“Eriqa ni
fail profil pelajar yang belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Oralex, yang Eriqa
minta pada akak pagi tadi.” Ujar kak Qira, sambil menyerahkan fail profil
pelajar kepadaku. Kak Qira ialah setiusaha papa di Erzafrien Corporation di
Malaysia dan Sekolah Tinggi Persendirian Oralex telah dibina oleh papaku. Tak
lama selepas kak Qira menghantar fail profil pelajar yang aku minta ke rumah, dia
pulang semula ke pejabat untuk meneruskan kerja yang tertangguh. Aku membelek
satu persatu profil pelajar yang belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Oralex.
Tiba – tiba mata aku teracap pada satu profil pelajar yang menarik minatku
untuk terus melihat lebih lanjut tentang pelajar itu. Alamak handsomenya budak
ni muka macam Izzue Islam, tapi nama dia Firash Armand bin Fariq belajar di
kelas 5 Sains dan tinggal di Asrama Maxrel iaitu asrama untuk pelajar lelaki
yang ingin duduk diasrama. Dia juga pelajar paling pandai disekolah.
“Hello, Assalammualaikum sayang, ada apa
telefon papa ni.” Soal papa dengan nada lembut sambil memberi salam. “Waalaikumussalam
papa, tak ada apa-apa Eriqa saja je telefon papa.” Balasku. “Erm, mustahil
sayang papa ni call kalau takda benda yang nak dicakapkan.” Ish, papa ni macam
tahu - tahu je aku nak cakap sesuatu. “Sebenarnya Eriqa nak pindah sekolah,
boleh tak papa.” Soal aku dengan nada suara yang lembut. “Hah, Eriqa nak pindah sekolah mana dan
kenapa.” Soal papa bertubi-tubi dengan perasaan yang agak pelik. “Eriq nak
pindah ke Sekolah Tinggi Persendirian Oralex yang papa bina tu.” “Hai, kenapa
tiba- tiba je nak pindah sekolah situ selama ni papa suruh Eriq sekolah kat
situ tak nak macam-macam alasan yang Sayang papa ni bagi.” Tak akanlah aku nak
bagitau papa tujuan utama aku nak pindah sekolah tu. “Tak ada apa-apalah papa
Eriqa Cuma nak rasa je macam mana sekolah kat situ.”
“Ok, papa benarkan Eriqa
pindah ke sekolah tu tapi Eriqa uruskanlah sendiri ye sayang sebab papa ada
banyak urusan kat syarikat kita di London.” Huh, bagusnya pucuk dicita ulam
mendatang papa memang yang terbaiklah. “Ye, papa thank you bye.”
Adoi
macam mana aku nak masuk sekolah tu tanpa orang tahu identiti aku yang sebenar
sebab aku rasa semua pelajar kat situ kenal anak pemilik sekolah tu dan macam
mana untuk aku rapat dengan Firash. Ala nanti- nanti jelah aku fikir macam
mana, baik aku layan drama korea yang popular di astro sekarang To The Beautiful
You. “Yes, I got the idea.” Aku tahu macam mana cara supaya semua pelajar tak
kenal aku dan aku dapat rapat dengan Firash tu. Dengan cara aku menyamar
sebagai seorang pelajar baru lelaki di sekolah tu dan tinggal di Asrama Maxrel.
Jadi kalau macam tu aku kena ubah dari segi penampilan, cara jalan dan semuanya
macam lelakilah. Seminggu telah berlalu tinggal seminggu sahaja lagi untuk sekolah dibuka semula selepas cuti penggal
kedua dan akan muncul seorang pelajar baru.
Mulai hari
ini bermulalah kehidupan baru aku sebagai Eriq Zaafran dan bukan lagi Eriqa
Zahra. Aku meminta bantuan kak Qira untuk masukkan aku kesekolah itu sebagai
pelajar lelaki dan hanya pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Ilham dan guru
kelasku iaitu Puan Humaira Ima yang tahu aku adalah perempuan merangkap anak
tuan punya sekolah tu. Papa pun dilarang untuk tahu. “Assalammualaikum.” Aku
memberi salam di hadapan pintu pagar Asrama Maxrel. “Waalaikumussalam.” Jawab seorang
pakcik yang hanya memakai baju t-shirt putih dan kemeja lusuh. “Anak ni nama
apa dan nak cari siapa?” Soal pakcik itu tadi. “Nama saya Eriq Zaafran pakcik,
sebenarnya saya budak baru yang akan tinggal di asrama ni dan saya nak cari Mak
Jah dan Pak Mail yang mengguruskan
asrama ni. “Owh, jadi kamulah pelajar baru yang Mak Jah cakapkan tu.
Pakciklah Pak Mail pengurus merangkap
tukang kebun di asrama ni.” ujar pakcik yang digelar Pak Mail sambil tersenyum.
“Erm baguslah kalau macam tu Pak Mail.”
“Eh,
lupa pula jomlah masuk.” Jemput Pak Mail sambil membuka pintu pagar dan membantu aku menggangkat beg pakaian aku. “Jah
Oh Jah.” Teriak Pak Mail ketika kami masuk ke dalam rumah. “Ish, apa abang ni
jerit-jerit ni?” Soal Mak Jah. “Jah nilah pelajar baru yang nak duduk kat sini
tu.” Terang Pak Mail sambil menunujuk ke arahku. “Owh, nilah pelajar baru tu.
Nama kamu siapa?” Soal Mak Jah. “Nama saya Eriq Zaafran Mak Jah.” Terangku sambil
tersenyum. “Erm, ialah kat sini kamu akan tinggal bersama rakan sebilik kamu tau.
Tapi sekarang kawan kamu tu belum pulang dari rumah dia, petang karang baru dia
balik sini sebab esokkan sekolah akan dibuka dan kat sini kalau ada masalah
apa-apa boleh cari Mak Jah ataupun Pak Mail ye.” Ujar Mak Jah sambil
menunujukkan bilik aku. “Terima kasih Mak Jah dan Pak Mail tapi boleh saya tahu
berapa orang pelajar yang duduk kat sini?” soalku. “Termasuk kamu ada sepuluh
orang Eriq.”
Tengah
aku sedap melelapkan mata tetiba tidur aku tergangu dengan ketukan pintu yang
kuat. Ish, kacau betullah tak boleh aku nak tidur kejap. Dengan langkah yang
malas aku buka juga pintu yang aku kunci tad, sebelum pintu tu pecah disebabkan
orang yang mengetuknya. “Weh, asal kau kunci pintu ni?” Soal budak tadi selepas
pintu dibuka. Aku terkejut bila aku mendongakkan kepala budak itu adalah
Firash. “Hello, I am talking to you.”
“Hah, Kau cakap apa tadi?” Soal aku kembali. “Eh, kau berangan ke apa
aku tanya kau, kenapa kau kunci pintu tu?”
Terang dia lagi tapi dengan muka yang agak serius. Jauh lebih handsome
dia ni dari dalam gambar. “Owh, tadi aku tidur tu yang aku kunci. Nama aku Eriq
Zaafran, nama kau siapa?” soalku sambil menghulurkan tangan. “Nama aku Firash
Armand tapi kau panggil je aku Rash.” Terang Rash sambil menyambut huluran
tangan aku dan tersenyum. Ala manisnya dia senyum ada lesung pipi lagi tu.
Telah sebulan
aku sekolah disitu. Tiada seorang pun yang tahu identiti sebenar aku dan
sekarang aku adalah teman baik kepada Firash. “Rash jomlah pergi kantin aku
lapar ni.” Ajakku. “Eh, kau ni takleh ke kalau tak makan. Makan banyak badan
cam ni gak, jomlah.” Bebel Rash. Aku hanya tersenyum mendengar bebelan Firash. Selepas tamat waktu sekolah aku dan Firash
pulang ke Asrama Maxrel. Petang itu Firash mengajaku ketaman dekat asrama kami
sambil membawa gitar. “Rash kau nak buat apa bawa gitar ni?” soalku kepada
Firash. Tapi Firash tidak menjawab soalan aku dan dia hanya tersenyum. Tiba di
situ kami duduk di sebuah bangku ditaman itu. “Kau pernah dengar tak lagu Be Mine
nyayian Tasha Manshahar?” soal Firash. “Erm, pernah best lagu tu, tapi asal?” Soalku
sedikit pelik. “Aku nak nyanyi lagu tulah dengan gitar ni.” “Bukan ke tu lagu perempuan asal kau nak
nyanyi lagu tu pulak?” soalku bertambah pelik. “Tak kisahlah tapi aku minat
Tasya Manshahar tu. “Erm, aku baru
perasan muka kau ni ada iras-iras dialah tapi kau lelaki.” Ujar Firash dengan
panjang lebar dan dia terus bermain gitar dan menyanyikan lagu itu sehingga
habis. Terpegun aku mendengar suaranya dan cara dia bermain gitar. “Wow,
sedapnya kalau macam tu bolehlah ajar aku main gitar ni” Pintaku sambil membuat
muka comel dan petang itu aku belajar bermain gitar dengan lagu Be Mine
sehinggalah aku pandai bermain gitar dengan lagu itu.
