Bab 3

SEMENTARAmenunggu makanan yang dipesan sampai, Shahir menolak sekeping kad berbentukseperti kad cinta berwarna merah jambu ke arah Fasha.

            “Apaini?” Terkebil-kebil mata Fasha.

            “Notacinta Shahir untuk Fasha. Ambillah,” balas Shahir.

            Fashatenung Shahir. Dia tersenyum sinis.

            “Sayatak nak,” tolak Fasha.

            “Terimasajalah. Saya memang nak beri pada awak,” pujuk Shahir.

            “Taknak,” bentak Fasha lagi.

            Tiba-tibasatu suara menyapa mereka.

            “CikguShahir?” panggil suara itu.

            Shahirdan Fasha pandang si empunya suara itu. Terkedu Shahir bila melihat Waniebersama muka mencukanya itu. Sudah, tiba-tiba saja Wanie muncul. Tidak kenamasa. Shahir segera bangun.

            “Awakbuat apa kat sini, Wanie?” soal Shahir.

            Waniemencerlung Fasha dengan pandangan cemburu.

            “Siapaperempuan di sebelah Cikgu Shahir ini?” Soalan berbalas soalan.

            Bulatmata Fasha bila mendengar soalan itu. ‘Siapa aku? Kakak tiri kau!’ jawab hatiFasha.

Shahir pula sudahtersenyum-senyum. Otaknya sudah terjana satu idea yang mungkin berhasil membuatWanie berhenti mengganggunya.

            “Wanie,kenalkan ni Fasha Danea, bakal tunang saya.” Shahir mereka cerita.

            “Haa?”Bukan Wanie sahaja yang terkejut bila mendengar pengakuan Shahir, Fasha punsama.

            Waniepandang muka Fasha.

            “CikguShahir tolak cinta Wanie mentah-mentah semata-mata untuk perempuan ini? Apayang ada pada diri dia, yang tiada pada Wanie? Wanie sudah lakukan macam-macamcara untuk menambat hati Cikgu Shahir. Tapi, Cikgu Shahir langsung tidak mahuberi peluang pada Wanie!” Wanie ungkit segala kebaikan yang pernah dia lakukanpada Shahir dahulu.

            Fashatergamam. Dia mahu menjawab untuk membetulkan keadaan. Namun mulutnya bagaikandigam untuk berbicara.

Shahir tenung muka Wanie.

            “Sayarasa saya tak perlu jawab soalan awak. Saya sudah terangkan semuanya semasaawak ambil Raihal di sekolah tadi,” sindir Shahir.

            “Wanietetap tidak puas hati! Mengapa Cikgu Shahir pilih dia?” bidas Wanie.

            “Cintatidak boleh dipaksa, Wanie! Hati saya menginginkan Fasha, bukan awak. Bagaimanasaya mahu meneruskan hidup bersama awak kalau hati saya ada pada Fasha?” jawabShahir serius. Apa, cinta ini umpama barang dagangankah? Cinta ini melibatkanhati dan perasaan. Satu perkara yang tidak boleh dibuat main.

            “Wanietak peduli! Wanie mahu Cikgu Shahir pilih Wanie!” desak Wanie.

            “Sayasudah buat pilihan. Saya pilih Fasha. Maaf,” tegas Shahir lagi.

            Waniehentak kaki lantas terus keluar dari restoran itu.

Shahir menghela nafaslega apabila bayang Wanie sudah hilang daripada pandangan matanya. Agak-agakmemang gaya Wanie hentak-hentak kaki dahulu sebelum pergi begitu sahaja kot?Ah, tidak kisahlah! Yang penting, Wanie sudah beredar!

            “Kenapamengaku yang saya bakal tunang kau? Tidak memasal si teddy bear itu cemburu! Saya peliklah dengan awak. Awal-awal lagisudah tolak cinta dia. Saya juga yang awak terhegeh-hegeh nak.” Bengang Fashamengenangkan tindakan Shahir tadi.

            “Sekejap,awak panggil dia teddy bear?” Meletustawa Shahir.

            Fashatepuk dahi.

            “Janganubah topik, okey!” bidas Fasha keras.         

            “Awakkan memang bakal tunang saya,” jawab Shahir selamba.

            Fashabangun. Mahu lekas beredar daripada situ.

            “Gila!Saya nak balik. Lagi layan kesewelan awak, lagi mereng kepala otak saya!”bentak Fasha.

            Shahirterpinga-pinga bila mendengar permintaan Fasha.

            “Kitabelum makan lagi, Fasha.” Shahir cuba halang.

            Fashahentak meja.

            “Hantarsaya balik kedai dobi!”  bentak Fashalagi.

