“Hoi! Kau
buta ke main langgar-langgar pulak!” jerkahku kepada seorang lelaki yang tetiba
sahaja melanggar aku sewaktu aku tengah berdiri dicafe. “Maaf saya tak
sengaja.” Ujarnya dengan nada tergagap-gagap kerana terkejut di jerkahi. “Banyak
kau punya tak sengaja aku punya tercongok kat situ kau tak nampak, eh kau ni
nak makan penumbuk aku ke.” Ujarku dengan nada yang agak tinggi kerana terlalu
marah. Bodoh punya orang buta ke apa!
“Rish dahlah
tu jom kita pergi dari sini malulah orang tengok awak marah lelaki tu.” Ujar Ersya
kerana malu aku berkelakuan seperti gangster di kafe. Ni lagi sorang gangu je,
nasib baik sepupu aku kalau tak dengan engkau – engkau aku bagi makan penumbuk.
“Nasib kau selamat hari ini, tapi lain kali kalau aku jumpa kau lagi siap kau.
Kau paham tak!” Ugutku. “Erm, baiklah dan sekali lagi maaf.” Balas lelaki itu.
Selepas berkata begitu aku dan Ersya terus
beredar dari situ dan kami pulang ke Aparment kami yang dihadiahkan oleh papa
dan mamaku sempena ulang tahunku yang ke-20. “Rish kenapa awak marah lelaki
tadi tu kan dia tak sengaja.” Soal Ersya tapi aku hanya buat endah tak endah kerana
aku malas berbicara tentang hal tadi. “Erisha Iyura awak dengar tak apa yang saya
cakap tadi?” Soal Ersya kembali kerana aku tidak menjawab apa yang disoal tadi
sambil memanggil nama penuhku.
“Dah memang salah dia, siapa suruh dia langgar
Erisha Iyura memang silaplah.” Ujarku dengan nada yang agak bongkak. “Ish, awak
ni Rish, awak tu kan perempuan muka je lawa tapi perangai awak macam gangster
tau tak, macam mana lelaki nak dekat dengan awak. Bila la awak nak berubah.”
Bebel Ersya kerana dia memang tak suka peranggai aku yang satu ini.
“Dah perangai aku sejak azali lagi macam ni
nak buat cam mana, kau tunggu jelah suatu hari nanti insyallah adalah lelaki
nak kat aku, kau jangan risaulah dan orang tu boleh cuba ubah aku atau terima
aku seadanya ok..” Balasku dengan panjang lebar dan aku terus berlalu masuk
kedalam bilik kerana aku sudah bosan untuk terus mendengar bebelan Ersya.
Ersya Medina a.k.a Ersya ialah sepupu aku,
mamanya dan papaku adalah adik beradik. Aku dan Ersya sebaya tetapi perangai
kami sangat jauh berbeza bagai langit dan bumi, walaupun bergitu kami sangat rapat.
Ersya seorang yang ayu bertudung dan aku pakaian, perangai, gaya rambut dan
lain-lain semuanya seperti lelaki. Sejak kecil aku dibesar macam lelaki dan aku
selalu membuat aktiviti lelaki kerana papaku mahukan anak lelaki tetapi dapat
perempuan sebab tu aku dibesarkan macam lelaki.
Sedang aku
berdiri di rak buku di perpustakaan baru aku sedar sudah sebulan berlalu
kejadian di cafe dan aku tidak berjumpa dengan lelaki itu lagi. Tiba-tiba
hanfonku berbunyi nyaring mengeluarkan lagu penyanyi kumpulan korea yang
kuminati iaitu kumpulan Boyfriend dan tanpa melengahkan masa aku terus menjawab
tanpa melihat pemanggil yang tertera.
“Hello,
assalammualaikum Iyura ni mama ni.” Ujar si pemangil. Dengan segera aku melihat
nama si pemanggil tapi tiada hanya nombor yang tertera ni mesti mama aku tukar
nombor baru ni. “Erm, hello..waalaikumusalam mama. Mama tukar nombor baru ke, kalau
Yura tahu memang Yura tak angkat.” Jawabku kembali tapi dengan nada yang agak
perlahan. “Apa kamu cakap Yura?” soal mama kerana kurang mendengar apa yang aku
kata kan barusan. “Eh tak Yura cakap mama tak penat ke asik tukar nombor je, pening
orang nak call mama nanti.” Balasku. “Owh, tak adalah..Mama call ni nak suruh Yura
kenal dengan anak kawan mama. Lagipun Yura belum ada boyfriendkan.” Ujar mama
dengan panjang lebar.
Aku dah
agak dah, mesti mama call aku pasal benda ni. “Mama Yura dah ada boyfriendlah.”
Tanpa memikir panjang aku terus menjawab soalan mama. “Ha, biar betul kalau macam
tu bawa boyfriend kamu jumpa dengan mama.” Pinta mama. “Eh, mamakan sekarang ada dekat London macam
mana mama nak jumpa boyfriend Yura.” Soalku. “Itu kamu tak payah risau lagi sebulan
mama dan papa akan balik Malaysia so nanti kamu jangan lupa bawa dia jumpa mama, bye, assalammualaikum.” Tanpa
sempat aku menjawab salam, mama terus mematikan panggilan.
Walaupun
seminggu telah berlalu kes mama telefon aku, tapi hati aku masih berasa runsing
bagaimana aku ingin membawa boyfriend aku berjumpa dengan mama sedangkan boyfriend
pon aku takda takkan aku nak bawa member lelaki aku jumpa mama kot confirm mama
tahu sebab semua member lelaki aku mama kenal.
“Ersya macam mana ni lagi 3 minggu lebih je
mama dengan papa aku nak balik dari London kalau aku tak bawa boyfriend aku
jumpa mama confirm mama aku terus paksa aku kahwin dengan anak kawan dia tu ,macamlah kau
tak kenal mama aku kan.” Ujarku dengan
perasaan yang sedikit bimbang. Kalaulah betul mama aku buat macam tu mahu haru
hidup aku .“Apa susah awak carilah sesiapa yang sudi menyamar jadi teman
lelaki awak .” Balas Ersya memberi
cadangan untuk aku.
“Ha! Gilalah siapa je yang sudi nak menyamar
jadi teman lelaki aku.” Ujarku dengan nada yang agak tinggi kerana terkejut dengan
idea yang diberikan olehnya. Adoi ai, takkan aku nak buat macam tu kot, tapi
kalau aku tak buat habislah aku.
Sedang aku
berbaring didalam bilikku sambil memikir cara menyelesaikan masalah yang timbul
tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Tanpa melenggahkan
masa terus membuka sms dan membacanya.“ Hai dear, kau tengah buat ape to? ”
soal si pengirim. “Erm..aku tengah berfikir. Asal?” balasku.“ ok,teruskan
berfikir tapi esok kau kena jumpa aku dekat cafe Universiti ok.” Balas Qayy.
Qayy atau nama sebenarnya Qayyum Zahrin ialah
anak kepada abang mamaku dan dia juga adalah abang susuanku kerana selepas dia
dilahirkan mama dia terus meninggal kerana kehilangan banyak darah dan pada
ketika itu mamaku baru saja keguguran kakakku pada usia kandungan mencecah 4 bulan.
“Hai dear,
kenapa muka macam cengkodok penyek je
ni.” Ujar Qayy sambil ketawa. Eh budak
ni kang ada yang jadi macam cengkodok nanti. “Eh, Qayy aku tengah pening ni
kang ada yang makan kaki ni.” Ujarku sambil menggangkat kakiku sedikit tinggi.
“Relaxlah yura cuba kau cerita apa yang buat sayang aku ni pening kepala.”
“hari tu mama ada call aku dia suruh aku kenal dengan
anak kawan dia so aku tak fikir panjang terus jawab aku dah ada boyfriend.”
Terangku dengan panjang lebar. “ So mama suruh kau kenal dengan anak kawan dia.
Huh, nasib.” Balas Qayy. Eh, dia ni bukan nak jalan penyelesaian tapi jalan
pergaduhan. “ Weh tolonglah aku tengah tension ni.” Luahku. “Erm, apa kata
kalau kau suruh someone menyamar jadi boyfriend kau.”Cadangnya.
“Cakap
senanglah tapi siapa yang nak menyamar jadi boyfriend aku tu!” Ujarku dengan
nada yang sedikit kuat. “Sabarlah yura, aku rasa aku dah jumpa orang tu.” Balasnya
sambil menunding jari kearah sorang lelaki yang sedang duduk dibangku kafe.
Mataku juga terarah ke tempat yang ditunjukan. “Huyo, bio betul kau nie Qayy.”
Soalku sambil mulutku sedikit terganga. Alamak, hansome siot dak ni aku yang
tomboy nie pon leh jatuh cinta ni.
