Home Puisi Cinta Cintaku Yang Tak Ku Temu
Cintaku Yang Tak Ku Temu
JejakaTerpujiSyurga
22/2/2018 16:42:29
2,409
Kategori: Puisi
Genre: Cinta
Melankoliknya diri ku,

Tatkala melihat insan bahagia,

Berpasangan seiringan,

Memadu bahagia

Bagai nikmat syurga


Bukan aku cemburu,

Apatah lagi dengki,

Cuma hati ini dambakan,

Rasanya bercinta.

Yang masih belum hinggap ke hati


Jangan kata tiada usaha,

Segenap pelusuk dunia telah ku teroka,

Wanita di pandangan segera aku kenali,

Malangnya bukan untukku

Akhirnya tiada jua yang terkecuali,

Hanya kecewa dan lelah diri menanti


Memang benar

Jodoh itu tuhan yang punya,

Namun ia takkan kunjung tiba,

jika diri tidak mencuba,

Beri panduan dan jejakinya


Wahai bidadari,

Cintaku yang tak ku temu,

Hadirlah ke sisi,

Agar dapat akhiri,

Penantian ini,

Dan sama-sama kita,

Akhiri melankolik cinta,

Serta rasai bahagia......

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.