Home Novel Cinta Lamunan Cinta Yang Terhenti
Lamunan Cinta Yang Terhenti
Mohd Zakir Ali Mohd Taib
1/6/2017 00:00:39
3,778
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

“Ok, sebelum kita mulakan kelas, saya nak maklumkan yang kita akan terima seorang pelajar baru hari ini. Dia merupakan bekas pelajar dari cawangan universiti kita di Melaka. Namun, atas hal-hal peribadi, dia telah memohon untuk berpindah ke cawangan universiti disini. Dan bermula semester ini dia akan terus belajar disini sampailah tamat pengajian. Jadi, saya nak awak semua berkenalan baik-baik dan jangan sesekali nak cuba membuli pelajar baru ye? Baiklah Asyifa, awak boleh masuk sekarang.” Terang Dr Wahibah kepada semua pelajar.


Sebaik sahaja dijemput oleh Dr Wahibah, Asyifa pun melangkah masuk kedalam kelas yang menempatkan seramai 35 orang pelajar itu. Asyifa kemudian berdiri betul-betul di sebelah Dr Wahibah. Saat itu, mata para pelajar lelaki mula terarah kepada batang tubuh Asyifa. Syafi juga antara yang tidak terlepas. Matanya asyik merenung Asyifa dari atas ke bawah. Penampilan dan wajah Asyifa yang anggun telah membuatkan Syafi terpegun seolah-olah sudah terkena panahan cinta pandang pertama.


“Assalamualaikum semua, nama saya Asyifa binti Abdullah. Nama Asyifa ini dipilih oleh ibubapa saya sempena nama salah seorang sahabat Nabi dikalangan wanita. Saya berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan sekarang ni umur saya 24 tahun. Saya merupakan seorang anak yatim yang sudah ketiadaan bapa sejak berumur 10 tahun. Namun, saya masih ada ibu yang sangat menyayangi saya dan dia sekarang bekerja sebagai seorang guru. Hurmm..itulah serba sedikit tentang kehidupan saya.” Jelas Asyifa secara panjang lebar kepada semua bakal rakan sekelasnya.


“Owh..jadi awak kira senasiblah dengan dua orang pelajar lagi dalam kelas ni yang juga anak yatim iaitu Syafi dan Batrisya. Syafi anak yatim piatu dan sekarang ni dia dibesarkan oleh seorang ibu angkat manakala Batrisya pula sama macam awak masih punya ibu dan ibunya adalah salah seorang pensyarah di universiti ini.” Bicara Dr Wahibah kepada Asyifa. Syafi yang mendengar namanya dipetik oleh Dr Wahibah ketika itu pantas mengangkat tangannya seperti mahu mencuri perhatian Asyifa. Kelakuan itu membuatkan mata Batrisya tunak menjeling kearah Syafi seperti mengesan sesuatu yang kurang menyenangkan.


Selepas selesai memperkenalkan diri, Asyifa pun diminta duduk oleh Dr Wahibah. Kebetulan Asyifa memilih untuk duduk betul-betul dihadapan tempat duduk Syafi sekaligus membuatkan Syafi bertambah senang hati. Bersebelahan dengan Asyifa pula adalah Ayuni dan Syakila yang merupakan dua lagi pelajar di kelas tersebut. Ayuni, Syakila dan Asyifa saling bersuai kenal antara satu sama lain sedang Syafi pula asyik memerhatikan mereka dari belakang.

____________________________________________________


Ketika sedang asyik membelek buku-buku yang terdapat di perpustakaan, Syafi terperasan Asyifa sedang duduk bersendirian sambil tangannya aktif menulis diatas sehelai kertas.


‘Apa yang dia buat tu’, desis hati Syafi berbicara.


Syafi kemudiannya memberanikan diri untuk mendekati Asyifa yang sedang khusyuk menelaah beberapa buah buku. Terdetik di benak mindanya memikirkan bagaimanakah sifat gadis bernama Asyifa ini? Apakah dia seorang yang garang? Atau mungkinkah dia seorang yang baik hati dan ramah?


“Hai, boleh saya duduk sini?” Tanya Syafi sambil jari telunjuknya menuding kearah kerusi yang berhadapan dengan Asyifa.


“Kerusi ni bukan saya punya. Sepenuhnya hak milik pihak universiti.” Jawap Asyifa seolah-olah mengizinkan Syafi untuk duduk dihadapannya.


