Home Puisi Umum LANGAU
LANGAU
Viviana Rose
11/12/2015 15:56:26
1,433
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Mendengung kepakan memecah keheningan
Lalu terusir damai yang tadinya membaluti hari
Pandangan dihala ke arah pemula gusar
Jelas, seolah mencabar
Tersungging sinis di celah ulas hitam berkilat
Hati telah mati

Apa yang dicari?
Ini bukan tempatmu
Layakmu di sana
Kenapa mahu dicuba santapanku
Sedang milikmu dibiar mereput dan berulat?
Apa makanan yang kau cicipi tidak lagi terasa dikerongkongan?
Itu kerana haloba yang kau semai
Bukan kerana salahku atau alam seisinya

Ingat,
Langit tidak selamanya cerah
Hujan tidak selamanya mencurah
Suatu waktu kau akan mati
Dan saat itu...
Kau bawalah segala noda bersama sinismu itu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.