Bab 1

Fasha terganggu apabila telefon bimbitnya berdering tanda ada panggilan masuk.Dengan mata yang kabur, dia meraba-raba meja di sebelah katil. Terasa tengahpegang sesuatu, dia segera ambil. Dia mencelik mata. Melihat nama siapa yangtunak di skrin. Nama mak, Puan Watie. Dia terus bangun. Hilang terus rasakantuknya.

            “Assalamualaikum,mak.” Sebenarnya, Fasha tidak sebulu dengan Puan Watie. Tetapi dia sebolehnyaberusaha jaga hubungan kekeluargaan ini.

            “Akunak duit. RM1000.” Puan Watie tidak jawab salam Fasha.

            Fashatergamam.

            “Maktelefon Fasha semata-mata untuk minta duit? Mak nak buat apa dengan duitsebanyak tu?” soal Fasha.

            “Bayarhutang,” balas Puan Watie.

            “Hutangapa, mak? Mak beli barang kemas lagi ke?” Fasha penat kerja siang dan malam.Puan Watie pula tahu habiskan duit saja. Dia bukan berkira dengan Puan Watie.Tapi kalau dah selalu minta duit, kayaplah dia!

            PuanWatie mendengus.

            “Akuni mak kandung kau. Dah jadi tanggungjawab kau sara hidup aku. Kau dah lupadengan amanat ayah kau yang suruh jaga aku dulu? Aku ni tak ada anak lain. Kauseorang saja anak aku,” bentak Puan Watie.

            “Fashabukan tak nak bagi, tapi…” Fasha serba salah. Puan Watie memang pandai gunaayat yang boleh lenturkan kekerasan hatinya.

            “Takpayah bagilah! Kau memang anak tak guna satu sen pun. Dari dulu lagi. Sia-siakami bela kau, dasar anak tak kenang budi!” tengking Puan Watie.

            Mak!”marah Fasha.

            PuanWatie ketawa di hujung talian.

            “Takbetul ke cakap aku ni?” sindir Puan Watie.

            Fashamelepaskan keluhan.

            “Okey,Fasha bank in RM1000 pada mak pagiesok. Tapi mak jimat-cermatlah guna duit tu. Fasha kerja keras untuk kesenangankita. Fasha pun ada cita-cita dan impian Fasha. Fasha harap mak faham.” Fashaakhirnya mengalah. Kalau apa isu yang berkaitan dengan mak, dia memang tidakmampu menolak.

            “Bagus…bagus…” Lain pula yang terbit daripada bibir Puan Watie.

            Fashatersenyum hambar. Seperti biasa, Puan Watie hanya buat pekak telinga saja.Biarlah, dia sanggup buat apa saja demi kebahagian mak. Talian diputuskan. Diasambung tidur balik.

 

KOMPUTER RIBA dihidupkan. Video ThePhonics Song yang barudimuat turun semalam dibuka. Butang pauseditekan. Lalu dia bangun dan pergi ke ruang mengajar.

            “Okey, line up!” arah Shahir.

Shahir berdiri di hadapan sambil memerhati anak-anak muridnya mengambiltempat masing-masing di dalam barisan. Setelah memastikan tiada yang berbualatau bergerak, Shahir menyuruh mereka duduk dan meletakkan satu jari di bibir.Shahir duduk di atas kerusi lalu memusingkan laptop ke arah kanak-kanak itu.

            “Siapa nak cikgu ajar sampai jadipandai? Angkat tangan!” Shahir menceriakan rona wajahnya lalu tersenyum manis.Hendak menarik perhatian mereka di dalam pelajaran.

            Berebut-rebut kanak-kanak itumengangkat tangan.

Shahir menepuk tangan sebanyak sekali, lalu menegakkan tubuhnya.

            “Hari ni cikgu nak ajar sesuatu yangsangat seronok. Siap ada lagu lagi tau. Kamu semua mesti suka! Haa nak dengartak?” Shahir mendekatkan tubuhnya ke tubuh mereka.

            “Nak, Cikgu Shahir!” Serentak merekamembalas.

            “Today,we will learn about sound of alphabet in English. Maksudnya, cikgu akanajar sebut bunyi yang betul untuk huruf ABC sehingga Z.” Shahir menekan punat play. Lagu kanak-kanak mula memenuhisuasana.

            “Cikgu nak kamu dengar bunyinyabetul-betul. Sebut sama-sama. Ikut cikgu ya?” arah Shahir.

            “Ais for apple. ‘Ei’ ‘Ei’ ‘Ei’ apple. B is for ball. ‘Be’ ‘Be’ ‘Be’ ball. C isfor cake. ‘Ke’ ‘Ke’ ‘Ke’ cake. D is for dance. ‘De’ ‘De’ ‘De’ dance.”

            Shahir dan anak-anak muridnyamenyanyi mengikut rentak alunan dan menyebut bunyi fonik, sambil menghayunkepala ke kiri dan kanan, serta bertepuk tangan. Begitu kuat nada suarakanak-kanak itu yang bersemangat mempraktik apa yang diajari oleh Shahir.

 

            “Yis for yellow. ‘Wai’ ‘Wai’ ‘Wai’ yellow. Z is for zebra. ‘Zi’ ‘Zi’ ‘Zi’ zebra.”

            Mereka saling bertepuk tangansetelah lagu itu tamat. Lekas Shahir tekan punat pause.

            “Hmm, kita main satu permainan, nak?Permainannya senang saja. Cikgu sebut huruf, kamu semua bunyikan sebutannya.Boleh?” Shahir memerhati seorang demi seorang anak-anak muridnya itu.

            Laju kanak-kanak itu angguk.

            “M.” Shahir sebut huruf secara random.

            “Mis for monkey. ‘Em’ ‘Em’ ‘Em’ monkey,” jawab anak-anak muridnya.

            “F.”

            “Fis for fish. ‘Feh’ ‘Feh’ ‘Feh’ fish.”

            “Bagus,” puji Shahir. Lalu memberi lembaran kerjayang memerlukan murid-murid mengisi huruf di ruang kosong berdasarkan gambaryang diberikan itu. Setelah menerangkan apa yang perlu mereka lakukan, diamengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing dan menyiapkan kerja.

            Shahir pandang skrin laptop.Terpamer huruf F di laman sesawang YouTube. Bayangan Fasha menerkam ingatannya.Dia mula tersenyum. Mula mendapat idea daripada dua puluh enam huruf ABC itu.Aduh, mengapa daripada dahulu lagi tidak terfikirkan cara itu? Laptop ditutuplalu bangun. Sempat dia menitipkan pesanan buat mereka supaya menjaga tingkahlaku sebelum bergegas ke dapur prasekolah.


SEPERTI yang dijanjikan, Fasha ke CIMBBank untuk bank in duit ke dalamakaun mak. Selagi dia tak bank in, selagitulah mak akan WhatsApp dia tanpa henti. Jenuh dia nak balas satu per satu. Makfikir, rumah dia berdekatan dengan pekan kot. Mujurlah ada motor kapcai.Dapatlah dia merempit ke pekan. Selesai urusan, Fasha bonceng motor pergi ke kedaidobi. Sempat dia singgah di kedai mamak. Beli roti sardin, milo ais dan teh Oais.

            Fashamasuk ke dalam lalu menghampiri Kak Leen.

            “Akak?”jerkah Fasha.

            Tegaktubuh Kak Leen. Apabila melihat Fasha yang sudah tertawa di hadapannya itu, KakLeen mendengus geram. Dia cekak pinggang.

            “Takreti bagi salam dulu ke?” marah Kak Leen.

            Fashasengih.

            KakLeen hanya mampu menggeleng melihat tingkah nakal Fasha.

            “Nah.”Fasha meletak bungkusan makanan di atas meja.

            “Jommakan. Fasha laparlah,” Fasha mengusap perutnya yang sudah dendang lagu lapar.

            KakLeen tersenyum, lalu mengangguk.

            Merekabangun lalu beredar ke pantri. Sambil makan sarapan, mereka berbual.

            “Fasha,akak nak tanya sesuatu. Akak harap Fasha tak marah.” Kak Leen memohon keizinansebelum menyatakan soalannya.

            Fashayang tengah sedut milo ais itu angkat muka memandang Kak Leen.

            “Apadia, kak?” soal Fasha ingin tahu.

            “Akakada terdengar bebelan Fasha pagi tadi. Tentang Kak Watie yang minta duit padaFasha lagi. Fasha bank in duit dekatdia ke?” Kak Leen bukan berniat hendak mencampuri urusan Fasha. Cuma dia berasakasihan. Kerja penat-penat cari duit. Puan Watie pula tahu minta duit saja.Langsung tidak fikir tentang anaknya.

            Fashaberubah wajah.

            “Akakminta maaf kalau buat Fasha tersinggung.” Lekas Kak Leen bersuara.

            Fashatersenyum hambar. Lama-lama barulah dia angguk sebagai jawapan pada soalan KakLeen.

            “Berapabanyak?” soal Kak Leen lagi.

            “RM1000,”jawab Fasha.

            KakLeen menjegil mata.

            “Banyaknya.Dia nak buat apa dengan duit sebanyak tu?” balas Kak Leen. Terkejut.

            “Bayarhutang, katanya,” balas Fasha.

            “SampaiRM1000? Hutang apa?” balas Kak Leen.

            Fashajongket bahu. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.

            “Fashaterpaksa bagi duit tu pada mak. Abah dah amanahkan mak di bawah tanggungjawabFasha. Sebagai seorang anak, Fasha wajib tunaikan apa yang mak mahukan,” balasFasha lemah.

            KakLeen melepaskan keluhan.

            “Tapi,akak…”

            “Dah.Jom kita makan. Fasha lapar ni,” Fasha sambung makan balik. Fikir masalah mak,sampai bila-bila pun tidak akan habis. Lebih baik dia mengisi perut sehinggakenyang.

            KakLeen terdiam apabila mendengar kata Fasha. Dia hanya tenung wajah Fasha bersamarasa prihatin. Kasihan Fasha. Pelbagai dugaan yang menimpa hidup dia. Namun,dia tetap tabah mengharunginya.


“MASAK apa tu, Kak Leha?” Shahir berjalanke peti ais. Lalu mengambil plastik berisi buah epal hijau dan diletakkan diatas meja. Pisau dan tempat pemotong diambil. Dia mula memotong buah. Kemudianmeletak ke dalam bekas bersegi empat berwarna biru.

            “Nasigoreng cina. Shahir, biarlah akak saja yang potong. Tu kan kerja akak.” KakLeha mula segan dengan tingkah Shahir.

            “Ala,setakat potong buah saja. Kerja senang. Akak kan kelam kabut masak untukbudak-budak. Dahlah hari ni ada perhimpunan. Jenuh akak terkejar-kejar.” Shahirtetap meneruskan kerjanya.

            “Tapi…”

            “Taksalah kalau Shahir tolong kan?” potong Shahir.

            KakLeha tidak terkata. Siap masak, dia cedok nasi goreng ke dalam bekas. Lalu bawake tempat penyediaan makanan.

            “Terimakasih tolong akak, Shahir.” Terharu rasanya Kak Leha dengan pertolongan Shahir.

            “Sama-sama.”Siap potong, Shahir membasuh tangan di sinki. Lalu duduk di tempatnya semula.

            “Akak,macam mana cara nak pikat hati Fasha?” Directsoalan Shahir.

            “Shahirdan Fasha orang muda. Akak dah tua. Zaman kita lain. Jodoh akak dengan AbangMan ditentukan oleh famili. Jadi kami bercinta lepas kahwin,” cerita Kak Leha.

            Shahirbetulkan duduk. Agak berminat hendak mendengar kisah Kak Leha.

            “Cubaakak bagi tips Abang Man goda akak dulu. Boleh Shahir praktikkan dekat Fasha,”balas Shahir beriya-iya.

            “Haipp!Orang kahwin dengan bujang lain. Anak dara kenalah jual mahal. Si teruna kenaberusaha bersungguh-sungguh untuk menangi hati si dara. Macam kes akak, kamiberdua tinggal sebumbung. Kalau hari-hari asyik pandang muka yang sama,mustahil tak terbit rasa cinta di hati kami,” balas Kak Leha.

            Shahirgaru kepala.

            “Hari-hariFasha tengok muka Shahir. Tapi kenapa dia susah nak sukakan Shahir?” soalShahir.

            KakLeha cuit hujung hidung mancung Shahir.

            “Tutandanya usaha Shahir masih belum cukup lagi. Tadi semasa di perhimpunan,Shahir ada cakap yang Fasha dah curi hati Shahir kan? Jadi Shahir kena usahalebih untuk curi hati Fasha pula. Tak adillah hati Shahir ada pada dia seorangsaja. Tamak Fasha tu. Hati dia tak nak serah pada Shahir. Hati Shahir pula yangdia curi,” tukas Kak Leen.

            Shahirketawa.

            “Sebabdia tamaklah, Shahir nak rampas hati dia,” tegas Shahir.

            KakLeha mendekatkan mukanya ke muka Shahir.

            “Macammana Shahir nak buat?” cabar Kak Leha.

            Shahirmenarik muncung.

            “Shahirtanya pendapat akak. Akak tanya Shahir balik. Tak boleh tolong tau,” bebelShahir.

            “Dahakak tak tahu nak tolong macam mana.” Kak Leha mula menyenduk nasi goreng kedalam manguk. Lalu susun di atas tempat penyedian makanan.

            Tatkalateringat aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak muridnya tadi, Shahirsemerta menghentak meja.

            “Akak?”jerkah Shahir.

            Terlepassenduk dari tangan Kak Leha. Dia angkat muka lalu merenung geram Shahir.

            “Buatakak terkejut saja,” marah Kak Leha.

            “Sebenarnya,Shahir dah ada idea nak pikat hati Fasha.” Shahir tidak peduli bebelan KakLeha.

            “Caraapa?” Kak Leha tercengang.

            “Adalah.”Shahir tersenyum lalu kenyit mata.

            “Hisy,baik tak payah bagitahu!” bebel Kak Leen.

            Shahirbangun.

            “Okeylah,Shahir nak masuk kelas. Dah lama Shahir di sini. Nanti ada pula yang jadiUltraman dan Superman.” Bimbang pula meninggalkan anak-anak murid tanpapengawasan dia. Lebih baik dia ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara tidakdingini berlaku.

            “Beranilah?Akak jadi Naruto nanti,” sambung Kak Leha.

            Pecahtawa Shahir.      


Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham