Home Novel Cinta Lamunan Cinta Yang Terhenti
Lamunan Cinta Yang Terhenti
Mohd Zakir Ali Mohd Taib
1/6/2017 00:00:39
3,780
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Sebaik sahaja buka mata dari tidur lenanya, Syafi langsung saja bergegas ke  ruangan kamar mandi bagi membersihkan diri dan kemudian mengambil wudhu’. Setelah selesai mandi dan mengambil wudhu’, Syafi menuju ke ruangan solat. Sejadah berwarna hijau yang tersangkut di kerusi dicapainya dan dihamparkan ke lantai. Syafi mula membaca lafaz niat solat dan seraya diikuti dengan mengangkat takbiratul ihram. Lafaz takbir dimulai dan Syafi langsung saja khusyuk menunaikan ibadahnya sebagai hamba Allah. 


Seusai solat, Syafi mula bersiap-siap untuk ke universiti. Hari ini Syafi mengenakan kemeja berwarna merah bersama dengan tali leher berwarna hitam. Seperti biasa rambutnya akan digayakan dengan menggunakan minyak rambut berjenama pomade. Minyak rambut kegemaran Syafi itu sering didapati oleh ibunya Hamidah secara percuma dari pasaraya tempat kerjanya. Dengan minyak tersebut, Syafi mula menyisir rambutnya dengan mengikuti gaya rambut yang menjadi citarasanya iaitu gaya rambut  pompadour. Dengan wajahnya yang kacak telah menjadikan Syafi kelihatan sangat segak dan tampan. Tidak hairanlah mengapa Batrisya sangat tergila-gilakan Syafi.


Setelah selesai bersiap, Syafi berlalu dan meluru kebawah serta menuju ke meja makan. Kelihatan nasi lemak bersama seteko air Milo telah sedia terhidang. Hamidah yang sedar akan kehadiran Syafi di meja makan lalu berkata kepada anak angkatnya.


“Syafi, mak tengok ada jiran baru dekat sebelah. Syafi dah pernah terserempak ke?” Tanya Hamidah kepada Syafi.


“Sudah mak.” Jawap Syafi ringkas sambil menuang secawan air Milo untuk diminum.


“Macam mana orangnya?”Tanya Hamidah lagi.


“Entah…Syafi pun taktahu.” Balas Syafi pula.


Hamidah agak kehairanan dengan apa yang dikatakan Syafi. Lantas Hamidah pun bertanya lagi, “Eh, macam mana pulak tak tahu? Syafi dah jumpa ke tak sebenarnya?”


“Syafi jumpa…eh tak, tak jumpa. Syafi cuma dengar suara dia tapi tak nampak pulak orangnya.”


“Hurmm…tak kisahlah. Lagi satu, mak nak tanya kenapa semalam Syafi marah Batrisya?” Soal Hamidah sedang tangannya menyenduk nasi goreng kedalam pinggan Syafi. 


“Batrisya yang beritahu ke?” Tanya Syafi pula yang kelihatan gusar dengan soalan dari ibu angkatnya Hamidah.  


“Tak kisahlah siapa pun yang beritahu. Yang penting Syafi tak boleh marah Batrisya sebab dia cuma nak buat baik dengan keluarga kita. Takkan itu salah kan?” Jelas Hamidah dengan nada yang tegas.


“Tapi Syafi cuma tak selesa dengan…”


“Dah! Mak taknak dengar apa pun alasan. Mak cuma nak Syafi terus berbaik dengan Batrisya dan jangan marah-marah dia lagi. Nasib baik dia cuma mengadu dekat mak dan bukan pada mama dia. Kalau dekat mama dia macam mana? Dahlah Syafi pelajar mama dia. So, mak taknak dengar apa-apa isu lagi lepasni antara Syafi dengan Batrisya. Dan hujung minggu ni kita mesti pergi rumah dia. Faham?” Bicara Hamidah yang memintas Syafi daripada meneruskan kata-kata.


“Baiklah mak.” Balas Syafi ringkas. Jelas terlihat kegusaran di raut muka Syafi akan sikap ibunya Hamidah yang gemar membela Batrisya. Bukanlah dia tidak mahu berbuat baik dengan Batrisya namun kerana sikap Batrisya yang suka memaksa membuatkan Syafi agak meluat.


Sejurus sarapan, Syafi pun bersalaman dengan Hamidah dan lalu menuju ke luar kawasan rumah. Apabila sudah di luar, Syafi pun mencari kasutnya untuk dipakai namun yang dijumpainya hanya sebelah kasut sahaja. Syafi teringat akan peristiwa semalam yang telah membuat dia melemparkan kasutnya kearah rumah sebelah. Lalu dia pun mengeluh sendirian, “Alah, kasut aku kat rumah sebelah!”          


“Aah, kasut awak dekat sini. Saya dah basuh kasut awak.” Satu suara tiba-tiba menerpa pendengaran Syafi. Suara itu telah membuatkan Syafi terperanjat.


“Haish! Kau ni tak reti bagi salam ke apa? Tiba-tiba suara kau muncul macam hantu. Terkejut aku tau tak?” Kata Syafi yang sedikit berang.


“Maaflah, sebab buat awak terkejut. Saya sebenarnya dah lama tunggu awak dari tadi sebab nak pulangkan kasut awak ni.” Jelas perempuan pemilik suara tersebut.


“Kenapa kau suka datang dari balik dinding ni? Tak boleh ke kau datang dari depan rumah aku and beri salam elok-elok?” 


“Sebab saya takut…hihi.” Jawab perempuan pemilik suara itu dengan diiringi ketawa kecil.


“Kau ingat kelakar ke? Pulang balik kasut aku sekarang.” Tegas Syafi yang menginginkan kasut miliknya dikembalikan.


“Ok, saya lempar sekarang ye. 1… 2…3!.” Kata perempuan itu yang kemudiannya melempar kasut tersebut kesebelah halaman rumah Syafi. Malangnya, kasut yang dilemparnya itu tidak terus jatuh ke lantai sebaliknya telah terlebih dahulu singgah di kepala Syafi. Kasut yang mengenai kepalanya itu telah membuatkan Syafi terduduk dan mengerang kesakitan.  


“Aduh!Sakit gila siot!!” Syafi berteriak kesakitan.               


“Eh.. sorry, sorry awak, saya tak sengaja..sorry.” Rayu perempuan itu yang menyesal akan perbuatannya.  


“Kenapalah semalam aku baling tak pulak terkena dekat kepala kau ye? Ikutkan hati aku yang geram ni nak aje aku kesebelah pelangkung kau. Nasib baik aku ni jenis gentlemen yang tak suka berkasar dengan perempuan. Dahlah, aku malas nak layan kau! Baiklah aku blah cepat-cepat. Makin lama aku layan kau makin malang nasib aku. Apalah nasib dapat jiran macam kau!” Bentak Syafi yang segera mahu meninggalkan rumahnya. Pendikit minyak motor dipulas dengan kuat dan menderum bunyi enjin motornya meninggalkan kawasan perumahannya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.