Home Cerpen Cinta Cinta Piano
Cinta Piano
Syaifah Zakira
11/9/2015 13:33:13
1,744
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Satu persatu anak kunci putih dan hitam itu ditekan mengikut urutan dan rentak lagu. Setiap kord di baca sepintas lalu namun tangannya masih ligat diatas kekunci piano. Lagu kegemarannya menjadi pilihannya malam ini. ‘Fuwa-fuwa time’ merupakan lagu dalam sebuah anime jepun yang diminatinya. Tak cukup tangan kanan melagukan melodi, tangan kiri juga membantu menceriakan lagu dengan kord yang tersendiri. Lagu di tamatkan. Lelaki itu masih disitu bersandar di dinding bersebelahan dengan piano kecil miliknya. “Not bad. Saya suka, tapi too hard. Boleh tak you mainkan lagu yang lembut dan mendayu. Saya suka lagu yang sebegitu.” Gadis itu tersenyum. Tangannya bersedia di atas anak kunci yang tertentu. Tanpa menunggu sesaat, lagu ‘Kiss the Rain’ dilagukan. Matanya terkatup dengan sendiri sambil menghayati lagu ala-ala sedih itu. Memang sedap, hingga siapa yang sedang sedia bersedih boleh tumpahkan air mata pada bila-bila masa. Tanpa sedar, setitis air mata mengalir. Namun, sebagai seorang pemuzik professional, adalah tak bagus untuk menghentikan persembahan sebelum kord terakhir ditekan. Lagu Kiss the Rain tamat dengan jayanya. Tepukan gemuruh dari lelaki berbangsa cina itu membuat senyuman puasnya terukir. “Saya berbangga mempunyai seorang rakan yang hebat dengan piano seperti awak, Zara.” Chua menyuarakan isi hatinya. “Saya juga amat berbesar hati mempunyai seorang kawan yang sangat baik seperti awak. Awak juga seorang pemain piano yang hebat. Saya kagum dengan lagu-lagu yang awak mainkan.” Dia tersenyum. “Apa kata awak cuba mainkan semula lagu tadi. Saya suka dengar. Apa tajuknya?” dia meminta lagu dan sempat bertanya. “Tak silap saya, tajuknya Kiss the Rain. Ya benar, Kiss the Rain.” Chua tersenyum dan mengangguk. Dia buat isyarat tangan supaya Zara meneruskan persembahan pianonya.

Bunyi gema piano yang berkumandang disegenap penjuru rumah menggamit perasaan Puan Mila untuk menjenguk anaknya. Tamat saja lagu, wanita itu menyapa kedua sahabat karib itu. “Amboi, sedapnya anak mama ni main piano. Mama suka lagu ni. Ha, Chua, kamu tak mahu try ke? Dah lama aunty tak dengar lagu-lagu kamu.” Chua tersipu malu. “Saya punya lagu tak sedap seperti yang Zara mainkan. Lagipun saya ke sini pun hanya untuk mendengar lagu baru yang Zara cipta. Katanya dia ada sebuah lagu yang baru dia buat.” Chua memberitahu. Zara menepuk dahinya. “Lah, saya baru teringat. Kenapa tak tegur saya tadi. Saya dah terlupa tentang lagu baru saya tu. Biar saya ambil manuskrip saya dekat atas.” Zara kelang kabut menaiki anak tangga rumahnya. Chua dan Puan Mila hanya memerhati gadis itu. “Zara… Zara. Dia kalau dah lupa, sampai bila pun akan terlupa kalau tak diingatkan.” Ujar Puan Mila. Chua hanya tersenyum. Dia duduk di kerusi piano berwarna putih milik Zara. “Chua, aunty ke dapur ya? Tiba-tiba tekak ni rasa haus pula.” Puan Mila meminta diri. Chua mengangguk. Dia mencapai mug di atas piano dan menghirupnya seteguk. Dia tersenyum, air kopi buatan Zara memang berbeza. Tak dinafikan, sesetangah orang memang gemar akan kopi, tapi tidak gadis itu. Kopi pertamanya cukup buat Chua tergelak. Zara yang tak pernah rasa apa itu kopi membancuh kopi untuknya. Chua tergelak kecil. Tapi, lama-kelamaan kopi buatan Zara juga jadi pilihannya. “Chua, saya dah jumpa manuskrrip saya. Maaflah, buat awak tertunggu-tunggu.” Zara duduk disebelah Chua dan menyerahkan manuskrip itu kepada lelaki cina itu. “Kenapa bagi saya?” Chua agak pelik. “Saya ingat nak suruh awak mainkan. Tapi tak apalah, biar saya mainkan.” Chua tersenyum. Dari nada suara dari bibir nipis itu, dia sudah mengagak gadis itu sedang merajuk. “Okeylah, okeylah. Saya mainkan. Tapi kalau salah jangan marah saya tau.” Chua cuba memujuk. Ternyata pujukkannya tak sia-sia kerana senyuman manis terukir dibibir Zara. “That’s my Chua!” senang sungguh hatinya. Anak kunci piano itu ditekan dan mengeluarkan bunyi yang sungguh merdu. Zara tersenyum. Dia amat yakin yang Chua mampu memainkan lagu itu dengan baik. Seperti yang dia percaya, Chua tak pernah menghampakannya. Lagu itu tamat. “Thanks, Chua. Saya sayang awak.” Zara bangun dari bangku piano dan menghulurkan mug kopi yang diminum oleh Chua tadi. “Nah, ini hadiah daripada saya.” Chua mencebik. “Alah, saya dah minum air tu tadi. Jadi, air tu bukan lagi hadiah.”Zara duduk kembali. “Habis tu, awak nak apa?” Zara menyoalnya kembali. “Bagilah benda yang tak saya sangka. Something surprise maybe.” Chua mengenyitkan mata pada gadis itu. “Kalau macam tu, saya tak jadilah nak bagi hadiah. Tunggu hari jadi awak jelah tahun depan.” Zara berkata selamba. Chua memandang Zara dan tersenyum manis. “My dear Zara… saya tak nak pun semua tu. Asalkan awak sudi jadi kawan baik saya. Itu pun sudah cukup sangat.” Zara mencebik. “Tak nak percaya tak apalah, Zara, saya nak balik. Bye.” Chua mengacah. Namun, Zara tetap keras kepala. Dia diam duduk di atas bangku. Chua mengeluh. Kuat betul merajuknya. “Okeylah, jumpa awak dikelas esok. Bye.” Chua meminta izin untuk pulang.

Zara baru tersedar yang dia melakukan silap buat kesekian kalinya. Dah berkali-kali dia cuba mengawal rajuknya. Namun bila berhadapan dengan Chua rajuknya makin menjadi-jadi. Dia mengeluh. Pasti Chua berjauh hati dengannya, eh, bukan. Chua tak pernah begitu. Tapi bagaimana yang tak pernah itu benar-benar terjadi? Zara khuatir. Dia naik ke tingkat atas. Dia sempat menangkap soalan dari Puan Mila, ibunya. “Zara, Chua dah balik?” dia membalasnya dengan. “Ya!” jeritannya sudah memadai untuk sampai ke pendengaran ibunya.

Zara menulis tekun. Takkan dia nak berdiri di atas kerusi lagi. Puan Maimunah tu bukan boleh berkompromi. Zara terus menulis dengan laju tanpa dia sedari Chua memandangnya dari jarak jauh. Senyuman terukir dari bibirnya membawa seribu makna. ‘Zara, kau sangat cantik pada aku. Aku sukakan kau tapi kenapa kau tak pernah pandang semua tu. Perbezaan agama dan bangsa diantara kita membuatkan aku takut, kau jadi milik orang lain.’ Chua menunduk.

“Nah… seperti yang kau minta semalam aku ada hadiah untuk kau. Special gift for you. tapi jangan buka sekarang, di rumah.” Zara menghulurkan sebuah kotak kecil yang telah disampul. “Wah, thanks. Saya sangat hargainya. Zara, you are my bestfriend ever. Tapi bukan kerana hadiah ini tau. Kerana awak sudi berkawan dengan saya.” Zara tergelak. “Iya, saya faham. Tapi Mei Ling awak nak letak mana?” giliran Chua pula yang tergelak. “Kenapa dengan Mei Ling pulak ni? Kenapa pula nak main letak-letak pulak. Saya dengan dia macam biasa jelah. Tapi awak lagi special. Dia kawan saya, awak kawan ‘baik’ saya.” Perkataan ‘baik’ itu ditekankan. Zara tersengih. “Bukan dia tu…” Chua menggeleng pantas. “apa? Girlfriend saya? Siapa cakap? Pernah ke saya declare dia tu sebagai girl saya?” Chua memberi soalan yang bertubi-tubi. Zara tersengih. “Okey, saya faham.” Chua tersenyum memandang Zara yang sedang berjalan sambil menekur lantai.

