Bab 4

PUANWATIE angkat tinggi tabung berbentuk Menara KLCC laluhentak ke lantai. Brang, pecah berderai dikerjakannya! Lekas Puan Watiemengutip satu per satu duit syiling dan wang kertas yang sudah bertaburan dimerata-rata tempat itu. Kemudian duduk bersila lalu mengira.

            PuanWatie melepaskan keluhan.

            “AdaRM26.50 saja. Nak beli apa dengan duit ni?” Puan Watie garu kepala.

            Dialetak duit itu di bawah tumit kakinya.

            “Takkanlahaku nak telefon Fasha dan minta duit lagi?” Teringat amaran Fasha tempoh hari,niatnya mati. Pasti Fasha akan membebel padanya. Dia kerja penat-penat, PuanWatie hanya tahu tadah tangan dan terima duit saja. Ah, bingit telinga dia! Diajuga yang sakit hati nanti.

            PuanWatie bangun lalu tawaf satu rumah. Dagunya diusap-usap beberapa kali.

            “Kalautak ada duit, macam mana aku nak shopping?”Sekiranya tidak menjalani terapi membeli-belah untuk sehari, Puan Watieboleh jadi sasau. Hilang suami tak apa. Asalkan duit ada di tangannya.

            Tiba-tibasaja terdetik sesuatu di benaknya. Dia mula tersenyum. Lalu lekas bangun danmelangkah menuju ke bilik. Sebuah kotak berwarna merah di bawah katil ditarik.Dia duduk di birai katil. Kotak itu dibuka. Bersinar matanya bila melihatbeberapa utas rantai, gelang dan cincin emas yang terletak kemas di situ.

            “Kalauaku gadai, aku akan dapat banyak duit. Bila dapat banyak duit, bolehlah akupergi shopping!” jerit Puan Watielalu menari kegembiraan.

            Lekasdia tutup kotak itu lalu memasukkan ianya di dalam beg tangannya. Dia segerabangun lalu beredar meninggalkan rumah.


OLIO ARWI tarik beg baju keluar dari balaiketibaan domestik KLIA 2. Lalu mengambil teksi menuju ke destinasi yang sudahditetapkan. Telefon bimbitnya dihidupkan. Dua jam berada di dalam penerbangandari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Pasti banyak mesej penting yangditerimanya. Mata terpandang mesej Tuan Dolah. Dia segera buka lalu baca.

 

            Tuan Dolah : Bila dah sampai KL,pergi ke rumah Shah. Kamu tahu apa yang kamu perlu buat kan?

 

            Olio : Baik, arahan diterima.

 

Olio membuang pandanganke luar tingkap. Amanat Tuan Dolah masih tersemat di ingatan.

            “Kamusaja yang boleh bawa Shah balik Sabah. Uncle rindu dia.” Tuan Dolah genggamtangan Olio.

            Oliomembalas genggaman tangan Tuan Dolah.       

            “Jangankhuatir, Olio akan pujuk Shah balik Sabah. Kalau dia tak nak balik, Olio akangunakan kekerasan!” tegas Olio serius.

            “Janganguna kekerasan, Olio. Shah benci uncle. Usahlah menambah kebencian dia. Uncletidak mahu kehilangan satu-satunya permata yang uncle ada sekarang. Uncle mahujernihkan hubungan kami anak beranak. Uncle sayangkan Shah.” Tuan Dolahmelepaskan keluhan bila bayang peristiwa lampau menghantui minda. Ah, salahdia. Hilang isteri dan anak.

            “Uncletahu sikap Olio, kan? Olio bukan seorang lelaki penyabar. Olio akan berkeraspada orang yang tidak mahu dengar kata Olio,” balas Olio.

            “Disebabkankekerasan kamu, uncle amanahkan kamu untuk tugasan ini. Uncle tahu kamu akanberjaya pujuk Shah. Kamu takkan berhenti selagi tidak berjaya bawa Shah balik,”balas Tuan Dolah.

            Oliotersenyum.

            “Jikaitu amanah yang perlu Olio galas, insya-ALLAH Olio akan lakukan sebaiknya,”janji Olio.

            TuanDolah tarik nafas lega bila dengar kata Olio.

            “Terimakasih, Olio,” ucap Tuan Dolah.

            “Sama-sama,”jawab Olio.

