Home Puisi Kisah Hidup Manusia
Manusia
It's me puteri
28/11/2018 11:21:50
1,841
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Manusia.

Angkara kekalnya leka

Dunia bisa binasa

Angkara nafsu durjana

Dunia bisa celaka

Angkara hidupnya sahaja terumbang ambing

Dunia ditimpa musibah

Angkara ketamakan yang tak terhitung dek jari

Dunia menerima bencana

kesedihan dan kegembiraan kian bercampur baur

Yang hina dihina hinakan semahu mahunya sehingga dunia pula malu menghadapnya

Yang kaya dipuji sanjung tanpa sengketa. Perbalahan kata hanya mengundang binasa.

Palang besi menanti sahaja pada yang tak pasti. Hendak tak hendak terimalah sahaja

Sumanya adalah angkara manusia.

Perbezaan darjat

perbezaan sifat.

Siapa mampu rungkaikan bila dunia bisa bahagia.?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh It's me puteri