“Eh,
betullah apa tak betulnya. Aku tengok ok apa dak ni.” Balas Qayy lagi. “Ish,
memehlah ok tapi nak ke dia ni menyamar jadi boyfriend aku?” Kalau jadi laki
aku pun ok gak muka dia macam No Minwoo tu sapa tak nak. “Belum cuba belum tau
cuba kau pergi tanya.” Ala, aku yang
kena tanya ke. Tanpa melenggahkan masa aku terus bangun dan pergi ke arah budak itu.
“Hai, nama
saya Erisha Iyura.” Ujarku sambil menghulurkan salam dan lelaki itu hanya
memandang sepi huluran salam aku. Ish, budak ni kerek lak aku nak kenal dia
boleh buat tak tahu je. “Nama awak apa?” Soalku sambil tersenyum. “Hey, perlu
ke awak tahu nama saya.” Ujarnya sambil tersenyum sinis. “ Perlulah sebab saya
nak awak jadi boyfriend saya.” Ujarku lagi.
“Minah
tomboy macam awak layak ke jadi girlfriend saya.” Perh ayat makan dalam seh.
Dengan muka yang benggang aku terus berlalu dari situ dan pergi ke meja aku
tadi. “Erm, cam ne dapat tak?” Soal Qayy sambil tersenyum. Eh, mamat ni boleh
pulak die senyum, dah lah aku kena sindir. “Dahlah aku malaslah nak cite.” Balasku
dan aku terus bangun untuk berlalu pergi dari situ.
Sebulan
telah berlalu dan hari ini mama dan papaku akan pulang ke Malaysia. Aku, Ersya
dan Qayy pergi ke Lapangan Terbang untuk menjemput papa dan mamaku. “ Hai, my
dear how are you?” soal mama. “Erm, yura sihat je. Mama dengan papa cam ne
sihat tak.” Soalku berbasa- basi sebab takut kalau mama tanya pasal pakwe je.
“Mama
dengan papa sihat. So mana boyfriend yura yang nak tunjuk kat mama dengan papa
tu?” Soal mama. Hadoi, bala betul aku baru terfikir mama dah tanya aku nak
jawab apa ni. Aku terus pandang muka Ersya dan Qayy tapi dua-dua buat muka
mintak penampar sabar jelah.
“Ha,
boyfriend ma. Erm..” aku dah tak tahu nak kata apa lagi. “Mama dah agak dah yura
mesti bohong mamakan.” Ujar mama sambil tersenyum tapi senyum ada makna . Apa
mama nak buat ni janganlah dia cakap nak kahwinkan aku pulak.
“Yura mama
dan papa dah fikir masak-masak kami nak kahwinkan yura dengan anak kawan mama
tu and no excuse ok.” Terang mama dan di atas keterangan mama tu telah membuat
mulutku terlopong. Oh, tidak !!!
Hari ini
merupakan hari perkahwinan aku dengan lelaki yang aku tak kenal dan yang aku
tahu namanya ialah Arash. Huh, sampai hati mama kahwinkan anak mama ni dengan
tah mamat manalah. Entah- entah muka dia macam mamat bangla tak. Hui, takutlah tapi kalau
macam No Minwoo takpe gak. tapi mana ada Minwoo lagi kat Malaysia ni yang aku
jumpa hari tu pun reject cam tu je.
“Rish dah
siap tu jom turun bawah akad nikah dah nak mula ni.” Ujar Ersya. Erm, bismillah
jelah. Setelah aku tiba di bawah tok kadi menghampiriku untuk aku
menandatangani surat nikah. Aku dapat tengok bakal suami aku tapi dari belakang
jelah.
“Aku terima
nikahnya Erisha Ixura Binti Erfan dengan mas kahwinnya RM 5ribu di bayar tunai.”
Sekarang tibalah upacara pembatalan air sembahyang. “Assalammualaikum isteri
abang.” Ujar suamiku. Aku hanya jawab dalam hati saja. Ersya di sebelahku telah menolak-nolak bahuku.
Setelah lama aku berdiam diri akhirnya aku
mendongakkan kepala untuk melihat suamiku dan tiba-tiba aku dilanda satu
perasaan iaitu perasaan terkejut. Alamak cam ne budak muka cam Minwoo ni boleh
jadi laki aku, ke aku ni salah pandang. Aku terus memandang suamiku tanpa kata
seperti baru melihat sesuatu yang pelik.
“Sayang
jangan tengok abang macam tu malulah depan orang ni.” Kata-kata suamiku
menyedarkan aku dari terus memandang wajahnya. Aku tengok muka dia dah macam udang kena bakar,
merah hahaha dan aku tengok sekeliling semua orang memandangku sambil tersenyum-senyum
dan akhir sekali aku pun sama jadi malu. Baru hari pertama kahwin aku dan buat
perangai pelik.