            Oliokembali semula ke alam realiti. Nafas ditarik dalam-dalam. Dia sudah berjanjipada Tuan Dolah. Dan kini dia di dalam perjalanan untuk menunaikan janjinyaitu.


BALIK dari PPD, Shahir singgah di TanahPerkuburan Islam Sungai Kantan. Tiba-tiba sahaja hati Shahir tergerak untukziarahi pusara arwah ibu dan kakak hari ini. Kakinya terasa menggeletar ketikasedang melangkah ke tempat persemadian terakhir mereka. Air mata merembesmembasahi pipi. Tiap kali ke sana, dia akan menangis. Biarpun pernah melafazkansumpah supaya tidak mahu mengalirkan air mata lagi, namun dia tidak mampumenahan sebak.

            Tibadi situ, Shahir melutut lalu menyentuh batu nisan. Ibu, Maria Kristina bintiAbdullah. Kakak, Nur Salina binti Abdullah Johan. Sudah lama mereka dijemputILLAHI. Namun terasa seperti baru semalam sahaja mereka menghembuskan nafasterakhir. Mereka meninggal dunia disebabkan peristiwa hitam itu. Dan ia masihmenjadi mimpi ngeri Shahir sehingga kini.

            Ramadhanitu merupakan Ramadhan terakhir buat mereka sekeluarga. Shahir yang ketika itumasih menuntut di IPG bercuti semester. Jadi dia pulang ke Kajang untukberpuasa bersama-sama mereka.

            Gelaktawa, gurau senda dan perbualan mereka masih kukuh di ingatan sebelum rumahmereka tiba-tiba sahaja dirempuh oleh sekumpulan individu yang bersenjata.Suasana yang tadinya ceria bertukar menjadi hingar-bingar. Tembak-menembakberlaku. Peluru bersepah di merata-rata tempat. Berpuluh nyawa rebah ditumpahidarah.

            Shahir,Puan Maria dan Salina kaku di situ, sehinggalah Olio dan Tuan Dolah yangtiba-tiba sahaja muncul lalu memaksa mereka untuk bersembunyi di dalam bilik.Tiga beranak itu berpelukan. Shahir menenangkan emosi dua wanita itu yang sudahberteriak menangis. Dia juga sendiri terkejut dengan kejadian yang berlaku didalam sekelip mata sahaja itu.

            Secaratiba-tiba, daun pintu dirempuh dari luar. Muncul seorang lelaki sasa danbertatu ular di sepanjang lengan kirinya sedang menolak ayah ke ruang tengahbilik. Tangisan dua wanita itu semakin nyaring demi melihat situasi itu. Shahirpula sudah tergamam.

            “Ingat!Apa yang berlaku ni berpunca daripada Dolah! Kematian kauorang semua sebabDolah! Sebab Dolah! Dolah!” Lelaki itu melepaskan tembakan secara rambang.Peluru yang dimuntahi daripada pistol tertusuk tepat ke jantung Puan Maria danSalina. Mereka rebah, lalu beberapa saat kemudian meninggal dunia.

            “Mummy!Kakak!” Shahir menerkam ke arah mereka lalu menangis hiba.

            “YaALLAH…” Tuan Dolah pula melaungkan kalimah itu. Air matanya merembes.         

            “Hei,Dolah! Matilah kau!”

Lelaki itu ketawaterbahak-bahak. Picu pistol diletakkan di kepala Tuan Dolah. Baru sahaja diahendak melepaskan tembakan, tiba-tiba Olio muncul lalu menembak lelaki itu daribelakang. Lelaki itu terus rebah lalu mati. Lekas Olio menerkam Tuan Dolah danShahir.

“Ikut aku, kita lari!”teriak Olio dalam keadaan tergesa-gesa.

            Shahirgeleng.

            “Macammana dengan jenazah mummy dan Kak Lina?”

            “Nantiaku uruskan jenazah mereka!” Olio bingkas menarik tangan Tuan Dolah dan Shahir.Lalu lari meninggalkan rumah itu.

            Shahirkembali ke alam realiti. Dia kesat air mata di pipi. Biarpun berulang kalidikesat, namun ia tetap mengalir. Peristiwa hitam itu sukar dilupakan.Kata-kata lelaki bertubuh sasa dan bertatu ular itu tersimpan kemas di ingatan.Dia genggam kuat tangan kanan.

            “Sebabayah, mummy dan Kak Lina mati. Shah benci ayah!” ucap Shahir, penuh dengan rasabenci. Dia duduk bersila lalu mula baca surah Yassin buat dua arwah yang palingdia sayangi.


SHAHIR terus balik rumah seusai ziarahpusara ibu dan kakaknya. Baru sahaja tiba di ruang tamu, dia terkejut bilamelihat satu susuk tubuh yang begitu dia kenali sedang duduk di atas sofasambil kaki kanannya disilangkan ke atas kaki kiri. Mata lelaki itu merenungtepat ke muka Shahir.

            “Olio?”Shahir menjegil mata melihat sepupunya.

            Oliobangun lalu menghampiri Shahir.

            “Bagus,Shah. Kau masih ingat sepupu sendiri. Aku fikir kau sudah lupa asal usul bilalama tinggalkan keluarga,” sindir Olio.

            “Jagamulut kau, Olio!” tengking Shahir.

            “Akurasa aku cakap perkara yang benar. Kau terasa hati ke?” sindir Olio lagi.

            “Macammana kau boleh ada di dalam apartmen aku?” maki Shahir.

            Olioketawa sinis.

            “IniOlio Arwi, Shah! Mana-mana tempat aku boleh redah, apatah lagi rumah kau.” Riaknada suara Olio.      

            Shahirmendengus.

            “Janganfikir kau itu gangster, kau boleh masuk rumah aku sesuka hati!” bentak Shahir.

            “Kaulupa ke siapa aku pada keluarga kau, Shah? Kau anak Tuan Dolah, aku pula anaksaudara dia, merangkap sepupu kau. Uncle beri kunci pada aku. Jadi jangan buattuduhan melulu! Aku tak masuk ikut cara gangster. Tapi beradab.” Olio sengajahendak menyakiti hati Shahir.

            Shahirmerenung tajam Olio.

            “Kenapatiba-tiba saja datang KL? Kau sebenarnya ada agenda yang melibatkan aku kan?”tuduh Shahir.

            “Lepasarwah auntie dan Lina meninggal dunia, kau tak pernah balik Sabah untuk jengukuncle. Jadi dia utus aku ke mari untuk sampaikan amanatnya. Dia mahu kaupulang!” Olio terus berkata perkara sebenar.

            Shahirtersenyum sinis.

            “Akutak nak balik! Dia penyebab kematian arwah mummy dan Kak Lina! Aku tidak mahutengok muka dia! Aku benci dia!” jerit Shahir.

            Olioterkesima.

            “Kautak tahu apa sebenarnya yang berlaku masa itu, Shah!” tegas Olio.

            “Akudengar kata-kata lelaki bertatu ular masa kejadian hitam itulah! Aku ingatsampai sekarang! Apa yang kau nak nafi lagi? Ayah pembunuh arwah mummy dan KakLina!” Air mata Shahir menitis mengenangkan peristiwa silam itu.

            Oliomenggepal buku lima. Nyaris sahaja hendak dihayun ke muka Shahir. Namun bilamengingati amanah Tuan Dolah yang tidak mahu dia menggunakan kekerasaanterhadap Shahir, dia segera menarik nafas panjang. Meredakan api kemarahannya.‘Sabar Olio, sabar!’ pujuk hatinya.

            “Akutanya sekali lagi. Kau mahu balik Sabah, jawab ‘ya’ atau ‘tidak’.” Olio tenungmuka Shahir dengan riak wajah serius.

            “Tak.”Sepatah jawapannya Shahir.

            “Okey,aku akan tinggal di rumah kau sehingga aku berjaya lenturkan keegoan kau. Akudah janji dengan uncle. Dan aku akan tunaikannya!” Olio bangun lalu angkat begdan menapak menuju ke arah tangga.

            Shahirterkedu.

            “Pergilahbalik Sabah! Beritahu yang aku tak nak tengok muka dia!” herdik Shahir.

            Olioangkat tangan kanan lalu buat aksi mengejek percakapan Shahir.

            “Manasatu bilik aku?” tanya Olio.

            Shahirmembisu. Geram dengan tingkah Olio.

            Olioterus daki anak tangga. Seusai bayang Olio hilang daripada pandangan mata,Shahir duduk di atas sofa. Dia picit dahi. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh