Home Novel Cinta SAAT HADIR CINTA SEKETIKA
SAAT HADIR CINTA SEKETIKA
JejakaTerpujiSyurga
4/9/2019 22:51:46
7,312
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

LEAHNA:CINTA PERTAMA

Januari 2001

Sekolah Asrama Penuh

 

Sebulan telah aku menjejakkan kaki disini. Aku sebenarnya tidak ingin berada di dunia ini.  Dunia elit yang mana hanya individu yang terpilih berdasarkan keputusan peperiksaan ditempatkan. Bersaing merebut tempat untuk dijulang sebagai harapan negara. Aku tidak mahu.Aku lebih suka menjadi insan yang sederhana dan bahagia disamping orang yang tersayang. Hidup tidak mengejar kerjaya,pangkat dan harta.

Namun,aku menuruti kehendak ibuku yang inginkan aku melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah yang bagus. Supaya aku mempunyai masa depan yang cerah. Aku sebagai anak menuruti sahaja permintaan ibuku. Aku tidak mahu digelar sebagai anak derhaka sepertimanaTanggang disumpah menjadi batu. Kalau mak aku,dia akan sumpah aku jadi peti penuh dengan emas supaya boleh hidup senang hingga akhir usia.Ha ha ha..jangan risau mak, Im totally fine with the idea. Jadi,aku turutkan juga niat murni ibuku untuk aku belajar disini.Sekolah Menengah Berasrama Penuh Haji Darius.Terletak di pendalaman kampung.Jauh dari bandar. Ini menyebabkan susah untuk pelajar keluar malam.

Semua ini terjadi kerana sesuatu yang berlaku dalam hidup aku.Ini semua dek kerana keputusan cemerlang yang diperolehi ketika peperiksaan UPSR yang lalu. Bagaikan satu keajaiban yang Allah berikan pada diriku. Manakan tidak,serius aku tak pernah menelaah pembelajaran.Tak percaya?tanyalah kepada mak aku.Aku banyak menghabiskan masa aku menonton televisyen. Sampaikan kadangkala aku dihambat oleh ayahku kerna asyik dan leka menonton televisyen.

Aku sampai ke hari ini masih seakan tidak percaya. Tiada siapa yang meletakkan harapan pada diri aku. Guru-guruku?, ternyata tidak sama sekali.Hampir kesemua geram dengan perangai aku. Langgar peraturan sekolah, kerja sekolah tidak disiapkan. Sehingga penolong kanan sekolah memanggil aku di atas sikap aku di sekolah.Aku bukan nak buka pekung di dada tapi itulah hakikat individu yang bernama Amal Makruf. Namun,apabila keputusan diumumkan, kesemua guru yang mengajar aku seakan tidak percaya.Pelajar paling bermasalah di dalam kelas pertama darjah enam memperolehi keputusan 5A. Hebatkan?Aku selalu cakap dekat mak aku, yang aku ni sebenarnya pintar.Cukuplah aku puji diri sendiri. Takut orang makin meluat dengan aku.

Aku juga dulu dipandang serong di sekolah. Disebabkan aku dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, orang menuduh aku mengambil bahan terlarang. Sedangkan aku cuma berfizikal kurus keding secara semulajadi. Aku pula bukan datang dari keluarga yang berada. Makan nasi sekadar makan supaya tidak lapar.Lauk kadang kala kicap sahaja atau telur goreng. Sadis dan tragis. Tapi itulah kehidupan keluargaku yang bertungkus-lumus berusaha mengharungi hidup di dunia ini. Jadi mana mungkin aku akan menjerumuskan diri untuk bergelumang dengan dadah. Sedangkan rokok pun tak mampu aku beli dan perolehi. Kalau aku mempunyai duit pun,aku lebih rela bazirkan pada benda yang lebih baik.

Ramai yang membiarkan persepsi mereka dan melabelkan aku tanpa usul periksa. Aku tak mampu ubah sikap negatif mereka. Tapi apa yang pasti,aku sudahpun berada disini. Mahu atau tidak aku terpaksa berjuang disini paling kurang 3tahun. Itupun jika keputusan ketika peperiksaan PMR aku agak baik. Jika sebaliknya, maka berakhirlah perjalanan aku disekolah ini. Sekolah yang hanya untuk pelajar yang mampu mengekalkan konsistensi dalam pembelajaran.

Serius memang tidak kena dengan personaliti dan minat aku. Aku lebih minat bernyanyi,menari,berpuisi dan berlakon. Mungkin keturunan aku  dulu ada mengalir darah seni.Namun aku tahu seni tidak akan mampu menjamin kerjaya  pada masa hadapan.Lainlah kalau kau dikurniakan dengan bakat luar biasa dan rupa yang menawan.Jambu pun ok dah.One whole packagela katakan. Kaedah paling mudah, kalau aku ada wang,aku buat je sendiri filem/lagu untuk diri sendiri. Serius sapa yang buat ni kena pergi jumpa doktor periksa kesihatan mental dia. Aku kalau ikut rating hensem, hensem tu ada tapi level biasa punya hensem. Hahaha. Aku perasan lebih.Itulah,sebab itu aku merasakan kekok disini. Kebanyakannya budak pintar yang memang bercita-cita mengejar kerjaya di dunia sains.

Dunia asrama pula kalau kau tak kental,pasti kau akan sengsara. Rupanya baru aku tahu,dunia asrama ini kejam. Pelajar senior akan gunakan pelajar junior untuk kepentingan diri sendiri atas alasan mendidik. Ada yang pernah menyuruh adik junior mereka membasuh pakaian mereka satu baldi.Tidak kiralah senior lelaki atau wanita. Bully is gender blind. Aku pun hampir terkena namun nasibla aku pakar mengelat dalam bab-bab ni. Aku cuma pernah kena urut senior. Pergh rasa macam nakje aku persoalkan tapi bila lihat apa yang terjadi pada salah seorang rakan setingkatan aku,biarlah aku beralah. Aku juga pernah ditampar oleh senior disebabkan tak bangun subuh.Yang ini aku tak boleh cakap apa-apa. Itu memang kewajipan aku sebagai umat islam.Terus terang aku katakan,aku sangat jahil dalam hal agama.Mungkin kerana ibubapa aku juga bukanlah ibubapa yang pandai dalam bab agama. Aku tak mahu menyalahkan mereka. Mereka juga sedar sebab itulah aku dihantar ke sekolah agama pada waktu petang semasa di sekolah rendah.Hasrat ibubapaku agar aku jadi manusia yang lebih baik dari mereka. Alhamdulillah,aku semakin mengenali islam.Namun,biasalah perubahan bukan boleh berlaku dengan mendadak.Itu sebabnya bila senior tampar aku bab solat,aku senyap.Sebab aku tahu beratnya dosa meninggalkan solat.Umur aku pula telah dikira akil baligh.Solat itu dah jatuh wajib pada diri aku.Kita kembali semula ke isu buli ni.Di dalam asrama,kalau kau nak survive ada dua cara yang paling efektif. Satu adalah dengan cara kau kipas senior-senior yang ada. Yang ini aku sarankan pada yang datang dari keluarga yang berada.Sebab apa?sebab kaedah ini memerlukan duit yang banyak.Sebab kau nak bodek pelajar senior ingat senang ke?Mereka bukannya ada kemahuan yang sama.Jadi kau kena melabur banyak kalau guna kaedah ini.

Kaedah kedua iaitu kaedah yang aku gunakan adalah dengan kau jadi low profile.Apa maksud aku low-profile?Kau jangan tunjuk perangai kau pada pelajar senior.Walaupun kau tak puas hati pun,kau tahan je.Sebab kalau kau kena aim sekali dengan pelajar senior,percayalah kehidupan kau di asrama akan sengsara.Kau akan keluar dari asrama sanggup duduk di luar atau lagi teruk kau mohon pindah sekolah.Aku tengok depan aku rakan setingkatan aku dibuli setiap malam.Akhirnya dia tak tahan dia mohon pindah sekola.Senior yang buli dia tak dikenakan tindakan.Sebab apa?tiada bukti dan saksi yang tampil.Yela,sapa yang berani nak tampil,sebab diorang akan tahu kau yang memberikan maklumat pada warden.Lepas tue,faham-faham jela.Antara perkara lain yang junior asrama wajib lakukan adalah setiap kali pelajar senior lalu,kau kena bagi salam.Tanda penghormatan pada mereka sebab mereka lebih tua dari kau.Memang patutpun kita hormati orang lebih tua.Itu sepatutnya ditanam dalam diri kita.So,yang ini aku sokong.Tapi cuma bila kau terlupa nak bagi salam dekat mereka tue yang aku tak setuju.Kau kalau didapati tak beri salam,kau akan kena soalsiasat dengan pelajar senior dan akan menerima hukuman yang sewajarnya daripada mereka.Hukumannya?,macam-macam ada.Bergantung pada emosi diorang ketika itu.

Jauh sungguh aku menyimpang ni.Sampaikan apa yang guru sejarah aku sekarang ajar didepan pun aku dah  tak tahu.Mengelamun menghuraikan apa yang telah berlalu pada diriku selama sebulan ini.Satu lagi sebab kenapa aku tak mampu memberikan fokus di dalam kelas ketika ini adalahkerana seorang wanita.Nama dia Leahnna Rachid.Time ni kau akan dengar lagu dimainkan ala-ala cerita hindustan.Cuma bezanya,muzik latar aku lagu malaysia dendangan Ukays yang bertajuk Rondo Cinta Buta.

Biar aku kenalkan kau dengan Leahna Binti Rachid. Dia sekelas denganku,duduk baris ke tiga dari hadapan paling kanan.Kulit manis langsat. Wajahnya dimataku umpama bidadari kayangan.Tapi bagi manusia lain wajahnya wajah orang kebanyakan.Namun wajahnya tidak dilapisi dengan sebarang makeup.Jadi apa yang dilihat adalah natural look. Kira okla natural pun dah cantik kan.Pakai mekap perghh confirm lagi menawan tertawan.Nasibla di sekolah ini pemakaian mekap adalah dilarang sama sekali. Jadi kau takkan nampak pelajar perempuan dengan fake beauty.Semua real beauty.

Aku tak tahu kenapa mata aku tertumpu pada dia. Dia bukanlah pelajar perempuan yang paling cantik di dalam sekolah ini.Tapi dia wamita yang cantik di mataku. Sempat aku buat pickupline..hahaha.Takat dalam minda je buat apa.Bukan dia dengar.Tapi memang aku kaku saat pandangan matanya bertembung dengan pandanganku.Terus aku cuba cover line agar tak kantoi.Kenapalah kau macam ini Amal Makruf.Nampak sangat aku ni pemalu dan aku tak berani nak tahu jawapan yang akan keluar dari mulutnya.

"Amal?Sila jawap soalan cikgu tadi boleh?"Cikgu Salmiah yang merupakan guru sejarah aku menyuruh aku menjawab soalannya yang dikemukan sebentar tadi.Masalahnya,soalan tersebut telah gagal masuk ke minda aku ketika ini.Aku nak jawab apa aku pun tak tahu.Aku cuba pandang rakan aku,Farouk di sebelah.Dia boleh buat dunno je kat aku.Siaplah kau Farouk rehat nanti.

"Err,cikgu boleh tolong ulang semula soalan tak?"aku memohon agar cikgu Salmiah mengulangi soalannya.

"Apa yang awak buat sampai soalan cikgu di depan ni tak jelas untuk awak?Awak mabuk cinta ke apa.Apa nak jadi dengar awak ni.Dengar baik-baik semula soalan saya ni"balas cikgu Salmiah kepada permintaan aku.Pedih ayat tu aku dengar.Manakan tidak habis rakan sekelas aku ketawa melihat perbuatan aku mengelamun di dalam sampaikan Leahnna pun ketawa kecil.Aahh,sudah. Malunya aku sekarang ni.Crush sendiri pun gelak dekat aku.Aku dengan muka tebal mendengar kembali soalan cikgu Salmiah.

"Siapakah  individu yang pergi ke London dan menuntut kemerdekaan negara kita,Malaysia yang pada masa itu dikenali sebagai tanah melayu?"

"Err,Tun Musa Hitam?"jawap aku.Aku sendiri tak tahu kenapa nama bekas kabinet pimpinan bekas perdana menteri terdahulu yang keluar daripada  minda aku.Mungkin sebab nama dia unik bagi aku.Jawapan yang aku berikan semestinya salah.

Ternyata tekaan aku tepat sekali apabila keadaan kelas kini bertukar suasana.Bunyi ketawa daripada rakan-rakan kelas kedengaran.Cikgu Salmiah hanya mampu menggelengkan kepala isyarat pening memikirkan kerenah pelajar dia seorang ni.Maafkan saya ye cikgu Salmiah.Bukan salah cikgu tapi salah saya.Salah saya sebab terpesona dengan keayuan gadis bernama Leahna.Sempat aku menjeling pada dia untuk melihat reaksi dia.Aku dapat lihat dia juga ketawa tapi dengan keadaan yang comel.Makin angau aku dibuatnya.

"Duduklah Amal.Jawapan awak tu salah.Jawapan yang betul adalah Tunku Abdul Rahman.Pastikan selepas ini awak tak salah lagi"kata cikgu Salmiah menyuruh aku duduk semula dan memberikan aku jawapan yang tepat untuk soalan tersebut.

"Baik cikgu."Aku secara perlahan kembali duduk di kerusiku.

Apalah nasib aku pada hari ini.Menjadi mangsa ketawa rakan-rakan kelas.Farouk,sahabat yang duduk di dalam kelas sebelahku ini sedang memandang aku dengan renungan memerli.Dia tahu.Dia tahu aku jadi begini sebab aku memandang Leahna.

“Amal,amal….musim angau kau tak habis lagi ke? perli Farouk kepadaku.

“Ah,kau ni Farouk.Kau dah tahukan.Saja kau nak mengusik aku kan?”balas aku kepada persoalan Faisal.Kedengaran bunyi loceng telah berbunyi.Masa untuk rehat.Akhirnya masa untuk aku melarikan diri dari usikan Faisal. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.