Home Novel Islamik Bermusafir Dikala Rindu
Bermusafir Dikala Rindu
Mohd Zakir Ali Mohd Taib
16/1/2014 14:27:48
1,139
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 1
"Pleaselah, mama." Rayu Azfar kepada ibunya melalui telefon.

"Honey, mama memang tidak dapat nak hadir. Sebab mama sibuk sayang. Mama terpaksa hadiri conference wanita hari sabtu ni. Sorry eaa sayang." Jawab ibunya Azfar.

"Isshh!! Mama ni tak habis-habis sibuk. Kalau papa, dah tak usahlah. Nak angkat phone pun susah." Ujar Azfar.

"Dahlah mama. Conference mama lagi penting barangkali daripada anak mama sendiri". Ujarnya lagi.

"Bukan macam tu sayang. Tapi......" Belum sempat ibunya menghabiskan kata-kata, Azfar langsung sahaja meletakkan telefon.

Azfar Dato' Hashim adalah seorang anak tunggal yang dilahirkan dari kalangan keluarga yang berada. Namun, kesenangan hidup keluarganya tidak selalu menggembirakan dirinya. Hal ini ekoran daripada kesibukan yang memanjang ibu dan bapanya terhadap komitmen kerja. Yang mana kadangkala membuatkan Azfar rasa dirinya diabaikan. Hidupnya sedari kecil lebih banyak dihabiskan bersama Mak Piah yakni seorang pembantu rumah keluarganya berbanding dengan ibu bapanya sendiri.

Mak Piah lah yang banyak menjaga Azfar sehingga dia membesar sebagai seorang yang cukup dengan didikan agama. Jika tidak, mungkin Azfar akan menjadi liar sebagaimana sesetengah remaja yang turut diabaikan oleh orang tua mereka diluar sana. Segala pahit dan manis yang dialami Azfar dikongsikan bersama Mak Piah. Bahkan, bagi Azfar, Mak Piah adalah sebahagian dari keluarganya. Begitulah akrabnya hubungan antara mereka berdua.

"Kenapa Azfar?" Sapa Iskandar yang merupakan rakan sebilik kepada Azfar.

"Mama kau tak dapat nak hadir ke Majlis Rumah Terbuka Universiti tu nanti?" Soal Iskandar lagi.

"A'ah." Jawab Azfar ringkas.

"Dahtu macam mana?" Tanya Iskandar kepada Azfar.

"Hmmmm, macam mana apa? Mama dengan papa aku bukannya pernah join pun program-program yang dianjurkan pihak universiti sebelum ni." Kata Azfar dengan nada kecewa.

"Sabar ajelah." Sahut Iskandar sambil berjalan menuju meja belajar miliknya.

"Itulah, kadang-kadang aku merasakan yang aku ni seolah-olah bukan anak mama dan papa aku. Mereka tak pernah pun pedulikan apa yang aku mahu lakukan. Mereka tak ambil kisah pun. Mereka cuma tahu masukkan duit elaun dalam akaun aku, tanpa ambil tahu tentang perkembangan aku." Jelas Azfar perlahan.

"Bersyukurlah Azfar. Sekurang-kurangnya mereka masih tidak lupa masukkan duit elaun dalam akaun kau." Sambung Iskandar yang duduk diatas kerusi sambil menghadap laptop diatas mejanya.

"Yelah, tapi duit bukan segala-galanya buat aku." Rungut Azfar lagi.

Setelah itu, Azfar pun melelapkan matanya sementara menunggu waktu Zohor menjelang. Manakala, Iskandar masih lagi sibuk dengan komputer riba berjenama compaq yang baru dibelinya kelmarin dengan duit biasiswa JPA. Bagi Azfar pula, dia memang tidak memerlukan apa-apa bantuan mahupun pinjaman daripada mana-mana badan organisasi, ini kerana ibu-bapanya mampu menampung semua kos sepanjang pembelajarannya berlangsung di universiti. Bahkan, sebelum ini ibu-bapanya pernah berhasrat untuk menghantar dirinya melanjutkan pelajaran ke-luar negara seusai SPM, hanya Azfar sahaja yang enggan dik kerana belum bersedia untuk menuntut ilmu di negara orang.
Tidak lama kemudian waktu zohor pun menjelang tiba, suara azan berkumandang sayup-sayup kedengaran. Walaupun Blok D, Asrama Putra yang juga merupakan tempat tinggal Azfar agak berjauhan dengan surau, namun suara azan yang dilaungkan tetap mampu didengari. Bahkan ianya mampu memecah kesunyian seluruh Desasiswa Harmoni, Uniten pada setiap kali waktu azan zohor. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan setiap kali waktu tengahari sehinggalah selepas waktu zohor, para penghuni di semua Desasiswa termasuk Desasiswa Harmoni kebanyakannya tiada di asrama masing-masing.

Kebanyakan mereka sibuk dengan kelas-kelas dan tugasan masing-masing, sementara yang tinggal hanyalah segelintir mereka yang kelapangan pada waktu tersebut. Pada tengahari itu, kebetulan Azfar tidak mempunyai sebarang kelas yang perlu dihadiri. Sebaliknya, semua kelas perakaunan yang diadakan pada hari Khamis tersebut tamat setakat jam 11 pagi. Hal itu menyebabkan kebanyakan pelajar jurusan perakaunan pulang ke Desasiswa masing-masing dengan lebih awal.

Kampus Sultan Haji Ahmad Shah(KSHAS), Muadzam Shah adalah merupakan kampus kedua bagi Universiti Tenaga Nasional(UNITEN). Adapun, kampus utama Uniten adalah terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Uniten Muadzam Shah hanya menumpukan kepada beberapa fakulti termasuk Fakulti Perakaunan dan Perniagaan. Memandangkan Azfar memilih untuk mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, maka terpaksalah dia tinggal di Muadzam Shah dan berjauhan dengan keluarganya yang berada di Kuala Lumpur semata-mata demi menggenggam segulung ijazah.

Muadzam Shah adalah sebuah pekan kecil yang terletak didalam daerah Rompin, Pahang. Pekan ini agak berjauhan dari bandar-bandar seperti Segamat dan Kuantan. Kalau dari Segamat, di sepanjang perjalanan menuju ke pekan ini akan dapat dilihat penuh dengan hutan-hutan dan ladang-ladang seperti Kelapa Sawit. Pekan ini kelihatan tenang dan agak sunyi. Walaupun begitu, pekan ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti hospital, balai polis, balai bomba, hotel, pasaraya dan lain-lain.

Uniten adalah merupakan satu-satunya universiti yang berada di pekan ini. Pun begitu, tidak berapa jauh dari pekan ini terdapat satu lagi institusi pengajian tinggi iaitu politeknik. Pokoknya, Pekan Muadzam ini unik dan istimewa apatahlagi bagi Azfar. Padanya pekan ini adalah pekan yang menyenangkan dan sesuai bagi insan sepertinya.
"Krekk!!" Pintu dibuka perlahan yang kemudiannya dihempas.

"Dam!!!"

Azfar terbangun sebaik mendengar bunyi itu. Rasa ngantuk tidak dilayan, mata yang masih terkebil-kebil digosok supaya lebih cerah. Mulut terbuka yang melepaskan nguapan pantas ditutup dengan tangan. Lalu Azfar pun berjalan perlahan-lahan menuju ke meja belajar bersebelahan dengan meja Iskandar. Dicapainya seutas jam berjenama Rolex diatas meja tersebut.

"Alamak, dah pukul dua." Desis hati Azfar.

Tanpa berlengah Azfar terus sahaja keluar dari bilik menuju ke ruang tamu tengah asrama yang seakan-akan sebuah apartment itu. Asrama seakan-akan apartment ini mempunyai dua bilik beserta dapur dan bilik air. Yang mana pihak urusetia menetapkan setiap apartment hanya bolehdihuni tidak melebihi empat orang pelajar.

Setelah ke ruang tamu, Azfar menjengah pula ke bilik sebelah namun dilihatnya tiada sesiapa. Azfar pun langsung sahaja menuju ke belakang tanpa menghiraukan bunyi tadi. Setapak demi setapak kakinya melangkah, tiba-tiba muncul seorang lelaki dari ruangan dapur seraya menegur Azfar.

"Hai, baru bangun ke?" Soal lelaki berambut spike yang kemas berkemeja dan berseluar slack itu. Didadanya terdapat name-tag yang tertulis nama " Iqbal Ahmad Syah".

"Owh, kau rupanya. Haish, buat terkejut aku aje". Balas Azfar yang kaget dengan munculnya Iqbal secara tiba-tiba dari dapur.

"Kau baru balik dari mana ni? Setahu aku kelas accounting semua dah habis sejak pagi tadi." Tanya Azfar kembali kepada Iqbal yang juga merupakan rakan serumahnya.

"Dari pekan, saja jalan-jalan." Jawab Iqbal ringkas.

"Ada tak kau jumpa Iskandar tadi?"

"Takda. Sampai-sampai je dia memang dah takda." Balas Iqbal spontan sambil meneguk segelas air yang diambilnya dari dapur.

"Kau tahu dia pergi mana?" Tanya Azfar lagi.

"Entah. Mungkin dekat surau kot."

"Dia tak ajak aku sama-sama ke surau pun." Ucap Azfar perlahan.

Kemudian Azfar pun berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Selesai mengambil wudhu' Azfar pun kembali ke biliknya bagi menunaikan solat Fardhu Zohor. Sejadah berwarna hijau yang tersangkut dibahagian tepi katilnya diambil dan dihamparkan ke lantai. Azfar memulakan dengan membaca niat diikuti dengan mengangkat takbiratul ihram. "Allahuakbar.." lafaz yang dimulai dan Azfar langsung sahaja khusyuk menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.