“Eh,
peliklah hari tu awak reject saya jadi girlfriend awak dan tetiba hari ni kita
dah kahwin. Sebenarnya awak nak apa dari saya ni?” Soalku kepada suamiku yang
baru menikahiku tadi, ketika kami berduaan didalam bilik. “Sayang apa yang nak
di pelikkan . Abangkan dah jadi suami sayang. Hari tu abang tolak sayang
daripada jadi girlfriend abang pasal
abang nak yura jadi isteri bukan
jadi girlfriend abang.” Terang suamiku.
“Owh,
macam mana awak tahu yang saya bakal jadi isteri awak dan saya rasa macam
penahlah tengok muka awak ni.” Ujarku. “Sebenarnya mula-mula mama abang yang
paksa abang kahwin dengan anak kawan dia
iaitu yuralah sebab mama kata perangai yura macam gangster bila abang dengar
macam tu lagilah abang tak nak, tapi lepas tu mama ada tunjuk gambar yura kat
abang dan abang terus jatuh cinta kat yura. Mestilah yura pernah tengok abang
sebab masa tu abang ada terlangar yura kat kafe. yura ingat tak?”
Ha, jadi dialah
budak yang aku marah dulu omg. “Awak ni pelajar kat universiti yang sama
dengan saya ke tapi saya rasa saya baru
nampak awak dua kali?” Soalku. Eh, tak pernah dibuat orang malam pertama
mengadakan sesi soal jawab. “Taklah sebenarnya abang saja je datang universiti
tempat yura belajar tu sebab nak tengok yura lah. Tapi tak sangka pulak boleh jumpa yura kat kafe dan abang sengaja langgar yura sebab
abang nak tengok yura punya gangster.”
Terangnya sambil ketawa.
“Abang
juga nak yura tahu yang Qayy tu kawan baik abang masa kat university dulu dan
bila kami graduate kami dah tak jumpa lagi sampailah abang jumpa dia kat kafe
dengan yura. Lepas yura pergi dari kafe tu kami terus berborak, abang tak
sangka yang Qayy tu ada adik secantik yura dan abang cerita semuanya kat Qayy.”
Terangnya sambil tersenyum.
“ Jadi awak
tak kisahlah ada isteri yang perangai seperti gangster.” Soalku. “Sayang bila
abang nak memperisterikan sayang maknanya abang sudi terima segala kekurangan
dan kelebihan sayang dan abang juga akan berusaha merubah sayang walaupun hanya
sedikit ok.” Balasnya.
“ Terima
kasih abang sebab sudi terima yura seadanya. yura pon nak abang tahu yang sebenarnya yura dah jatuh cinta kat abang
masa kita jumpa kat kafe hari tu.” Luahku sambil tersenyum malu. “Tak sangka
yang yura boleh jatuh cinta kat abang. I love you sayang. Jom kita tidur abang
ngantuklah dari tadi asik buat sesi soal jawab ni.”luahnya sambil tersenyum dan
menarikku dalam pelukkannya. Malam itu kami bersama-sama melayari bahtera
perkahwinan bersama-sama.
10 Tahun
Kemudian
“ Sekali
lagi aku nampak kau usik Erax kucing aku, aku belasah kau cukup-cukup faham.”
Jerkah seorang budak perempuan kepada seorang budak lelaki. “Sayang” aku merasa
ada seseorang memelukku dari belakang ketika aku di taman di hadapan rumahku
dan aku hanya tersenyum. “ Sayang tengah tengok apa tu.” Soal Araynn Arash
iaitu suami tercintaku. “Tu tengok apa yang yuna tengah buat.” Balasku sambil
menunjuk kearah yang di maksudkan.
Yuna atau
nama penuhnya ialah Eriqa Iyuna adalah
hasil daripada perkahwinan kami. “Erm, perangai
macam mama dia jugak ni mesti keturun ni.”Ujar Rash sambil tersenyum dan terus
melarikan diri. “Ish, jahatlah abang ni.” Balasku sambil mula mengejarnya.
“Papa dengan mama kalau nak main kejar-kejar bukan depan yuna ok.” Ujar anakku. Aku dan suami berhenti daripada adegan
kejar mengejar dan kami semua gelak dengan gembira bersama-sama. Sayang, mama
harap adalah orang macam papa yang
sanggup memperisterikan kamu.