Home Novel Cinta Lamunan Cinta Yang Terhenti
Lamunan Cinta Yang Terhenti
Mohd Zakir Ali Mohd Taib
1/6/2017 00:00:39
3,779
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

“Semua orang mesti siapkan assignment yang saya beri ini selewat-lewatnya bulan depan. Dan saya tak mahu sebarang alasan nanti. Ada soalan?” Tanya Prof Adibah.


“Tiada Puan!” Jawap para pelajar dengan ringkas. 


“Ok, kalau macamtu kelas boleh bersurai sekarang.”Balas Prof Adibah.


“Oopps. Sebelum terlupa, Syafi saya harap awak tak lupa untuk datang rumah saya hujung minggu ni and jangan lupa untuk ajak your mom sekali.” Tambah Prof Adibah sambil tersenyum kepada Syafi.


Syafi agak terpinga-pinga dengan ajakan Prof Adibah. Namun, untuk tidak mengecewakan Prof Adibah yang sememangnya seorang pensyarah terhormat di universitinya, Syafi terpaksa menerima pelawaan tersebut. Apatahlagi, Prof Adibah adalah merupakan seorang pensyarah yang sangat berperanan besar didalam mendidiknya dan dalam masa sama turut terlibat memberikan penilaian keatas tugasan-tugasan yang dijalankan. Maka, Syafi tidak punya banyak pilihan melainkan akur dengan pelawaan tersebut meskipun hasrat hati Syafi adalah sebaliknya.   


“Baiklah Prof, insyaAllah saya akan hadir.” Syafi membalas pelawaan Prof Adibah sambil pandangannya menoleh perlahan kearah Batrisya. Batrisya yang posisinya tidak begitu jauh dari tempat duduk Syafi turut membalas pandangan tersebut dengan disusuli sengihan kecil. Keningnya dinaikkan sedikit seolah-olah puas dan gembira dengan jawapan Syafi kepada Prof Adibah.


Syafi Syauqi adalah seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh seorang ibu angkat yang bernama Hamidah. Ibu angkatnya bekerja sebagai seorang penyelia di salah sebuah pasar raya. Kehidupan Syafi Syauqi dibesarkan dalam keadaan kurang kemanjaan oleh ibu angkatnya. Bahkan, Syafi dididik dengan sangat tegas oleh Hamidah. Bukanlah bermakna Hamidah tidak menyayangi diri Syafi namun didikan yang diberikan itu bagi menjadikan Syafi seorang yang patuh atas segala arahan dan berdisiplin. Manakala Batrisya Erisya pula adalah seorang anak tunggal kepada Prof Adibah yang juga merupakan seorang ibu tunggal. Ayah Batrisya meninggal dunia semasa dia baru berumur 6 tahun. Batrisya Erisya dibesarkan oleh ibunya dalam keadaan penuh kasih sayang dan kemanjaan. Apa yang diinginkan selalunya akan dipenuhi oleh ibunya.


Sebagai seorang gadis yang bakal menjelang ke fasa dewasa, perasaan cinta dan suka kepada seseorang lelaki sememangnya lumrah yang tidak mampu dielakkan. Batrisya telah menaruh hati kepada Syafi yang juga merupakan seorang pemuda tampan dan pintar di universitinya. Perasaan cinta yang sangat mendalam telah memaksa dia meluahkan isi hatinya kepada pemuda idamannya tersebut. Namun, cintanya seakan tidak berbalas kerana Syafi tidak menunjukkan sebarang minat untuk menjalinkan apa-apa hubungan dengan Batrisya. Meskipun demikian, Batrisya bukanlah seorang gadis yang mudah berputus asa. Dia terus-menerus berusaha untuk mendekati lelaki yang dicintainya itu. Antara usaha yang dilakukan adalah menjalinkan hubungan rapat dengan Hamidah iaitu ibu angkat kepada Syafi. Hubungan Hamidah dan ibu Batrisya telah menjadi sangat erat hasil pertemuan demi pertemuan yang diatur oleh Batrisya. Kejayaan menawan hati Hamidah diharap akan mampu membuka hati Syafi agar menerima cintanya.


“Batrisya, kenapa mesti awak beritahu mama awak sedangkan saya dah beritahu awak yang saya tak boleh datang? Awak memang sengaja kan?!” Syafi langsung saja bertanya kepada Batrisya sebaik sahaja kelas Prof Adibah berakhir.


“Dahtu, kenapa awak tak tolak pelawaan mama saya? Ke sebab awak tak mampu nak tolak?” Balas Batrisya sinis sambil kedua tangannya bersedekap didada.


