Home Puisi Umum Angka Kehidupan
Angka Kehidupan
JejakaTerpujiSyurga
3/1/2018 19:57:10
239
Kategori: Puisi
Genre: Umum


1 hati tetap disini,

2 mata merenung harapan,

3 kata ingin diucap,

4 isteri idaman lelaki namun jangan diimpi jika 5 perkara rukun islam tak tertunai,

Rukun iman yang 6 dipegang,

Antara 7 syurga dan neraka pilihan disedia,

8 angka menuju ke kekayaan,

9 bulan dikandung ibu,

10 jari kemaafan dipinta


Inilah sebahagian

Nombor di dalam kehidupan,

Akan dibilang,

Hingga saat nyawa terhenti

Lalu dihimpun

dan ditimbang

Moga yang kanan lebih berat dari yang kiri

Agar kenikmatan dirasai

Bukan penderitaan yang diberi


Dengan 99 Nama Allah,

Aku memohon keampunan

Agar aku terpelihara

Dari azab dan siksa

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.