Home Cerpen Thriller/Aksi AKU ROHINGYA-MOHD KHAIRU(tamat)
AKU ROHINGYA-MOHD KHAIRU(tamat)
mohd khairu ab razak
31/5/2015 22:55:06
1,327
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

AKU ROHINGYA KARYA MOHD KHAIRU

Malam gelap gelita. Yassin melihat bulan yang bulat dan begitu cerah.Dalam pancaran sinaran bulan dia dapat melihat kelibat rakan-rakan sebangsa dengannya. Semua rakan-rakan mengerang kesakitan ,kelaparan,kepenatan ,kesengsaraan dan kepayahan dalam perilaku manusia yang tiada perikemanusiaan.Mereka kesejukkan yang amat memeritkan. Mereka bangsa yang sedikit gelap seperti bangsa Bangladesh tapi mereka berasal dari negara Myammar. Merekala manusa yang dipanggil bangsa rohinya. Sebuah bangsa yang amat malang dengan penindasan manusia berhati binatang.”Salahkan kami sujud kepada Allah”?keluh hati Yassin.

Dia bergenang air mata mengenangkan bagaimana sanak saudaranya di bunuh,dirogol,di seksa dan dizalimi seteruk-teruknya.Mereka dizalimi oleh manusia yang anti Islam. Kenapa?mengapa?Siapa yang harus disalahkan. Air matanya mengalir laju mengenangkan nasib mereka.Yassin melihat sekeliling kawasan kandang mereka.Air hamper ke paras lutut mereka.Mereka semua berdiri setelah dihujani hujan lebat pada petnag tadi. Walaupun mereka dapat minum air hujan tapi itu tidak membantu mereka untuk bertenaga menghadapi hari esok.Masing-masing sudah penat dan lapar.Kuku dan kaki masing-masing mula mengembang dan merekah kesejukkan. Ramai rakannya yang demam dan sakit. Baik mati dari hidup. Yassin selalu membayangkan agar nyawanya dapat dicabut cepat oleh Allah.Tidak sanggup dia diuji dengan ujian yang maha daskyat itu.

Itula wajar diberi kepada mereka. Semua tidak berani bersuara kerana penjaga mereka adalah binatang yang bersenjatakan kayu,parang,pedang, pistol dan senjata yang berbahaya. “Semuanya ada 10 orang”keluh Yassin.Perutnya berkeriut kencang dengan bunyi dan nafas yang berbau hanyir. Hampir 2 hari sudah dia dan rakan tidak menjamah makanan. Biasanya esok mugkin mereka akan diberikan makanan yang kebiasaannya adalah sedikit nasi kosong berlaukkan bilis dan ubi rebus.Pada malam itu ,Yassin bersama hamper 300 orang tahanan Rohingya yang terdiri darpada lelaki .Manakala di sudut hujung sana terdapat satu lagi kandang yang dibina khas untuk golongan perempuan.Di sebelah Yassin ada beberapa rakannya yang juga dari daerah yang sama di Myammar.Semuanya kelihatan tenat dengan kelaparan dan kesakitan.Rakannya Abdul memegang kayu kandang dengan kuat kerana belakangnya pedih setelah dipukul petang tadi. Dia di pukul kerana dia biisng kerana terlalu lapar.Pengawal tersebut menyuruhnya diam tapi dia tetap bising minta makanan.Akibatnya pengawal itu menarik Abdul keluar dan menghayunkan kayu setebal segenggaman penumbuk. Kayu itu dihayunkan setinggi paras kepala dan dihentak ke paras pinggang Abdul hamper 7 kali.Abdul mengerang kesakitan sambil darah mengalir dari luka pukulan tadi.Derita Abdul hanya mampu dilihat oleh rakan-rakan dengan mulut yang berkunci.

Mereka tidak boleh menangis atau bersuara. “Sesiapa bising aku hentak dengan kayu ni,faham kan.”jerit seorang pengawal itu. Yassin hanya mampu melihat kawanya Abdul dibelasah. Sepanjang 2 minggu berada di situ dia sudah melihat tidak kurang 30 kematian.Mayat rakannya yang mati akan dikumpulkan di sebuah lubang lalu ditanam. Boleh dianggap nyawa orang Rohingya seperti tisu saja.Tiada nilai.Yassin tidak berminat untuk hidup lagi. Tapi malam tu dia teringat pesan ibunya .

“Nak,kalau kalau mahu selamat kau larila ke negara Islam kau larilah ke Malaysia. Orang Malaysia baik-baik”.nasihat ibu Yassin.

Mata Yassin tiba tiba cerah dan bersemangat.Yassin mencuit rakannya Abdul.”Abdul kita lari!kita lari!ajak Yassin. Macamana kita nak lari mereka ramai. Kita tunggu mereka mabuk.Yassin memberi idea.

Sepanjang Yassin berada di kandang itu dia dapat lihat pengawal akn mula mabuk apabila larut malam .Mereka bukan saja mabuk.Mereka akan memilih wanita Rohingya di kandang sebelah untuk dikenduri beramai-ramai.

“Manusia jahanam!”Yassin geram.Yassin pun berbisik sesama sendiri.Mereka merancang strategi. Malam itu cukup sejuk. Bau busuk menutup ke dalam hidung mereka.Mana tidaknya najis bercampur di dala kandang mereka.Tidak ubah kandang mereka seperti kandang babi.

Yassin dan Abdul cuba mencabut tiang kayu yang ditanam di dalam tanah itu. Masa itu tanah menjadi lembik kerana air bertakung di paras lutut. Walaupun dibantu air,kayu yang ditanam cukup sukar untuk dicabut. Malam itu juga nyamuk sangat banyak.Tidak menang tangan dia menampar nyamuk. Mungkin kepenatan tidak makan menyebabkan kudrat mencabut kayu itu tidak kesampaian.” Kita usaha sikit-sikit Abdul.Biar lambat asal selamat!semangat Yassin membuak-buak.Kalau ditakdir aku mati aku redha,aku sanggup.kata Abdul kepada Yassin. Dari jauh mereka melihat 5 orang pengawal sedang memperkosa 2 orang gadis Rohingya secara bergilir-gilir. Mereka cukup seronok dengan jenayah yang mereka lakukan.

Yassin dan Abdul merupakan anak jati Rohingya yang ingin datang ke Malaysia mencuba nasib. Mereka telah menjual tanah di kampung untuk melunaskan bayaran ejen sebanyak RM8000 untuk datang ke Malaysia. Perjalanan mereka bermula dengan menaiki trak lama selama 3 hari kemudian mereka di pindahkan kedalam bot dan menempuh perjalanan hampir 5 hari. Semasa di dalam bot barulah mereka sedar sebenarnya mereka telah masuk mulut buaya.Mereka kecewa tapi apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur.

Yassin dan Abdul merasakan kayu yang mereka cuba cabut memang sukar kerana telah ditanam dalam-dalam. Dalam kegelapan malam mereka berpusing-pusing menggeledah kayu mana yang dirasakan mudah untuk dicabut.”Sini ,Abdul aku rasa kayu sini mudah sikit.!Tak dalam mereka tanam.”Yassin memanggil Abdul.

Hujan mula turun semula. Angin sedikit kencang,Semua tahanan menggeletar kesejukkan .Abdul dan Yassin berpelukkan sesame mereka.Sejuk sampai ke tulang sum –sum.

Mereka mengharung air secara perlahan-lahan . Sebatang kayu telah Berjaya mereka cabut. “Kita cabut satu lagi.”Abdul semakin bersemangat.Walau pun pandangan sekeliling gelap, mereka perlu juga berhati-hati kerana pengawal sentiasa meronda. Pengawal diletak disetiap penjuru kawasan. Tiba-tiba pengawal menyuluh kawasan tahanan mereka.Yassin pun cepat-cepat memacak semula tiang kayu dan berpura-pura sedang tidur.

Apabila pengawal tidak menyuluh lagi. Mereka berdua kembali melaksanakan rancangan mereka.Satu kayu lagi telah dicabut. Peluang mereka untuk melarikan diri kelihatan amat cerah.Mereka menyelinap masuk diruang 2 batang kayu itu secara perlahan-lahan. Langkah mereka diperlahankan.

Sesudah Berjaya keluar dari kandang itu,Abdul dan Yassin pun meniarap secara perlahan-lahan.Mereka berjalan meniarap sejauh 200 meter di dalam kegelapan malam. Apabila merasakan suasana sekitar selamat mereka pun bangun dan mempercepatkan langkah. Mereka meredah hutan yang tebal. Biarpun kalau ada harimau sekali pun mereka tidak gentar.Hati mereka sudah nekad kalau mati biarla mati dengan perjuangan daripada mati katak.

“Yassin, gelapnya kau tak takut ke?” Tanya Abdul perlahan.”Kita takleh takut Abdul.Hidup mati kita bergantung kepada usaha dan nasib kita pada malam ini.”Yassin memberi semangat kepada Abdul.

“Kau mahu mati berkubur di hutan ini?” Tanya Yaasin lagi.Abdul menggeleng-geleng kepala.

Mereka berdua berjalan perlahan –lahan agar usaha mereka ini tidak dapat dijejaki penjenayah itu.Mereka berjalan lebih kurang 2 jam , boleh dianggarkan sekitar 2 pagi.Malam kembali pekat setelah cahaya bulan dilindungi awam tebal. Menurut Yassin pengawal mereka tadi sukar untuk mengesan tahanan yang hilang kerana jumpa mereka hampir 300 lebih dan mempunyai wajah yang hampir sama. Semasa keluar dari kandang tadi mereka telah memasang semula kayu yang dipacakkan di lantai tanah dengan cukup sempurna.

Hampir 3 jam berjalan,mereka terdengar bunyi 4x4 hilux bergerak ke arah mereka. “Ayuh kita bersembunyi!ajak Yassin. Mereka pun masuk ke dalam semak yang berhampiran dengan segera. Hampir 5 minit sebuah hilux telah muncul dengan muatan penumpang di belakang dianggarkan seramai 30 orang yang berhimpit. Dari jauh Yassin dan Abdul melihat mereka semua seolah-olah gembira datang ke sini. Yang pastinya mereka pasti tidak tahu mereka telah ditipu.Keluar mulut singa mereka masuk semula mulut buaya.Tiada bezanya.

Kesemua yang datang sebenarnya dijanjikan kerja yang bergaji lumayan. Mereka bangsa Rohingya cukup susah di negara mereka sendiri. Justeru itu tawaran yang ditawarkan ejen yang berjanji akan membawa mereka ke Malaysia. Dalam tawaran itu mereka mesti membayar yuran sebanyak RM8000 . Dengan bayaran itu mereka akan diberikan pekerjaaan,, tempat tinggal dan peluang untuk hidup.Sebenarnya mereka dipengaruhi oleh rakan mereka sendiri yang telah lama berada di Malaysia. Seperti Yassin dan Abdul sendiri telah dipengaruhi oleh Daud yang hampir 10 tahun berada di Malaysia.Pada bulan lalu Daud pulang ke kampung mereka dengan gaya yang cukup meletakkan pandangan kami terhadap dia amat tinggi.Harapan dan janji ditaburkan betul-betul menyemarakkan kami.

“Buat apa kau di sini,semua peluang ekonomi,pendidikan,sosial dan sukan kita disekat.”pujuk Daud kepada sekumpulan rakan Rohingyanya. Kata-kata semangat itu cukup membuatkan Yasssin dan Abdul memasang niat untuk berhijrah ke Malaysia.

“Kamu sediakan RM8000 je,yang lain aku uruskan.”janji Daud kepada mereka.Hakikatnya apabila mereka sampai di sini lain pula yang jadi.

Tapi sebenarnya Daud telah menipu mereka. Daud sebenarnya adalah petualang yang menjadikan mereka tebusan. Setelah sampai di Malaysia mereka semua telah dijadikan tebusan. Mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM5000 daripada waris di negara asal mereka.

“Kami tiada duit Daud.”kata Yassin kepada Daud ketika diminta menyediakan duit sebanyak RM5000.”Aku datang sini pun hasil duit jualan tanah pusaka aku””.Aku adalah harapan mak dan adik aku.Manala mereka nak cari duit .Semuanya dilaburkan ke atas aku.jelas Daud.”

Setelah mendengar alasan Yassin. Daud dilihat berbincang dengan seorang lelaki yang berumur lingkungan 40an.Tiba-tiba Daud datang dan memberitahu Yassin.

“Ha ha ha selepas ini kau akan dihantar ke lubang kubur jika duit RM5000 tu keluarga kau tak bayar!”ketawa Daud.Mukanya sudah dipandang seperti iblis.Iblis yang paling jahat dikalangan iblis-iblis. Masa itu Yassin menganggap dia pasti akan mati kerana keluarganya di kampung bukanlah orang yang berduit. Di sini jelasla Daud bukan Daud yang dulu.Daud adalah seorang pelakon handalan dalam dunia penjenayah.

“Ayuh mereka sudah jauh ke depan.Mari kita gerak.”kata Abdul. Mereka berdua meneruskan perjalanan dengan berhati-hati.Mereka tahu kalau mereka ditangkap nahasla jawabnya. Yunus juga pernah melihat bagaimana seorang tahanan cuba melarikan diri. Tahanan telah berlari dengan sekuat hati. Tanpa banyak soal seorang pengawal telah mengejar dan menetak leher tahanan sehinggaa kepada terpisah dari badan. Mayat tahanan itu telah dihumban ke dalam gaung yang berhampiran.

Peristiwa itu menjadikan mereka lebih berhati-hati. Lebih kurang sejam perjalanan di dalam gelap. Dari jauh Yassin mendengar suara beberapa orang pengawal yang amat dikenalinya.

“Mereka dah tahu kita hilang. Cepat ,kita sembunyi dalam semak tu.!”Yassin menunjuk kepada Abdul semak yang lebat di bawah lembah itu.

Yassin dan Abdul mengintai dari celahan daun-daun semak kelibat 7 orang pengawal mengacu mesingan ke arah pancarn lampu suluh mereka. Nasib mereka berdua baik kerana pengawal tidak menyuluh di kawasan mereka.


“Kita rehat dulu di sini b iar mereka kembali semula ke kawasan tahanan barula kita boleh lari.”ujar Yassin.Mereka berdua terlena dan nyeyak tidur kerana keletihan. Tiba –tiba sayut-sayut kedengaran suara azan. Yassin dan Abdul terjaga dan bersyukur kepada Allah kerana mereka sudah dekat dengan kampung untuk meminta pertolongan.

Baru mereka berdua ingin bangun. Dengan tidak semena-mena bunyi tapak kaki jelas kedengaran. Hidung Yassin juga tercium bau asap rokok. Pengawal tadi sudah kembali dari proses pencarian. Mereka melintasi kawasan persembunyian Yassin dan Abdul. Akhirnya mereka melepasi Yassin dan Abdul.

Selang 30 minit kemudian Yassin dan Abdul pun bangun dan bergegas menyusul ke arah suara azan tadi.Lebih kurang sejam berjalan kaki. Mereka berdua nampak satu perkampungan kecil di kawasan sebelah bukit. Mereka mendekati perkampungan itu secara perlahan-lahan.

Ada beberapa orang kampung memandang mereka tanpa menegur.Mungkin mereka takut melihat kami yang sangat kotor dan menakutkan dengan muka yang cengkung. Tiba –tiba ada penghuni sebuah rumah berwarna hijau melambai-lambai tangan kepada mereka berdua.

Mereka diberikan sebuku roti dan 2 botol air mineral 1500ml. Senyuman yang diberikan dan perkataan yang diucapkan walaupun Yassin dan Abdul tidak faham jelas menunjukkan mereka berniat baik.

Tanpa banyak cakap mereka berdua makan dengan gelojoh kerana sudah lama mereka tidak makan. Setelah makan mereka meneruskan perjalanan.

Setelah berjalan beberapa batu mereka nampak sebuah lori membawa beras sedang berhenti di tepi jalan.Yassin dan Abdul pun melompat ke belakang lori tersebut.

“Ayuh kita tinggalkn neraka ini.Walau pun kita akan pergi ke satu tempat yang kita tidak tahu.Tapi kita tak kan lupa diri kita yang sebenar.” Kata Yassin.

“AKU ROHINGYA.KAU PUN ROHINGYA,KAU DAN AKU ROHINGYA.”kata Yassin .

TAMAT.SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR BANGSA ROHINGYA SELAMAT DI BUMI ALLAH.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.