Home Puisi Umum Wanita
Wanita
Viviana Rose
19/12/2015 14:02:57
1,269
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Wanita
Jangan tunduk mengalah pada lara yang tercipta
Jangan tunduk rebah pada perit yang menghampar
Kerana kau istimewa
Dalam lembut kau mampu menggegar dunia
Dalam tangis kau mampu melahirkan gembira
Tegar dirimu membawa kehidupan demi cinta
Meski nyawa terikat helaian rambut dan peluh merecik membasahi jasad
namun itu bukan penghalang

Sedarlah
Bumi akan mati tanpa pengorbananmu
Dunia tidak akan tenang tanpa senyummu
Hidup tidak akan nyaman tanpa sentuhanmu
Kerana kau makhluk terindah
Kerana kau adalah wanita

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.