak buat benda gila ni untuk saya. Saya dah cakap dulu. Sayatak ada apa-apa perasaan pada awak. Awak kakak kepada Raihal, anak murid saya.Setakat itu saja hubungan kita.” Penjelasan macam mana lagi yang Shahir harusberi pada Wanie supaya mengerti? Bebal betul.

            “Takboleh ke kalau Cikgu Shahir beri peluang pada saya?” Wanie raih perhatianShahir.

            “Sayatak sukakan awak. Macam mana saya nak beri peluang tu pada awak?” bidas Shahir.Lurus dan tidak belok. Berkata benar mengenai perasaannya.

            Wanieterkesima. Dia seperti hendak mahu menangis saja.

            “CikguShahir, saya…”

            “Awakbagi bekal tu pada Kak Leha saja. Saya bukan tolak rezeki, cuma tak naktermakan budi. Maaf, saya tak terima,” potong Shahir tanpa memandang mukaWanie.

            “Argh!”Wanie hentak kaki lalu mengheret Raihal keluar dari kawasan sekolah. Bekal yangmahu diberi kepada Shahir turut dibawa bersamanya.

            SebaikWanie dan Raihal hilang daripada pandangan mata, Shahir picit dahi. Kak Lehajadi kasihan apabila melihat Shahir.

            “Shahirokey ke?” tegur Kak Leha.

            Shahirangkat muka memandang Kak Leha. Dia angguk sebagai jawapan.

            KakLeha tepuk bahu Shahir.

            “Sabarlah,Shahir. Anggap ni semua dugaan Shahir.” Hanya itu yang mampu Kak Leha kata.

            Shahirtersenyum hambar.

            “Biarlah,kak. Malas Shahir nak fikir. Dia yang jatuh cinta pada Shahir. Shahir bukan adamagik yang boleh padam perasaan dia. Suatu hari dia akan faham keputusanShahir,” balas Shahir dengan positif.

            “Pandaiadik akak,” puji Kak Leha.


BALIKdari sekolah, Shahir singgah di kedai dobi untuk berjumpa Fasha. Dia segeramenghampiri Fasha yang sedang baca surat khabar di kaunter. Tiba di situ, diatekan loceng. Fasha bangun lalu ukir senyuman di bibir. Bila melihat Shahir,senyumannya mati. Dia fikirkan pelanggan tadi, rupa-rupanya mamat langau ini.

            “HaiFasha, buah hati pengarang jantung Shahir.” Shahir mempamer senyuman manis.

            “Heegeli saya dengar.” Fasha mencemik.

            Shahirtarik kerusi lalu letak di sebelah Fasha. Dia duduk di situ lalu tenung mukaFasha dengan penuh minat. Fasha jadi tidak senang duduk bila melihat tingkahShahir. Lekas dia jarakkan bangkunya daripada Shahir.

            “Semalamsaya cari awak di kedai. Awak tak ada. Awak pergi mana?” soal Shahir.

            “Pergicari pak we.” Dengan harapan, jawapan itu akan buat Shahir mengundurkan diridan tidak mengganggu hidup Fasha lagi.

            TerkeduShahir. Namun dia tidak cepat melatah. Dia bagaikan terbau sesuatu di sebalikayat itu.

            “Siapalebih kacak, saya atau dia?” serkap Shahir.

            “Err…”Fasha garu kepala. Tulah. Tipu dia lagi.

            “Ala,saya tahu awak bohong. Awak belum ada boyfriendlagi. Orang yang gila kejar duit macam awak mana pernah fikir tentang cinta. Awaksengaja cakap macam itu sebab nak elak daripada saya kan?” sindir Shahirapabila Fasha gagal memberikan jawapan pada soalannya itu.

            Fashamendengus. Aduh, terkena dia!

            “Hisy!Kenapa datang sini? Menyibuk saja.” Dia mengerling ke arah tangan Shahir.

            “Nakkata hantar baju, tapi tak nampak apa-apa plastik di tangan awak,” tambahnya.

            Shahirtersenyum.

            “Sayadatang bukan untuk hantar baju. Tapi untuk mengorat awak.” Shahir kenyit matake arah Fasha.

            Bulatmata Fasha.

            “Gila!Dahlah, saya nak pergi belakang. Ada kerja. Tunggulah seoang diri di sini ya?Siapa suruh tayang muka di kedai dobi saya ni?” Fasha bangun, bersedia untukmelangkah meninggalkan Shahir.

            “Eh,sekejaplah!” Shahir lekas menghalang.

            Fashamendengus.

            “Awakfaham bahasa tak? Saya nak buat kerjalah!” marah Fasha.

            “Awakdah baca surat yang saya kirim melalui Kak Leen semalam?” Shahir buat tidaktahu dengan amarah Fasha.

            “Suratapa?” Serius, Fasha langsung tidak tahu apa yang Shahir maksudkan itu.Maklumlah, kehadiran Shahir bukan penting bagi dia. Jadi, dia rasa tidak perluuntuk mengingat semua perkara yang melibatkan Shahir.

            “Lupalahtu,” bentak Shahir.

            “Memangpun.” Fasha tambah sakit di hati Shahir.

            “Sayanak ajak awak pergi dating. Untuksempurnakan hajat saya yang satu itu, apa kata kalau kita pergi makan tengahhari?” ajak Shahir beriya-iya.

            “Sayakenyang.” Padahal, perut Fasha sudah berkeroncong lapar. Saja dia beri alasanitu.

            “Sayatahu awak belum makan lagi,” tebak Shahir.

            Fashaberdecit.

            “Kalaurasa nak melantak sampai pecah perut, pergi sajalah! Tak perlu ajak saya!Pandailah saya cari makanan sendiri nanti,” bebel Fasha.

            Dalampada masa yang sama, Kak Leen yang baru sahaja keluar dari belakang terusmenerkam ke arah mereka.

            “Kenapabising-bising ni? Suara kamu berdua boleh dengar sampai dalam tau,” soal KakLeen hairan.

            “Fashani haa. Tadi cakap lapar. Bila Shahir ajak dia pergi lunch, dia terus tolak. Shahir bukan apa, Shahir takut Fashadiserang apa-apa penyakit. Tapi degil dan tak nak dengar kata orang. Tidakendah kesihatan diri.” Bijak Shahir memainkan peranan sebelum sempat Fasha rekaayat tipu helah.

            Terjegilmata Fasha.

            “Eh,main wayang pulak?” bidas Fasha.

            “Mainwayang apa?” sindir Shahir pula.

            “Kansaya dah cakap yang saya tak nak ikut!” bentak Fasha.

            “Kalauawak jatuh sakit, macam mana?” Shahir pusing ayat Fasha.

            “Eh,awak susah apa? Pandailah saya jaga diri!” tengking Fasha.

            “Mestilahsaya risau! Awak kan buah hati saya.” Ada sahaja jawapan Shahir.

            “Awak…”

            “Sudah!”celah Kak Leen tiba-tiba.

            Merekatermati kata. Kak Leen toleh memandang muka Fasha.

            “Pergilahikut Shahir. Fasha kan belum jamah apa-apa lagi,” pujuk Kak Leen.

            Shahirtersenyum menang bila Kak Leen berpihak padanya.

            “Akak,Fasha…”

            “Janganbantah arahan akak!” tegas Kak Leen.

            Mahutidak mahu, Fasha terpaksa mengalah.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh