Home Puisi Umum MIMPI
MIMPI
Viviana Rose
11/12/2015 16:03:42
1,361
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Aku di sini di tanah gersang
Meragut segala gundah
Membakar segala derita
Lalu kuterbang ke langit biru
Mengumpul sisa-sisa rasa
Kuanyam menjadi titisan hujan
Menyirami bumi yang gersang
Lalu subur menghijau
Saujana memanjang
Segar dan nyaman

Tiba-tiba
Guruh berdentum
Petir sabung menyabung
Menyedarkan aku dari khayalan
Mimpi indah semalam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.