Home Puisi Umum Aku Bukan Wanita Sempurna
Aku Bukan Wanita Sempurna
Viviana Rose
14/5/2015 16:30:07
2,681
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Aku bukan wanita sempurna
Terleka dengan buaian jiwa
Terpesona dengan impian cinta
Hingga terlupa dengan kekurangan yang ada

Aku bukan wanita sempurna
Namun ku punya hati dan rasa
Yang pedih andai terguris
Menangis andai terhiris
Kerana aku manusia biasa
Yang pasti tidakakan pernah sempurna

Aku bukan wanita sempurna
Cuai dalam menjunjung cinta yang ku anggap sempurna
Kerana kasih kutumpahkan disegenap ruang cinta
Seikhlas jiwa

Walau selautan air mata kutadah
Walau segunung tawa kupersembah
Hakikatnya aku tetap tidak sempurna
Yang tak akan pernah sempurna
Kerana aku bukan wanita sempurna

Kenapa sempurna itu harus diukur dalam perjalanan hidup?
Sedang sempurna itu bukan milik manusia
Atau adakah aku yang terlalu mengikut rasa
Rasa yang tak pernah menjadi pilihan hati setiap insan

Ya, aku terlalu mengikut rasa
Kerana aku memang bukan wanita sempurna
Tidak cekal dan kuat membalut hati yang pedih terguris
Dan andai saja aku bisa jadi sempurna
Pasti rasa pedih ini takkan pernah menjengah
Takkan pernah berlabuh di pelabuhan kasih
Kerana sempurna itu akan membuatkan wanita seperti aku teguh berdiri
Tanpa Kecewa
Tanpa air mata

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.