Home Novel Seram/Misteri PONTIANAK TEMBUSU apabila ilmu hitam jadi teman
PONTIANAK TEMBUSU apabila ilmu hitam jadi teman
mohd khairu ab razak
9/5/2015 14:54:32
5,125
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 1
PONTIANAK TEMBUSUapabila ilmu hitam jadi kawan

BAB 1

Tepat jam 10 malam , Kg Baru Kuala Abang ,

Firdaus melihat jam di dinding.” Oh,masih jam 10 malam ,baik aku pergi minum dulu kat kedai Pak Leman.ujar Firdaus dalam hatinya. Dia pun bergegas bangun dan mencapai motosikal EX5 warna hitam. Dipulas-pulas minyak motornya….vroom….vroommmm !…Bunyi deruman motornya memecah keheningan malam. Rumah Firdaus terletak di kawasan yang baru dibuka.Kira_kira 2 kilometer daripada kedai Pak Leman. Suasana Kg Baru yang sunyi tidak seperti pekan kerana kawasan ini baru dibuka.Tidak hairanla kebanyakkan kedai terutama kedai runcit telah tutup. Kalau di sini hanya kedai kopi Pak Leman saja yang buka.Firdaus terus memecut dengan lajunya kerana dia perlu menempuh kawasan hutan yang penuh dengan cerita misteri terutama pohon tembusu yang besar . Dianggarkan berumur 30 tahun mungkin umur pohon tembesu yang terkenal sebagai tempat paling seram di Kampung itu.Keinginan memenuhi jiwa lepak, Firdaus rela melalui kawasan seram itu. Tidak dihirau apa akan jadi bila pulang nanti. Paling kurang jam 1 pagi dia akan pulang dari kedai Pak Leman. Tidak sampai 10 minit dia dah sampai di kedai kopi Pak Leman.Fuh, lega bentak hatinya . Ujar hati Firdaus.Apabila dapat duduk di kerusi kayu panjang macam kantin sekolah. dI kedai itu dilihat beberapa orang masih asyik melepak sambil berborak. Firdaus memilih meja yang paling dekat dengan televisyen kerana dia dia minat dengan siaran cerita P Ramlee yang disiarkan di TV1 itu. Firdaus memesan teh halia dan roti canai. Sedang enak menikmati dia dapat dengar dengan jelas 4 orang pelanggan Pak Leman iaitu Pak Dol, Basri ,Atan dan Basiron. 4 sahabat ini adalah orang lama yang menetap di kampung itu. Mereka adalah orang lama yang sangat dihormati di Kampung Baru.Masing-masing mereka mempunyai pendapatan yang hebat. Kebanyakkan mereka adalah peniaga sayur dan ikan di pasar ikan Kuala Dungun. Dengan masing masing mempunyai dua tiga buah lori sudah cukup melambangkan kekayaan seseorang .Walhal ada di kalangan mereka yang bersikap bongkak.

Orang kampung memanggil mereka geng nakal kerana mereka terkenal dengan sikap yang kaki perempuan. Sejak dari muda lagi geng nakal ini, banyak membuat onar di kampung. Boleh dikatakan kenakalan mereka ,menjadikan mereka cukup terkenal di kampung. Firdaus telah memesan air teh tarik dan roti kosong. Lebih kurang 10 minit segelas teh tarik telah singgah di mejanya. Selang seminit barulah roti canai kosong sampai.dilengkapi kari ayam .Roti canai Pak Leman antara yang paling sedap di kampung. Kalau ada kiraan bintang mungkin 4 bintang boleh diberikan kepada keenakkan roti canainya yang dijual pagi hingga malam itu.

Sedang asyik menghirup teh Firdaus terdengar dari jauh ada sekumpulan mat motor dalam lingkungan 5 orang bising di meja mereka. “Kau tahu semalam aku lalu kat jalan Pontianak tu,,kata salah seorang yang sedikit gempal..”Apa kau nampak Bob? .tanya kawannya. “Aku ditahan seorang perempuan berbaju putih berbau bangkai tanpa muka. Dia mahu tumpang.Aku kata tak boleh.aku jalan lain. Tiba_tiba dia hilang. Aku teruskan jalan tak sampai 2 minit dia muncul lagi di depan aku tapi bukan dia ingin tumpang tapi dia berjalan terus ke depan. Aku risau untuk memintas perempuan berbaju putih itu kerana suasana ketika itu sangat menakutkan.”Tahu dok mase tu bau bunga kemboja sangat kuat,ujar Bob kepada kawan. Keadaan jalan di situ memang terkenal dengan pohon besar bernama tembusu.

“Aku rasa pelik jugok nape dia boleh ada depan aku. Aku panik tapi aku buat tak kisah .Tiba tiba aku melihat side mirroraku ada seorang lagi lembaga perempuan di belakang aku.t egas Bob .”Alamak, tadi di depan sekarang kat belakang pulak!” keluh Bob.” Aku pandang depan .Lembaga perempuan depan aku tadi sudah hilang”,cerita Bob lagi.: Kau orang tahu aku berhentikan motor aku di tepi”. “Aku tunggu perempuan itu datang dekat.”Dengan berani Bob menceritakan yang dia cuba menyapa.”Masa itu aku tidak fikir itu Pontianak tembusu jelas Bob. “Aku pun merapati dia.””Dari jauh aku tidak nampak mukanya”.Serentak langkah bergerak,lolongan anjing tiba tiba bergema.Tidak cukup dengan itu si cengkerik juga hebat mendendangkan lagunya. Aku tengok jam aku menunujukkan jam 1 pagi.Aduh kenapala aku boleh buat kerja bodoh ni huhuhu.Aku terus bergegas ke motorku. Aku cuba hidupkan enjin motor. “Alamak mati pulak”. “Perempuan tadi makin dekat.” “Aku toleh ke belakang aku lihat perempuan itu main dekat dan dia tiba-tiba terbang ke arah ku dan mengilai.””Bayangkan betapa takutnya aku.” Aku lari meninggalkan motor ku di situ”. “Betapa takutnya aku kau tahu. Ujar Bob.” “Nasib baik masa aku lari van Pak Abu lalu. “” Aku tumpang vannya.Esoknya baru aku ambik motor aku. Cerita Bob kepada kawan-kawannya. Firdaus memasang telinga dan mendengar cerita Bob sehingga habis.

Pokok tembusu ialah pokok yang tumbuh megah di sekitar kampung Baru Kuala Abang. Pokok tembusu ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Fagrea Agrea Eliptica Roxb.Pohon inila yang tumbuh megah dibeberapa tempat di sini. Daunnya yang kecil ditambah tingginya yang begitu jelas Nampak dari jauh. Bagi penduduk di sini inilah yang menjadi iigauan mereka .Pokok ini hanya terdapat di lorong Haji Mail.Lorong Haji Mail adalah satu lorong yang sangat sepi dan sunyi kerana kawasan itu kawasan yang baru dibuka. Kawasan tersebut satu ketika dulu adalah sebuah kawasan hutan yang penuh dengan pokok-pokok liar dan lebihnya dihuni oleh pokok tembusu yang sangat besar.Mungkin setiinggi bangunan 3 tingkat. Lorong Haji Mael adalah sebuah kawasan yang sangat ditakuti oleh penduduk kampung tidak kira siang atau malam. Ibu bapa akan selalu berpesan kepada kepada anak mereka agar menjauhi kawasan tersebut.

Setelah mendengar keluhan geng-geng motor tadi,dalam fikiran Firdaus sudah terbayang kengerian apabila berjumpa dengan Pontianak itu. Dia melihat jam di tangan yang sudah menunjukkan 12.15 malam. Geng motor tadi sudah beransur keluar. KIni yang tinggal hanyala dia dan kumpulan otai tadi. Tiba –tiba semua otai-otai bangun dan berlalu. Jam menunjukkan jam 1 pagi kedai Pak Leman akan tutup tidak lama lagi. “Dah lewat ni bagus aku balikla”,.desus Firdaus. Dia pun menghidupkan motor EX5 nya kemudian dengan pantas motor itu bergerak. Dengan kelajuan 80km sejam motor Firdaus memecut dengan lajunya. Kelajuan begitu kalau diikutkan tidakla selaju ketika di higway namun keadaan jalan yang sedikit memuaskan cukup dianggap membahaya kepada penunggang dan pejalan kaki. Tiba-tiba Firdaus terpandang meter minyaknya yang sudah dibawah tangki minyak. “Dah nazak sangat minyak aku ini.dibuat buat mati depan pokok tembusu itu mampus aku,bentak Firdaus.

Jam 1:30 pagi di lorong Haji Mail

Sebuah motorsikal EX5 meredah angin malam yang sunyi. Firdaus memang sudah biasa melalui kawasan ini.Hampir tiap-tiap malam dia akan melalui jalan ini kerana itula satu satunya jalannnya untuk ke rumahnya.Tetapi yang tidak enaknya inila kali pertama dia melalui jalan itu selepas jam 11 malam. Bukan sahaja 11 malam tetapi jamnya sudah menunjukkan 1 pagi.

Firdaus mengesat peluh di dahinya walhal waktu ini keadaan sangat sejuk. Tiada satu rumah pun dibina di kawasan tembusu itu. Firdaus menjadi cukup kaget.”Ahhh…biar apa orang kata tentang jalan ini.pontianak la perempuan terbangla aku anak jantan…aku nak lelaki aku mesti teruskan!Firdaus meneruskan perjalanannya secara lebih tergopoh-gopoh.Dia melanggar semua lubang atau retakan jalan tanpa rasa takut.Makin lupa motorsikalnya makin menghampri kawasan pokok tembusu besar itu. Kebetulan betul-betul di depan pokok tembusu motorsiklnya tiba tiba berhenti dan enjinnya berhenti juga.Suasana menjadi kelam dan sunyi sepi.

Jam 1:45 pagi di Lorong Haji Mail

Firdaus melihat jam di tangannya jelas menunjukkan 1,45 pagi. Waktu bermain hantu-hantu atau puaka-puaka. Suasana sangat sepi dengan cengkerik bersorak kencang. Angin turut bertiup dengan bunyi gemercik seperti bunyi orang mencarik kain kapan.Gementar sudah mula menguasai diri Firdaus. Dicapainya telefon bimbitnya."Tiadaline!,bentak hati Firdaus.

Suasana menjadi sangat menyeramkan.Tiba –tiba ada pergerakkan di kawasan pohon senduduk dalam lingkungan 10 meter daripada motorsikalnya.Firdaus gamam seketika. Apa yang perlu dibuatnya. Kalau boleh lari tapi mahu lari ke mana dengan suasana malam yang hanya diterangi dengan bulan mengambang. Dia menoleh kiri dan kanan .Bunyi pergerakkan ranting patah kelihatan makin kuat kedengaran.Tiba tiba sepasang mata keluar dari semak itu. Pada fikirannya diingatnya Pontianak atau sundelbolong yang keluar tetapi bila diteliti hanyala beberapa ekor babi .Babi itu kelihatan begitu besar mungkin dalam lingkungan 7 ekor terdiri daripada sepasang babi besar diikuti 5 ekor yang kecil tentula anak-anak babi tersebut.Selepas babi itu berlalu ke seberang jalan.Firdaus kembali sunyi.Dia cuba menghidupkan enjin motornya tetapi tidak Berjaya. Dia pun membuka penutup minyak motornya dan dilihatnya kosong dan kering tangki minyaknya.Keadaan semakin parah. Dia pun mengheret motornya untuk mara ke hadapan dalam keadaan gela gelita itu. Angin mula bertiup kencang.Bulu romanya tiba tiba bangun seolah-olah dikejutkan dari tidur. Firdaus menjenguk kearah pohon tembesu yang hanya berada 8 meter dihadapannya. Dari jauh dia Nampak satu susuk tubuh manusia berdiri.Rambutnya mengembang panjang ke lantai,berpakaian serba putih. Mukanya tidak nampak dengan jelas kerana malam yang gelap.Dalam hatinya,memang pasti itu Pontianak tembusu.”Mampus aku kali ini,”bisik hatinya.Kain kapan susuk tubuh itu kelihatan sangat kotor dengan lumpur yang mongering. Firdaus dengan berani memandang ke arah pontianak itu.Pontianak itu merenung muka Firdaus.Tidak digambarkan lagi ketakutan Firdaus tentunya sudah menguasai seluruh jantungnya.Jantungnya berdegup sangat kencang.Firdaus mempercepatkan langkahnya sedikit demi sedikit tanpa melihat lembaga itu lagi. Kemudian dia sekali lagi melihat ke arah pohon tembusu itu.”Hilang,mana perginya hantu tu,”bisik hatinya.Perasaan takutnya kembali menguasai dirinya apabila dia terasa motornya yang diheret sangat berat. Firdaus menoleh ke belakang. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya dia ketika itu. Bayangkan bersendirian di dalam gelap,dia diganggu oleh makhluk yang amat menakutkan. Pontianak itu duduk di atas motornya sambil merenung matanya. Dia hampir pengsan. Segala hafalan ayat suci al qurannya hilang dari ingatannya. Tiba –tiba pandangan mata Firdaus padam.Dia pengsan.

9 .00 pagi di rumahnya

Firdaus,ooooo Firdaus,suara garau mengejutnya.Firdaus terdengar ada orang memanggilnya.Dia membuka matanya yang berat.Kelihatan seorang lelaki tua di hadapannya.”Firdaus apa sebenarnya berlaku semalam?”kata lelaki itu.Firdaus cuba membuka mulut tetapi sangat payah.Perlahan-lahan suaranya keluar.”Abah,saya Pontianak........tersekat-sekat suaranya.Lelaki tua itu merah padam mukanya.”Dia lagi!jeritnya lelaki tua itu.Wajah lelaki itu lingkungan umur 60 an tetapi nampak gagah dan kuat lagi. Firdaus masih lagi kaku dan tidak bermaya.

Ayahnya Ali bin Abdullah adalah seorang peniaga kedai runcit. Orang kampung memanggilnya Pak Ali Getel. Panggilan itu lekat dari muda sampai ketua. Panggilan Getel itu adalah satu bahasa Terengganu bagi orang yang pandai mengelecek bola.Ayahnya ini adalah seorang pemain bola sepak yang hebat di kampungnya.Dengan susuk tubuh yang persis pemain bola Brazil tidak hairanla waktu muda dulu dia terkenal dengan keupayaan mengelecek bola dan lawan.

10:00 pagi di halaman rumah Pak Ali

Pak Ali seorang yang duda sejak 30 tahun yang lalu. Dia hanya mempunyai seorang saja anak iaitu Firdaus .Sejak pemergian isterinya dia tidak berminat lagi untuk berumahtangga. Baginya serik untuk berumah tangga menahan karenah isterinya. Menurut cerita orang kampong isterinya meninggal ketika Firdaus berumur 4 tahun. Hanya beberapa orang kampung saja yang tahu tentang kisah Pak Ali yang kini sudah mencecah umur 65 tahun.Walapun sudah lebih setengah abad Pak Ali hidup di bumi Allah ini namun dia kelihatan masih kuat dan cergas untuk menguruskan perniagaan runcitnya . Jika dilihat kedai runcitnya tidakla sebesar pasar mini tauke cina namun segala barang keperluan asas ada di situ. Rumahnya diubahsuai sedikit menjadi sebuah kedai runcit. Kudrat empat keratnya itu digunakan sebaik mungkin untuk menguruskan dan memajukan kedai runcit. Kedai runcit Pak Ali menjadi perhatian golongan remaja dan dewasa. Di situla remaja membeli “rokok batang” seperti Dunhill.Ketika itu remaja tidak mampu membeli rokok sekotak yang mahal. Jadi kedai runcit Pak Ali tempat mereka melepaskan gian ketagihan rokok. Selain rokok, di situ ada juga menjual minyak petrol untuk motorsikal memandangkan stesen minyak jauh dari kampung.

“Assalamualaikum Pak Ali,”tegur Razali kawan satu sekolah STPM nya.Waalaikummussalam oh Razali mahu melawat kawan kau tu ek?”gurau Pak Ali.”Yela saya dengar dia pengsan depan pohon puaka tu betul ke ?soal Razali.”Kau naikla Tanya dia sendiri ada dia duk depan tv tu.”ujar Pak Ali.

Razali seorang kawan rapat Firdaus kerana mereka sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulai serai sehinggala peringkat STPM.Mereka berdua sebenarnya masih menunggu keputusan memasuki Universiti.Razali melangkah perlahan–lahan untuk mengejutkan kawannya itu.Firdaus sedang asyik menonton televisyen.Dia pun menyergah.”Daus,nape semalam! Sergah Razali.Terkejut Firdaus. Sudahla ketakutan semalam belum reda dia disergah lagi rakan baiknya itu.Menyirat darahnya teringin dia memukul rakannya itu tetapi kesabaran menguasai dia. Kamu ni bikin panas je”ujar Firdaus kepada Razali.”Maaf geng rilekla aku bergurau je.Bukan tak biasa haha”kata Razali.Razali pun menanyakan apa yang telah berlaku semalam.Firdaus pun menceritakan kejadian semalam A hingga Z. “Nampaknya kampung kita ni tak aman lagi sejak kejadian itu semakin hari semakin kerap berlaku.”Razali mula mengorak ayat.”Takpela memang kawasan itu kawasan dia aku yang silap mengganggu dia tidur mungkin”ujar Firdaus menyedapkan hati kawannya itu. Selepas selesai melawat Razali pun pulang ke rumahnya.

6.00 petang di rumah Firdaus

Firdaus sedang mengunyah pisang goreng yang dibeli di kedai Makcik Habsah.Kemudian dia membasahkan tekaknya dengan air teh panas. Firdaus bangun ke arah cermin dan merenung nya.”Nampaknya kes aku pengsan semalam satu kampong dah tahu.”keluhnya.”Malu juga semua orang minta aku ceritakan kejadian itu.” Firdaus pun mencapai kunci motornya. Dia pun bergegas ke rumah kawannya Razali.

1100 malam di Sk Kampung Baru

Pak Samad sedang asyik mendengar Radio Malaysia Terengganu berkenaan berita semasa. Dia seorang pengawal keselamatan di sekolah tersebut sejak 5 tahun lalu. Rakannya Sofian pula baru pulang dari meronda bangunan setiap 3 jam sekali.”Fuh penat.dengus Sofian.”Pak cik o Pak Cik apa berita baik rini”?tegur dia kepada Pak Samad.Perbezaan umur di antara mereka ialah 15 tahun.Pak Samad berumur 50 tahun adalah ayah kepada Razali..”Macam-macamla malasla aku cerita kamu dengarla sendiri”jawab Pak Samad.Itula perangai ayah kepada Razali cukup susah menjawab soalan.Tenyata dia seorang yang tidak banyak cakap sangat.Dia hanya menjawab perkara yang penting sahaja.Tiba –tiba Pak Samad bersuara.”Aku dengar Daus anak Pak Ali kena tegur dengan puaka tembusu kan baru-baru ni.?”soalnya. Sofian pun menceritakan serba sedikit cerita berkaitan gangguan Firdaus oleh Pontianak.”Benda ni dah lama berlaku sejak 20 tahun lalu lagi tapi sejak kebelakangan ni makin kerap pulak.”cerita Pak Samad. Pak Samad pun membuka tudung termos air panasnya yang penuh berisi kopi lalu dia menuangkan ke dalam tudungnya. “Aku rasa dah sampai waktu kisah sebenar misteri Pontianak Tembusu ini diselesaikan”kata Pak Samad.”Siapala yang tahu apa yang dimahu puaka tu?”Tanya Sofian.

9.00 pagi Pasar Besar Dungun

Orang ramai berpusu-pusu mencari keperluan bahan makanan seperti ikan,sayur,bawang,beras dan bahan keperluan lain. Suasana di sini memang meriah ketika hari cuti Jumaat khasnya.Peluang mencari bahan makanan pada hari ini digunakan oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri 60 peratus Melayu,25 peratus Cina,10 peratus India dan lain-lain. Kawasan sekitar yang berdekatan dengan pantai menjadikan Pasar ini kaya dengan pelbagai jenis ikan. Tidak ketinggalan juga sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dilihat sudut kiri pasar ada beberapa gerai sayur-sayuran yang cukup besar. Penuh dengan pelbagai jenis sayur-sayuran.Tuan punya pernigaan ini ialah 4 orang geng otai yang terdiri daripada Pak Dol, Basri ,Atan dan Basiron. Mereka merupakan rakan niaga untuk sebuah syarikat pengangkutan lori dan juga orang tengah bagi penjualan sayur.Mereka juga mengusahakan syarikat pinjaman wang berlesen. Nama syarikat mereka ialah 4 rakan Sdn bhd. Mereka berumur antara 50 ke atas.Pakdol adalah yang paling tua manakala Basri adalah paling muda. Mereka ini berkawan sejak remaja lagi. Sama –sama naik dan sama-sama turun.

Pendapatan mereka juga sangat tinggi kerana mereka juga mempunyai kebun kelapa sawit hampir 5o ekar. Keakraban mereka begitu menonjol sehingga syarikat mereka sangat terkenal di sekitar Dungun.Malahan orang cina pun kagum dengan mereka walaupun orang Cina terkenal dengan kehebatan dalam dunia perniagaan. Apa yang menghairankan mereka berempat ini semuanya adalah duda dan mempunyai hanya seorang anak setiap seorang. Adakah secara kebetulan atau pun ada rahsia di sebalik cerita yang tersembunyi. Pak Dol mempunyai seorang anak perempun bernama Siti Sarah. Dia seorang guru di sebuah sekolah sekitar Klang. Manakala Dahlia pula anak kepada Basiron adalah seorang penguasa Restoran Makanan Melayu di Kelantan.Basri pula juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Hanafi yang bekerja sebagai pemandu ambulan dan Diana pula adalah penjaga makmal di sebuah Makmal Kilang ubat-ubatan di Pulau Pinang.

“Run ,kau dah bayar lum duit Ah Chai tu?”Soal Pak Dol kepada Basirun.Dia sudah memberikan RM3000 kepada Basirun untuk melunaskan duit bayaran sayur yang baru sampai dari Kuantan kelmarin.”Pagi lagi aku bagi,dia tanya seribu lagi bila nak bagi?”jawab Basirun.”Oh, esokla aku bagi masa kita pergi ambil sayur lagi nanti .”jelasnya “.Ada kau dengar puaka perempuan tu kembali mengamuk?”Kelmarin anak si Ali Getel pulak kena kacau,”kata Pak Dol.Kebelakangan ni puaka tu makin mengamuk.Mujur puaka tu mengganggu di jalan tembusu tu je.Tidak mahula aku lalu jalan tu biarla jauh.”seloka Basiron. Jalan yang dihuni pontianak itu adalah jalan yang paling dekat untuk sampai ke kawasan perumahan penduduk kampung.Walau pun jalan itu diterangi dengan lampu jalan namun jarang orang berminat untuk melalui jalan tersebut. Bagi mereka jalan itu seperti sebuah mimpi ngeri yang amat dasyat.Ha ha ha penakut jugak kau ni ya.Harap badan saja ketul ketul tapi hati kecik.”sindir Pak Dol sambil ketawa berdekah-dekah.Merah padam muka Basirun tapi dalam hatinya jelas seolah-olah berkata’ tunggula giliranmu ya.

10.00 pagi Kuala Lumpur

Sarah keluar dari kelas dalam keadaan marah.Sampai je di mejanya.Dihentak bukunya ke meja dengan kuat. Panas fikirannya hari ini memikirkan gelagat muridnya. UPSR makin dekat tapi muridnya masih main –main dan tidak bersungguh untuk menempa kejayaan.”Kenapa ni Sarah?”tanya ustazah Salmiah kepadanya.”Macam mana saya tak marah Kak ,UPSR dan dekat tapi kertas exam saya bagi mereka tak buat ,mereka tinggal kosong je.”Sarah meluahkan isi hatinya.”Bukan nak cuba usaha buat ditinggalnya kosong semua.” Hari –hari saya bagi motivasi tapi semua taknak endah.Kalau result turun saya juga yang ditegur.Panat kak,penat sangat.Dahla sekarang banyak sangat program,sampai nak mengajar pun susah.”kata Sarah lagi.Sabar kau Srah ,beginila nasib kita kalau Menteri selalu berubah,selalu bertukar macam macam program baru wujud,kita yang anak –anak ikan jela menjadi mangsa.”Ustazah Salmiah cuba memujuk Sarah.Begitula bezanya seorang yang berlatar belakangkan agama mengawal keadaan.Tidak perlu secara kasar untuk memberikan semangat ,biarla sama-sama menyelami dan empeti untuk apa yang berlaku.Fenomena ini menjadi satu isu yang besar kepada guru-guru masa kini.

Cikgu Sarah adalah seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Klang Lama,di Klang Selangor.Dia masih bujang dan baru je 6 bulan bertugas selepas berehat hamper 6 bulan di kampung. Dia juga teman rapat kepada Firdaus setelah mengambil SPM bersama di Smk Pulau Serai. Namun mereka berpisah kerana keputusan Firdaus tidakla seseberapa bagus berbanding dirinya.Firdaus memperjuangkan nasibnya di STPM manakala Sarah diterima masuk ke Institusi Perguruan di Lembah Pantai. Mereka berdua selalu dipasangkan sewaktu SPM dulu kerena mereka ini mempunyai wajah yang seiras.”Kamu berdua memang sepadan Sarah ,Firdaus.Ingatan Sarah ke belakang sewaktu di bangku sekolah.”Muka kamu sama macam kembar Cuma sorang pakai tudung sorang free hair.hahahaha seloroh Cikgu Dahlia guru Englishnya dulu. Walau bagaimana pun mereka berdua sangat ditegas berkawan oleh ke dua dua ayah mereka .Pak Dol dan Pak Ali amat marah apabila meihat mereka pulang ke sekolah berjalan kaki bersama –sama dulu. Memandangkan sekolah mereka sejauh 15km daripada kampung. Setiap hari Pak Dol dan Pak Ali akan menunggu di depan sekolah untuk mengambil mereka berdua.Apabila ternampa k mereka berdua berjalan bersama-sama Pak Dol terus memanggil Fidaus.”Daus dah aku bagitahu jangan kau kacau anakku,lepas ni aku tak nak kau dekat dengan dia lagi.Lagi sekali aku Nampak kau berjalan dengan dia nahas kau ku kerjakan.Tiba-tiba Pak Ali Getel datang dan ingin memukul Pak Dol kerana memarahi anaknya.”Kalan ank kau tak gatal ,anak aku tak inginla berjalan dengan nak kau tu.puihh.Diludahnya muka Pak Dol.Suasana menjadi tegang mujur beberapa orang ibu bapa yang menunggu anak masing-masing datang menghalang.Mereka berdua ini ibarat anjing dengan kucing.Sarah bingung memikirkan ragam kedua dua orang tua itu kerana dia memang sukakan fidaus .Dia merasakan jiwanya rapat sangat dengan Firdaus. Sayangmya kepada Firdaus hanya tuhan saja yang tahu.

10.30 malam rumah guru-rumah Sarah

Malam itu Sarah tinggal seorang kerana rakan serumahnya semua balik kampung memandangkan esok adalah hari minggu.Kawannya Mariana dan Nora masing-masing telah pulang ke kampung halaman masing-masing iaitu Kedah dan Kelantan. Malam ini dia akan tinggal seorang.Suasana sanagat sunyi kerana blok rumah terletak agak terpencil di belakang sekolah. Sarah asyik menonton televisyen ambil makan kacang tanah yang di beli petang tadi.Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.Sarah terperanjat.”Siapa pula malam-malam jam 11 lebih ni datang”Sarah bersuara hairan.Terasa hatinya berdebar-debar.Dia rasa tak sedap hati. Ketukan di pintunya hanya berbunyi 5kali kemudian berhenti.Seram.takut.rimas.benci.semuanya wujud dalam jiwa Sarah.Sudahla dia begitu tertekan dengan kerja di sekolah.Datang pula masalah yang baru.”Siapa tu kalau orang bunyila salam,kalau iblis ..kau tiba-tiba Sarah berhenti bercakap kerana dia rasa tidak sedap hati.Sarah menjadi begitu kasar sejak beberapa hari ini. Begitula guru muda yang baru memulakan tugas tanpa pengalaman dalam duni pendidikan yang mencabar masa kini. Pintunya berhenti diketuk setelah Sarah bersuara. Selang 5 minit pintunya kembali diketuk.Sarah bingkas bangun dan mencapai tombol pintunya untuk dibuka.Dia menjenguk d luar tiada susuk tubuh manusia pun yang dilihat kecuali seekor kucing hitam yang biasa berkeliaran di luar rumahnya.Sarah kelu dengan pantas dia pun menutup pintu umahnya dengan cepat. Sarah pun kembali duduk di sofa dan meinggikan volume televisyen agar bunyi-bunyi pelik tidak didengarinya.Keadaan menjadi tenanag seketika.

Pukul 12.30 malam di dapur rumah sarah

DVD filem Ombak rindu lakonan Lisa Suriani dan Aron Aziz telah dipasang oleh Sarah.Hari ini dia akan tidur lewat kerana ingin mengisi data online markah peperiksaan anak muridnya.

Walau pun diganggu 2 jam yang lalu,Sarah memberanikan diri dengan berfikiran positif mungkin pengawal keselamatan yang sengaja bergurau dengannya. Dahlan yang sebaya dengannya selalu mengusik dia semasa berjumpa di sekolah. Seolah-olah Dahlan berminat dengannya tetapi Sarah tidak berminat kerana mereka ini tidakla sepadan .Taraf Dahlan yang hanya seorang pengawal keselamatan sedangkan dia adalah seorang guru. Bukanla dia berniat untuk mengaibkan Dahlan tapi dia anggap itu adalah lumrah kehidupan. Sarah tekun memasuk markah murid dalam pengkalan data. Sedar tak sedar jam menunjukkan jam 1.30 pagi. Matanya sedikit merah menahan pancaran sinaran screen monitorlaptopnya. Sarah merasakan tekaknya sangat kering,dia pun pergi ke dapur.Takutnya tadi sudah hilang. Sarah mencapai gelas gelas kaca bergambar hello kitty lalu dituangk an air mineral sejuk dari peti aisnya. Selesai meneguk Sarah sempat menjenguk di luar tingkap rumah. Sebujur tubuh berdiri memandangnya. Berambut panjang , tubuhnya disarung baju putih penuh lumpur dan wajahnya jelas kelihatan cukup menakutkan. Sarah menggigil ketakutan.Gelas dipegangnya jatuh dilantai.Sarah pun bergegas segera ke dalam biliknya. Dicapainya telefon bimbit jenama Sony. Dengan tergesa-gesa Sarah cuba menelefon Ustazah Salmiah. Tiba –tiba dengan tidak semena mena bekalan elektrik rumahnya terputus. Sarah sangat takut serentak dengan itu bunyi ketukan pintu rumahnya kembali.Tok!tok! pintu umh diketuk kuat.Tok ! tok! Pintu umahnya diketuk lagi. Sarah bersembunyi di sudut bilik tidurnya sambil menekup muka. Sarah memberanikan diri melihat diluar biliknya.Dia Nampak satu lembaga putih dengan rambut mengerbang melintas dari dinding umahnya dan mengilai dengan suara yang sangat menyeramkan.Pandangan mata Sarah gelap.Pengsan. Sarah pengsan.

11 pagi Hospital Klang

Sarah masih pengsan.Kelihatan Pak Dol dan Ustazah Salmiah juga berada di tepi katil Sarah. Nasib baik Ustazah Salmiah datang pagi tadi setelah dia menerima panggilan jam 130 pagi.Waktu itu dia dah tido.Dia hanya perasan apabila melihat telefonnya jam 730 pagi tadi.Dia pun bergegas ke rumah Sarah.Dialah yang terjumpa Sarah pengsan dibiliknya. Mujurla dia juga ada menyimpan kunci pendua rumah itu.

Pak Dol kelihatan muram.Dia sangat risau sekarang.”Dia semakin dekat.”tiba –tiba Pak Dol bersuara perlahan.”Dekat?’Ustazah yang kebetulan berada di situ juga hairan melihat gelagat Pak Dol. Dia pun beredar keluar walaupun Sarah masih belum sedarkan diri.

Sarah telah sedar selepas beberapa jam.Dia sangat takut.Inila kali pertama dia diganggu dengan Pontianak.Ayahnya Pak Dol telah bergegas ke Klang menggunakan kapal terbang setelah dihubungi oleh Ustazah Salmiah.

3 petang di luar pagar Hospital Klang

Keadaan cuaca sangat panas.Pa Dol menghembuskan asap rokok secara perlahan-lahan.Dia risau.”Kenapa dia muncul?”Tanya Pak Dol di dalam lubuk hatinya.Dia menghabiskan sebatang rokok kemudian dia pun bergerak masuk ke bangunan hospital bagi melihat perkembangan anaknya.

4 petang Restoran Thai Asli Pasir Mas Kelantan

Dahlia sedang menjaga kaunter Restoran Thai Asli yang terletak di pinggir jalan .Pada petang itu pelanggannya tidaklah terlampau ramai. Kebiasaannya pelanggan di sebelah malam sangat ramai terutama pada hari minggu kerana pada waktu itu ramai orang membawa keluarga untuk makan bersama.Tradisi orang tempatan ini merupakan satu budaya yang harmoni namun membawa sedikit keburukan terutama melibatkan kesihatan. Menurut pakar kesihatan kita tidak digalakkan makan yang berat pada waktu malam. Tidak hairanlah orang Malaysia ramai yang mati kerana makanan berbanding negara luar yang mati kerana kekurangan makanan. Dahlia juga kenal dengan cikgu Sarah.Mereka hanya dibezakan 2 tahun lebih muda dengan Cikgu Sarah .Namun disebabkan hubungan Pakdol dan Basiron yang rapat sejak muda lagi hubungan dia dan Sarah pun begitu erat. Berbeza dengan Sarah yang lebih cenderung kecemerlangan di bidang akademik.Dia memilih bidang perniagaan bersama suaminya berassal dari Pasir Mas Kelantan. Pencapaian akademiknya tidaklah sebagus Sarah. Tetapi Dahlia mahu membuktikan dia pun boleh berjaya seperti orang lain yang lebih hebat akdemiknya. Moralnya di sini walaupun kita gagal dalam akademik tidak semestinya kehidupan kita berakhir di situ. Rezeki kita mungkin bukan dengan jalan akademik mungkin juga jalan kita di bidang lain seperti perniagaan, kemahiran , Malangnya masih ada orang yang kecewa jika gagal dalam peperiksaan.Mungkin perdedahan kepada sumber lain yang boleh dilakukakan selain akademik kurang. Bagi Dahlia dengan cara perniagaan dia boleh cepat untuk mencapai kekayaan.

Perniagaaannya di Restoran Thai Asli amatla memberansangkan. Dengan hasil pendapatan itu dia berjaya membesarkan anak-anak ,membeli rumah dan kenderaan sendiri.

Waktu operasi restorannya dari jam 12 tengahari hingga 3.00pagi. Suaminya ialah seorang pemandu teksi yang berasal dari Rantau Panjang. Suaminya bernama Ayob .Pelanggan mereka memanggil suami Dahlia Si Yob Senduk Tuah. Memang masakan Si Yob Senduk Tuah memang terutama tomyamnya yang pedas dan serba lengkap rasanya. Sebutnya saja namanya sekitar Kelantan ini amat mengenalinya dengan resepi tomyam dan “ lauk hidang” yang bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Menjelang jam 12 tengahari restoran mereka akan penuh dengan pelanggan yang menjadi peminat setianya sudah lama.

Jam 3 petang di Restoran Thai Asli

Seorang lelaki menuju ke dalam restoran Dahlia dengan tergesa-gesa. “Assalamualaikum Puan ,masih ada lagi tak kari ayam dan ikan keli goreng ?tanya nya. Dahlia pun menuju ke trill lauknya yang panjang itu hampir semua kosong.”Oh maaf encik dah habis hari ini ramai orang.”kata Dahlia dengan sopan dan santun. Lelaki itu pun bergegas pulang ke kereta kemudian bergerak dengan laju seolah-olah kecewa.”Syukur abang hari ini lauk kita habis jam 3 lagi.Biasanya mahu jam 4 juga habis.”kata Dahlia kepada Si Yob Senduk Tuah.

Si Yob Senduk Tuah hanya senyum dan dia memang tidak banyak cakap. Baginya semua rezeki itu datang Allah sang pencipta.Memang hari ini jualan mereka sangat luar biasa laris mungkin kerana hari ini adalah hari gaji. Jadi tentulah semua datang kerana poket masih penuh. Sekali sekali makan mewah dan sedap tentulah menjadi kelaziman. Setelah selesai pekerjanya membersih bekas-bekas lauk mereka akan bersedia pula dengan menu makan malam iaitu masakan panas. Masakan panas ialah masakan yang dimasak apabila disorder sahaja. Di sinila kepakaran Si Yob Senduk Tuah menyediakan tomyam dikagumi. Tomyamnya memang nombor 1 di daerah Pasir Mas.

Masakannya sudah bermula jam 5 petang . Orang ramai sudah ada yang datang tetapi tidakla sehebat selepas Isyak.

Jam 1 pagi Restoran Asli Thai

Pada malam itu,Dahlia anak kepada Basirun senyum lebar kerana keuntungan bersih mereka adalah RM1110.40. Memang menguntungkan dan ini sangat mengembirakan mereka. Malam ini mereka tutup awal memandangkan esok adalah hari Jumaat. Selepas selesai menghantar pulang semua pekerjanya yang terdiri hamper semua orang Thailand, mereka berdua pun pulang segera ke rumah mereka dengan menaiki HILUX.

“Abang esok saya nak ke rumah Abang Lokman nak beli rempah untuk kedai.”beritahu Dahlia kepada Si Yob.”Boleh jugak kalau lepas Asarla ye,aku penatla nak rehat juga.”kata Si Yob . Mereka pun meneruskan perjalanan di dalam malam yang pekat. Suasana sangat sunyi kerana semua penduduk sudah awal tidur. Rumah mereka bersebelahan Hosptal Pasir Mas di Kiat. Setelah hampir melepasi hujung pagar hospital berkenaan tiba-tiba kereta mereka ditahan oleh seorang perempuan tua dalam lingkungan 70an. Suasana menjadi seram. Mujurlah lampu jalan memberikan mereka sedikit cahaya.

“Abang jangan berhenti bang!”jerit Dahlia.”Eh kamu ni itu orang tuala macam sebaya mak abangla. kesian pulak”Si Yob bersuara. Dia pun memberhentikan kereta di depan perempuan tua itu. Perempuan itu berbaju kurung merah bertudung putih dan berwajah gelap. Si Yob telah menurunkan cermin keretanya tetapi dia sukar melihat wajah perempuan itu.Si Yob terkenal bukan kerana kepakarannnya sahaja tetapi sifat baik hati dan tidak sombongnya juga. “Assalamualaikum nenek nak ke mana ya?”Tanya Si Yob. Tanpa menjawab perempuan itu terus membuka pintu HILUXnya dan terus duduk di belakang. “Ini mustahil!” bisik hati Si Yob Senduk Tuah. Setahu Si Yob dia sudah mengunci pintu keretanya secara automatik .Si yob tenang kerana mungkin dia sudah membuka kunci pintu keretanya Si Yob menyedapkan hatinya.

Jam menunjukkan jam 2 pagi.Suasana tiba –tiba menjadi seram.Dahlia memandang si Yob dengan mata yang membulat.Dia amat marah kerana suaminya tidak mahu mendengar nasihatnya agar tidak mengambil perempua itu .Baru sekarang Si Yob menyesal. Tetapi sudah terlambat kerana perempuan tua itu sudah di belakang keretanya. Mereka berdua sangat takut. Si Yob dengan berani memandang ke belakang dan buat buat bertanya.”Mak cik mahu saya hantarkan ke mana?”tanya Yob terketar-ketar.Sambil dia cuba melihat mata perempuan itu.Yang peliknya muka perempuan itu gelap dan tidak Nampak apa pun.”Mak cik kalau jauh sangat saya tak hantar sebab umah saya tepi hospital ni je,”ujar Yob lagi selepas pertanyaan pertamanya tidak berjawab. “ Tak payah kamu susah susah hantar saja aku di tepi kuburan ya,” suara perempuan tua itu ala-ala Indonesia.”Kuburan mana makcik?”tanya Dahlia menyampuk. “Ada kuburan di Jalan Manggis dekat hujung kampong di situ ada rumah anakku.”jawab perempuan tua itu.

Dahlia pun menyiku suaminya agar cepat-cepat bergerak ke sana. Dalam perjalanan mereka berdua terhidu bau bangkai yang amat busuk. Baunya amat pekat masuk ke dalam rongga hidung. Bulu roma sudah terpacak berdiri. Di belakang perempuan tua itu sedang berkumat kamit membaca jampi serapah.

“Membeem grem wwang limat kunat lisinibliss.” Itulah bunyi yang mereka dengar.Memang sangat-sangat menyeramkan.

Hilux mereka bergerak masuk ke simpang tiga yang dikelilingi pokok getah. Setahu Yob jalan yang mereka akan tempuhi ini tiada rumah orang.Tetapi menurut perempuan tuan itu rumah anaknya di sana.

“Membeem grem wwang limat kunat lisinibliss “ perempuan itu membaca lagi“Membeem grem wwang limat kunat lisinibliss “diulang lagi tidak berhenti.

Mentera menyeramkan itu terus dibaca sambil mulut berkumat kamit. Wajah perempuan itu sukar juga untuk dilihat. Sudah beberapa kali Dahlia mencuri lihat melalui cermin keretanya tetapi tidak berjaya.

Kereta Hilux itu meredah jalan yang sempit secara perlahan.Suasana sangat sunyi. Si Yob pun cuba memasang radio keretanya tetapi tidak Berjaya. Seolah –olah radionya tidak berfungsi.

“Makcik makcik dimana umah mkcik sebenarnya.?”tanya Yob dengan kuat.Tiba –tiba dia berasa tidak selesa dan dia perlu melawan kalau benar itu syaitan.

Tanpa jawapan suasana terus menyeramkan. Dahlia pun memusingkan kepala untuk melihat di belakang keretanya.Alangkah terkejutnya perempuan tua itu tiada dalam keretanya. Tanpa banyak soal Si Yob pun menekan minyak untuk meninggalkan kawasan itu. Tiba –tiba perempuan tua itu muncul di depan jalan .

Perempuan itu betul-betul di depan keretanya dalam 15 langkah sahaja. Bau busuk mula menusuk ke dalam keretanya.

“Ah ,aku langgar kau syaitan!” jerit Si Yob.

Tercampak tubuh perempuan tua itu ke dalam semak.Tanpa banyak cerita kereta itu dipecut sehingga ke jalan besar.Tetapi bau busuk makin kuat.mereka berdua pun terkejut besar apabila bangkai anjing yang berulat terbujur di kerusi belakang tempat perempuan tua itu duduk. Mereka berdua pun memberhentikan kereta dan turun keluar.

9.00 pagi Kampung Baru Kuala Abang

Berita anak Basirun dan Pak Dol terus menjadi viral di kampung. Facebook dan whatsApp group kumpulan mereka tidak berhenti menyampai maklumat berkenaan serangan puaka perempuan itu.

“Ini tidak masuk akal!” bentak Pak Dol. Bagaimana puaka ini kembali lagi.

12.30 Tengahari di rumah Firdaus

Firdaus dilihat sedang sibuk melayan whatsApp yang tidak henti-henti masuk ke dalam group yang diciptanya.Dia adalah admin kepada group remaja Kg Baru yang terdiri daripada 10 ahli sahaja .Semua rakan dan saudara rapat berada dalam group itu.Mereka terdiri daripada dia sendiri, Sarah, Dahlia, Yob Senduk Tuah, Hanafi, RazalI dan beberapa rakan baik mereka.Di dalam group itu pelbagai info dikirimkan. Fenomena penggunaan whatsApp ini sangat cepat merebak. Memang ada baik dan buruknya penggunaannya. Segala berita cepat sampai berbanding dahulu.Mereka mudah berkongsi gambar dan, maklumat dengan jelas. Bertalu-talu bunyi smartphone Samsung Note 4 milik Firdaus datang.Semuanya berkisar tentang kejadian yang menimpa mereka semua sejak kebelakangan ini. Yang paling baru adalah Si Yob dan isterinya Dahlia telah diganggu makhluk ganjil itu.

Tamat Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.