Home Novel Komedi/Romantik Komedi Doktor Pilihan Hati
Doktor Pilihan Hati
Syaifah Zakira
20/4/2018 10:31:44
12,622
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

            Tangannya menyelak sehelai lagi mukasurat. Ifrah menarik nafas dan menghembusnya perlahan sebelum menyambung bacaannya. Tak semena-mena dia tersentak tatkala ada suara dari belakang yang menyebut Namanya. Ifrah menoleh. Kelihatan Suhana mendekati Ifrah setelah memanggil namanya. Ifrah hanya tersenyum kecil. Tak mahu terlihat sombong oleh teman serumahnya itu.

“Nah. Ifrah ni selalu lupa tau. Lain kali sebelum keluar check lah dulu kuncinya. Pastu terus masuk dalam beg ni ha. Segala buku, nota semua Ifrah bawa. Kunci sekecil ni pun boleh tak perasan eh? Haihh.”Suhana bersila disebelah Ifrah dan menghirup udara taman yang segar.

“Sorry lah, susahkan Suhana je datang sini. Inshaa Allah lain kali tak lupa. Sebab dia kecil lah selalu tak perasan.” Ifrah memandang ke arah tasik yang tak jauh dihadapannya.

“Tenang.” Suhana bersuara. Suasana di tepi tasik sungguh nyaman petang itu, Suhana diam seketika, menikmati pemandangan dan udara segar. Memang tak peliklah Ifrah selalu ke situ untuk mengulangkaji pelajarannya. Ifrah hanya tersenyum mendengar komen dari Suhana tadi dan mengangguk sebelum dia terus menyambung bacaannya. Suhana tak lagi dihiraukan.

Suhana menoleh dan menggeleng sendiri. “Macam manalah cerita pasal Azim dengan awak tu ramai orang boleh percaya eh. Dengan awak yang tak banyak cakap, kaki buku, budak library macam ni. Dah lah dikenenkan dengan si Azim tu, alahai. Tak faham betul.”

“Biarlah orang nak kata apa, kejap lagi senyap lah tu.Tak payah kisah sangat.” Ifrah menjawab selamba. Tersenyum Suhana mendengar jawapan dari mulut Ifrah, masakan tidak, dia sikit pun tak menghiraukankata-kata orang di sekelilingnya. Apa yang sebenarnya berlaku hari itu langsung tak diketahuinya. Nak harapkan Ifrah cerita? Haih, tunggu kucing beranduk pun belum tentu Ifrah nak bagitahu, nak dengar cerita dari orang-orang di kolej tu?Langsung tak masuk akal baginya.

Berita tentang Ifrah dan Azim dihadapan library beberapa hari lalu makin hangat di kolej. Kata mereka, Azim dan Ifrah dah lama berhubungan, namun tak mahu menceritakan tentang hubungan tersebut. Ada juga yang mengatakan, Ifrah mahu putuskan hubungan dengan Azim walaupun tak tahusejak bila mereka berdua bersama, dan macam-macam lagi andaian yang dikeluarkan oleh ‘mak jemah-mak jemah’ di kolej. Suhana juga terkena tempiasnya apabila ramai kawan sekuliahnya yang bertanya tentang pasangan hangat, Ifrah dan Azim,dan Suhana hanya mampu menyatakan yang semuanya itu bukanlah cerita betul.Tapi, biasalah, mana ada kaki gossip yang nak dengar cerita betul. Segala ajinamoto mahu ditambah, biar cerita lagi ‘sedap’.

 

“Eh, Ifrah, malam ni teman Su makan kat luar nak tak? Nanti ajak Mai sekali.” Suhana memandang Ifrah disebelahnya dengan muka penuh harapan. Ifrah menoleh seketika dan kembali meneruskan bacaannya. Tak mengendahkan Suhana. Suhana mengeluh, mana taknya. Ifrah selalu macam tu. Diam,dan, sukar diramal. Mati kutu jadinya apabila tak dilayan disitu. Bosan. Akhirnya Suhana mengeluarkan telefon dari poket bajunya dan... buat hal sendiri.

 

 Sedang ralit melihat ruangan ‘explore’ di Instagram, Suhana terkejut melihat Ifrah bangundan pergi.

“Eh, Ifrah…tunggu.” Suhana berlari-lari anak mengejar Ifrah yang sudah beberapa tapak dihadapannya. Apabila langkahnya sudah seriring dengan Ifrah, tiba-tiba Ifrah berhenti. “Cepat. Nak makan kat mana?” Ifrah memandang Suhana yang sedang tersenyum setelah mendengar jawapan darinya. Suhana tergelak kecil, suka sangatlah tu agaknya.

“Okay! Kita makan kat kedai depan taman kita tu. Nak makan mee goreng dia lah. Dah lama tak makan kat situ.” Senyuman Suhana dibalas anggukan kecil dari Ifrah. Itu pun sudah cukup untuk Suhana. Ifrah terus menuju ke keretanya tanpa menunggu temannya itu. Senyuman kecil Suhana terbit tatkala melihat Ifrah yang sudah berjalan jauh dihadapannya. Dia menghela nafas panjang, namun fikirannya menerawang entah ke mana memikirkan temannya itu. Dia tak begitu mengenali gadis bernama Ifrah tersebut, yang dia tahu, Ifrah tak banyak cakap, tak suka kongsi perasaan, kaki buku. Namun, apa yang pasti, Ifrah punyai hati yang baik yang semua orang ada. Tiga tahun mengenali seorang perempuan bernama Ifrah banyak mengajarnya tentang hidup. Biarpun tak banyak cakap dan kadangnya hanya Suhana yang bersuara dan bercerita, namun kadangnya Ifrah ada juga berkongsi ilmu yang dipunyai tentang agama, tentang life skill, macam mana nak kawal emosi, macam-macam.

Suhana tersenyum kecil sebelum melanjutkan perjalannya ke kereta yang tadinya diparkir tidak jauh dari tempat dia berdiri. risau juga dia kalau tak pasal- pasal Ifrah tukar fikiran, tak nak temankan dia makan diluar pula kang, mak cik tu Lebih baik dia cepat.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaifah Zakira