Home Novel Cinta Janji Buat Princess
Janji Buat Princess
Annull Misnan
11/6/2015 02:11:54
1,640
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

“Princess… boleh tak teman aku pergi lunch laparlah.” Pinta Ryan yang hanya mengenakan seluar pendek dan singlet lalu mengambil tempat di sebelah kiri aku dihadapan tv. “Wei Ryan, kau demam panas ke? lunch apa bendanya sekarang still pagilah.” Balasku sambil menepuk dahinya. Ada ke patut dia ajak aku lunch sedangkan breakfast yang dekat atas meja tu pun Mak Jah tak angkat lagi.

“ Sakitlah princess, manalah aku tahu still pagi aku ingat dah tengahhari sebab biasakan bangun tidur time tengah hari.” Ujarnya sambil mengosok dahinya yang ditepuk. Aku tersenyum sumbing melihat dia menahan sakit didahi. “Padan muka kau lain kali balik la tengah malam lagi.” aku menjelirkan lidah tanda padan muka.

Hailah abang aku ni umur dah 25 tahun perangai macam aku juga. Baru kena teput sikit dah mengadu sakit buat malu aku sebagai adik perempuan dia. Tak lama selepas itu Ryan terus menuju ke meja makan untuk bersarapan dan aku hanya mengikuti langkahnya setelah aku memastikan televisen telah ditutup, bukan apa takut Kena ceramah dengan mama tentang pembaziran.

“Apa yang kecoh sangat sampai mama yang dekat luar pun boleh dengar?” Mama menyoal. Aku hanya tersenyum sebab kalau aku jawab pasti aku yang dimarahi oleh mama. “ Princess ni ma kalau cakap tangan tak pernah nak duduk diam habis dahi abang dia tepuk sakit tau mama, merah lagi tu.” Jawab Ryan dengan menyuakan dahi kearah mama. Hais mamat ni aku perhatikan saja. “Eleh, itu pun nak mengadu dengan mama ke.” Cebikku.

Abang aku ni sengaja mencetuskan pergaduhan tau. “Miqa kenapa buat abang macam tu tak baik tau.” Pantas mama menasihati aku. Si Ryan tu pula sedap makan mee goreng yang mama masak sambil mengangkat ibu jari kearahku untuk menyatakan padan muka.

Walaupun dirumah ini kami ada 2 orang pembantu iaitu Mak Jah dan Kak Iti tapi mama lebih gemar memasak sendiri kerana baginya air tangan sebagai isteri dan ibu itu lebih afdal.

“Ryan bila nak masuk office kalau nak kata cuti dah lama dah cuti, papa dah bising tau. Siapa lagi yang nak uruskan syarikat kita tu kalau bukan Ryan sebab Ryan satu-satunya anak lelaki mama dan papa .” Ujar mama yang hanya memerhatikan langkah aku

“Ma, Ryan bukan taknak masuk office cuma Ryan nak berdikari dulu.”

“Ryan, kan dulu Ryan dah 3 tahun kerja kat luar Negara tu. Tak cukup berdikari ke?” soal mama dengan nada sedikit melirih. “ Ma… okey-okey Ryan janji esok Ryan start masuk office okey mama. Don’t be sad anymore.”

“Princess jom keluar kita pergi tengok wayang .” Ajak Ryan setelah menejah ke dalam bilik aku tanpa mengutuk pintu terlebih dahulu. Aku hanya memberi jelingan tajam seraya menyuruhnya mengetuk pintu semula serta mengulangan ayatnya sebentar tadi. Dia hanya memasamkan muka dan mengikut arahanku.

“Apa kau nak ajak aku keluar?” Soalku kembali dan dia hanya mengangguk seraya menarik kerusi di meja belajarku lalu duduk. “Boleh, tapi kau kena jawab soalan aku ni dulu.” Pintaku. Ryan hanya menangguk bersetuju dan seraya duduk bersebelahanku.

“Kau tahu dimana abang Adam?”

Dia hanya mengangkat bahu seraya mengelengkan kepala bererti tidak. “Tapi dia bestfriend kau, takkan kau tak tahu dia berada dimana.” Ujarku sedikit meninggi. Telah 11 Tahun abang Adam menghilangkan diri tanpa khabar berita dan menghilang bergitu sahaja sampaikan keluarga abang Adam pun tidak tahu dimana keberadaan abang Adam.

“Sorry, aku tak ada moodlah nak keluar.” Ujarku seraya menarik comforter menutupi badanku. Ryan seakan mengerti kesedihan aku terus keluar dari bilikku.

“ Maafkan aku Princess, aku dah janji dengan Adam.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.