Home Cerpen Seram/Misteri Kiboto
Kiboto
Ni Story Aku Wei
15/9/2016 14:14:38
3,412
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Lima tahun lalu , ibu telah membawa aku dan kakak bercuti. Hanya kami bertiga. Hasil carian internet dan bantuan gps, kami telah tiba di sebuah resort yang bernama Indah Khabar Rupa. Resort ini terletak agak jauh di pedalaman. Apabila tiba disana, kami berhasrat hanya untuk berada di dalam bilik sahaja sepanjang berada di situ. Namun , pengurus resort itu mengatakan bahawa terdapat sebuah muzium yang terletak kira-kira 500 meter dari resort ini. Tanpa melengahkan masa, ibu mengajak kami pergi ke muzium itu. Hairan, sungguh ramai orang yang pelik dan menyeramkan di resort itu .

Setelah 15 minit berjalan, kami pun tiba di sebuah muzium . Papan tanda kecil di tepi pintu masuk utama bertulis perkataan ‘kobito’. Apakah maksud kobito ? Kami bertiga melangkah masuk dengan wajah yang ceria. Setelah melangkah masuk , kami bertiga perasan ada sesuatu yang tidak kena disitu. Aneh sungguh muzium ini. Baru dibuka kah ? Muzium ini penuh dengan info tentang kematian. Pelbagai jenis batu nisan terdapat di situ. Aku sedar bahawa ketika kami sedang membelek peralatan dan benda yang terdapat di situ, aku dapat merasakan bahawa terdapat beberapa pasang mata sedang memerhati kami bertiga . Apabila aku toleh , apa yang ku dapati hanyalah pengawal yang menjaga muzium itu.

Tanpa kusedari , aku dapati kelakuan ibu agak pelik. Ibu menghampiriku dan kakak lalu mengajak kami pulang ke resort. Ketika hendak keluar dari muzium itu, pengawal itu berlari kea rah ibu lalu memukul kepala ibu menggunakan batu nisan. Dia memukul kepala ibu sehingga kepala ibu pecah. Rupanya ibu telah mengambil sesuatu di muzium itu dengan niat untuk membawa pulang. Aku dan kakak tidak mampu berbuat apa-apa kerana perkara itu berlaku sepantas kilat. Ketika keluar dari muzium itu, aku terkejut separuh mati kerana muzium yang disangka masih baru, adalah sebuah muzium usang. Kakak menyuruhku lari sepantas kilat dan kembali ke resort.

Setengah jam kami berlari ,masih tidak menjumpai resort, yang kami dapati hanyalah sebuah tanah perkuburan yang lama. Tiba-tiba aku aku ternampak sebuah kereta proton. Aku memberitahu kakakku. Kami berlari ke arah kereta dan tanpa melengahkan masa,kakak memandu keluar dari kawasan itu. Kaka memandu sambal berbual dengan ayah di telefon. Setelah penat bercerita, akhirnya kakak meletakkan telefon.Setelah 3 jam kakak memandu kereta , kami tiba di perkarangan rumah. Ayah berkata bahawa setelah dia meng’google’ , namun tidak terdapat resort yang bernama Indah Khabar Rupa & tidak ada muzium yang bernama kobito. Setelah diterjemahkan dalam bahasa melayu , kobito bermaksud bunian. Aku bertanya bagaimana dengan mayat ibu , namun ayah menyuruh untuk melupakan tentang ibu kerana jika kita kembali ke sana , mungkin nyawa kami juga akan melayang . Kami sekeluarga merahsiakan perkara ini . Sehingga kini , perkara ini masih bermain di fikiranku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.