Home Novel Cinta GADIS GANGSTER
GADIS GANGSTER
Annull Misnan
13/12/2015 17:31:47
2,780
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Setelah aku, kak Reen dan Ersya makan malam bersama baru kami pulang. Hampir 4 jam kami lepak bersama pelbagai cerita yang kami kongsi bersama. Dari kisah zaman kami bersekolah sampailah sekarang. Ersya juga turut bercerita tentang kenangannya diwaktu persekolahan.

Ersya dan aku bukanlah bersekolah ditempat yang sama sewaktu di sekolah menengah dan sekolah rendah. Ersya dibesarkan oleh datuk dan neneknya disebelah daddynya. Mommynya dan papaku adalah adik beradik jadi aku dan Ersya adalah sepupu.

Aku dan Erysa tinggal bersama di apartment yang papa hadiahkan kepadaku semperna ulang tahun ke lahiranku yang ke-20 pada tahun lepas. Apartment ini berada tidak jauh dari Universiti dan hanya mengambil masa 10 minit perjalanan sahaja.

“Rish saya masih tak faham kenapa awak marah sangat dekat lelaki tu sedangkan dia tak sengaja.” Aku yang sedang duduk di sofa hanya diam bila Ersya membangkitkan perkara yang berlaku petang tadi.

“Erisha Iyura awak dengar atau tidak apa yang saya katakan tadi.” Ersya berbicara kembali mengenaikan kejadian petang tadi sambil memanggil nama penuh aku.

“Memang salah dia. Siapa suruh dia langgar Erisha Iyura. Memang malanglah nasib dia.”

“Rish awak tu perempuan. Muka dah cantik tapi perangai awak tu dah macam gangster awak tahu tak. Macam manalah lelaki nak dekat dengan awak, dia orang semua takut. Bilalah awak nk berubah.” Bebel Ersya.

Eleh, cakap orang pandai diri sendiri pun belum ada calon lagi. Ada hati nak nasihat kita

“Memang perangai aku sejak azali lagi memang macam ini aku nak buat macam mana. Kau tunggu dan doakan sajalah supaya suatu hari nanti akan ada lelaki yang sudi terima aku dan orang itu boleh cuba ubah aku atau terima aku seadanya. Kau tak perlu risau sangatlah. Aku rasa kau perlu risau diri kau juga.”

Setelah berkata bergitu aku terus bangun dari sofa dan berlalu masuk kedalam bilik tidur kerana aku berasa malas untuk terus berbahas dengan Ersya mengenai kejadian petang tadi.

Nur Ersya Medina a.k.a Ersya. kami lahir pada tahun yang sama tetapi perangai kami sangat jauh berbeza bagaikan langit dan bumi. Walaupun bergitu kami sangat rapat. Ersya seorang gadis yang ayu bertudung.

Berbeza dengan aku yang keseluhannya kelihatan seperti lelaki. Dari segi pakaian, gaya rambut dan lain-lain. Sejak kecil aku dibesarkan seperti seorang budak lelaki. Aku banyak melakukan aktiviti lasak antaranya race motorcross, wall climbing.

Pada umur 14 tahun aku sudah ada tali pinggang merah dalam taekwondo. Sejak dari umur 5 tahun lagi aku sudah belajar pelbagai aktiviti martial art antaranya taekwondo, kickboxing, muay thai dan banyak lagi.

Oleh kerana itu aku dilantik menjadi pengerusi kelab martial art diuniversity. Aku juga turut menjadi jurulatih dalam kelab itu. Sewaktu dizaman sekolah aku menjadi jurulatih bola keranjang kerana diwaktu kecil aku dilatih untuk mengetahui kesemuanya mengenai bola keranjang kerana papa sangat meminati sukan bola keranjang.

Aku ingin menjadi permain bola keranjang tapi disekolah aku tidak mempunyai pasukan bola keranjang perempuan jadi pihak sekolah hanya melantik aku sebagai jurulatih kelab bola keranjang sekolah sahaja.

Ersya yang sedang membebel mengenai hal tadi petang terus aku tinggalkan dan aku terus berlalu masuk ke bilik tidur. Naik bernanah telingga aku mendengar minah ni membebel.

Setelah masuk ke bilik aku masih mendengar bebelan Ersya. dia membebel sebab aku tinggalkan dia dan masuk bilik bila dia tengah bercakap. Hahaha. Padan muka membebellah lagi.

Aku memanjakan diriku diatas katil. Aih, empuknya tilam ni kalau tak bangun pergi mandi, harus terlena aku sat lagi ni. Daripada aku terus menghayati keempukkan tilam aku terus bangun untuk mandi sebab badan dah berlengas. Last mandi pagi tadi comfrim haprak bau badan aku.

Aku mengambil tuala yang dihampar diampaian dan terus berlalu kedalam bilik air untuk membersihkan diri. Nasib baik aku cuti dari solat hari ini kalau tak mesti dah terlewat untuk menunaikan solat maghrib. Selesai mandi aku terus menyarung baju tidur bertemakan shin chan. Walaupun aku ni gangster tapi jiwa gua halus. Shin chan ni kartun kegemaran gua.

Tapi shhuuttttt!!! jangan bagitahu orang lain. Kalau anak didik aku tahu ni sifu dia minat shin chan jatuh saham aku.

Selesai mengenakan baju tidur aku terus mencapai Iphone 5s milik aku yang berada diatas meja belajar. Setelah nama Zack dicari aku terus menekan butang call.

“Hello bro. kau ada dekat mana ni?”

“Awatnya Rish? Aku ada dekat mamak la ni. Pasai pa hang call aku ni?” Ujar Zack dengan lorat utaranya.

Muhammad Zackrul Affeendi a.k.a Zack. Dia berasal daripada kedah tapi pada usianya 16 Tahun keluarganya telah berpindah daripada Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut Papanya yang bertugas sebagai seorang Guru. Walaupun sudah hampir 7 tahun dia tinggal di Kuala Lumpur tapi loghrat utaranya masih melekat lagi. Tapi biasanya Zack lebih selesa bercakap tanpa mengunakan loghrat kedah apabila berbicara dengan aku.

“Tak aku nak tanya program kita esok jadi tak?”

“Weh ni Zack la. Hang toksah peleceh la hai semua benda aku dah settle la.”

“Okey, bereh aku jumpa hang esoklah na.” setelah itu aku terus mematikan talian telefon.

Tepat pukul 10 malam aku keluar dari bilik untuk minum sebab aku rasa haus dan dari tadi aku tak keluar bilik sebab sibuk siapkan assignment yang tertunggak sebelum ini.

Keluar dari bilik aku terus menuju ke peti sejuk untuk mengambil minuman yang sejuk untuk melegakan tekak aku yang kehausan. Ersya yang sedang menonton television aku pandang sekilas.

Tanpa sebuah gelas aku terus meneguk rakus air jus oren yang diambil dari didalam peti ais.

“Rish awak buat apa tu. Dah berapa kali saya pesan kalau nak minum pergi ambik gelas jangan main teguk je. Siapa nak minum air baki mulut awak.” Ersya sedikit menjerit melihat aku minum tanpa mengunakan gelas.

Ersya memang cukup pantang kalau orang minum tidak mengunakan gelas baginya itu adalah perbuatan yang tidak senonoh lagi-lagi bagi seorang wanita.

Bagi aku Ersya adalah seorang gadis yang unik sebab dia adalah seorang gadis yang terlalu ikutkan peraturan dan dia juga hidup dengan pelbagai peraturan. Papa Ersya adalah seorang Peguam jadi tidak peliklah apabila anaknya juga seperti papanya yang hidup dengan undang-undang dan peraturan.

kerana Ersya terlalu lama tinggal bersama datuk dan neneknya dikampung dia turut menjadi seorang gadis yang terlalu mengikut pantang larang orang dulu-dulu. Menurut neneknya anak gadis tidak elok menyanyi didapur nanti dapat suami tua. Banyak lagi sebenarnya pantang larang yang Ersya selalu sebut tapi banyak sangat sampai aku pun tak sanggup nak ingat.

“Siapa suruh kau minum balance air yang aku teguk.” Balasku apabila Ersya mula membebel dengan pantang larangnya.

Aku terus membawa sekotak jus oren yang masih bersisa menuju kebilik aku sebab aku dah tak sanggup untuk mendengar bebelan Ersya. Dia kalau dah start membebel takkan berhenti selagi tak puas sampai kenkadang naik berdenggung telingga aku dengar dia membebel.­­­­­­

Malam ini aku berasa sedikit bosan kerana aku tidak mempunyai tugasan kuliah untuk hari ini dan tugasan yang sebelum ini pun sudah aku siapkan sebentar tadi.

Macam mana nak ada tugasan kelas miss singa pun aku tak masuk. Hahaha. Hatiku tertawa sendiri.

Disebabkan mata masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk tidur terus aku capai MacBookyang berada diatas meja belajar. Laman muka buku menjadi pilihan aku. Dah lama aku dah bukak facebook ni mau bersawang facebook aku dengan beratus-ratus notification.

Friend request yang hampir mencecah 100 orang membuatkan hati aku meluap-luap untuk menerima permintaan untuk menjadi rakan aku di facebook. Selesai aku menerima semua pemintaan untuk menjadi rakan aku terus melihat news feed di facebook untuk melihat status yang di-update oleh rakan facebook aku.

Pupp!!!

Menandakan ada private masegge difacebook aku.

“Jejaka Paling Sweet”

Apa ke pelik sangat nama mamat ni. Tanpa menunggu lama mesej yang dihantar olehnya pantas aku baca.

“ Anak gajah tercekik halkum,

Assalamualaikum.”

Uih dia berpantun pulak aku kena jawab ni tak boleh kalah.

“Cik joyah pergi Shah Alam,

Waalaikumusalam.”

Tah betul tah tidak aku jawab tu. ahh! Bedal sajalah labu janji ada bunyi.hahahaha.

“ Hari-hari pergi berjalan,

Selamat berkenalan.”

“kupu kupu rama rama,

Cik adik ni siapa nama.”

Sekali 2 dah dia hantar.

Setelah hampir setengah jam aku melayan mamat bajet jejaka paling sweet ni membuatkan mata aku terus berasa mengantuk. Mamat ni ada baca apa-apa kedalam pantun ni tetiba je aku rasa mengantuk.

Urghh!! Mengatuk!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.