Home Puisi Umum Bidadari Syurga Buatmu
Bidadari Syurga Buatmu
Viviana Rose
19/12/2015 13:53:04
1,647
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Di saat hatiku berdetak rindu
Tidak tertahan nuraniku di sentap rasa kasih yang menggebu
Perit rasa terpisah antara jarak dan waktu
Meski jarak yang memisah sehasta cuma
kerana,
Kuingin kau selalu ada di sampingku
dan aku selalu ada di sampingmu

Jangan pernah tinggalkan aku
Tetaplah setia menghulur tangan di saatku hampir jatuh
Selimutkan aku dalam dakapan kasihmu
Setulus kasih dan rinduku
yang sentiasa mekar bersama waktu

Takkan sekali rasa cinta ini menjauh
kerana ku ingin menjadi bidadari syurga untukmu
Pimpinlah aku bersama menuju ke syurga abadi
Bersama kasih suci
Sesuci cinta Ilahi
Sesuci akadmu untukku
Bersama reda dan senyummu


8 years 29 okt 2014

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.