Home Cerpen Cinta Cinta si gadis naga
Cinta si gadis naga
It's me puteri
16/11/2018 23:50:58
4,499
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

 Cinta itu tidak memaksa dan tidak perlu dipaksa kerna ia tetap hadir jika tiba masanya. Cinta akan hadir pada setiap detik dan waktu,pada setiap hati dan jiwa,pada setiap gadis dan jejaka. Dan kini kisah seribu satu bahagia menjadi nyata. Kisah cinta gila Riana irdina dan rizky irfan. Mempersembahkan jeng jeng jeng

 'Ehem-ehem sakit tekak sikit hehe. Ok jom sambung dengar ini cerita'

--------------------------------------------


  "Rizky kau tak kisah ke hah ada awek yang garang gila tu.? Entahnya dia ada bagi kau ubat pengasih tak ?" Ujar Fitri serkap jarang. Dia memperlahankan suara tak hendak yang lain dengar kata-kata dari abang sado semalaya ni.

"Haish kau ni.! Kau tahu kan menfitnah tu dosanya lagi besar dari membunuh. Agak-agak la nak kutuk awek aku. Lagipun tak baik la kau main tuduh-tuduh ni. Aku okey je pun dengan dia" balas Rizky tak puas hati dengan ujaran sahabat baiknya itu,BFF la senang cerita

 "Ermm yelah. Eh, tapi dia tak pernah ke nak marah kau ke bising kat kau ke apa ke. Sbb setahu aku dengan semua orang dia sibuk nak menyinga. Pantangnya silap sikit"sambung Fitri dengan ketawa mengusik

 "Dah memang patut pun korang kena marah. Nakal sangat"Rizky beredar usai bicara.

----------------------------------------------


 "Wei korang cer tengok tu,kemain mesra lagi sejoli tak setaraf tu duk berjalan berdua siap bergurau-gurau apa entah. Eh panas pulak hati aku " syakila sedikit membentak meluahkan rasa ketidakpuasan yang timbul sejak Riana bercinta dengan Rizky.

 "Itulah aku pun pelik. Mcm mana kau yang cantik jelita manis anggun bijak pandai semua ada ni ditolak mentah-mentah hanya sebab perempuan yang muka pun entah apa-apa tu"bakar Dina yang turut sakit hati melihat keduanya.

 "Dia bagi ubat guna-guna lah tu pada si Rizky. Sebab tulah dia jadi gila bayang sangat kat perempuan tu. Bukan boleh percaya minah garang seorang ni" ujar Nizam sedikit kuat. 

 "Woi diam sikit la." Dina pula yang resah dengan suara Nizam ni

Riana dan Rizky yang memang lalu hala itu mendengar perbualan mereka. Riana sudah mula membahang dek panas hati mendengar ujaran tak berasas daripada mereka itu. Rizky yang perasan pantas menepuk bahu si kekasih untuk meredakan marahnya sebelum dia melihat perang meletus. Langkah diatur mendekati kumpulan Syakila.

 Berubah muka geng Syakila melihat si Riana diam tanpa bidasan tapi terbitannya sebuah senyuman. Senyum yang sinis!

 "Hai Riz, u ada kelas ke lepas ni. Atau u nak pergi latihan bola.?" Suara Syakila sudah berubah menjadi gedik 360 darjah. Tak diendahkan Riana yang masih berdiri di tepi Rizky.

 "Ouh saya memang ada latihan kejap lagi. Saja singgah ni sebab ada benda nak bagitahu sikit"tersugil senyuman di bibirnya sambil memerhati wajah dihadapannya itu. Riana menoleh padanya seolah tertanya.

 "Kalau korang nak tahu sangat. Riana ni tak bagi jampi serapah pun pada aku. Tapi dengan caranya sahaja aku dah boleh jatuh cinta. Mungkin la dia ni nampak bengis tapi dia masih boleh menangis. Mungkin suara dia keras bila bersuara tapi dia tak pernah berbohong dalam perhubungan. Aku lebih kenal dia daripada kauorang jadi jangan nak pandai-pandai tuduh Riana buat yang karut-marut. Ok bye" lekas Rizky tarik tangan Riana yang sudah tersenyum bahagia. Eh kau tak bangga ke pakwe backup kau dengan kekawan.


--------------------------------------------

Seminggu sibuk dengan bermacam program sekolah hingga tak sempat nak jumpa Riana. Jadi dia amik kesempatan petang itu untuk berjumpa Riana yang baru sahaja keluar kelas. 

 "Eh hai Riz. Rindu awak."lebar senyuman yg diukir Riana buat kekasih hati.

  "Rindu awak jugak. Jom lepak sana" tangannya sudah ditunjuk pada pondok yang berhampiran mereka.

 "Riz,apa yang awak cakap minggu lepas tu jujur ke atau awak hanya nak jaga nama saya?" Riana sudah mula mengajukan soalan yang sekian waktu bermain di minda.

 "Kenapa tnya mcm tu. Awak tak percayakan saya.?"

 "Bukan saya taknak percayakan awak Riz tapi saya rasa kita macam tak serasi. Saya dah lah macam dawai besi dan awak pula macam agar-agar,lembut dan manis je. Mungkin kita tak patut bersama kan" balas Riana dalam debaran yang mula terasa. Dia takutkan perpisahan tapi teganya mulut berbicara tentangnya. Dia mengankat kepalanya setelah Rizky mendiamkan dirinya. Telus matanya memandang mata Rizky yang setia memanah wajahnya.

 "Riana Irdina, saya tak pernah berbohong bila saya kata saya sukakan awak,saya tak menipu pada saat saya kata saya nak bersama awak,setia selamanya" luah Rizky yang sedikit kecewa dengan ungkapan Riana yang seolah mempersoalkan kasihnya. Dia memerhatikan wajah Riana yang masih seoalah tak percayakannya itu. Pantas tangannya naik mencubit dagu si gadis.

 "Hey sayang, dengar ni. Awak mungkin baran tak kira masa tapi awak tak pernah nak melenting dengan sepanjang bersama saya. Awak manja je bila kita berdua dalam masa yang sama masih keras kepala. Tak cukupkah itu untuk buat saya kekal sayangkan awak.? Saya kenal sayang saya ni macam mana orangnya dan saya takkan lupakan awak walau macam mana pun." Panjang lebar Rizky membebel. Menyampaikan apa yang terpendam dalam dirinya

--------------------------------------------


Qistina melihat gelagat kakaknya yang sibuk duk melukis atas meja belajarnya. Dia tahu kakaknya memang berbakat dalam bidang seni ni tapi tak pernah pula nak sekusyuk ini, telah Qistina.

 "Kak, lukis apa yang duk ralit sangat tu" saja Qistina menyoal walau dah tahu kakaknya tak suka diganggu bila sedang melukis. Tapi tiada balasan untuk soalan bahkan makin lincah tangan Riana bergerak melakar di atas kertas. Tunggu jelah kalau macam ni gaya. Rungut Qistina yang mula kebosanan dan mula perlahan memejamkan mata dek kerana menunggu.

 "Yes siap pun lukisan ni. Qis amacam lawa tak ni." Riana memusingkan badannya dengan senyuman yang melebar. Tapi saat matanya fokus dia lekas beristighfar. Adiknya terbongkang tidur dengan gaya yang senonoh. Lekas ditepuk bahu adiknya untuk menyedarkan dari kekal lena macam tu.

 "Bangun Qis. Sakit badan nanti tido macam tu" dalam sibuk menepuk bahu adiknya tawanya pecah pada saat Qistina terjaga dalam keadaan membuka langkah kekuda sambil menjerit mana penjahat. Ahli silatlah katakan budak sorang ni. Riana lekas menepuk bahunya .

 "Woi kau ni kenapa. Daripada macam ni baik kau bangun tengok lukisan aku ni." Tangan Riana sudah sibuk mengangkat lukisan.

 Qistina yang baru tersedar daripada mamai lekas tengok lukisannya itu.

 "Hulamak, lawanya. Tapi siapa dalam lukisan ni. kekasih hati ea ?" Usik Qistina

 "Ye, dan esok hari jadi dia. Jadi akak sediakan lukisan ni sebagai hadiah untuk dia" tersenyum manis Riana saat bicara mengenangkan pujaan jiwa.

 "What!!! Spesis panas baran macam ni pun ada hati nak bersweet couple ye. Entah macam mana lah abang tu boleh bertahan dengan kakak yang sibuk duk menyinga ni" luahan Qistina terhenti bila terasa jari Riana mencubitnya.

 "Qis ni cakap sedap mulut ajer kan. Adik pun apa kurangnya. Bangun tido pun sibuk nak bersilat. Entah sampai sekarang takde yang nak sebab perangai macam tu." Balas Riana dalam langkahnya menuju kekatil. Malam sudah semakin lewat. Tiba masa menyambut lena.

 "Qis dipersilakan keluar ye. Jangan lupa tutup lampu dan pintu okey" sempat dia berpesan bila tengok Qistina masih disitu. Tak sabar rasanya menanti hari esok.

--------------------------------------------


Cuaca memberi kerjasama untuk menjadikan petang itu adalah petang yang indah. Sepasang kekasih duduk di bangku yang tersedia ditaman sambil sibuk memerhatikan kanak-kanak yang leka bermain. Riana dalam lonjak gembiranya masih gementar kerana ini kali pertama dia menyambut hari lahir seorang lelaki.

 "Riz, saya ada sesuatu nak bagi ni. Harganya tak mahal mana tapi harap awak boleh terima ye." Riana mengeluarkan bekas cupcake dan hadiah yang sudah berbalut rapi.

 "Sayang, saya tak kisah awak nak bagi apa tu. Mahal atau murah bukan ukurannya tau" Rizky buat-buat tak nampak lagi dengan apa yang dibawa Riana.

 "Saya tahu awak suka cupcake jadi saya belikan cupcake redvelvet ni untuk awak. Dan ini hadiah yang saya buat sendiri untuk awak." Tangan Riana memberikan hadiah itu pada tangan Rizky. Bekas cupcake pula dibuka dan pantas dia menyuakan pada Rizky. 

 Laju sahaja Rizky menganga. Tangannya pula yang sibuk menyuap Riana kembali. Setelah selesai sesi suap menyuap tangan Rizky pantas membuka pembalut hadiah. Dan mukanya jelas riak terkejut.

 "Sayang, awak ke yang lukis ni.? Cantiknya." Puji Rizky yang kagum melihat lukisan itu. Ada dua lukisan yang Riana beri. Satu lukisan dirinya sedang duduk di tepi padang bola. Dan satu lagi gamba mereka berdua dalam lingkaran bentuk hati. 

 "Ye saya lukis ni khas untuk awak tau. Gantung ni dalam bilik awak nanti. Saya nak walaupun kita dah habis belajar,cinta kita tetap kekal dan tiada penghabisannya ye. Janji.?" 

 "Saya janji sayang" ujar Rizky dalam senyuman bahagia yang jelas diwajahnya.

 "Dan saya nak awak ingat benda ni. Jangan pernah lagi peduli kata orang tentang awak. Baju ronyok tak apa asal pakai selesa macam awak ni, walau garang sekalipun tapi manjanya awak tetap buat saya bahagia tau" tangan Rizky sudah sibuk mencuit hidung Riana.

 Dia mengenggam tangan Riana dan berjalan-jalan di sekitar taman membawa hati yang kian dihambat bahagia.

--------------------------------------------


Itulah dia kisah bahagia Riana Irdina bersama Rizky Irfan. Benarkan cinta itu buta walau ia menyakitkan. Cinta itu umpama bara yang menghangatkan jiwa dan cinta juga bagai lautan yang mendamaikan walau ombak sering melanda. Itulah cinta. Kisah si gadis naga kini menjadi ikutan. Buat gadis yang panas baran jangan takut andai anda masih tidak berpunya kerana masih ada yang menanti cuma masih belum munculkan diri.

 Aku gadis naga yang mungkin lebih bengis daripada singa. Tapi kalau nak tahu aku pun boleh titiskan air mata semata-mata demi cinta. Kekadang aku bagai orang yang tak berbahasa pun ada sebab aku rimas nak jadi gedik mengada ngada. Menyampah aku. Terkadang juga aku mudah baran tidak semena. Mana nak boleh tahan tengok kekasih hati digoda perempuan lain. Cembur tau cemburu. Dan aku punya manja dia saja boleh rasa kerana cinta yang mencairkan aku saat berada didepannya. Rahsia kita berdua. 

                        TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh It's me puteri