Home Novel Komedi/Romantik Komedi Doktor Pilihan Hati
Doktor Pilihan Hati
Syaifah Zakira
20/4/2018 10:31:44
12,614
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

Pintu diketuknya beberapa kali. Tiada sambutan. Diketuknya lagi, kali ini kuat sedikit berbanding tadi. Musykil jadinya apabila tiada balasan apa-apa.  “Hah! Ada apa depan bilik aku ni?” suara dari belakang menyentakkan Azim. Dia menoleh dan berganjak ke tepi.

“Hidup lagi rupanya, ingatkan dah…” dia berhenti sampai takat itu saja, malas dia nak sambung. Bukannya tak faham.

 “Eh kau ni, kaluadatang sini nak kacau aku, baik kau masuk bilik kau, baca buku tu hah, dah nak final exam kan?” Aqil bersuara sambil memulas tombol pintu biliknya. Dia masuk diikuti adikknya. Aqil terus ke meja kerjanya dan membiarkan adiknya duduk di atas katil.

“Alahai, janganlah emo dulu, aku ada benda nak bagi tahu kau ni. Tapi… sebelum tu, aku minta maaf dulu. Kau pun tahu kan, aku ni nakal ‘sikit’…jahat, sikit’… tapi baik lah juga kan.”

“Sama je. Sikit.” Aqil menyambung selamba.

“Okaylah. Sikit. Tapi, aku minta maaflah, disebabkan baik aku pun tak banyak mana… emm, aku adalah kacau seseorang ni kat kolej. Lepastu, aku tak sengaja nak tahan jalan dia masa depan libray tu. Pastu, kecoh satu kolej kata aku ada apa-apa dengan dia. Aku bukan apa, kalau ayah tau aku ada kena gossip kat kolej, mahu dia tarik duit belanja aku bulan-bulan.”

“Emm, padanlah dengan muka kau. Pandai buat, pandailah kau tanggung. Kacau orang nak buat apa.” Aqil tak memandang Azim dan terus menyemak fail dihadapannya.

“Ish, aku bukan apa, aku tak nak kau dengar benda ni dari orang lain, baik aku cakap terus kat kau macam ni.” Azim terdiam sekejap. Merangka ayat yang sesuai. Kang silap cara, mahu kena pelangkung dengan abangnya tu. Pokoknya,dia harus beritahu tentang peristiwa denga budak medic tu. Salah dia juga, yang pergi kacau minah tu dah kenapa.

“Kau nak cakap apa ni? Jarang kau melalut macam ni. Kau ada buat dosa apa dengan aku ni? Jangan cakap yang kau kacau budak medic tu sudah. Naya je kau kena dengan ayah nanti.”

“Itulah masalahnya, aku terkacau budak medic tu lah. Tak sangka pula sampai macam ni. Macam mana ni, Qil.” Tangan Aqil terhenti menulis. Pen diletakkan dan mengeluh panjang. Pandangannya dihalakan ke arah Azim. Kelihatan adiknya itu sedang risau, walaupun tak jelas tapi, dari cara dia cakap memang nampak yang dia sedang khawatir.

“Kau… memang tak ada kerja ehh. Haih, aku pun tak faham dengan kau ni tau. Dah, tak payah risau. Lama-lama okay lah tu, sekarang baik kau masuk bilik, study! Tak payah fikir. Pasal ayah ke, pasal perempuan tu ke. Tak payah nak risau, kalau aku boleh cover, aku cover. Dah, pergi masuk bilik.” Aqil menjawab selamba walaupun dia pun risau juga sebenarnya. Kalauayahnya tahu, bakal menantunya digosipkan dengan si Azim tu, maunya kena adiknya yang satu itu.

Azim mengeluh, dia sudah agak yang abangnya tak mampu melakukan apa-apa, namun, dia ada rasa lega sedikit kerana Aqil tak menunjukkan reaksi marah namun tetap risau sebab Aqil tak bagi reaksi apa pun. Macam tak endah apa yang baru dia cakap.

“Okay lah, aku masuk bilik dulu.”kata Azim dan berlalu. Aqil mengangguk sahaja dan terus mencapai pennya dan kembali memandang ke arah fail. Azim melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Aqil.

Tangan Aqil terhenti semula. Dia memandang adiknya keluar dari bilik. Dua minggu lepas, ayahnya menyampai berita untuknya tentang lamaran dari pihaknya untuk seorang perempuan bernama Khalisa.

Dia melepaskan helaan berat. Mengingatkan hal itu membuatkan dia tak tenang. Siapa perempuan tu? Macam mana rupa dia? Baik ke orangnya? Kenapa ayah pilih dia? Soalan-soalan itu muncul kembali dibenak fikirannya setiap kali teringatkan perempuan bernama Khalisa itu. Kata ayahnya,Khalisa ambil kos medical, jadi doctor lah kut. Anak kepada Dato’ Berahim, ‘tapi kenapa perempuan tu tak pernah pergi event-event syarikat atau diperkenalkan dengannya secara depan-depan? Busy sangat ke perempuan itu? Mengalahkan dia yang bekerja ni? Baru study kut, belum kerja lagi, takkan busy?

‘Kenapa dengan aku ni? Teringin nak jumpa dia ke?’tiba-tiba soalan itu menghentam kepalanya. Dia terfikir namun dibalas gelengan laju.  ‘Ah, takkanlah. Tapi… tak salahkan? Takkan tak boleh jumpa bakal tunang sendiri?’ Aqil menggeleng lagi. Dia mula serabut mengenangkan adiknya yang mungkin telah mencemarkan nama baiknya dek kerana sikap Azim yang sambal lewa itu. Bukan dia tak kenal adiknya itu, sudahlah suka bermain, tak pernah serius, asyik je lah bukan kerja sambil lewa,itu pun untung masih boleh perform untuk study, kalau tak tak tahulah kena macam mana dengan ayahnya, Dato’ Khalid itu. Risau juga dia jika perempuan tersebut fikir yang dia mungkin bersifat seperti Azim. Haihh, adik aku, buat malu je lah! Dia meraup mukanya dan mengeluh perlahan. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaifah Zakira