Bab 6

Pang!

Sakit.

Butiran-butiran jernih dibiarkan membasahi ruang lantai.

Sangat sakit.

Untuk kali yang ketiga, pipiku ditampar kuat. Tanpa sebarang sebab.

Aku tak mampu untuk berkata apa-apa saat ini. Hanya dapat membiarkan tangisan menggantikan kata-kataku.

Yang tampar aku, yang menyusahkan aku, ialah dia.

Huzairil.

Macam mana aku tahu? Aku ternampak kad pengenalan dia sebentar tadi.

Bukan salah aku. Dia yang letak atas meja.

Tapi, aku tak rasa dia marahkan aku kerana perkara itu.

Sebab masa aku pulangkan kad pengenalannya, dia hanya tersenyum kecil.

Beberapa lama selepas itu, dia hilang dari rumah aku. Aku syak, dia pergi keluar.

Bila dah balik, terus cari dan lempang aku.

"Dah puas menangis?"

Aku hanya diam sambil memerhati Huzairil yang cuba mendekati aku. Dia nampak seperti tidak keruan sekarang. Kehulur-kehilir macam mak hilang anak.

Aku pun tak tahu, tak faham.

Apa masalah dia?

"You're made my life sick, Ratna."

Aku?

Tak. Aku rasa dia yang buat hidup aku susah.

Tiba-tiba datang, tiba-tiba menyakitkan.

Apa semua ini?

"Aku tak nak hidup macam ni, Ratna."

Butiran air jernih yang membasahi pipi aku biarkan saja.

Aku tak faham. Apa yang dia cuba nak sampaikan?

"Aku tak patut buat macam ni dari dulu lagi!"

Dengan mengejut, dia datang menghampiriku. Tangan kekarnya mencengkam kuat bahagian pergelangan kedua-dua belah tanganku.

Ya Allah... sakit.

Dengan berat badanku yang tersangatlah ringan, huzairil dapat mengangkat tubuhku hanya dengan memegang pergelangan tanganku.

Sekali lagi...

Sakit.

Pap!

Aku dicampak kuat olehnya. Belakang badanku menerima kesan hebat.

Kena campak dekat dinding, bukan tilam saiz king.

Kini, dia mengambil sebuah gelas kaca dan dicampak kuat berdekatan denganku.

Aku tahu yang kaca tu susah nak pecah. Sebab ianya kaca seramik, bukan kaca biasa.

Tapi aku boleh jamin yang badan aku akan lebam kalau terkena gelas tu.

Mujurlah, ianya hanya mendarat bersebelahanku.

Aku tahu, dia tak akan bunuh aku sekarang. Tak akanlah secepat ini, kan?

Sebab orang psiko macam dia ni... suka tengok orang terseksa dulu.

Huzairul... nak tengok aku terseksa dulu.

Dan dia jadikan aku 'bahan' untuk melepaskan amarahnya.

Ya. Tanpa aku tahu dia siapa.

"Aku benci, Ratna..."

Aku beranikan diri untuk mengangkat muka, memandang tepat ke arah mata hazelnya.

Mata kami bertembung, dan masing-masing dalam keadaan tidak puas hati.

"And I... hate you, man!"

•••

Angin malam yang sejuk menerpa lembut ke arahku. Sedikit demi sedikit, pipiku yang tadinya basah kembali mengering.

Sekali lagi, aku tak boleh tidur walau jarum jam telah menunjukkan pada angka empat.

Tingkap bilik sengaja aku buka sedikit, membiarkan udara dingin masuk.

Dari tadi lagi, aku tak tahu nak buat apa. Makanya, aku tak berhenti-henti menangis.

Sebenarnya, aku ada satu perkara yang nak dilakukan. Cuma aku rasa seperti tiada tenaga ketika ini.

Aku menoleh sedikit ke arah meja kerjaku. Penuh dengan pelbagai stationary. Walhal, segala jenis alatan jahitan pun aku letak dekat situ.

Lama aku pandang meja tersebut, mencari sesuatu.

Sejenak, mataku tertangkap pada sebuah buku log nipis.

Lama. Sangat lama aku tinggalkan buku itu berhabuk begitu sahaja. Bukan tak mahu, tapi tiada masa.

Dengan payah, aku membawa langkah kakiku menuju ke arah meja tersebut. Buku log yang agak berhabuk itu aku tiup-tiup sikit.

Satu per satu halaman aku selak. Adakalanya membuatkan aku tersenyum, adakalanya membuatkan aku rasa macam nak menangis.

Sampai di satu halaman, aku berhenti menyelak. Pen yang berdekatan aku ambil.

Lama aku merenung halaman tersebut. Betul ke aku nak buat ni?

Mungkin tiba masanya untuk aku meluahkan segalanya.

Walau hanya di atas sekeping kertas.

Dear self,


Aku harap, kau akan terus kuat dengan apa-apa pun yang berlaku.


Aku harap, kau mampu bertahan hingga akhir  ke waktu.


Apapun yang jadi... kau tetap perlu hadapinya, Adiratna.


Kau tanggung segalanya sejak kecil, tapi saat itu kau masih ada seseorang di sisi.


Namun, satu per satu hilang. Ibu, ayah... pergi buat selamanya hanya kerana satu kesilapan. Apa yang pasti, kesilapan itu hadirnya dari kekhilafan kau sendiri.


Sampai sekarang, kau tak akan mampu maafkan diri kau sendiri, kan?


But sometimes, kau kena terima yang setiap yang hadir itu tak mungkin akan kekal buat selama-lamanya.


Lepas je mereka berdua pergi dari hidup kau, kau makin merana, betul kan Ratna?


Tapi Allah masih sayang kau. Macam mana pun, kau berjaya handle sehingga detik ini. Kau berjaya untuk teruskan hidup kau sampai ke tahap ini.


Namun, lumrahlah dalam hidup. Ada saat jatuh bangunnya.


Belum habis kau cuba untuk bangkit, sekali lagi, ada batu besar menghempap diri kau.


Again. Orang yang kau sayang pergi.


Ketika itu, semua pandang kau dengan pandangan penuh jijik.


Kau hidup dalam kalangan 'toxic people'. Ia bukan perkara mudah.


Tiap malam kau menangis, tiap malam kau fikir perkara-perkara negatif...


Kau kena tahu, ramai orang yang dah cuba buat macam-macam untuk cuba mengakhiri kisah hidup mereka, untuk hilangkan segala beban yang ada pada fikiran mereka.


Aku tak nafi yang kau pun pernah terfikir untuk buat semua itu.


Namun kau berjaya lawan, Adiratna.


Wahai diri, ingat apa yang aku nak katakan.


Sesakit manapun luka yang kau hadapi, kau jangan pernah berhenti melangkah.


Menangis, kecewa, jatuh, sakit. Itu perkara biasa.


Tapi kau kena belajar...


Belajar untuk terus bangkit.


Belajar untuk terus kuat.


Belajar untuk terus mengejar kebahagiaan yang kau gapaikan.


Saat kau jatuh, kau jangan pernah lupa sesuatu... kau jangan pernah lupa yang kau sentiasa ada DIA.


Ratna, kau kena sedar...


Allah adalah sebaik-baik perancang. DIA dah rancang sesuatu yang terbaik buat kau.


Tinggal kau je untuk terus begini, atau mahu bangkit?


Aku tahu, sangat susah. Tapi...


Kau kuat, kan?


Stay strong, girl. You can face all of this.


Setitis demi setitis air jernih membasahi kertas yang dipenuhi aksara-aksara itu.

Berkali-kali aku fikir yang aku tak akan mampu. Namun, aku sudah berada di sini sekarang.

Tak akanlah...

Aku nak berhenti di pertengahan jalan, kan?

Sia-sia sajalah perjuangan aku selama ini andai aku memilih untuk berhenti.

Walaupun penat, sakit....

Tetapi, hidup tetap perlu diteruskan.

Aku tahu, bukan aku seorang yang mengalami. Ramai lagi.

Dan kami...

Cuba. Cuba walaupun perit.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh