Home Novel Lucu BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
Rizal Rahman
17/8/2017 01:09:59
9,155
Kategori: Novel
Genre: Lucu
Epilog


“Eh, tak hujan pun?” Kuzi buat lawak bodoh. “Padahal tadi lebat gila.”

“Hoi, itu kat Pulau Gomalah!” aku memarahi Kuzi. “Kau tak sedar ke yang kita sekarang dah sampai Bangi?”

“Yahoool Akhirnya selamat juga kita kembali. Tak sabar rasanya nak balik ke rumah!” Kuzi berlari-lari anak.

“Hoi Kuzi! Kalau ya pun slow-slow la sikit. Takkan lari rumah tu!” tegurku. “Eh, kau ada bawa balik tak sarung muka abang kau tu, Zin?”

“Sarung muka yang mana?”

“Topeng perempuan tu!”

“Nak buat apa?” Razin hairan.

“Bolehla menyamar.”

“Aik? Tak cukup ke dengan topeng dan jubah Darth Vader yang kau kebas tu? Teringin nak jadi Megan Fox pulak?” Kuzi tergelak. “Ni, cuba korang tengok apa yang aku bawa.”

“Wah! Cantiknya baju-baju ni! Mana kau dapat, Kuzi?” aku terasa pelik.

“Aku selongkar rumah orang Kaya Jef. Tak ada siapa nak ambil, aku kebaslah! Tengok, yang ni baju... hoi, apa ni Zin! Baju ala Wak Doyok tu aku punyalahl Hei, kau ambik kain buruk ni je! Eh, budak ni! Bagi balik baju tu! Eh, dia ambik kain tu pulak! Kain tu aku reserve untuk kedai kitalah!”

Macam budak kecil betullah mereka ni. Tengok tu. Boleh rebut-rebut baju tengah malam buta macam ni. Tapi baju-baju tu nampak hebat pulak. Rasa-rasanya lebih sesuai kalau aku yang pakai. Barulah terserlah identiti aku sebagai seorang pelukis komik. Takkan taukeh-taukeh kain tu saja yang bolot baju-baju tu.

“Hoi korang! Aku pun nak jugak!”

-TAMAT-



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rizal Rahman