Home Cerpen Seram/Misteri Cerpen: Kenapa Kau Kacau Aku?
Cerpen: Kenapa Kau Kacau Aku?
Ni Story Aku Wei
16/9/2016 11:25:46
4,110
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Nama aku Aqila. Aku menuntut ilmu di sekolah yang agak terkenal dengan kepandaiannya. Kerja rumah setiap subjek , setiap hari sudah menjadi perkara biasa bagi murid yang belajar di situ.

Suatu hari, aku berasa sangat letih sejak pulang dari sekolah. Aku tertidur. Apabila aku bangun, jam di dinding menunjukkan jam 2 pagi. Meskipun katil sedang melambai-lambai memanggilku untuk merebahkan badan diatasnya, namun aku harus menyiapkan kerja rumah yang telah diberi oleh guru.

Dengan malasnya, aku berjalan ke bilik air untuk mencuci muka. Usai mencuci muka, aku memeriksa bilik tidur ibubapaku serta bilik adik-adikku. Mereka semua tidur dengan nyenyak sekali. Melihat mereka semua sudah tidur, membuatkan aku rasa malas untuk menyiapkan kerjaku. Aku masuk ke bilik dan menyiapkan kerja sekolahku. Kira-kira 20 minit selepas itu , aku terdengar adik-adikku sedang bergelak tawa dengan ibu bapaku.

Aku terlupa bahawa mereka semua sedang nyenyak tidur. Aku pun berlari-lari anak menuju ke ruang tamu dengan harapan mereka semua masih dalam keadaan seperti tadi. Apabila aku tiba di ruang tamu, gelap gelita , tv tidak terpasang dan tiada siapa pun disitu. Mungkin aku keletihan, disebabkan itu aku melihat dan mendengar perkara pelik. Aku berhasrat untuk tidur untuk menenangkan fikiran.

Baru sahaja aku merebahkan badan aku di atas katil, aku dengar ada sesuatu mengetuk tingkap bilikku sebanyak 5 kali. Aku tidak panik, malah aku memberanikan diri menghampiri tingkap. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Aku menjerit. Ayahku terjaga dan datang menjengukku. Aku ketakutan lalu memeluk ayahku kerana terlalu terkejut. Ayah aku memasang lilin dalam bilik aku dah membuka tingkap lalu memesan kepadaku supaya tidur. Lalu aku tertidur.

Keesokan paginya , aku berlari mendapatkan ayahku untuk mengucapkan terima kasih tentang hal semalam. Namun ayahku tertanya-tanya. Hal semalam? Ayah aku menafikan bahawa dia datang ke bilikku dan datang meletakkan lilin. Ayah aku jarang untuk bergurau tentang hal-hal yang sebegini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.