Bab 5

FASHAterjenguk-jengukke luar. Seperti tengah tunggu seseorang. Sesekali dia bangun lalu jalanmengelilingi sofa di ruang tamu. Kemudian duduk. Dek hati dikuasai gelisah, diabermain dengan jemari. Kak Leen yang tengah baca novel itu hanya tersenyummelihat tingkah Fasha.

            “Fashatengok apa tu?” tegur Kak Leen.

            Fashatersentak. Lekas duduk di atas sofa lalu toleh memandang Kak Leen.

            “Takada apa-apa.” Fasha cuba berlagak selamba.

            KakLeen tutup novel lalu letak di atas meja. Dia bangun dan menghampiri Fasha.

            “Fashatunggu Shahir ke?” serkap Kak Leen.

            Fashatergamam, namun tetap tayang riak bersahaja di hadapan Kak Leen.

            “Takkuasalah. Buang masa saja. Daripada Fasha layan telatah mereng dia, lebih baikFasha pergi bawa Teksi Uber. Dapat duit, dapat jadi kaya raya,” balas Fasha. 

            KakLeen mencemik.

            “Takhabis-habis nak jadi orang berharta. Fasha tak rasa nak mencintai dan dicintaike? Akak pernah cakap sebelum ni. Kita perlukan seseorang yang ikhlas mahuhidup bersama sehingga akhir hayat. Kalau berduit, tapi hati tak gembira, untukapa? Betul tak?” Kak Leen cuba mematahkan hujah Fasha.

            “Kalauhidup berpaksikan cinta, tapi tak berduit, buat apa? Kak, zaman sekarang orangperlukan duit untuk teruskan hidup. Nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen tau.Tengok, apa kelebihan wang di masa kini? Cinta diketepikan, wang diutamakan!”tegas Fasha.

            KakLeen mendengus.

            “Bilaakak cakap, ada saja jawapan. Kita fikir untuk kebaikan dia. Tapi takfaham-faham bahasa lagi. Akak nak ada orang yang boleh jaga Fasha bila akak dahtutup mata nanti. Akak tak nak Fasha hidup seorang diri!” marah Kak Leen.

            Fashaterdiam. Silap Kak Leen juga. Siapa suruh buka cerita perihal Shahir? Sebutnama Shahir, Fasha memandang ke luar. Kot-kotlah Shahir muncul. Ketibaan lelakiitu bukan boleh diduga. Petik namanya, pasti akan muncul.  

            “Usahlahtertengok-tengok ke luar tu, Fasha. Shahir tak datang hari ini,” beritahu KakLeen.

            Fashasemerta toleh memandang Kak Leen.

            “Kenapa?”Laju Fasha menyoal.

            KakLeen tersenyum-senyum.

            “Betullah,Fasha memang tengah tunggu Shahir. Kalau jujur daripada tadi kan senang. Bilaakak tanya tak nak mengaku. Sesekali kalau terus-terang apa yang ada di hati,tidak salah kan?” sindir Kak Leen.

            Fashatertunduk bila terasa dengan sindiran Kak Leen.

            “Maluke?” usik Kak Leen.

            Merahpadam muka Fasha. Dia berdecit. Lalu segera angkat kaki ke dapur.

Kak Leen hanya ketawabila melihat tingkah Fasha.


TINGKAH gelisah Fasha itu mengundangperhatian Kak Leen. Lekas dia menghubungi Shahir.

            “Nasibbaik Shahir ikut nasihat akak tau,” kata Kak Leen.

            Shahirtercengang. Nasihat apa?

            “Fashajadi tak tentu arah bila Shahir tidak datang ke kedai dobi dan telefon dia. Ni,dia tengah terhendap-hendap ke luar. Tunggu kedatangan Shahir. Bila akak serkapjarang sama ada dia rindu Shahir atau tidak, beriya-iya dia nafi. Akak rasapenyakit menanggung rindu itu menjadilah, Shahir,” cerita Kak Leenbersungguh-sungguh.