            Shahirmelepaskan keluhan. Jika bukan kerana Wanie, pasti hari pertama dating mereka akan berjalan lancar tanpaada cacat dan cela. Hancur rancangan dia!

            “Okey,kita balik. Tapi sebelum itu, terima kad ini dulu,” rayu Shahir sambil menyuakad itu ke arah Fasha.

            Fashacekak pinggang.                       

            “Simpansaja kad itu.” Fasha beredar keluar daripada restoran itu.

            “EhFasha, tunggu saya!” Shahir kejar Fasha dari belakang. Kad itu pula disisipkemas di dalam kocek baju kemejanya.


“JANGAN ikut saya lagi. Pergi balik. Awaktak rasa jemu ke? Saya dah muak tengok muka awak,” bebel Fasha apabila Shahirtidak mengenali erti lelah mengekorinya.

            Shahirmengambil kerusi di sebelah kaunter lalu letak di hadapan Fasha. Dia duduk disitu. Tangan kanannya ditongkatkan ke dagu.

            “Sayatak pernah kenal erti semua tu, Fasha,” jawab Shahir.

            “Sukahatilah!” herdik Fasha.

            Shahirseluk poket bajunya. Kad itu dikeluarkan. Disua kepada Fasha.

            “Ambillahkad ni, Fasha,” pujuk Shahir.

            Fashamengeluh geram. Dia angkat muka memandang Shahir.

            “Tadisaya ada cakap yang saya tak terima kad ni. Awak faham kan?” marah Fasha.

            Shahirgeleng.

            “Sayahanya akan faham bila awak terima kad ni,” balas Shahir.

            “Kalausaya terima, ada apa-apa yang saya kena balas balik?” sindir Fasha.

            Shahirketawa.

            “Awaksindir saya ke?” balas Shahir.

            “Kalauterasa, opps itu awak punya pasal. Lagipun bukan saya tak kenal awak, Shahir.Awak beri kad ni dengan harapan suatu hari nanti saya akan balas cinta awak,”herdik Fasha.

            Shahirtenung muka Fasha.

            “Dansaya tak nak dengar jawapan ‘tidak’ daripada awak. Saya cuma terima jawapan‘ya’ saja. Take your time. Thinkrationally. Jangan ambil tindakan melulu,” nasihat Shahir.

            Fashabuat tak dengar.

Shahir bangun, bersediauntuk pulang.

            “Okeylah,saya balik dulu. Esok saya datang jumpa awak lagi,” khabar Shahir.

            Fashamencemik.

            “Takdatang pun tak apa,” sindir Fasha sinis.

            Shahirtergelak.

            “Takutorang di sana rindu orang di sini saja nanti,” perli Shahir.

            “Nonsense,” marah Fasha.

            Sebelumbalik, sempat Shahir menolak kad itu ke hadapan Fasha.

            “Baca.Jangan buang pulak!” Lekas Shahir beredar sebelum Fasha tolak kad itu kepadanyasemula.

            Fashatercengang.

            “Eh,ambillah balik kad ni!” jerit Fasha.

            “Kadtu untuk awak!” jawab Shahir, juga dengan nada menjerit.

            Fashamendengus. Dia ambil kad itu. Berniat untuk buang ke dalam tong sampah. Namuntingkahnya mati. Tidak sampai hati pula menghampakan permintaan Shahir. Lantasdibuka dan dibaca satu per satu.

 

Nota Cinta Shahir untuk Fasha.

A - Azalea

Pokok Azalea.Bererti cinta pertama. Jujur, kau adalah degupan pertama di hatiku. Limakelopak bunga melambangkan dirimu. Baik budi pekerti, jadi diri sendiri,ringkas, jujur mengatakan sesuatu dan kuat semangat. Kesederhanaan kau memikatdiriku. Aku tersungkur.

 

            Fashatersenyum sendiri apabila membaca tulisan Shahir.

            “Mentang-mentangcikgu prasekolah. Dengan aku sekali dia nak berABC. Mereng!” bebel Fasha.Lantas menyimpan kad itu di dalam sebuah kotak kecil yang diambil di bawahmeja. Sayang pula dia mahu buang kad itu. Kad itu amat comel.y


KAK LEENyang baru keluar daripada keretanya, terus menghampiri Shahir.

            “Shahir?”panggil Kak Leen.

            Shahiryang baru sahaja keluar daripada kedai dobi, toleh memandang ke arah Kak Leen.Garis senyum garis di bibir mereka.

Langkah Kak Leen mati dihadapan Shahir.

            “Shahirbawa adik akak yang gila duit tu pergi mana?” soal Kak Leen ingin tahu.

            Meletustawa Shahir.

            “Takbaik gelar adik akak macam tu tau. Kalau Fasha dengar, marah dia nanti,” balasShahir.

            KakLeen ikut ketawa.

            “Memangkenyataan yang dia itu gila duit kan?” kutuk Kak Leen.

            “Sebenarnya,Shahir bawa Fasha pergi makan, kak. Tapi…” Shahir melepaskan keluhan.

            “Tapiapa?” Berkerut dahi Kak Leen.

            “Kamitak makan pun,” sambung Shahir.

            “Laa…Fasha buat perangai lagi ke? Hmm… dia memang nak kena bantai dengan hanger ni,” bebel Kak Leen.

            “Bukansalah Fasha. Salah Shahir. Kakak kepada anak murid Shahir tiba-tiba saja datangserang kami berdua sewaktu di restoran. Dia suka Shahir. Tapi Shahir tolakcinta dia. Berbuih mulut Shahir beritahu yang Shahir tak suka dia. Dia tetaptak faham bahasa juga. Kebetulan kami terserempak di restoran itu. Dia cemburubila tengok Shahir berdua-duaan dengan Fasha. Mulalah dia tuduh Fasha macam-macam.Fasha terus naik angin dan terus ajak balik,” cerita Shahir.

            “Akakpeliklah, Fasha rasa cemburu ke bila dapat tahu ada perempuan lain sukakanShahir? Untuk pengetahuan Shahir, dia jarang naik angin kalau tiada apa-apasebab. Dia jenis cool dan susah nakmarah orang.” Hairan Kak Leen bila memikirkan perubahan emosi Fasha. Jelassekali Fasha turut menyukai Shahir. Dia saja yang buta hati dan perasaan.

            “Seriuske dia jealous, kak?” Shahirtersengih-sengih.

            “Akakkenal Fasha, Shahir. Dia sebenarnya selesa berkawan dengan Shahir. Cuma diatidak mahu mengaku saja. Dia terlalu mengejar kemewahan dan bekerja keras untukmencapai target dia. Oleh sebab itu, dia tidak sedar apa yang sudahbermastautin di hati dia,” balas Kak Leen.

            “Kalauapa yang akak cakap betul, baguslah. Shahir akan buat dia sedar perasaansebenar dia pada Shahir. Dia dah curi hati Shahir. Dan Shahir nak rompak hatidia balik,” tekad Shahir.

            KakLeen melepaskan keluhan.

            “Akaktak tahu cara apa lagi yang kita boleh praktik untuk menyedarkan Fasha tentangperasaan dia. Hati dia penuh dengan batu, Shahir. Akak cuba buka ceritamengenai Shahir. Dia akan mengelak dan reka pelbagai alasan untuk tidakbercakap perihal Shahir,” adu Kak Leen.

            “Akaktak perlu risau. Shahir sudah fikirkan cara yang sesuai untuk buang batu yangada di hati dia,” balas Shahir penuh yakin.

            “Akakharap Shahir berjaya,” doa Kak Leen.

            “Insya-ALLAH,kak,” jawab Shahir.

            “Okeylah,kak. Shahir kena pergi PPD Hulu Langat untuk hadiri mesyuarat petang ini. Aduh,malas rasanya! Confirm habis lambat.Tak boleh Shahir mengorat Fasha nanti,” keluh Shahir. Teringat sewaktu dia mahupunch card balik tadi. Baru sahajadia masuk ke dalam pejabat, Kak Fidah, ketua kerani di sekolah terus hulursurat panggilan meeting itu kepadanya.

            “Bila-bilamasa pun Shahir boleh datang ke kedai akak. Sekarang kemudahan telekomunikasidi hujung jari. Shahir boleh WhatsApp atau telefon dia. Yang penting utamakanbab kerja dahulu. Pergi sajalah, Shahir. Nanti kena surat tunjuk sebab pulakalau Shahir tak pergi,” balas Kak Leen.

            “Taksama, kak. Bila tatap wajah Fasha, maka terubatlah rindu di hati Shahir,” balasShahir.

            “Belajarmenanggung rindu, Shahir. Rindu merupakan ubat yang mujarab untuk pasangan yangsedang bercinta atau yang dalam proses nak bercinta seperti Shahir dan Fasha.Sesekali berjauhan, apa salahnya? Mungkin Fasha akan sedar perasaan dia bilaShahir hilang daripada pandangan mata dia.” Tiba-tiba sahaja Kak Leenterfikirkan cara ini. Mungkin ia boleh membantu Shahir?

            Shahirterdiam.

            “Betulcakap akak kan?” sambung Kak Leen.

            “Shahirharap kata-kata akak ini akan menjadi realiti suatu hari nanti,” doa Shahir.

            “Amin.”

            “Amin.Okeylah kak, Shahir balik dulu ya. Assalamualaikum,” balas Shahir.

            “Waalaikumusalam,”jawab Kak Leen.

            Shahirmenyusun langkah menuju ke arah keretanya yang diparkir di bahu jalan.


 “TADI akak terserempak dengan Shahir diluar,” beritahu Kak Leen.

            Fashabuat tak dengar kata-kata Kak Leen.

Kak Leen tarik kerusilalu duduk di hadapan Fasha.

            “Fashadengar cakap akak tak?” marah Kak Leen

            “Dengar,”jawab Fasha ringkas.

            “Habis,kenapa diam saja?” bebel Kak Leen.

            “Taktahu nak balas apa. Shahir bukan penting bagi Fasha,” jawab Fasha bersahaja.

            “Buangego Fasha. Kawan dengan Shahir. Cuba kenali hati budi dia. Shahir seoranglelaki yang baik. Dia ikhlas mahu menjalinkan ikatan cinta dengan Fasha. Ramaiwanita di luar sana yang cuba dekati dia. Tetapi dia tolak mereka semua keranahatinya hanya menginginkan Fasha seorang saja. Akak boleh nampak cinta yang membara-baradi hati dia buat Fasha. Takkanlah  Fasha langsungtidak perasaan semua itu?” Sekali lagi Kak Leen cuba membuka cerita mengenaiShahir. Harap-harap, Fasha tidak mengelak kali ini.

            Fashaberdecit. Kakak angkatnya itu tidak habis-habis berbicara perihal Shahir. Bencidia!

            “Fashanak pergi pantri. Nak bancuh minuman.” Seperti biasa, Fasha akan mengelak.

            “Kaliini, akak tak nak dengar apa-apa alasan!” tegas Kak Leen.

            Fashatergamam.

            “Banyakkali akak tanya soalan ni pada Fasha. Apa kurang Shahir?” soal Kak Leen.

            Fashamengetap bibir. Dia garu kepala.

            “Shahirtak ada apa-apa kekurangan sebenarnya, Kak Leen. Dia lelaki baik, kacak, berduitdan berkerjaya hebat. Fasha tak nafi yang Shahir memiliki pakej lengkap lelakiidaman wanita. Pada permulaan, Fasha juga tertarik hati bila melihat dia buatkali pertama di kedai dobi kita ini. Serius, hati Fasha rasa sedikit getar danseluruh tubuh Fasha seperti kekejangan. Tapi…”

            KakLeen tiba-tiba petik jari. Sekali gus mematikan kata Fasha.

            “Akakdah agak. Fasha memang suka dia. Cuma, Fasha saja yang tidak mahu mengaku!”potong Kak Leen lalu ketawa. Pasti Shahir lompat bintang bila mendengarkata-kata Fasha.

            Fashaternganga.

            “Kak,Fasha belum habis cakap lagilah!” Lekas Fasha mencelah.

            KakLeen tercengang.

            “KeputusanSPM Fasha kurang memuaskan. Fasha gagal masuk universiti. Fasha terpaksakuburkan cita-cita untuk jadi seorang jururawat. Tapi bagi Fasha, kegagalan inimerupakan permulaan untuk Fasha menempuhi onak dan duri di masa hadapan. Fashanak berjaya dan jadi orang kaya. Fasha nak jadi ahli perniagaan di dalam bidangpelancongan dan makanan. Cinta tidak penting bagi Fasha. Kehadiran Shahir tidakberi apa-apa makna. Bagi Fasha, Shahir merupakan penghalang untuk Fashalestarikan impian. Kalau sibuk bercinta, bila masa nak bina empayar dan nama?”sambung Fasha.

            “Akaknak betulkan tanggapan Fasha. Cinta bukan penghalang segala-galanya. Di sebalikkejayaan seseorang, berdirinya seseorang yang bertindak sebagai tulangbelakang. Haa… mana tahu Shahir boleh jadi tunggak kejayaan Fasha suatu harinanti? Akak yakin yang Shahir akan sokong dan bantu untuk capai kemahuan Fasha,”balas Kak Leen bersungguh-sungguh.

            “Fashalebih selesa berusaha sendiri daripada mengharapkan bantuan orang lain, kak,”tegas Fasha.

            KakLeen melepaskan keluhan.

            “Berilahpeluang pada Shahir, Fasha. Belum cuba belum tahu kan?” pujuk Kak Leen.

            “Fashabelum sedia, kak.” Fasha terus bangun dan meninggalkan Kak Leen. Dia berjalanmenuju ke pantri.

            KakLeen hanya menghantar susuk tubuh Fasha melalui pandangan mata. Dia menggelengmengenangkan tingkah Fasha. ‘Hati batu betul adik aku yang seorang ni,’ keluhhatinya.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh