AKU ROHINGYA
KARYA MOHD KHAIRU
Malam
gelap gelita. Yassin melihat bulan yang bulat dan begitu cerah.Dalam pancaran
sinaran bulan dia dapat melihat kelibat rakan-rakan sebangsa dengannya. Semua
rakan-rakan mengerang kesakitan ,kelaparan,kepenatan ,kesengsaraan dan
kepayahan dalam perilaku manusia yang tiada perikemanusiaan.Mereka kesejukkan
yang amat memeritkan. Mereka bangsa yang sedikit gelap seperti bangsa
Bangladesh tapi mereka berasal dari negara Myammar. Merekala manusa yang
dipanggil bangsa rohinya. Sebuah bangsa yang amat malang dengan penindasan
manusia berhati binatang.”Salahkan kami sujud kepada Allah”?keluh hati Yassin.
Dia
bergenang air mata mengenangkan bagaimana sanak saudaranya di bunuh,dirogol,di
seksa dan dizalimi seteruk-teruknya.Mereka dizalimi oleh manusia yang anti
Islam. Kenapa?mengapa?Siapa yang harus disalahkan. Air matanya mengalir laju
mengenangkan nasib mereka.Yassin melihat sekeliling kawasan kandang mereka.Air
hamper ke paras lutut mereka.Mereka semua berdiri setelah dihujani hujan lebat
pada petnag tadi. Walaupun mereka dapat minum air hujan tapi itu tidak membantu
mereka untuk bertenaga menghadapi hari esok.Masing-masing sudah penat dan
lapar.Kuku dan kaki masing-masing mula mengembang dan merekah kesejukkan. Ramai
rakannya yang demam dan sakit. Baik mati
dari hidup. Yassin selalu membayangkan agar nyawanya dapat dicabut cepat oleh
Allah.Tidak sanggup dia diuji dengan ujian yang maha daskyat itu.
Itula
wajar diberi kepada mereka. Semua tidak
berani bersuara kerana penjaga mereka adalah binatang yang bersenjatakan
kayu,parang,pedang, pistol dan senjata yang berbahaya. “Semuanya ada 10
orang”keluh Yassin.Perutnya berkeriut kencang dengan bunyi dan nafas yang
berbau hanyir. Hampir 2 hari sudah dia dan rakan tidak menjamah makanan.
Biasanya esok mugkin mereka akan diberikan makanan yang kebiasaannya adalah
sedikit nasi kosong berlaukkan bilis dan ubi rebus.Pada malam itu ,Yassin
bersama hamper 300 orang tahanan Rohingya yang terdiri darpada lelaki .Manakala
di sudut hujung sana terdapat satu lagi kandang yang dibina khas untuk golongan
perempuan.Di sebelah Yassin ada beberapa rakannya yang juga dari daerah yang
sama di Myammar.Semuanya kelihatan tenat dengan kelaparan dan
kesakitan.Rakannya Abdul memegang kayu kandang dengan kuat kerana belakangnya
pedih setelah dipukul petang tadi. Dia di pukul kerana dia biisng kerana
terlalu lapar.Pengawal tersebut menyuruhnya diam tapi dia tetap bising minta
makanan.Akibatnya pengawal itu menarik
Abdul keluar dan menghayunkan kayu setebal segenggaman penumbuk. Kayu
itu dihayunkan setinggi paras kepala dan dihentak ke paras pinggang Abdul hamper
7 kali.Abdul mengerang kesakitan sambil darah mengalir dari luka pukulan
tadi.Derita
Abdul hanya mampu dilihat oleh rakan-rakan dengan mulut yang berkunci.
Mereka
tidak boleh menangis atau bersuara. “Sesiapa bising aku hentak dengan kayu
ni,faham kan.”jerit seorang pengawal itu. Yassin hanya mampu melihat kawanya
Abdul dibelasah. Sepanjang 2 minggu berada di situ dia sudah melihat tidak
kurang 30 kematian.Mayat rakannya yang
mati akan dikumpulkan di sebuah lubang lalu ditanam. Boleh dianggap nyawa orang
Rohingya seperti tisu saja.Tiada nilai.Yassin tidak berminat untuk hidup lagi.
Tapi malam tu dia teringat pesan ibunya .
“Nak,kalau kalau mahu selamat kau larila ke
negara Islam kau larilah ke Malaysia. Orang Malaysia baik-baik”.nasihat ibu
Yassin.
Mata
Yassin tiba tiba cerah dan bersemangat.Yassin mencuit rakannya Abdul.”Abdul
kita lari!kita lari!ajak Yassin. Macamana kita nak lari mereka ramai. Kita
tunggu mereka mabuk.Yassin memberi idea.
Sepanjang
Yassin berada di kandang itu dia dapat lihat pengawal akn mula mabuk apabila larut
malam .Mereka bukan saja mabuk.Mereka akan memilih wanita Rohingya di kandang
sebelah untuk dikenduri beramai-ramai.
“Manusia
jahanam!”Yassin geram.Yassin pun berbisik sesama sendiri.Mereka merancang
strategi. Malam itu cukup sejuk. Bau busuk menutup ke dalam hidung mereka.Mana tidaknya
najis bercampur di dala kandang mereka.Tidak ubah kandang mereka seperti
kandang babi.
Yassin
dan Abdul cuba mencabut tiang kayu yang ditanam di dalam tanah itu. Masa itu
tanah menjadi lembik kerana air bertakung di paras lutut. Walaupun dibantu
air,kayu yang ditanam cukup sukar untuk dicabut. Malam itu juga nyamuk sangat
banyak.Tidak menang tangan dia menampar nyamuk. Mungkin kepenatan tidak makan
menyebabkan kudrat mencabut kayu itu tidak kesampaian.” Kita usaha sikit-sikit Abdul.Biar lambat asal selamat!semangat
Yassin membuak-buak.Kalau ditakdir aku mati aku redha,aku sanggup.kata Abdul
kepada Yassin. Dari jauh mereka melihat 5 orang pengawal sedang memperkosa 2
orang gadis Rohingya secara bergilir-gilir. Mereka cukup seronok dengan jenayah
yang mereka lakukan.Yassin
dan Abdul merupakan anak jati Rohingya yang ingin datang ke Malaysia mencuba
nasib. Mereka telah menjual tanah di kampung untuk melunaskan bayaran ejen
sebanyak RM8000 untuk datang ke
Malaysia. Perjalanan mereka bermula dengan menaiki trak lama selama 3
hari kemudian mereka di pindahkan kedalam bot dan menempuh perjalanan hampir 5
hari. Semasa di dalam bot barulah mereka sedar sebenarnya mereka telah masuk mulut buaya.Mereka kecewa
tapi apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur.
Yassin
dan Abdul merasakan kayu yang mereka cuba cabut memang sukar kerana telah
ditanam dalam-dalam. Dalam kegelapan malam mereka berpusing-pusing menggeledah
kayu mana yang dirasakan mudah untuk dicabut.”Sini ,Abdul aku rasa kayu sini
mudah sikit.!Tak dalam mereka tanam.”Yassin memanggil Abdul.
Hujan
mula turun semula. Angin sedikit kencang,Semua tahanan menggeletar kesejukkan
.Abdul dan Yassin berpelukkan sesame mereka.Sejuk sampai ke tulang sum –sum.
Mereka
mengharung air secara perlahan-lahan . Sebatang kayu telah Berjaya mereka
cabut. “Kita cabut satu lagi.”Abdul semakin bersemangat.Walau pun pandangan
sekeliling gelap, mereka perlu juga berhati-hati kerana pengawal sentiasa
meronda. Pengawal diletak disetiap
penjuru kawasan. Tiba-tiba pengawal menyuluh kawasan tahanan mereka.Yassin pun
cepat-cepat memacak semula tiang kayu
dan berpura-pura sedang tidur.
Apabila
pengawal tidak menyuluh lagi. Mereka berdua kembali melaksanakan rancangan mereka.Satu
kayu lagi telah dicabut. Peluang mereka untuk melarikan diri kelihatan amat
cerah.Mereka menyelinap masuk diruang 2 batang kayu itu secara perlahan-lahan.
Langkah mereka diperlahankan.
Sesudah
Berjaya keluar dari kandang itu,Abdul dan Yassin pun meniarap secara perlahan-lahan.Mereka
berjalan meniarap sejauh 200 meter di dalam kegelapan malam. Apabila merasakan
suasana sekitar selamat mereka pun bangun dan mempercepatkan langkah. Mereka
meredah hutan yang tebal. Biarpun kalau ada harimau sekali pun mereka tidak gentar.Hati
mereka sudah nekad kalau mati biarla mati dengan perjuangan daripada mati
katak.
“Yassin,
gelapnya kau tak takut ke?” Tanya Abdul
perlahan.”Kita takleh takut Abdul.Hidup mati kita bergantung kepada usaha dan nasib kita pada malam ini.”Yassin memberi
semangat kepada Abdul.“Kau
mahu mati berkubur di hutan ini?” Tanya Yaasin lagi.Abdul menggeleng-geleng
kepala.
Mereka
berdua berjalan perlahan –lahan agar usaha mereka ini tidak dapat dijejaki
penjenayah itu.Mereka berjalan lebih kurang 2 jam , boleh dianggarkan sekitar 2
pagi.Malam kembali pekat setelah cahaya bulan dilindungi awam tebal. Menurut
Yassin pengawal mereka tadi sukar untuk mengesan tahanan yang hilang kerana
jumpa mereka hampir 300 lebih dan mempunyai wajah yang hampir sama. Semasa
keluar dari kandang tadi mereka telah memasang semula kayu yang dipacakkan di
lantai tanah dengan cukup sempurna.
Hampir
3 jam berjalan,mereka terdengar bunyi 4x4 hilux bergerak ke arah mereka. “Ayuh
kita bersembunyi!ajak Yassin. Mereka pun masuk ke dalam semak yang berhampiran dengan segera.
Hampir 5 minit sebuah hilux telah muncul dengan muatan penumpang di belakang
dianggarkan seramai 30 orang yang berhimpit. Dari jauh Yassin dan Abdul melihat
mereka semua seolah-olah gembira datang ke sini. Yang pastinya mereka pasti
tidak tahu mereka telah ditipu.Keluar mulut singa mereka masuk semula mulut
buaya.Tiada bezanya.
Kesemua
yang datang sebenarnya dijanjikan kerja yang bergaji lumayan. Mereka bangsa
Rohingya cukup susah di negara mereka sendiri. Justeru itu tawaran yang
ditawarkan ejen yang berjanji akan membawa mereka ke Malaysia. Dalam tawaran
itu mereka mesti membayar yuran sebanyak RM8000 . Dengan bayaran itu mereka
akan diberikan pekerjaaan,, tempat tinggal dan peluang untuk hidup.Sebenarnya
mereka dipengaruhi oleh rakan mereka sendiri yang telah lama berada di
Malaysia. Seperti Yassin dan Abdul sendiri telah dipengaruhi oleh Daud yang
hampir 10 tahun berada di Malaysia.Pada bulan lalu Daud pulang ke kampung
mereka dengan gaya yang cukup meletakkan pandangan kami terhadap dia amat
tinggi.Harapan dan janji ditaburkan betul-betul menyemarakkan kami.
“Buat
apa kau di sini,semua peluang
ekonomi,pendidikan,sosial dan sukan kita disekat.”pujuk Daud kepada
sekumpulan rakan Rohingyanya. Kata-kata semangat itu cukup membuatkan Yasssin
dan Abdul memasang niat untuk berhijrah ke Malaysia.
“Kamu
sediakan RM8000 je,yang lain aku uruskan.”janji Daud kepada mereka.Hakikatnya
apabila mereka sampai di sini lain pula yang jadi.
Tapi
sebenarnya Daud telah menipu mereka. Daud sebenarnya adalah petualang yang
menjadikan mereka tebusan. Setelah sampai di Malaysia mereka semua telah
dijadikan tebusan. Mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM5000 daripada waris
di negara asal mereka.
“Kami
tiada duit Daud.”kata Yassin kepada Daud ketika diminta menyediakan duit
sebanyak RM5000.”Aku datang sini pun hasil duit jualan tanah pusaka aku””.Aku
adalah harapan mak dan adik aku.Manala mereka nak cari duit .Semuanya
dilaburkan ke atas aku.jelas Daud.”
Setelah
mendengar alasan Yassin. Daud dilihat berbincang dengan seorang lelaki yang
berumur lingkungan 40an.Tiba-tiba Daud datang dan memberitahu Yassin.
“Ha
ha ha selepas ini kau akan dihantar ke
lubang kubur jika duit RM5000 tu keluarga kau tak bayar!”ketawa Daud.Mukanya
sudah dipandang seperti iblis.Iblis yang paling jahat dikalangan iblis-iblis.
Masa itu Yassin menganggap dia pasti akan mati kerana keluarganya di kampung
bukanlah orang yang berduit. Di sini jelasla Daud bukan Daud yang dulu.Daud adalah seorang pelakon handalan dalam dunia
penjenayah.
“Ayuh
mereka sudah jauh ke depan.Mari kita gerak.”kata Abdul. Mereka berdua
meneruskan perjalanan dengan berhati-hati.Mereka tahu kalau mereka ditangkap
nahasla jawabnya. Yunus juga pernah melihat bagaimana seorang tahanan cuba
melarikan diri. Tahanan telah berlari dengan sekuat hati. Tanpa banyak soal
seorang pengawal telah mengejar dan menetak leher tahanan sehinggaa kepada
terpisah dari badan. Mayat tahanan itu telah dihumban ke dalam gaung yang
berhampiran.
Peristiwa
itu menjadikan mereka lebih berhati-hati. Lebih kurang sejam perjalanan di
dalam gelap. Dari jauh Yassin mendengar suara beberapa orang pengawal yang amat
dikenalinya.
“Mereka
dah tahu kita hilang. Cepat ,kita sembunyi dalam semak tu.!”Yassin menunjuk
kepada Abdul semak yang lebat di bawah lembah itu.
Yassin
dan Abdul mengintai dari celahan daun-daun semak kelibat 7 orang pengawal
mengacu mesingan ke arah pancarn lampu suluh mereka. Nasib mereka berdua baik
kerana pengawal tidak menyuluh di kawasan mereka.
“Kita rehat dulu di sini b iar mereka kembali semula ke kawasan tahanan barula
kita boleh lari.”ujar Yassin.Mereka berdua terlena dan nyeyak tidur kerana
keletihan. Tiba –tiba sayut-sayut kedengaran suara azan. Yassin dan Abdul
terjaga dan bersyukur kepada Allah kerana
mereka sudah dekat dengan kampung untuk meminta pertolongan.
Baru
mereka berdua ingin bangun. Dengan tidak semena-mena bunyi tapak kaki jelas
kedengaran. Hidung Yassin juga tercium bau asap rokok. Pengawal tadi sudah
kembali dari proses pencarian. Mereka melintasi kawasan persembunyian Yassin
dan Abdul. Akhirnya mereka melepasi Yassin dan Abdul.
Selang
30 minit kemudian Yassin dan Abdul pun bangun dan bergegas menyusul ke arah
suara azan tadi.Lebih kurang sejam berjalan kaki. Mereka berdua nampak satu perkampungan kecil di kawasan sebelah
bukit. Mereka mendekati perkampungan itu secara perlahan-lahan.
Ada
beberapa orang kampung memandang mereka tanpa menegur.Mungkin mereka takut
melihat kami yang sangat kotor dan menakutkan dengan muka yang cengkung. Tiba –tiba
ada penghuni sebuah rumah berwarna hijau melambai-lambai tangan kepada mereka
berdua.
Mereka
diberikan sebuku roti dan 2 botol air mineral 1500ml. Senyuman yang diberikan
dan perkataan yang diucapkan walaupun Yassin dan Abdul tidak faham jelas menunjukkan mereka berniat baik.
Tanpa
banyak cakap mereka berdua makan dengan gelojoh kerana sudah lama mereka tidak
makan. Setelah makan mereka meneruskan
perjalanan.
Setelah
berjalan beberapa batu mereka nampak sebuah lori membawa beras sedang berhenti
di tepi jalan.Yassin dan Abdul pun melompat ke belakang lori tersebut.
“Ayuh
kita tinggalkn neraka ini.Walau pun kita akan pergi ke satu tempat yang kita
tidak tahu.Tapi kita tak kan lupa diri kita yang sebenar.” Kata Yassin.
“AKU
ROHINGYA.KAU PUN ROHINGYA,KAU DAN AKU ROHINGYA.”kata Yassin .
TAMAT.SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR
BANGSA ROHINGYA SELAMAT DI BUMI ALLAH.