“Saya anggap itu sebagai tanda keizinan.” Ucap Syafi yang lalu duduk di kerusi tersebut.


“Nama saya Syafi Syauqi anak lelaki Ahmad Tajuddin.” Tambah Syafi lagi sambil berseloroh dengan loghat yang lagak seperti penutur bahasa tamil.


“Haha…kenapa ‘anak lelaki’ bukannya ‘bin’?….” tanya Asyifa yang tertawa perlahan. Rasa gelihatinya terserlah melalui senyumannya yang manis sekaligus membuatkan Syafi tambah terpanah asmara.


“Yelah, ‘bin’ tu bahasa arab. So, bila dimelayukan jadilah ‘anak lelaki’.” Senda Syafi lagi.


“Oh, nama yang sedap. Maknanya awak penyembuh dan saya penawar.” Balas Asyifa ringkas.


“Penyembuh dan penawar?Tak faham?” Tanya Syafi yang bingung memikirkan tujuan terbitnya perkataan ‘penyembuh’ dan ‘penawar’ dari mulut Asyifa serta kaitannya dengan nama.


“Yelah, Syafi maksudnya penyembuh, Asy Syifa pula maksudnya penawar. So, awaklah penyembuh dan saya pula penawar. Apa? Ingat awak je yang reti bahasa arab?” Giliran Asyifa pula berseloroh.


“Pandai juga awak bergurau. Saya ingat saya bakal juara mengusik sepanjang perbualan kita rupanya awak pun boleh tahan. By the way, awak buat apa sebenarnya ni?” Tanya Syafi bagi menambah rencah dalam perbualan mereka.


“Saya buat-buat rajin.” ringkas Asyifa. 


“Untuk apa nak buat-buat rajin? Nak tunjuk dekat sapa?” Syafi minta kepastian.


“Untuk jadi pandai.”Ujar Asyifa singkat.


“Tak fahamlah awak ni.Cuba straight to the point, boleh?”Soal Syafi yang sering bingung dengan ucapan-ucapan Asyifa.


“Macam ni…saya berpendapat tiada orang yang dilahirkan rajin. Kerajinan dalam seseorang hadir hanya atas desakan-desakan tertentu. Analoginya mudah! Contoh, antara duit yang datang bergolek kepada awak dengan duit yang memerlukan kerja keras, mana satu pilihan awak?” Lontar Asyifa dengan persoalan-persoalan yang sedikit menguji minda Syafi.


“Tentulah duit yang datang bergolek. Tapi takkanlah ada duit yang datang bergolek.” Jawap Syafi spontan.


“Yup! That’s the point. Walaupun kita cenderung memilih cara yang mudah namun hakikatnya untuk mendapat sesuatu yang kita nak tak mungkin begitu mudah dengan hanya sekadar memetik jari. Untuk dapatkan duit, seseorang terpaksa berusaha untuk mencarinya. Duit tak akan datang sendiri! Jadi, seseorang yang rajin cari duit bukan kerana dia betul-betul rajin. Ikutkan hati, nak aje dia goyang kaki di rumah. Tapi kerana dia sedar kalau dia tak buat-buat rajin dan paksa diri dia maka jangan mimpi dia nak dapat duit. Macam tu juga kepandaian. Untuk jadi pandai, kenalah paksa diri supaya rajin belajar dalam erti kata lain buat-buat rajin. Kalau ikut hati saya lebih seronok makan and then tidur. Tak payah susah-susah pergi universiti.” Hujah Asyifa panjang lebar.


Make sense..” ucap Syafi singkat sebagai mengiyakan kata-kata tersebut.


Mereka berdua kelihatan serasi sekali meskipun baru sahaja berkenalan. Ekoran keasyikan mereka berborak telah membuatkan keadaan sekeliling sudah tidak lagi dihiraukan. Tanpa disedari, rupa-rupanya Batrisya yang kebetulan berada disitu turut memerhatikan tingkah laku mereka yang sedang berbual mesra. Perasaan cemburu mula merasuki diri Batrisya. Hatinya seumpama dihiris sebilah belati tajam. Ikutkan naluri kemarahannya, mahu saja dia mengganyang Asyifa disitu juga, namun dia sedar perbuatan sebegitu hanya akan menjauhkan lagi Syafi dari dirinya.


‘Takguna kau budak baru! Tahulah apa aku nak buat dekat kau nanti!’ Desis hati Batrisya yang sebal dan geram.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.