Home Novel Komedi/Romantik Komedi DIA MENANTU RAHSIA
DIA MENANTU RAHSIA
Indah Hairani Latif
3/5/2015 22:57:11
212,743
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 10
BAB 10“TERUK betul! Siapa zalim sangat ni?” jerit Melissa sebaik sahaja terpandang bulu kucing sompeng kesan digunting.Zulaikha yang berada di belakang tersentak lantas melompat beberapa tapak dari Melissa. Melissa menoleh.“Tengoklah,” ujar Melissa dengan wajah pucat sambil menunjukkan kucing di dalam pelukannya.Zulaikha mengelus dada.“Kurus semangat. Aku ingat bom apa tadi. Hisy,” balas Zulaikha sambil bercekak pinggang.“Kau memang tak ada perasaan,” ujar Melissa dalam nada sebak.“Hai, aku pulak yang kena. Dah memang kucing tu, kucing jalanan. Dah buat pasallah tu. Kalau tak, takkan orang sanggup gunting bulu,” balas Zulaikha.Dia memasukkan kunci di tombol pintu lalu memulasnya setelah mereka sampai kembali di rumah. Kemudian pintu ditolak.“Masuk Lisa. Kalau kau menangis air mata darah sekalipun, bulu kucing tu takkan bersambung balik,” suruh Zulaikha.88Melissa semakin menangis teresak-esak. Sebaliknya Zulaikha ketawa terkekeh.“Dahlah Lisa. Tak payahlah nak jadi budak-budak. Kau tu anak dara. Elok sangatlah tu kalau jiran-jiran nampak. Kucing tak menangis, kau pulak yang menangis,” perli Zulaikha sambil menanggalkan kasut.Melissa menyeka pipinya.“Tak apa, sayang. Auntie Ika tu memang tak ada perasaan. Kita masuk ya, nanti mama sediakan susu,” ujar Melissa pada kucingnya.Tubuh kucing itu dielusnya berkali-kali. Zulaikha ketawa terbahak-bahak. Berair mata Zulaikha, lucu melihat gelagat Melissa.“Mama dah pesan, masa mama tak ada jangan keluar. Duduk aje dalam bakul tu,” bisik Melissa pada kucing itu lagi sambil melabuhkan punggung di sofa.“Hai, ingatkan kucing aje tak betul, tuannya pun tak betul. Kalau dia tak buat salah, takkan orang tu saja-saja nak gunting bulunya tu. Entah-entah dia kencing atas baju orang. Mana tahu,” ujar Zulaikha.Melissa menjeling sepupunya itu. Geram mendengar kata-kata Zulaikha. Kalau pun betul kucing itu buat macam itu, tidak perlulah sebegitu dihukum. Manusia tu memang berhati perut, getus Melissa dalam hati.“Tu nasib baik dia gunting bulu. Kalau dia gunting telinga, kau nak cakap apa?” ujar Zulaikha lagi.Melissa menjeling tajam ke arah Zulaikha.“Kau pun nak sakitkan hati aku? Kau tahu tak? Kau dah rabakkan hati aku, tau,” balas Melissa.Kali ini Melissa sudah tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis sungguh-sungguh. Berkerut dahi Zulaikha melihat telatah sepupunya itu.“Ya ALLAH. Banjirlah pulak. Bawalah mengucap Lisa. Kucing aje tu pun. Hisy! Tak faham aku,” rungut Zulaikha.89“Kucing pun ada perasaan. Kenapa kau berhati batu?” balas Melissa sambil menyeka pipinya.“Hek eleh! Dahlah, aku mintak maaf. Tak berniatp un nak sakitkan hati kau. Syy... Syy... Datang sini kat Auntie Ika. Auntie buat salah,” ujar Zulaikha sambil menghulurkan tangan untuk mengambil kucing di ribaan Melissa.Namun, kucing itu tetap diam di ribaan Melissa.“Tak nak ya? Tak apalah kalau macam tu. Auntie nak mandilah dulu. Duduk baik-baik ya,” ujar Zulaikha sambil menjeling ke arah Melissa dan tersenyum.Melissa masih memberi perhatian pada kucing di ribaannya.“Dahlah tu. Aku mintak maaf okey,” ucap Zulaikha sambil memandang wajah sepupunya itu.Melissa tidak sediki tpun memberi reaksi. Rasa amarah belum hilang dalam hatinya.“Lisa, tak bestlah macam ni. Kau ingat, kau sorang aje ada perasaan? Aku pun adalah. Aku pun ada perasaan cemburu tau,” tokok Zulaikha.Melissa mengerutkan dahi. Kenapa sepupunya berkata begitu? Kenapa isu cemburu pula ditimbulkannya? Sejak bila Zulaikha ada perasaan itu? Kalau dulu, betullah juga. Masa dia masih belum putus dengan Zamer. Ketika itu Zulaikha tidak ada boyfriend. Layaklah Zulaikha ada perasaan cemburu. tetapi perkara itu tidak berlaku pun. Hakikatnya Zulaikha tidak pernah ada rasa cemburu. Sebab itu, dia sangat sayangkan Zulaikha melebihi sepupunya yang lain.“Kau ingat aku tak cemburu?” soal Zulaikha.Melissa mendongak memerhati sepupunya itu.“Sejak kau ada ‘dia’, mana kau nak layan aku lagi,” ujar Zulaikha sambil memuncungkan bibir ke arah kucing di ribaan Melissa.Melissa memandang kucing, kemudian menjeling ke arah Zulaikha yang mula berdiri. Tiba-tiba Melissa ketawa90terbahak-bahak. Zulaikha mengangkat kening, kemudian ikut tertawa.“Ha, ni barulah sepupu aku,” ujar Zulaikha.“Sudahlah,” balas Melissa.“Kau tak marah aku lagi, kan?”“Tak, tapi...” balas Melissa, namun tidak menghabiskan kata-katanya.“Tapi apa?”“Geram, sakit hati,” ujar Melissa sambil memandang sepupunya itu.“Kat aku?”“Tak, pada orang yang menggunting bulu ‘budak’ ni,” balas Melissa dengan riak wajah muram.“Alah, sudahlah. Bulu tu akan panjang semulalah. Kau jangan susah-susah,” pujuk Zulaikha.“Yalah. Tapi kan, aku nak cari jugak orang tu. Kalau jumpa kat aku, tahulah aku apa nak buat,” ujar Melissa, geram.“Aduh! Yalah, yalah, nanti aku tolong tengokkan, ke rumah mana ‘dia pergi.”Melissa tersenyum mendengar janji Zulaikha. Zulaikha melangkah menuju ke biliknya.“Malam nanti kita makan kat luar, nak? Aku belanja!” laung Zulaikha dari dalam bilik.“Lepas tu?”“Lepas tu aku belanja tengok wayang, nak?” balas Zulaikha.“Lepas tu?” soal Melissa lagi sambil tersenyum.“Nah!”Sehelai tuala menyerkup kepala Melissa. Dia menjerit terkejut.“Dah, bagi susu kat ‘baby’ kau tu. Solat dan bersiap!” laung Zulaikha yang kembali hilang ke dalam bilik mandi.“Ya!” jawab Melissa.91Dia mengalihkan kucing dari ribaannya lantas melangkah ke ruang dapur. Sepiring susu siap disediakan untuk kucing kesayangannya itu. Walaupun kucing itu hanya dipungut ketika kucing itu berlegar-legar di betisnya, namun perasaan sayang pada binatang itu tetap ada dan makin menebal.Malam itu, mereka mengambil peluang untuk bersantai. Jarang mereka dapat keluar bersama. Melissa bekerja sampai ke malam sedangkan Zulaikha bekerja mengikut waktu pejabat. Apabila ada kesempatan begini, mereka mengambil peluang menghabiskan masa bersama. Zulaikha satu-satunya saudara dan sepupu perempuan sebelah ibu Melissa. Melissa berasa beruntung memiliki sepupu seperti Zulaikha. Malah lebih beruntung dia dapat menumpang kasih pada Arman, abang Zulaikha. Walaupun Arman garang, Melissa tetap menyanjung lelaki itu.“Lisa,” panggil Zulaikha, memecahkan keheningan malam.“Erm, apa dia?” soal Melissa sambil matanya masih memandang ke arah lampu-lampu yang bergantungan di pepohon di sepanjang jalan.“Kau masih ingat pada Zamer?” soal Zulaikha tiba-tiba.Melissa menoleh ke arah sepupunya itu.“Hah! Zamer? Aku dah lupa. Buat bodoh aje aku ingat kat dia. Aku aje yang gila-gilakan dia. Dia? Langsung tak setia,” balas Melissa sambil tersenyum.“Hai, betul ke sepupu aku ni. Baru 6 bulan, dah lupa?”“6 bulan ke, dua belas hari ke, kau jugak yang ajar aku. Kau cakap bukan aku seorang aje kat dunia ni yang ditinggalkan kekasih. Kau lupa?” soal Melissa kembali sambil tertawa.Dia berasa lucu apabila mengenangkan kisah lalu. Suara Zamer seakan-akan baru semalam didengarnya.“Betul ke Mer cintakan Lisa?” soal Melissa.92“Sumpah saya cintakan awak dengan sepenuh hati. Sepenuh jiwa saya,” jawab Zamer.“Awak tak takut dimakan sumpah?”“Macam-macamlah awak ni. Awak tu, mana tahu ada orang masuk meminang, awak terus terima.”“Saya ni bukan macam orang tu. Pantang nampak perempuan dahi licin, iman tergugat.”“Pandailah awak. Saya lelakilah, saya yang meminang. Lainlah awak, dipinang,” ujar Zamer.“Kalau tiba-tiba, mak awak pinang untuk awak? Awak terima?”“Hanya seorang yang saya setuju. Melissa binti Alias. Hanya gadis tu yang saya akan setuju.”“Betul?”“Betul.”“Sumpah?”“Sumpah!”“Okey, saya sumpah awak. Kalau awak langgar sumpah, awak takkan bahagia sepanjang hayat.”Kata-kata itu masih melekat di ingatan Melissa dan sering terngiang-ngiang di pendengarannya. Kini sudah hampir setahun lelaki itu mungkir janji.“Tak sangka si Zamer tu berubah, kan Lisa?”Kata-kata Zulaikha tiba-tiba kedengaran. Melissa terbatuk kecil. Rupanya Zulaikha juga sedang memikirkan hal yang sama.“Kau langsung dah tak ingat si Zamer tu?” soal Zulaikha, mahukan kepastian.“Tak ada maknanya aku ingat pada seorang lelaki yang tak jujur. Tak amanah. Munafik.”“Amboi!”“Ya! Aku ada harga diri. Aku masih ingat apa yang dia cakap. Aku ni hanya misi. Swasta pulak tu. Tapi perempuan tu doktor. Ha...ha...ha...”93Melissa tiba-tiba ketawa dengan kuat. Pedal minyak ditekannya. Kereta yang dipandunya meluncur laju. Zulaikha menekan kedua-dua tangannya pada papan pemuka kereta.“Kalau ya pun marah, janganlah pandu macam pelesit. Aku belum nak matilah,” ujar Zulaikha dengan nada ketakutan.“Kau ingat mati bila bawa laju aje? Kau ingat kalau belum sampai ajal, kau boleh mati?”“Lisa, kenapa dengan kau ni?”Berubah riak muka Zulaikha menahan ketakutan dengan cara pemanduan Melissa.“Lain kali, kalau kau sebut lagi nama jantan tak guna tu, kau terbang atas divider,” ujar Melissa dengan wajah serius.“Aku mintak maaf. Aku janji Lisa.”“Okey. Untuk pengetahuan kau, kucing kat rumah kita tu lebih berharga daripada lelaki yang kau sebut-sebut tu. Kau faham?”“Faham! Sekarang, tolong perlahankan kereta,” rayu Zulaikha cemas.Melissa ketawa terkekeh mendengar rayuan Zulaikha. Itulah balasan pada orang bermulut celopar. Melissa memperlahankan kenderaannya sambil menjeling Zulaikha yang terdiam di sebelahnya.“Aku sayang kau. Jadi kau jangan risau. Aku takkan buat perkara-perkara yang menakutkan sepupu aku,” ujar Melissa tiba-tiba.Zulaikha hanya mendiamkan diri.“Kau marah aku?” soal Melissa apabila melihat sepupunya itu hanya mendiamkan diri sahaja.“Tak marah pun,” jawab Zulaikha akhirnya.Melissa tersenyum. Kereta memasuki kawasan apartmen ketika malam telah sunyi. Sudah ramai penghuni apartmen itu melelapkan mata. Mereka melangkah perlahan-lahan sebaik sahaja memarkir kenderaan.94Sebaik sahaja pintu rumah dikuak, bibir Melissa tersenyum melihat kucing kesayangannya tidur di atas alas dengan lena. Zulaikha terus melangkah ke biliknya.“Gud nite Lisa,” ucap Zulaikha.“Nite,” balas Melissa sambil melabuhkan pungung di sebelah kucing kesayangannya itu.Setelah puas mengelus badan kucing yang halus dan melepak itu, Melissa terus ke biliknya. Dia sudah tidak sabar mahu merebahkan badan di tilam, mahu berehat dan tidur.
Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Indah Hairani Latif