            Shahirtersenyum bila mendengar cerita Kak Leen. Dia sendiri terlupa dengan nasihatKak Leen. Lepas balik dari PPD, dia menghabiskan masa di pusara arwah mummy danKak Lina. Lupa seketika perihal Fasha. Ketika nama itu disebut, tiba-tiba anginrindu membelai tubuh Shahir.

            “Shahirtak sangka. Nasihat akak berhasil,” balas Shahir.

            KakLeen tertawa.

            “Akakdah lama kenal Fasha, Shahir. Mulut kata tidak mahu, tapi hati kata mahu.Tengoklah, baru beberapa jam tak jumpa Shahir, dia diserang penyakit resah.Kalau sebulan dua?” balas Kak Leen.

            Shahirkerling jam yang terlekat di dinding. Jarum jam sudah menunjukkan angkasembilan.

            “Shahirnak pergi rumah akak, tapi dah lewat malam. Lagipun, Shahir tengah sedia bahanmengajar untuk esok. Esok sajalah Shahir jumpa Fasha,” beritahu Shahir.      

            “Bagus.Akak setuju dengan Shahir. Dan… bila Fasha tak tatap wajah Shahir, siapa tahudia akan sedar perasaan cinta dia pada Shahir melalui cara ini?” balas Kak Leenbersungguh-sungguh.

            Shahirmengukir senyuman.

            “Shahirharap cara kita ni berhasil, kak,” doa Shahir.

            “Amin,”balas Kak Leen lalu mematikan talian.

            Fashamasih seperti tadi. Merenung ke muka pintu sambil menongkat dagu.

            KakLeen tersenyum nakal.

            “Anum,Shahir datang!” bohong Kak Leen.

            Fashasemerta bangun lalu menapak ke muka pintu.

            “Mana?Mana?” Mata Fasha meliar mencari bayang tubuh Shahir, namun hampa kerana tiadaorang di luar. Dia tarik muncung lalu pusing ke belakang. Apabila menyedari KakLeen sedang tersengih-sengih memandangnya, Fasha jadi termalu sendiri. Lekasdia berlari ke bilik.

            KakLeen ketawa mengekek bila melihat tingkah Fasha.

            “Parahpenyakit adik aku ini,” kutuk Kak Leen.

 OLIO melabuhkan duduk di hadapan Shahir.Muk berisi milo panas diletakkan di atas meja. Dia berdehem untuk menarikperhatian Shahir.

            “Tengahbuat apa, Shah?” Olio memulakan perbualan.

            “Tandabuku anak murid.” Shahir tekun membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anakmuridnya. Selesai menanda, dia tutup dan ambil yang lain pula. Lalu mulamenyemak kerja sekolah yang diberikannya itu satu per satu.

            Oliomengukir senyuman. Dia menyandarkan tubuhnya ke sofa.

            “Alhamdulillah.Cita-cita kau sebagai guru prasekolah akhirnya jadi kenyataan. Uncle Dolahmesti bangga dengan pencapaian kau, Shah.” Olio sengaja selit nama Tuan Dolahsekali. Mahu Shahir ingat yang dia masih mempunyai seorang ayah dan bukan anakyatim piatu.

            Shahirbuat tidak dengar akan kata-kata Olio. Habis tanda, dia buka laptop lalumencari lembaran kerja murid yang bakal digunakan pada keesokan hari.

            “Shah?”tegur Olio.

            “Hmm?”Mata Shahir masih di skrin komputer riba.

            “Akuteringat kenangan lama kita, Shah. Dulu kita rapat dan banyak berkongsi rahsia.Jujur aku cakap, kau dah macam adik aku sendiri. Mak ayah aku sudah lamameninggal dunia. Uncle Dolah dan arwah Auntie Maria yang bela aku daripadakecil sehingga dewasa. Kita membesar sama-sama. Sebagai seorang abang, akusayangkan kau. Untuk pengetahuan kau, akulah orang yang paling gembira biladapat tahu yang kau diterima masuk ke IPG. Adik aku bakal jadi seorang guru.”Kata-kata Olio mati. Ada riak sebak yang terlukis di wajahnya. 

            Biarpuntergamam mendengar luahan hati Olio, namun Shahir tetap diam.

            Oliomelepaskan keluhan.

            “Selepasperistiwa hitam itu, kau menjauhkan diri daripada kami. Masa itu, aku rasa akudah hilang sesuatu yang sangat bermakna di dalam hidup aku. Aku hilang arwahLina, tunang aku. Dalam pada masa yang sama, aku hilang kau, adik yang palingaku sayangi. Hidup aku umpama tergantung sepi, sunyi tanpa dengar bicara,ketawa dan gurau senda kau, Shah.” Olio kesat air mata di tubir matanya.

            Shahirsebak. Dek kebenciannya yang terlalu mendalam pada insan yang bergelar bapa,tanpa disedari dia telah memutuskan hubungan kekeluargaannya dengan Olio. Apayang sudah dia lakukan, ya ALLAH?

            Oliotenung muka Shahir dengan pandangan sayu.

            “Shah,pandang muka aku,” pinta Olio perlahan.

            Shahirtarik nafas panjang lalu memandang Olio. Matanya sudah kemerah-merahan, tandakepiluan menguasai sanubari.

            “Tidakkahterdetik hatta sedikit pun di hati kau untuk ulangi kisah lama kita, Shah?”soal Olio penuh mengharap.

            Shahirsegera sentuh tangan Olio. Lalu genggam erat.

            “Olio,aku minta maaf untuk semua khilaf yang telah aku lakukan selama ini. Akuutamakan kemarahan. Aku tak sedar, aku dah lukakan hati ramai orang termasukkau. Kalau kau nak maki aku, makilah sepuasnya. Dan kalau rasa nak pukul,pukullah. Aku terima sebab memang silap aku.” Shahir menangis teresak-esak.

            “Macammana aku nak maki dan pukul kalau aku sayang kau, Shah?” balas Olio.

            Shahirmemeluk Olio. Pelukan seorang adik terhadap abangnya. Mereka sama-samamelepaskan tangisan. Lama mereka berkeadaan sebegitu sebelum Olio meleraikanpelukan.

            “Buangyang keruh, ambil yang jernih. Kita buka buku baru, Shah?” ucap Olio.

            Shahirangguk sebagai jawapan. Lalu memulakan kerja mencetak lembaran kerja muridsambil ditemani Olio. Pelbagai cerita diungkap semula. Kisah manis dan pahit.


PINTU dihempas kuat. Lalu Puan Watiemelabuhkan duduk di atas sofa. Dia tersandar kepenatan. Beg plastik berisi pelbagaijenis barang yang dibeli tadi. Barang-barang yang dibelinya itu merupakan hasiljualan barang kemas yang dijualnya. Beratus-ratus juga jualannya. Dia yang gilashopping terus ke pusat beli-belah.

            Tatkalateringat barang kemas yang dibelinya di Kedai Emas Poh Kong itu, lekas PuanWatie mengambilnya di dalam plastik. Kotak berbentuk hati berwarna merah jambudibuka. Bersinar matanya.

            “Cantiknya,”ucap Puan Watie sambil tersenyum lebar.

            Diasegera bangun lalu berlari ke cermin. Rantai emas digayakan bersama pakaianyang tersarung di tubuhnya. Dia ketawa mengekek.

            “Hmm…”Puan Watie usap dagu. Dia terfikirkan sesuatu.

            “Apakata kalau aku join mesyuarat tamanesok? Pakai baju yang aku beli tadi. Dengan rantai ni sekali. Bolehlah akumelaram di depan mereka semua nanti. Terutamanya dekat Cik Siti dan PuanKemboja tu. Mereka kan riak sangat. Suka menunjuk barang kemas. Apa, dia ingataku ni papa kedana sangat ke? Aku pun boleh belilah! Anak aku ada. Dia bagiduit tiap-tiap bulan pada aku!” Riak nada suaranya. Dia tutup mulut laluketawa.

            PuanWatie duduk semula di atas sofa. Barang kemas disimpan di dalam bekasnya. Tubuhnyadisandarkan ke belakang. Tangan kanannya menepuk-nepuk perut. Diatersengih-sengih. Membayangkan apa yang bakal berlaku esok. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh