Home Novelet Seram/Misteri Lanun
Lanun
NaimTamdjis
18/6/2016 15:39:50
31,795
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 11

Jusoh menjerit kesakitan. Mata pedang yang tajam mula menghiris tubuhnya.

“Tolong aku Maun! Tolong! Tolong!” Jerit Jusoh.

Pak Maun menutup kedua belah telinga dengan tangannya. Dia tidak sanggup mendengar jeritan Jusoh. Malah Pak Maun menutup matanya. Kerana terlalu takut Pak Maun menangis.

Lama kelamaan jeritan Jusoh tidak lagi kedengaran. Pak Maun membuka matanya perlahan-lahan. Dia nampak makhluk terkutuk itu melapah daging Jusoh yang diam tidak terkutik. Selepas dilapah, lanun akan membuang ke laut. Pak Maun terus termuntah kerana begitu loya melihat perbuatan lanun tersebut.



“Ish! Biar betul Pak Mail. Ngeri pula saya mendengarnya,” sampuk Jo.

“Betullah. Itu seperti apa yang diceritakan oleh Pak Maun kepada pakcik. Hanya pakcik seorang sahaja yang percaya kepada ceritanya.”

“Ertinya Pak Maun masih lagi selamat?”

“Ya. Masih lagi hidup dan selamat. Kenapa kawan kau tu? Lemah semacam sahaja?” tanya Pak Mail apabila terlihat Mahmud sudah lembik bersandanr di dinding pemandu.

“Kau kenapa Mahmud? Mabuk laut ke?” tanya Jo.

Mahmud hanya mengangguk lemah. Bot semakin beralun kerana melawan arus ombak yang semakin meninggi. Jo mengambil minyak angin di dlam beg sandangnya. Dia menyapu minyak angin di kepala Mahmud.

“Jangan bagi Mahmud bersandar. Suruh dia duduk tegak. Baru boleh bersandar.

Bunyi guruh yang kuat kedengaran.

“Kita tak boleh teruskan perjalanan. Nak ribut ni. Kita perlu cari pulau untuk berlindung.”

“Ada ke pulau dekat sini pakcik?”

“Ada. Pulau Lang Jauh. Tapi kena patah balik. Dalam 20 minit kita sampai.”

“Buatlah apa yang pakcik nak buat. Janji kita selamat.”

Mahmud hanya terdiam tidak membantah. Pak Mail menekan butang tablet GPSnya. Lalu memandu botnya ke arah Pulau Lang Jauh.

Dari jauh sayup sayup sebuah pulau kecil. Hujan semakin lebat diikuti dengan petir.

“Itu ke Pulau Lang Jauh Pak Mail?” tanya Jo.

“Itulah dia,” jawab Pak Mail yang masih fokus memandu botnya.

Kali ini kelajuan bot diperlahankan kerana laut bergelora. Mahmud pula telah terbaring kerana masih lagi mabuk laut.

“Sampai sahaja di sana laut tidak akan bergelora. Kita akan berlindung di teluk sampai ribut reda. Mungkin ada nelayan atau bot lain yang berlindung sama.”

Jo mengangguk bersetuju.

“Pulau ni milik siapa?”

“Pulau ni milik Thailand. Dekat dengan sempadan perairan kita.”

Apabila semakin mendekat, Jo terpukau dengan keindahan pulau tersebut. Airnya jernih. Kelihatan jelas batu karang di dasar laut. Ombak pula tidak lagi menggila. Cuma hujan masih lagi lebat. Pak Mail berlabuh di salah satu teluk. Botnya diikat di salah satu pokok bakau. Enjin bot dimatikan. Sesekali bot teroleng oleng dipukul ombak pantai. Keadaan agak sedikit gelap.

“Cantiknya pulau ni.”

“Pulau Lang Tengah ni agak jauh dari darat. Jadi terselamat daripada pembangunan pelancongan dari sebelah Thailand. 3 jam perjalanan dari darat. Pulau ini menjadi tumpuan nelayan dan bot untuk berlindung sebab teluk ni memang strategik.

Tapi menghairankan tidak ada nelayan yang berlindung di sini. Waima bot dari Thailand.”

“Wah! Bot dari Thailand? Mereka tak marah kita berlabuh di sini.”

“Kita baik dengan orang Thailand. Polis Thailandpun tak kacau kita.”

“Sambunglah cerita tadi Pak Mail. Makin lama makin menarik pula.”

“Yelah. Kawan kau tu dah ok ke?”

“Ok kot Pak Mail.”

“Tapi elok kalau dia muntah. Kalau muntah keluar semua angin. Dia akan lega.”

“Entahlah Pak Mail. Dulu naik bot takde pula mabuk. Ini mabuk pula.”

“Mungkin sebab bot ini beroleng kuat sangat.”

“Ceritalah lagi Pak Mail.”

Pak Mail memandang ke arah laut.

“Dan bila...”


Pak Maun memandang ke arah lain. Dia tidak sanggup lagi melihat Jusoh dilapah dihadapan matanya. Pak Maun mendapat satu akal. Di kala lanun yang lain sedang sibuk melapah Jusoh, Pak Maun memandang sekeliling. Semua lanun sedang leka mengadap arwah Jusoh. Perlahan lahan Pak Maun berdiri dan bergerak untuk melarikan diri.

Pak Maun semakin dekat dengan sisi kapal. Dia melihat laut yang bergelora. Pak Maun menelan air liur.

“Boleh ke aku berenang? Aku kat mana ni? Kalau jauh dari darat mahupun pulau... Boleh ke aku bertahan?” gumamnya sendiri.

“Kau nak pergi mana manusia?” tegur Ketua Lanun Langka.

Pak Maun menoleh ke belakang. Dia melihat semua lanun sedang memandangnya. Mata mereka memerah. Pedang yang dipenuhi dengan darah dipegang oleh semua lanun. Darah yang datangnya dari melapah arwah Jusoh.

“To... To... To... Long maafkan aku. A... A... Aku takde niat nak larikan diri. Tolong....” rayu Pak Maun.

Ketua Lanun Langka menghampiri Pak Jusoh. Jusoh terduduk. Adakah dia bakal dibunuh? Dia memejamkan matanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.