“Tolonglah faham Batrisya, saya tak cintakan awak. Lagipun, kita tengah belajar bukan masa nak bercinta. Awak tak patut libatkan mak saya dan mama awak dalam hal antara saya dan awak.” Jelas Syafi kepada Batrisya dengan nada suara yang agak  ketus dan keras.


“Eh, salah ke saya nak sambung silaturrahim antara mak awak dengan mama saya?! Lagipun, dua-dua ibu tunggal kan? Mama saya and mak awak boleh saling berkongsi kehidupan sebagai ibu tunggal. Kan sesuatu yang bagus untuk dorang. Kenapa yang awak nak menggelabah sangat?” Kening Batrisya berkerut sepanjang ucapan kata-kata tersebut seolah-olah kesal dengan sikap Syafi.


“Sukahati awaklah Batrisya! Tak bermakna apa yang awak buat semua ni akan membuahkan hasil.” Sindir Syafi yang langsung saja beredar meninggalkan Batrisya.


“Awak takut mak awak akan berkenan dengan saya sebagai menantu dia kan!? Dan awak hanya mampu ikut!” Balas Batrisya dengan nada yang kuat bagi menperdengarkan kata-katanya itu kepada Syafi yang telah beredar meninggalkannya. Nafas Batrisya berdengus seperti menahan kemarahan. Kata-kata Syafi benar-benar membuatkannya geram. Usaha yang dilakukan langsung tidak mampu meraih apa-apa dari Syafi. Jangankan cinta, belas ihsan pun tidak mampu diperolehi. Sebaliknya, Syafi malah bertambah benci dengan Batrisya.


Seusai kesemua kelas, Syafi langsung saja pulang ke rumahnya tanpa berlengah. Scooter motor berwarna kuning menjadi kenderaannya saban hari untuk berulang alik dari rumah ke universiti. Pada petang itu, kelihatan sekali raut wajah Syafi seperti memendam sesuatu yang sangat menggelisahkan jiwanya. Motor yang menjadi tunggangan ibarat hanya membawa sebuah jasad tanpa jiwa. Keresahan yang melanda seakan-akan membawa jiwa dan fikirannya melayang entah ke mana. Barangkali, kata-kata Batrisya telah membuatkan Syafi merasa amat gusar. Syafi benar-benar khuatir jika apa yang diperkatakan Batrisya itu bakal menjadi kenyataan.


Sesampainya dirumah, Syafi terus meletakkan Scooter Motor kesayangannya ditempat biasa dan kemudiaan dia menutupi Scooter Motor tersebut dengan kembes. Setelah selesai menutupinya, lalu Syafi pun melangkah setapak demi setapak menuju ke pintu hadapan rumahnya. Seperti biasa ibu angkatnya Hamidah belum pulang dari tempat kerja. Sebagai seorang penyelia pasaraya, Hamidah perlu bekerja selama 12 jam iaitu bermula daripada pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam. Dengan hasil titik peluhnya sebagai penyelia pasaraya dia mampu membesarkan Syafi. Atas sebab itu, Syafi amat taat kepada Hamidah bukan semata-mata kerana ibu angkatnya itu seorang yang tegas dan garang, namun kerana dia mengenang jasa Hamidah yang telah bersusah-payah membesarkan dirinya.


Sedang langkah kaki Syafi semakin menghampiri pintu hadapan rumahnya tiba-tiba dia terpijak sesuatu yang melekit. Syafi pun menundukkan kepala dan mengangkat kakinya untuk melihat. Rupa-rupanya ia adalah najis kucing. Syafi agak kehairanan memikirkan bagaimana najis kucing boleh ada di halaman rumahnya sedangkan dia tidak pernah membela kucing.


“Hei! Siapa punya kucinglah nie terlepas kat sini?” Soal Syafi


“Saya minta maaf encik. Saya minta maaf sangat-sangat. Najis dekat halaman rumah encik tu najis kucing saya. Saya sebenarnya baru pindah dekat sini. Jadi, masa saya dengan mak saya nak kemas-kemas halaman depan rumah, saya tak perasan yang kucing saya dah terlepas ke rumah encik. Saya minta maaf sekali lagi ye.” Kata seseorang kepada Syafi.


Suara itu datang dari rumah yang bersebelahan dengan rumah Syafi. Suara itu membuatkan Syafi agak kaget kerana dia tidak menyangka ada seseorang disebalik dinding yang memisahkan halaman rumahnya dengan rumah sebelah. Dinding yang terbina dengan agak tinggi tersebut telah menyebabkan Syafi tidak perasan terdapat seseorang disebaliknya. 


“Oh, jadi siapa yang nak bersihkan najis kucing ni?” Tanya Syafi kepada jiran barunya. Meskipun tanpa bertentangan mata antara satu sama lain, suara Syafi tetap mampu didengari dan menembusi halaman rumah sebelah. Dinding yang terbina hanya menghalangi pancaindera mata Syafi untuk melihat seseorang di halaman rumah sebelah namun tidak menghalangi pancaindera telinganya untuk mendengar suara dari rumah sebelah. 


“Kalau encik nak saya bersihkan, saya boleh bersihkannya. Saya boleh ke sebelah sekarang juga kalau encik izinkan.” Kata pemilik suara tersebut kepada Syafi.   


“Eh..takpe-takpe. Awak tak payah datang sini. Lagipun, saya takut jiran-jiran lain kata apa pula nanti. Sebab awak perempuan dan saya pula lelaki. Tak pasal-pasal lain pulak yang timbul. Dahlah mulut orang-orang taman ni boleh tahan.” Balas Syafi pula.


“Betul ke awak tak kisah?” Tanya pemilik suara itu kepada Syafi.


“Takpe, tak kisah. Biar saya je yang bersihkan najis kucing awak. Anggap jelah ini sedekah amal jariah saya pada jiran macam awak.” Sindir Syafi. 


Perempuan yang memiliki suara tersebut merasa agak serba salah. Lalu dia pun berkata kepada Syafi.“Awak betul-betul tak kisah ke? Kalau awak mahu saya boleh ganti rugi dalam bentuk duit. Anggap jelah macam saman kepada saya diatas kecuaian yang telah saya lakukan.”


“Eh, dalam bentuk duit pulak? Lupakan jelah, aku boleh bersihkan ni. Tak payah nak bayar ganti rugi bagai.” Jawap Syafi sambil membuka kasutnya yang terkena najis. 


“Betul ke awak tak kisah?”Tanya perempuan pemilik suara itu lagi.

“Ye…” Jawap Syafi ringkas. 


“Betul ni?” Tanya perempuan itu sekali lagi bagi mendapatkan kepastian.


Syafi yang sudah agak bosan dengan pertanyaan perempuan tersebut langsung saja marah dan seraya berkata, “Wei! Kau ni tak faham bahasa ke apa? Dahlah hari ni aku tension, pastu terpijak najis kucing kau pulak! Dan aku juga yang nak kena bersihkan. Datang kau pulak tetiba banyak songeh nak tanya macam-macam, apahal?!!..” Syafi mula berang. 


“…Kau ni sama macam kucing kau tak reti bahasa kan? Pasir punyalah berlambak dekat luar sana,lantai rumah aku jugak yang jadi jamban dia. Ada tuan macam kau pulak tak guna. Ada hati nak bela binatang tapi tak reti nak jaga. Dahlah banyak songeh, ada juga sampai kasut aku nie kat atas kepala kau!!” Herdik Syafi lagi. 


“Balinglah kalau itu boleh puaskan hati awak dan kalau boleh menebus kecuaian saya. Saya rela menerimanya.” 


Syafi semakin meluat dengan kerenah perempuan pemilik suara tersebut. Kasutnya yang terkena najis tadi langsung saja dilemparkan kearah rumah sebelah sebagai tanda ketidakpuasan hatinya dengan tingkah laku perempuan itu. 


 “Nak sangat kan? Ambillah kasut aku dan jangan lupa bersihkan najis mutawasittah yang melekat dekat kasut tu sekali!” Perli Syafi.


“Tapi balingan awak tersasar. Kasut awak tak terkena kepala saya pun. Nak saya lempar semula kesebelah? Dan harap lepasni awak boleh baling betul-betul atas kepala saya.” Cadang perempuan itu kepada Syafi pula.


“Hei,tak payah lah. Menyibuk je kau ni! Dahlah aku malas nak layan kau!” Syafi langsung saja masuk ke rumahnya. Kerenah perempuan pemilik suara tersebut benar-benar membuatnya meluat. Sebaik sahaja masuk, Syafi terus menuju keatas bagi merehatkan dirinya yang telah letih sepanjang hari menjalani sesi pengkuliahan. Matanya yang merenung ke arah kipas syiling biliknya mula menjadi kuyu dan layu. Rasa mengantuk seolah-olah tidak mampu tertahan lagi dan dia pun akhirnya lena tertidur. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.