Home Novel Seram/Misteri PONTIANAK TEMBUSU apabila ilmu hitam jadi teman
PONTIANAK TEMBUSU apabila ilmu hitam jadi teman
mohd khairu ab razak
9/5/2015 14:54:32
5,126
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
bab 2

BAB 2

9.00 pagi Pasir Mas Kelantan

Peristiwa yang berlaku semalam telah betul-betul memberikan satu tamparan yang hebat kepada Si Yob dan Dahlia. Pada hari ini dia telah menutup Restoran Tomyam miliknya untuk berehat setelah diganggu semalam. Ini kerana Si Yob dan Dahlia telah diserang demam panas akibat gangguan tersebut. Pekerja restorannya bersilih ganti datang melawat mereka berdua. Pekerja restoran mereka berjumlah 12 orang kesemuanya diberi cuti bergaji. Maklumlah kebanyakkan mereka adalah dari negara jiran Thailand. Kebanyakkan mereka tidak menetap secara sah tetapi mereka masuk secara haram.

“ Apa yang demo napok semale Yob?tanya pekerjanya. “Takdok gapo kawe keno gangguan jo sikit.”ulas Yob kepada pekerjanya.

Hubungan mereka walaupun sebagai pekerja dengan bos namun tiada sempadan yang memisahkan mereka . Lihatla panggilan mereka kepada bos mereka adalah biasa saja. Hubungan yang baik ini telah berjaya mengangkat restoran milik Yob dan Dahlia antara paling laris dan popular di kawasan itu. Kerjasama yang terjalin sejak beberapa tahun yang lalu ini banyak memberi manfaat kepada Si Yob Senduk Tuah juga.

Mereka hanya berehat di rumah dan menggunakan khidmat perubatan tradisional. Ustaz Zamri telah dipanggil untuk memberikan rawatan dan khidmat nasihat.

“Ustaz lembaga tu telah mengganggu kami.Bukan kami saja yang diganggu.Habis saudara kami di kampung. Adakah itu saka keluarga kami Ustaz?”

Si Yob membuka smartphonenya dan dia melihat banyak whatsupnya sampai.88 whatsup belum dibaca. Semua dari group mereka. Tidak putus-putus soalan ditanya.

“Mereka ini makhluk Allah juga.Mesti ada sesuatu dituntut sebab hampir semua yang dikacau adalah saudara mara dan rakan baik yang hampir dengan kamu semua.”jelas Ustaz Zamri.

4 petang di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru

Pak Samad membaca surat khabar Harian Metro dengan tenangnya. Dibelek belek surat khabar itu sehelai demi sehelai. Terpandang dia satu tajuk akhbar Ramona Zam Zam berkahwin dengan rakyat Palestin. Apabila melihat nama Ramona,Pak Samad tiba—tiba terkejut dan teringat kepada peristiwa yang lampau.

Bermula imbas kembali

15 tahun lalu di Kampung Baru Kuala Abang

Ramona oh ramona namamu

Namamu ku sebut

Namamu ku rindu

Nafasmu ku sedut

Nyawamu ku miliki.

Puisi ringkas ini dicipta mereka. Mereka bersama-sama melagukan. Ramona bukanla Ramona Zam Zam atau Ramona Rahman. Ramona seorang gadis kacukan Kemboja yang tinggal di hujung kampung. Boleh dikatakan dia adalah seorang perawan yang sangat cantik.Dengan tubuh tinggi lampai persis model dia menjadi kegilaan lelaki berhidung belang. Walau bagaimana pun bukan mudah mendapatkan hati Ramona.Dia seorang yang berlatar belakangkan keluarga yang berada. Ibunya berasa dari Kemboja.Tidak hairanla Ramona begitu cantik berbanding gadis tempatan.

Oleh itu Ramona menjadi kegilaan anak muda terutama kumpulan anak muda yang terdiri daripada PakDol, Ali,Basiron,Atan,Basri dan Samad.Mereka berlima adalah kawan rapat .Tetapi Samad dan Ali sudah tidak berkawan dengan mereka lagi pada masa ini kerana beberapa sebab.

“Dol tak yahla kau berangan dapat memiliki Ramona.Kerja pun nelayan , manala keluarga mereka nak terima kau. Sindir Si Ali kepada Pak Dol.

“Kau tunggula saatnya.Aku pasti memilikinya halal atau haram.Halal atau haram? Kenapala ada haram atau halal.Pelik juga maksudnya itu. Kalau aku yang dapat?”

Atan hanya melihat mereka berdua berseloroh. Tiba-tiba Samad juga menyampuk dan bertekad mahu bersaing untuk mendapatkan Ramona. Basiron dan Basri hanya diam tapi dalam hati mereka siapa yang tahu.

Tamat imbas kembali

3 pagi di SK Kebangsaan Kampung Baru

“Pak Samad o Pak Samad dah jam 3 ni kamu bangunla dulu!.Kita pergi kunci jam dulu.”

Begitulah rutin harian seorang pengawal keselamatan. Setiap 3 jam mereka perlu mengunci jam. Bagi yang tidak biasa ini adalah pengalaman yang menakutkan.Itu pun kalau berseorangan. Giliran Sofian ialah jam 12 tadi.Selepas ini giliran Pak Samad pula. Beberapa kali dia cuba kejutkan Pak Samad tetapi tidak juga dia sedarkan diri.

“Aissh tidur mati pulak pakcik ni.””Bangun! bangun!.kejut Sofian. Setelah beberapa kali dikejutkan barula dia sedar. Pak Samad pun bangun dan membasuh mukanya dan melihat jam di tangan .Dia bermimpi tadi. Peristiwa silamnya kembali menghantui fikirannya.

“Maaf pian aku tak sedar tadi penat barangkali”.kata Pak Samad kepada Sofian. Sofian tidak menghiraukan sangat dan terus melayan smartphone jenama Lenovonya.Dia asyik membaca WhatsApp dan melihat facebook. Zaman sekarang internet di hujung jari sahaja. Maklumat ditaip saja di google semua keluar tanpa perlu ke perpustakaan dan sebagainya.

Pak Samad pun bergegas ke belakang sekolah. Jam untuk dikunci berada di sana.Dia pergi dengan tenang dan perlahan. Dia menyuluh sekeliling kawasan yang tidak berlampu. Suasana malam itu amat sejuk dan tenang. Dalam beberapa meter saja dari kawasan pondoknya dia terserempak beberapa ekor kucing sedang berkeliaran. Pak Samad menghampiri kawasan jam untuk dikunci. Tiba-tiba dia tersepak seekor bangkai kucing betul-betul di bawah jam itu.

“Apa ni? Terkejut Pak Samad melihat bangkai kucing yang seperti diseksa. Matanya tersembur matanya. Sekeliling badan seperti ekor,kaki, perut dan telinga kucing itu terkeluar mata kail dan pisau cukur yang patah. Dia terkejut dan takut melihat bangkai kucing itu dipelakukan begitu. Pak Samad pun menggunakan walkie talkie dan terus menghubungi teman sekerjanya Sofian. Tak sampai beberapa minit Sofian datang dan terus mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam media sosial. Sofian memasukkan gambar itu ke dalam facebook dan twitternya.Tidak sampai sejam banyak komen dan like diberikan pembaca lain.

Manusia setan, kejamnya, Lanun manusia setan dan banyak lagi komen yang diberikan orang kepada kekejaman yang dilakukan kepada kucing itu. Pak Samad dan Sofian berasa sangat hairan siapakah yang sanggup untuk menganiaya binatang sebegitu rupa.

9.00 pagi Pasir Mas Kelantan

Hari ini Si Yob dan sudah sihat. Mereka pun pergi ke pasar untuk membeli bahan mentah untuk digunakan di restoran mereka. Peristiwa mereka diganggu oleh nenek tua misteri baru baru ini dibuangnya jauh-jauh.

“Abang bangkai anjing malam itu awak buang kat mana? Tanya Dahlia kepada Si Yob Senduk Tuah.

“Oh abang buang kat situ jugak.Tapi pelik abang tengok bangkai anjing tu penuh mata kail dan pisau cukur yang patah di seluruh badan”. “Macam ilmu hitam dalam filem seram je.”cerita Si Yob kepada isterinya.

Mereka pun singgah di warung mee celup untuk menjamu selera setelah penat membeli barang keperluan restoran. Dahlia pun mengeluarkan smartphone jenama OPPOnya dan terus membuka facebook dan WhatsupAppnya .Sudah beberapa hari dia tidak membuka internet kerana sibuk.

Setelah membuka internetnya dia pun menjenguk beberapa group WhatsupApp .Hampir 200 whatsupApp yang tidak dibuka. Tiba-tiba dia terlihat gambar kucing yang dipost oleh Sofian.

“Eh ,Abang cuba tengok gambar ni.Teruknya kucing ni didera. Si Yob pun melihat gambar itu.Mukanya tersentak dan merah padam.

“Ayang,bangkai anjing malam tu samala dengan kucing ni. Dicucuk mata kail dan pisau cukur ni. Macam pelakunya orang sama. Kata Si Yob dengan gementarnya.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.