Hanya tinggal
3 minggu sahaja lagi untuk semua pelajar tingkatan 5 di Sekolah Tinggi
Persendirian Oralex akan menghadapi SPM. “Weh, Eriq aku rasa aku dah jatuh
cintalah.” Ujar Firash sambil tersenyum menampakkan lesung pipinya. “Hah, kau
dah jatuh cinta dengan siapa, budak tu tahu tak dan aku kenal tak budak tu?”
soalku bertubi-tubi dengan muka yang agak sedih. Huh, kau dah jatuh cinta Rash habis
macam mana dengan aku. Nangis aku didalam hati. “Budak sekolah kita jugak kau
kenal sangat dengan dia tapi aku tak berani nak bagi tahu nanti dia kata aku
gila.” Terang Firash lagi. Firash aku cintakan kau tapi kenapa kau jatuh cinta
dengan orang lain pulak. “Weh, dahlah lupakan jelah cerita aku ni jom sekarang
kita study tinggal 3 minggu je lagi nak SPM.” Ujar Firash sambil tersenyum dan
aku pun mengukirkan senyuman palsu. “Weh, pinjam buku rujukan B.Inggeris.” Pinta
Firash. “Ambiklah dalam laci meja aku tu. Aku nak pergi toilet ni.” Balasku sambil
berlalu pergi. Setiba aku semula kedalam bilik aku nampak Firash memegang buku
nota berwana hitam dengan muka yang bengis. Eh, tu macam dairi aku je habislah
rahsia aku dah terbongkar. “Apa semua ni Eriq jadi selama ni kau adalah
perempuan dan kau dah tipu aku!” Soal Firash separuh teriak. “Sorry Rash aku
tak maksud nak tipu kau tapi...”sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku
Firash sudah memotong. “Kau cakap takda maksud nak tipu aku kau tahu tak aku
separuh gila sebab aku cuba hilangkan perasaan cinta pelik aku terhadap kau
sebab aku sangka kau adalah lelaki.” Aku terpaku dengan kata-kata Firash jadi
selama ni dia suka kat aku dan air mataku mula gugur. “Rash aku pun cintakan
kau jugak.”
“Dahlah
Eriqa Zahra aku memang cintakan kau tapi aku tak boleh terima semua penipu kau
ni.” Balas Firash separuh teriak. Selepas itu dia terus pergi dan aku lihat air
matanya juga mengalir.
Hari
ini ialah hari bermulanya peperiksaan SPM dan sudah 3 minggu juga Firash tidak datang
ke sekolah dan tidak juga pulang ke asrama Maxrel. Sejak kejadian itu juga aku
tidak lagi menjadi Eriq Zaafran dan aku kembali menjadi Eriqa Zahra. Sepanjang
minggu SPM itu aku cuba untuk menemui Firash tapi dia selalu mengelak daripada
aku. Rash kenapa awak selalu mengelak daripada saya? Awak tahu tak saya rindu
awak sangat-sangat.
Tepat tanggal
21 mac adalah hari pengumuman keputusan SPM. Hari ni adalah pelung terakhir aku
untuk berjumpa dengan Firash aku mesti cari dia. Semua pelajar telah mengambil
keputusan SPM mereka dan tiada siapa lagi yang belum ambil keputusan kecuali
Firash. Aku juga sudah mengambil slip keputusanya dan Alhamdullilah keputusan aku
sangat baik dengan mendapat 10 ‘A+’. Mana
Rash ni dah lama aku tunggu dia tapi dia tak datang-datang pun. Dengan berat kaki
aku melangkah juga untuk pulang kerumah kerana sudah hampir 5 jam aku menungu
Firash di Dewan Sri Gading iaitu dewan besar di sekolahku. Tetiba ada seseorang
melanggar bahuku tetapi orang itu telah berlalu dan bila aku toleh untuk
melihat gerangan orang itu alangkah terkejutnya aku bila orang itu adalah
Firash. Ya allah akhirnya datang jugak awak ye Rash. Terus aku berlari
mendapatkan Firash yang sudah masuk ke dalam dewan dan aku hanya menunggu diluar
dewan. Bila Firash keluar dari dewan dengan cepat kerana mahu mengelak dariku
tapi dengan sepantas kilat aku menarik tangannya dan dia cuba melepaskan tangannya.
“Rash saya tak kisah kalau awak tak nak tengok muka saya tapi please dengar apa
yang saya nak cakap. Rash saya nak awak ambik kotak ni dan bila awak balik
nanti awak bukak ok please..” Pintaku separuh merayu dan air mataku turut
mengalir sambil menyerahkan kotak itu dan berlalu pergi.
Setiba
Firash dirumah dia terus masuk ke biliknya dan membuka kotak itu. Didalam kotak
tu ada sebuah dvd dan sehelai nota. Firash membuka nota itu.
Firash,
Saya
nak mintak maaf dekat awak, bukan niat saya nak tipu awak tapi sejak kali
pertama saya nampak gambar awak dalam fail profil pelajar Sekolah Tinggi
Persendirian Oralex saya telah jatuh cinta pada awak. Saya nak sekolah dekat
situ sebab awak dan saya nak dekat dengan awak tapi saya rasa semua pelajar
dekat situ kenal siapa anak pemilik sekolah dan saya takut awak tak nak dekat
dengan saya. Rupanya saya silap dengan cara menyamar jadi lelaki membuatkan
awak makin bencikan saya setelah awak tahu perkara sebenar. Dengan ini saya ada
sertakan sebuah dvd saya harap awak akan tengok dvd itu. Akhir sekali saya nak
katakan minggu depan saya akan ke London untuk melanjutkan pelajaran di sana dan
dengan ini saya Eriqa Zahra menyatakan yang saya sangat mencintai Firash
Armand.
Eriqa Zahra.....
Selepas
itu Firash memasangkan dvd di tv yang tersedia dalam biliknya dan di dalam dvd
itu Eriqa sedang menyanyikan lagu Selama Ini nyanyian sebenar oleh Aaron Aziz
sambil dia bermain gitar.
Selama ini
dalam jiwaku,
Hanya
cintamu yang ku nantikan,
Walau kasihku tak
terjadi,
Tapi hatiku hanya untukmu,
Ku tahu selama ini,
Hanya
engkau yang bertakhta di hatiku,
Biarlah
ku kasih,
Menyimpan semua rasa
Selagi dayaku,,
Lima tahun
telah berlalu dan hari ini aku telah pulang ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan
dengan tunang aku pada minggu hadapan.
Kami telah pun bertunang ketika aku masih belajar lagi dan aku hanya mendapat
tahu dari papa bahawa aku telah ditunangkan dengan anak temannya ketika papa
melawat aku di London 3 tahun yang lepas. Pada mulanya aku menolak tapi selepas
papa merayu padaku akhirnya aku terima pertunangan ini dan aku juga tidak penah
melihat gambar tunang aku yang aku tahu hanya nama iaitu Tengku Armand. Sekarang
ni aku telah bertudung dan memang betul kata awak Rash muka saya ada mirip
Tasha Manshahar sebab setiap kali saya pulang ke Malaysia sewaktu cuti semesta
mesti ramai yang nak ambik gambar dengan saya sebab dia orang fikir saya adalah
Tasya Manshahar kelakar rasanya. Firash dekat mana awak sekarang saya nak
sangat jumpa awak.
“Aku
terima nikahnya Eriqa Zahra binti Zafrien dengan mas kahwinnya RM 30 ribu
dibayar tunai.” Alhamdulilah dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri
kepada suamiku. Sekarang tibalah masa untuk upacara pembatalan air wuduk.
Suamiku menarungkan cincin di jariku manisku dan bila aku angkat muka untuk
menatap wajahnya alangkah terkejutnya aku apabila suami aku itu adalah Firash.
“Firash awak suami saya?” soalku dengan nada yg terketar-keter. “Ye, sayang
saya suami awak.” Balas Firash sambil tersenyum.. “Tapi awakkan Ben…” belum
selesaiku berkata-kata Firash meletakan jari telunjuknya dibibirku. “Shut..
saya tak benci awak tapi saya terlalu menyintai awak.” Bisiknya kepada aku sambil
mencium ubun-ubunku dan kami sama-sama tersenyum gembira.Dia juga menyatakan kepadaku bahawa dia benar-benar rasa tertipu tapi dia
juga tidak boleh lupakan cintaku dan dia juga terharu dengan keberanian aku
menyatakan salahku dan menyanyikan lagu untuknya .Nama sebenar suamiku adalah
Tengku Firash Armand bin Tengku Fariq. Akhirnya kami bahagia bersama. Apa yang
saya lakukan dulu adalah because i love you Rash.