Perasan atau tidak itu hanyalah sebuah fasa untuk satu permulaan
Jikalau sudah merasakan diri tiada apa maka untuk apakah rasa perasan itu
Tapi jikalau sudah yakin dan jelas pada kelebihan diri untuk apakah pula menidakkan rasa itu
Layak atau tidak layak anda hanya anda yang tentukan
Biar kaca kekal jadi kaca
Pecahnya kaca kadang tiada memberi makna apa
Yang ada hanya rasa takutkan kaca itu akan melukakan kaki sendiri
Biar permata kekal jadi permata
Pecahnya permata umpama pecahnya jiwa
Maknanya besar kerana nilainya besar
Yang ada hanya rasa ingin melindungi dan menghargai
Begitu jugaklah diri kita
Kita bernilai mengikut kehendak kita sendiri
Manusia dicipta dengan akal untuk bezakan antara kebaikan dan keburukan.
Pilihan kekal menjadi pilihan
pilihan itu besar nilainya!