Home Puisi Cinta Cinta Yang Tak Disambut
Cinta Yang Tak Disambut
JejakaTerpujiSyurga
19/10/2019 10:39:57
166
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Aku mencari di mana silapku

Adakah aku tak sempurna untukmu

Katakanlah padaku


Perasaan aku bukan palsu

Lahir dari lubuk hatiku

Cintaku hanya untukmu


Aku tahu aku tiada apa

Tiada Honda,tiada darah diraja

Kerja pun cuma biasa sahaja


Aku lelaki luarbiasa

Terlalu sukar menghapus rasa cinta

Bila sudah terpesona pada wanita


Sakit dan pedih hatiku

Bila kau lafazkan 

Kau tak mampu terima

Diriku yang hina


Aku cukup terluka

Hingga aku rasa putus asa

Dengan dunia yang fana


Hanya Allah tempat aku mengadu

Namun aku hambaNya yang lemah

Tak termampu aku hadapinya


Tiap kali terlihat dirimu

Hatiku tetap berdegup kencang

Tak tergamak aku

Untuk melupakanmu


Saat kau baca 

Coretan hati ku ini

Satu sahaja

Yang ingin ku kataka

Aku tetap cintakanmu

Walaupun kita tak bersama


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.