Zara sibuk menghabiskan bekalnya. Chua setia di hadapannya dengan buku nota Kimia di tangan. Mereka selalu belajar bersama sewaktu rehat. Jadi tak pelik bagi rakan-rakan sekelasnya. Dari tahun lepas selepas mereka ditempatkan di dalam satu kelas, Chua dan Zara rapat kerana hanya mereka berdua saja dari kelas tiga Berlian. Yang lain dari kelas aliran agama dan kelas Amanda. Bukan Zara tidak mahu berkawan dengan perempuan namun dia rapat kerana kelas sama, minat terhad piano yang sama, matapelajaran yang diminati sama. Jadi tiada alasan untuk Zara menolak persahabat bersama Chua walaupun berbeza bangsa. Tiba-tiba pondok yang diduduki mereka berdua diserbu oleh Mei Ling dan tiga orrang kawannya, dan termasuklah Diana rakan sekelasnya dahulu yang memang terkenal dengan kebolehannya berbahasa cina. Mei Ling kelihatan berang. Zara terdiam. Mereka seperti bergaduh, namun satu pun tidak dia fahami kerana mereka berbahasa cina. Chua Mulanya berdiam diri dan hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh Mei Ling, namun akhirnya Chua juga memarahi Mei Ling dan kata-kata terakhirnya saja yang aku fahami iaitu… “Yes, I do like her.” Zara memandang Diana dan mengangkat kening. Dia mengangkat bahu dan menunjuk kepada Chua dan kemudian kearahku dan membuat simbol love dengan tangannya. Zara ternganga. Masakan Chua menyukainya. Adakah yang mereka gaduhkan itu kerana dirinya. Zara mula tak sedap hati. Dia mengemas bekalnya dan terus berlalu pergi sebelum Mei Ling beredar. Dia sempat menangkap jelingan tajam dari gadis itu. Zara menjinjit bekalnya dan terus berlalu dan menarik lengan Diana. Dia meminta agar Zara melepaskannya. “Kenapa kau ada dengan geng Mei Ling tadi?” Diana tersengih. “Saja, aku nak tengok je. Tadi dekat kelas dia sibuk mengumpat kau, kata kau tu siapa nak dengan Chualah, apalah. Jadi bila dia kata dia nak jumpa depan-depan dengan Chua, aku nak ikut. Diorang kata suka hati. Aku ikut jelah. Aku tak sangka yang Chua betul-betul sukakan kau. Dia sendiri pertahankan kau tadi. Aku rasa macam tengok drama pulak tau.” Zara mengeluh. Ternyata bukan dia sorang saja yang merasakan perasaan ini. ‘Ternyata dia juga menyukai aku. namun, apalah yang kami mampu lakukan, dia sangat berbeza. Dia siapa, aku siapa. Cina dan melayu. Kalau dalam novel mungkin boleh terjadi, tapi bukan di alamku ini.’gumamnya dalam hati. “Okeylah, Zara. Aku balik kelas dululah. Rehat dah nak habis dah ni. Karang tak pasal-pasal Puan Tuminah tu marah aku. Bye.” Zara mengangguk dan terus melangkah ke kelasnya… ‘Aku tak nampak kelibat Cikgu Sarah harini. agaknya dia tak datang kut.’ Zara terus duduk di tempatnya dan meletakkan kepalanya di atas meja. Tak lama lepas tu Chua masuk ke kelas. Matanya melilau. Zara hanya memerhati. Chua melihat Zara di tempatnya. Tanpa menunggu sesaat dia mendapatkan Zara. “Chua. Jangan ganggu saya lagi. Saya tak mahu sebab saya awak bergaduh macam tadi. Zara masih meletakkan kepalanya di atas meja. Chua mengeluh. “Zara, kita masih kawankan?” Zara mengangguk. “Sampai bila-bila. Kita tetap kawan baik. Walaupun kedua-dua saling menyukai. Namun tiada yang mampu mereka lakukan. Biar masa yang tentukan.

Zara membetulkan postur duduknya. Dia memainkan lagu Kiss the Rain. Seisi dewan memberi sepenuhnya tumpuan kepadanya. Dia tersenyum dan mengalirkan air matanya setiap kali terpandang gelang tangan berwarna biru itu. Pemberian terakhir dari Chua sebelum dia berpindah ke Johor kerana mengikut keluarganya. Hari terakhir SPM dia menitipkan gelang itu kepada Diana untuk diberi padaku sebagai pengganti dirinya dan selamat tinggal. Zara menamatkan persembahannya. Majlis perpisahan tingkatan lima yang dibuat di dewan itu sangat meriah akibat tepukan gemuruh untuknya. Zara menunduk hormat dan tersenyum. Dia tersenyum dan turun dari pentas. Dia mengambil air dan duduk disalah satu meja. Namun tak lama lepas tu. Bunyi piano ditekan menarik minatnya. Dia memandang kearah pentas. Lagu itu, lagu yang dicipta olehnya! Zara cuba mengecam si pemain piano itu. Chua!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaifah Zakira