Bab 5

Hidup itu nenunggu. Menunggu waktu untuk solat, dan waktu untuk disolatkan
-Jentik hati -



Lagi lima minit, kau mungkin akan mati.

Susah. Susah untuk terima yang perkara ini akan menerjah lagi.

Sekarang, aku rasa dah lebih pukul tiga. Tapi tetap aku tak boleh nak lelapkan mata demgan aman.

Sebab...

Fikiran itu.

Boleh jadi... ini malam terakhir kau di sini.

Kot-kot esok sedar-sedar dah dalam tanah.

Kau tak layak untuk hidup.

Sama. Sama macam halusinasi.

Cuma, bezanya aku lebih kepada PTSD atau nama sebenarnya, posttraumatic stress disorder.

Sejak kematian kedua ibu bapaku, aku jadi begini. Alhamdulillah, aku makin baik dari dulu.

Dua tahun yang lepas, keadaannya lebih teruk. Pada waktu siang, aku tak mampu nak keluar. Aku takut. Takut dengan semua benda, semua orang.

Nampak seperti anxiety, bukan? Ya, lebih kurang. Namun macam aku katakan tadi, aku lebih kepada PTSD.

Kalau anxiety, memang aku dah alaminya sebelum kejadian itu berlaku.

Itu dulu. Waktu ibu masih ada denganku. Bahu ibu sentiasa ada untuk aku hemburkan tangisan. Aku ada ayah yang boleh dengar setiap masalah aku.

Sekarang? Syukur aku masih ada sahabat yang setia dan memahami.

Segala masalah mental yang aku alami sekarang, bukan dari diagnosis aku sendiri.

Sejak dua tahun lepas, aku memang ada berjumpa dengan pakar. Ya, dia sangat baik.

Dia banyak bantu aku untuk pulih. Perlahan-lahan, aku yang memang tak berani nak cakap dengan sesiapa, nak jumpa sesiapa, aku yang seolah-olah trauma dengan waktu malam, akhirnya beransur pulih.

Kalau dulu, berpil-pil ubat aku perlu telan dalam sehari. Tak boleh miss sebab, kalau aku miss makan ubat, kemungkinan keadaan aku akan bertambah teruk.

Fikir sedap ke makan benda tu hari-hari? Kau ingat coklat kinderjoy?

Tak. Cukup muak untuk ditelan.

Bila ibu dengan ayah dah tak ada, dialah jadi ibu aku. Walaupun dia selalu sibuk, tapi prihatinnya dia pada aku tu...

Tak dapat nak digambarkan macam mana.

Dia ada keluarga dia sendiri tapi tetap anggap aku macam keluarga dia.

Setahun tiga bulan. Bukanlah jangka masa yang terlalu lama untuk hubungan seakrab ini dapat dijalinkan.

Tapi, takdir perlu diterima. Allah lebih sayangkan dia.

Dia telah pergi. Tinggalkan aku dan keluarganta buat selama-lamanya.

Sejak dari itu, aku...

Berjuang sendiri. Semuanya aku hadap berseorangan. Aku takut untuk mengenali orang baru.

Sebab aku takut aku akan...

Kehilangan.

Aku takut, sebab aku sudah mengalaminya berkali-kali.

Perlahan-lahan, air dari tubir mataku menitis.

Satu persatu pergi. Mungkin tak lama lagi, tiba masa untuk aku pula yang meninggalkan semua.

Tapi... Kau bersedia ke?

•

Kring... Kring... Kring...

Pap!

Jam loceng yang berada bersebelahan denganku aku tutup. Memekak dia masyaAllah...

Aku menggeliat kecil sebelum menjeling sekilas ke arah jam.

Enam pagi.

Aku tak tahu bila masa aku tertidur. Sedar-sedar dah pukul enam.

Kalau tanya aku, enam pagi masih terlalu awal untuk memulakan hari baru walaupun sepatutnya aku pergi bersihkan diri dan siap-siap untuk menunaikan solat subuh ketika ini.

Tapi sebab aku dah terjaga, malaslah pula nak sambung tidur semula.

Dengan rasa malas, aku bangun dari katil. Mengambil tuala mandiku yang bergayut berdekatan tingkap.

Sebelum aku nak pergi mandi, sempat aku membuka sedikit tingkap bilikku ini. Bagi udara masuk.

Jangan expect tingkap aku macam rumah orang kaya. Aku punya tingkap bilik macam yang dalam kelas tu je. Jadi nak buka memang kena berhati-hati sebab ada yang dah hampir jatuh.

Kalau jatuh, pecah. Tak ke naya?

Setelah semuanya selesai, aku membawa langkahku menuju bilik air, berdekatan dapur.

Beberapa langkah sebelum aku masuk ke dalam tandas, aku terdengar bunyi... macam ada orang tengah buka peti sejuk aku.

Dah kenapalah nak pergi curi kat rumah aku? Lebih baik pergi curi kat kedai makan. Banyak sikit pilihannya. Peti aku tu dahlah kosong saja.

Dengan penuh berhati-hati, aku melangkah untuk pergi tengok dapurku.

Tak lupa, aku bawa batang penyapu siap-siap. Kalau ada apa-apa jadi, aku dah ada senjata.

Sesampainya aku di sana, kornea mataku ternampak satu figura yang aku rasa aku kenal.

Jap. Nak gelabah kejap.

Weh! Aku lupa yang rumah aku ni ada tetamu tak diundang sejak semalam! Aku lupa yang dia bermalam dekat rumah aku malam tadi.

Tak, masalah sekarang ni...

Faham tak macam mana pakaian bila nak masuk tandas? Ha, macam tulah aku.

Tiba-tiba rasa macam jadi ais dekat dapur ni. Mengeras je aku. Otak pun masa nilah tak boleh berfungsi.

"Tak apa. Aku dah tutup mata."

Aku terkaku sekejap. Ya Allah, malunya.

Lalu, dengan pantas aku berlari menuju kembali ke arah bilikku.

Nasiblah tak jauh sangat jarak dapur dengan bilik.

Macam manalah aku boleh terlupa ada orang lain dalam rumah ni? Macam mana aku boleh tak perasan dia tadi?

Huwargh! Nak menangis boleh tak?

Aku menyandarkan badanku di pintu sambil mataku menatap telapak tangan yang dah terketar-ketar.

Haih. Rileks Ratna.

Tak boleh nak bertenang dah! Malu yang amat!

•


"Letak kicap banyak-banyak."

Suara menjengkelkan itu kedengaran lagi. Aku menjelingkan mataku ke atas sebelum mendengus geram.

Lepas kejadian pagi tadi sampailah sekarang, aku asyik jadi 'kuli' lelaki ini. Macam-macam dia suruh aku buat.

Awalnya, aku rancang nak buat ayam masak merah untuk makan tengah hari. Tengah aku potong-potong bawang, tiba-tiba dia suruh aku buat ayam masak kicap.

Katanya, dia suka kicap. Jadi aku kena buat ikut apa yang dia suka.

Memang aku geram dengan dia.

Sudahlah aku tak kenal dia. Nama, umur, kerja apa, single ke taken, asal mana... semua tu aku tak tahu.

Lelaki yang penuh misteri.

Yang lagi menyeramkan, adalah ugutan dia semalam.

Katanya, ikut arahan dia... atau aku akan mati.

Ikut, atau mati.

Perasaan tak baik tu aku tepis jauh-jauh walaupun payah sangat.

Jadi, cara yang aku ada ketika ini... hanyalah dengan berhati-hati.

Tapi, kalau aku mati pun tak apa, kan? Aku bukan ada sesiapa yang akan kisah kalau aku dah tak ada.

Betullah,kan?

"Kau nak masak ke nak termenung sampai dinding tu tembus?"

Huh. Annoying.



Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh