Home Novel Kisah Hidup RATNA TERINDAH
RATNA TERINDAH
Hasya
4/6/2021 19:40:45
2,591
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 7

"Nak pergi mana?"

Gulp! Ada orang panggil aku ke?

Aku rasa masa aku keluar dari bilik tadi, line dah clear.

Tapi, suara tadi siapa punya pula?

Aku menoleh ke nelakang dan secara mengejut, ada satu figura yang berdiri betul-betul bedekatanku.

Damn!

"Kan aku dah pernah cakap, jangan berani nak lari."

Aku telan air liur, perit. Dengan muka dia yang dah macam nak telan orang, memang buat bulu aku tegak 90 darjah!

"K... kau bukan tidur ke tadi?"

Ya, itu yang aku nampak tadi. Aku nampak yang HUzairil dah nyenyak dibuai mimpi. Sebab itulah aku berani nak jalankan misiku ini.

Misi 'lari dari rumah'.

"Aku tidurkan mata aje, deria aku yang lain tetap berfungsi," jawabnya.

Aku dekat sini dah tak senang duduk. Apa nak buat ni? Kalau dah kantoi sekali, makin susahlah aku nak buat lagi.

Itulah, Ratna. Buat kerja tak clean.

"Orang nak lari rumah tengah malam, kau awal pagi. Memang bijak!"

Amboi. Sempat lagi ya dia nak mengutuk aku. Dasar jantan tak pergi tadika! Masa kecil mak suruh belajar malas.

Tapi memang aku salah pecaturan pun, kan? Ada ke nak lari rumah masa awal-awal pagi? Hrm...

Sebabnya, aku takutlah nak lari rumah malam-malam buta. Gelap, sunyi... Siapa je tak takut, kan?

Nampaknya, gagallah misi aku kali ni.

"Tadi ada perempuan ni datang, dia hantar berbeg-beg kain. Katanya nak suruh kau jahitkan macam yang dia bagi contoh. Contoh tu ada dalam beg tu sekali."

Oh ya., aku terlupa tentang kerja aku. Nasib baiklah ada lagi orang yang sudi menempah dengan aku. Senang sikit nak lari rumah lagi, ada spare duit.

"Dia nak kau buat lima pasang."

Aku tercengang sekejap. Tujuh pasang? Alhamdulillah, rezeki aku hari ni.

"Mana beg tu? Siapa hantar?"

Sebenarnya aku seram juga bila Huzairil yang pergi ambil. Mahu jadi bualan hangat nanti. Maklumlah, semua tahu yag aku ni masih single, tiba-tiba mereka nampak ada lelaki dalam rumah ni, tak ken naye?"

Dan itu adalah sebab utama aku nak keluar dari rumah aku sendiri.

"Yang hantar tu, aku pun tak tahu siapa. Tapi dia macam budak sekolah je lagi. Beg tu pula ada dekat atas meja bilik kau."

Untuk ayat yang pertama tu, aku lega sikit. Paling kurang, yang menghantarnya bukan makcik-makcik daari squad bawang rangers.

Tapi ayat kedua dia, memang buat aku cekik darah.

"Kau masuk bilik aku!"

"Rumah aku, suka hatilah."

Bapak hang rumah dia! Tak ada commen sense langsung!

Perasaan amarah tu aku simpan seketika, aku perlu tengok betu ke apa yang dia katakan. Entah-entah sengaja nak aku cuak je.

Aku pun dengan pantas berlari menuju ke bilik. Pintu bilik direntap kasar. Lantaklah kalau nak pecah ke apa.

Aku melilaukan mata ke sekliling. Mencari beg yang dimaksudkan Huzairil.

"Atas meja."

Huh. Mesti dia nampak muka tercekik darah aku ni.

Dan betullah macam yang dikatakan, memang ada sebuah beg asing berwarna biru atas mejaku. Tak lama, terus aku capai beg tersebut.

Banyak. Sangat banyak kai dalam tu. Ada kerjalah yang aku nak buat lepasni.

Abaikan dulu tentang tempahan tu. Sekarang ni, aku memang tak puas hati langsung dengan Huziril.

Walhal ayah aku dulu pun sebelum nak masuk bilik aku, dia akan minta kebenaran terlebih dahulu. Bukan apa, tapi tahu tentang privasi seorang anak perempuan.

Bila aku tengok di setiap sudut bilik aku ni, memang blushing terus.

