Home Novel Komedi/Romantik Komedi DIA MENANTU RAHSIA
DIA MENANTU RAHSIA
Indah Hairani Latif
3/5/2015 22:57:11
218,474
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 11
BAB 11
SYAKIR melangkah perlahan menuju ke keretanya. Baru saja dia menarik daun pintu, matanya terbuntang melihat sesuatu di bawah tapak kasut.
“Huh! Tak ada tempat lain nak melepas! Nama lagi binatang. 
Adoi!” rungut Syakir.Dia kembali menutup pintu kereta lantas menuju ke paip yang hanya beberapa langkah dari keretanya. Syakir membersih berhati-hati, berkali-kali dia menyental tapak kasutnya pada rumput dan pada simen. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia naik semula ke apartmennya untuk menukar kasut, tetapi dia tetap perlu membersihkannya terlebih dahulu. Itu baru tahi kucing, kalau tahi anjing, wajib dia kena menyamaknya.Walaupun dia sukakan kucing, tidak bermakna dia boleh menerima kucing yang berak merata-rata. Hisy! Cemik Syakir. Setelah semuanya selesai Syakir terus masuk ke dalam kereta. Matanya menjeling jam di pergelangan tangan, sudah sah dia terlambat. Seakan-akan terdengar leteran abangnya, Syamsul. Pantang staf bawahannya lambat, lebih-lebih lagi apabila mesyuarat melibatkan pihak luar.
.96
Syakir berlari-lari anak mendaki anak tangga menuju ke lif setelah sampai di banguna pejabat. Tangannya menekan butang nombor 7. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dengan tenang Syakir melangkah masuk ke ruang pejabatnya. Syakir melabuhkan punggung sebelum menarik sebuah fail dari rak di sebelahnya. Kemudian Syakir mencapai telefon dan menekan butang-butang yang berderet di telefon pejabat. Kedengaran suara lembut Shima menyapanya.
“Ya, Encik Syaq?”
“Dah lama Encik Syamsul sampai?”
“Taklah lama sangat.”
“Dia ada tanya apa-apa?”
“Ada.”
“Apa dia?” soal Syakir, ingin tahu.Kedengaran Shima ketawa.
“Kenapa?” soal Syakir, hairan.
“Tak ada apa-apa, Cuma...”
“Cuma apa Shima?”
“Cuma dia tanya, selalu ke Encik Syaq lambat?”
“Habis apa yang awak cakap?
”“Saya cakap bos saya mana pernah lewat. Mungkin sesaklah tu,” ujar Shima.
“Thanks Shima. I belanja you lunch hari ni.”
“Thank you, Encik Syak. Not today. Boyfriend yang belanja hari ni,” balas Shima.Syakir ketawa berdekah mendengar kata-kata Shima sebelum meletakkan telefon kembali. Dia kemudian bangkit mencapai fail. Dibetulkan tali leher dan dengan tenang dia melangkah ke bilik Syamsul. Bilik yang disediakan khas untuk abangnya setiap kali abangnya itu datang ke pejabat cawangan. Sebaik sahaja melangkah masuk, Shamsul tersenyum memandang ke arah Syakir.
“Syaq! Wah, adik abang! Nasib baik meeting hari ni ditangguh,” tegur Syamsul sambil merenung ke arah Syakir.Syakir melabuhkan punggung.
97
“Lah, tak ada orang cakap pun tak jadi,” ujar Sykahir pantas.
“Yalah. Abang baru buat keputusan. Beberapa orang kontraktor tak dapat datang. Ada masalah yang kena selesaikan.
”Syakir menarik nafas lega mendengar kata-kata Syamsul. Sekurang-kurangnya, sempat lagi dia melengkapkan laporan minggu sebelumnya.
“Syaq dah minum?” soal Syamsul.
“Dah, kat rumah,” jawab Syakir pendek.
“Bagus adik abang.”“Tak adalah. 
Dah jemu sebenarnyanya dengan menu yang sama di kafe kita.”
Syamsul tersenyum mendengar jawapan adiknya itu.
“Cari aje katering baru, apa susah,” balas Encik Syamsul pantas.
“Tak boleh kut bang. Kesian orang tu nak berniaga. Tu aje yang kita boleh tolong mereka. Jemu bukan masalahnya bang, tapi masalah selera kita.”Syamsul tertawa kecil.
“Kamu ni mengingatkan abang pada papa. Sering fikirkan orang lain daripada diri sendiri,” ujar Syamsul sambil merenung adiknya itu.
“Jadi tak nak ikut abang minumlah ni?” soal Syamsul, mahu memastikan.Syakir menggeleng-geleng.
“Tak apa bang. Terima kasih,” jawab Syakir.
“Oh ya, mama ada beritahu Syaq?”“Beritahu apa?”
“Mama cakap, dia rindukan anak-anak. Jadi dia nak datang ke rumah,” ujar Syamsul.
“Oh, mama mana ada telefon Syaq. Selalunya dia beritahu abang. Bukan Syaq,” balas Syakir perlahan.Tidak ada apa-apa maksud. Sudah memang mama selalu beritahu abangnya setiap kali hendak datang.
98“
Jangan nak fikir negatif hal kecil tu. Kebetulan Kak Nora kamu tak ada. Abang pulak fly. Syaq tak ada masalah, kan?” soal Syamsul tenang.
“Insya-ALLAH bang,”jawab Syakir ringkas.Dia terbayang wajah mamanya setiap kali datang ke rumahnya. Pasti isu kahwin yang akan dipersoal mamanya. Jenuh dia kena bersedia dengan jawapan munasabah.
“Syaq minta diri dulu bang,” pamit Syakir sambil bangkit.Syamsul hanya mengangguk sambil ikut bangkit.“Syaq nak ke mana selepas ni? Nak balik ofis atau ke site? Elok ke site, tengok mereka buat kerja,” ujar Syamsul sambil tersenyum.Syakir mengukirkan senyuman.
“Insya-ALLAH ke site bang. Abang boleh tolong Syaq tak?” balas Syakir.Syamsul hanya memandang adiknya itu.
“Abang tolong cakap dengan mama, tak payah nak pujuk Syaq. Syaq tak boleh terima,” ujar Syakir.Berkerut dahi Syamsul memandang ke arah Syakir.
“Apa yang Syaq nak beritahu abang ni? Abang tak faham. Mama pujuk apa?” soal Syakir sambil mengelus rambut ke belakang.Silap ke aku beritahu, desis Syakir dalam hati.
“Mama tak cakap apa-apa pada abang?” soal Syakir.
“Tak. Kenapa? Syaqlah yang cakap pada abang,” ujar Syamsul sambil merenung ke dalam ke anak mata adiknya itu.
“Syaq tak faham dengan mama. Baik dengan Mak Engku tak semestinya nak ikut apa kata orang tu,” adu Syakir.Hakikatnya dia tidak pernah mengadu pada abangnya itu. Perkara peribadi, harus selesai secara peribadi jugak, detik Syakir dalam hati.
99
“Kenapa dengan Mak Engku? Syaq pun satu, walaupun Mila dah tak ada, takkan Syaq nak putus hubungan terus dengan orang tua tu.”Syakir menunduk. Ternyata abangnya tidak tahu apa-apa
.“Tak apalah bang, biar Syaq sendiri yang selesaikan,” ujar Syakir.Kesal pula hatinya menceritakan perkata itu pada abangnya.
“Hai, Syaq adik abang tau. Jangan nak berselindung dengan abang. Cuba cerita sikit kat abang ni. Mana tahu kalau dapat tolong.
”Syakir mengangguk-angguk mendengar kata-kata Syamsul.
“Sebelum tu Syaq nak tanya abang. Kalau abang yang duduk di tempat Syaq, tiba-tiba Mak Engku cakap, dia nak jugak jadikan abang sebagai menantunya. Macam mana?”
“Nak dinikahkan dengan siapa lagi? Bukan ke si Mila dah tak ada?”
“Tu kata abang, tapi tak kata Mak Engku dan mama,” balas Syakir pantas.Berkerut dahi Syamsul merenung adiknya itu. Syakir mengangguk mengiakan kata-katanya.
“Ya, seorang lagi Mila ada bang,” ujar Syakir dalam nada serius.Syamsul sukar untuk mempercayainya. Semakin berkerut wajah Syamsul mendengar kata-kata Syakir.
“Apa maksud Syaq ni? Ceritakan apa sebenarnya ni?” soal Syamsul, mahukan penjelasan.
“Bang, Mila seorang lagi ada.”
“Hisy! Betul ke?”
“Ya! Mila tu ada kembar, Melia. Engku Kamelia,” jawab Syakir pantas.Terdiam Syamsul mendengar cerita Syakir. Wajah Syakir direnungnya tajam.
100
“Habis selama ni ke mana perginya budak tu?” soal Syamsul lagi.
“Kat luar negara,” jawab Syakir lalu mengeluh.
“Oh. Maksud Syaq, mereka nak Syaq ambil Melia jadi isteri Syaq?”Syakir mengangguk-angguk. Sekali lagi dahi Syamsul berkerut.
“Syaq setuju?” soal Syamsul, ingin tahu sambil merenung tajam wajah adiknya itu.Syakir menggeleng-geleng.
“Syaq bukan beg tangan mama, boleh dipas dan dihadiah pada sesiapa yang mama suka,” ujar Syakir dengan wajah serius.Syamsul tertawa mendengar kata-kata adiknya itu.
“Atau Syaq ada pilihan hati?” soal Syamsul lagi.Sekali lagi Syakir menggeleng-geleng.
“Maknanya Syaq kena cari seseorang dan kahwin terus. Tak payah nak bercinta-cinta. Abang dengan Kak Nora mana bercinta. Bahagia jugak, kan?” ujar Syamsul.Syakir merenung Syamsul dalam-dalam.
“Tu pun kalau Syaq tak setuju dengan kehendak mamalah. Syaq tahu kan, abang dulu pun macam Syaq jugak, bezanya abang nak disatukan dengan Kak Ziana, anak saudara mama,” tokok Syamsul.Syakir mengeluh. Dia tidak rela perkara yang dilalui Syamsul terjadi padanya.
“Papa?” soal Syakir.
“Papa nak halang kehendak mama? Syaq pun tahu macam mana akurnya papa pada mama tu.”Syakir tersentak mendengar kata-kata Syamsul.
“Kalau betul-betul tak nak, dengar cakap abang,” nasihat Syamsul.
“Maksud abang? Kahwin?” soal Syakir pantas.
101
“Ya, kahwin. Tu jalan terbaik. Nanti Syaq kahwin dengan isteri pilihan sendiri,” jawab Syamsul sambil merenung wajah adiknya itu.Syakir menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskannya perlahan. Terasa serabut benaknya. Kalau orang boleh nampak, masalahnya lebih kusut daripada benang.
“Syaq fikirkan apa yang abang cakap. Okey, abang kena keluar. Syaq boleh pergi ke site tengok projek baru tu.” pamit Syamsul lalu berlalu.Syakir terkulat-kulat menghantar abangnya itu dengan pandangan sehingga kelibat Syamsul hilang. Dia mengeluh sambil bangkit. Segugus kunci kenderaan dicapai dari meja dan melangkah keluar dari pejabat untuk ke tapak projek di Sungai Buluh.Sepanjang pemanduannya, kata-kata Syamsul terngiang-ngiang di telinga Syakir. Syakir mengeluh. Dia keliru sama ada mahu menolak atau menerima permintaan mamanya itu. Wajah Engku Karmila kembali memenuhi benaknya. Hatinya kembali sakit. Kemudian wajah Engku Kamelia pula muncul. Hatinya menjadi bertambah sakit.Syakir menekan pedal minyak, lantas keretanya terus meluncur laju di atas jalan raya. Dia berharap mampu menghilangkan kekusutan di benaknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Indah Hairani Latif