Dahlah dengan bersepahnya... Ya Allah, malu tujuh keturunan aku!

•••

Sebuah tumbukan tepat mengenai batang hidungku.

Berdarah. Tapi tak seteruk berdarahnya hati aku.

"Aku cakap ikut, kan? Ikut jelah!"

Sekali lagi, aku dihentak kasar oleh si dia.

Dalam keadaan payah, aku tetap cuba pertahankan hujahku, "aku bukan perempuan lemah yang akan senang lenang akan ikut lelaki sampah macam kau!"

Pendarahan di bahagian hidung makin parah. Tanganku kini penuh dengan cecair merah tersebut.

Entah apa silapku sehingga dilakukan begini. Apa yang aku dah buat? Apa yang dia mahukan dariku?

Si dia mengahampiriku. Muka bengisnya jelas kelihatan. Mungkin, dia panas dengan ayatku tadi.

Pang!

Aku dah agak, saat dia datang menghampiri... dia tak akan pandang saja. Pasti akan ada cara untuk mencederakan aku.

Satu tamparan hinggap di pipi kananku. Jelas ada kesan merah di bahagian tersebut.

Dan tak sampai tiga puluh saat, pipi kiriku pula terkena nasib yang sama.

Aku tak tahu nak kata dia ni gangster, mafia atau apa. Nak kata dia ganas mahupun pandai bergasak... tak juga.

Yalah, kalau stakat lempang dengan hadiahkan penumbuk dekat aku, siapa-siapa pun boleh bagi.

Pandangan tajamku hadiahkan pada dia. Andai aku ada kekuatan ketika ini, dah lama aku balas.

Tapi apalah sangat kudrat seorang perempuan lemah nak dibandingkan dengan dia?

Kami saling berbalas jelingan. Masing-masing dalam keadaan tidak berpuas hati.

"Ikut aku atau kau nak mati?"

Ayat yang sama diulang berkali-kali. Entah apa yang dia cuba maksudkan... aku sendiri tak faham.

Secara tiba-tiba, tanganku direntap kasar. Kuku tajamnya seakan-akan nencucuk ke dalam kulit.

"Kalau ya pun tak payahlah pegang-pegang!"

"Kalau aku gak pegang kau berdegil!"

"Sakit, bijak!"

"Memang aku kisah."

Urgh!

Badanku ditarik. Tangan kanannya laju sahaja buat kerja. Kini, aku sudah berada depan kereta Axianya.

Ya, dia nak bawa aku pergi ke tempat lain. Katanya rumah aku kini sudah tidak selamat untuk didiami.

Serius. Aku tak faham. Apa masalahnya? Kalau betul ada perkara yang tidak kena... kenapa tidak berterus terang saja?

Badanku mengeras di seat hadapan kereta hitam ini. Huzairil pula statik di tempat pemandu.

"Kalau kau rasa nak pergi, silakan. Aku sangat happy bila kau pergi. Tapi tak perlulah nak bawa aku sekali. Ni..."

Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Huazairil pantas memotong, "Aku buat untuk kau, Ratna."

Jeda.

Apa maksud dia? Apa maksud 'buat untuk kau' itu?

Tolonglah, aku tak faham dengan keadaan sekarang.

Dalam sekelip mata, kereta axia ini telah bergerak, menuju ke tempat yang aku sendiri tak tahu.

"Huzairil, saya nak balik."

Diam.

"Dengar tak?"

Sekali lagi, langsung tiada sebarang bicara yang keluar.

"Huzairil!"

Drastik, tangan aku melintasi bahagian mukanya, membuatkan penglihatan Huzairil sedikit terganggu.

"Apa!"

"Aku nak balik. BALIK." Perkataan 'balik' sengaja ditekankan. Kerana memang itu apa yang aku terlalu mahukan ketika ini.

Tapi hampa. Dia hanya diam tidak berkutik.

"Dengar tak?"

"Aku tengah drive, bijak!"

"Siapa suruh? Ada aku kisah?"

Sejurus itu, tanganku sengaja mengacau kawasan stereng keretanya.

"Kau nak mati ke, ha!"

"Kalau mati pun... apa masalahnya?"

Kali ini, aku mengambil tindakan dengan menyepak bahagian kaki milik Huzairil. Tak sangka, tindakan sekecil itu menyebabkan kereta kami hilang kawalan.

Bam!

"Ratna!"

Dan itu adalah perkataan terakhir yang aku dengar sebelum segalanya menjadi kelam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasya